14 December 2012

Satu Lagi Keajaiban Donia

Ini memang menggelikan atau lebih memalukan sebenarnya tapi ini adalah realiti. Orang tak akan tahu kalau ai tak tunjuk haha. Ok, betul ini adalah my current house. Rumah yang kami duduk dah lebih kurang 6 tahun. Sebenarnya rumah ni lebih tua dari itu. Ayah buat rumah ni seingat ai masa tu sekolah darjah 3, in early 80s.


Pagi tadi masa dalam kereta nak pi kerja hubs pesan jangan la pulak nak masuk dalam fb. Ya, ai tak upload dalam fb tapi ai cerita dalam blog haha ok apa. Dia tak kata jangan masuk dalam blog kan. Dia kata jangan masuk dalam fb je.


Ya, anak-anak inilah rumah kita dan inilah benda pertama yang mama nampak bangun je dari tidor sejak 3 - 4 bulan ni. Memang pasrah betul. Mama pikirkan sebab rumah ni nak tunggu diruntuhkan je yang mama boleh buat tak tahu buat bodo. Tapi katalah kalau kita kena duduk lama lagi rumah ni memang hari hari mama boleh pengsan 24 kali. Naik meremang bulu roma kalau tenung lama lama.


Saksikanlah keajaiban donia.




#%-&*%/&#+!?

Tak baik menyumpah! Haha. Tapi sebab tak tau nak cakap apa sebenarnya. Serius. Ini adalah benda paling kagum dalam sepanjang hidup. Macam mana aku boleh benarkan diri sendiri melihat benda ni hari hari. Kagum kagum. Tak sanggup rasanya membayangkan sebenarnya kami tidor senafas sebilik dengan anai anai euwwww. Uolls janganlah geli. Ini namanya kejadian semulajadi haha!











Janganlah usik kayu yang melintang tu. Nampak je kuat tapi isi dalam dah kosong. . . kosong. . . Tapi kalau aku tiba tiba tergatal tangan nak usik jugak maka anda akan terus nampak living hall di sebelahnya. Wah! Open konsep gitu, memang kerlass lah rumah ai nanti haha! #%-@#%&!!(*@




Ini adalah lobang yang pertama mula mula dulu. Si kecik kat rumah tu suka sangat korek korek dengan jari. Nasib badan dapat mak terlalu kreatif maka aku tampal terus dengan binding tape haha! Habis cerita! Suka sangat nak mengorek ngorek. Sebenarnya, kat bilik budak budak ni pun ada juga tapi tersorok sikit dan aku tak berapa nak ambik gambar sangat sebab gelap dan tak clear untuk tontonan ramai. o_O


Nasib baik juga anai anai ni serang bahagian dalam bilik dulu, maknanya kalau sedara mara datang rumah, depa tak nampak pun keajaiban donia ini. Depa still nampak yang elok elok ja hehehe. Kawasan rumah aku ni memang teruk sangat dengan anai anai. Rumah mak pun memang boleh hancur cabinet dibuatnya. Benda pertama yang kami ingat sangat masa nak buat rumah nanti ialah suruh contractor nyahkan anai anai dari kawasan rumah. Kalau tidak mau menangis kalau jadi lagi macam ni.


Oklah, selalu cerita nak cantik cantik je kan. Hari ini memang sedikit gross! Realiti tetap realiti, jangan selalu di awangan sangatlah. Cakap dengan diri sendiri ni. Biasaaaa. . . orang drama memang suka macam tu. :-P


daaaa. .

posted from Bloggeroid

07 December 2012

Songkok Putih Pengantin




Baru balik dari ambik songkok pengantin di area masjid india, kl. Lencun ketiak ahkak berjalan dari ofis. Takpelah asalkan pengantin bahagia.


Dia ni memang pelik pelik. Sanggup cat buaian besi yang dah berumur 34 tahun kat rumah tu sebab nak angkut masuk rumah buat kerusi pelamin dia. ai cakap kat mak, tak payahlah nak tensi tensi sangat asalkan pengantin bahagia. Kang kalo pelamin roboh, ahkak tengok je dari kejauhan kak non. Sendiri yang cari risiko kan.


Kenduri lagi 2 weeks tapi rasa macam banyak je lagi tak buat. Entahlah macam belum sampai mood betul betul lagi nak bersungguh-sungguh. Kang dah dekat karang barulah nak menggelabah kan. haish susah jugak mood tak sampai sampai ni.


Siapa yang berkenan songkok putih ni bolehlah pi tempah kat depan masjid india, kl. Nama kedai dia, Patimah. Upah buat rm20 hengget je tapi harga songkok ahkak tak tahulah pulak. Ahkak kena dera pi tolong ambik je, harga songkok dah bayor. jimat duit ahkak hewhewhew


daaa

posted from Bloggeroid

06 December 2012

Balqis : Cabut Gigi Susu









Ini sebenarnya adalah 3rd visit ke klinik gigi dalan tempoh setahun setengah. Maknanya KPI untuk tahun ini iaitu mesti visit dentist twice a year adalah berjaya hewhewhew Biasalah untuk anak-anak selalu beringat, cuba tanya sikit kat mak pak dia ni berapa kali la pi jumpa dr. gigi sepanjang hidup. Malu nak jawab weh.


Masa 1st visit tahun 2011, memang takde ada apa-apa problem. Saja nak bawa Balqis & Hazzim jumpa doktor bukak rekod gigi masing-masing. Doktor pun tak nak buat apa- apa, katanya 1st visit ni selalunya nak bagi kenal rupa klinik gigi je. Mak cakap klinik ni mahal sikit nak compare klinik lain. Ai tak survey klinik lain charge berapa sebab ai rasa berbaloi dengan servis dia. Doktor gigi klinik ni memang superb layan budak kecik.


2nd visit which was early this year, lagi sekali bawa Balqis sebab gigi susu dia tak tercabut so, gigi kekal sudah tumbuh senget. Harapan untuk cabut gigi susu tu tak berjaya sebab Balqis masih takut, siap nangis lagi. Dr. tak nak paksa and suggest to bring her again next time. Biasalah kalau dah next time tu, 3 minggu pun jadi 3 bulan. Akhirnya bertangguh sampai hujung tahun.


Nak dijadikan cerita, sebelum sempat nak cabut gigi susu yang satu itu, ada 3 gigi susu lain yang dah longgar sangat.ai memang dah geram, tunggu masa je nak cabut sendiri. Pujuk punya pujuk, ai cabut 1 batang gigi masa siangnya dan malam cabut lagi 2 batang. haaaaaa siap 3 batang sekali haku cabut kauuu.




Ini gambar lepas ai cabut sendiri 3 batang gigi dia.


Gigi susu bawah yang ai bising selama ni jenis tak boleh cabut sendiri sebab gigi tu tak longgar. Masih teguh di gusi. Inj memang cari pasal la kalo mak dia ni berani sangat nak cabutkan.


2 - 3 hari lepas tu, akhirnya pi juga ke klinik untuk kali ketiga. Surprisingly, Balqis memang cool je. Maybe sebab ai dah cabutkan gigi dia sebelum ni so dia dah boleh agak sakitnya macam mana. Ai pulak membayangkan cabut gigi macam dulu-dulu yang ada jarum panjang cucuk bagi bius. oohhh suda tukar la sekarang. Dah takde cucuk-cucuk bius macam dulu.


Alhamdulillah setel jugak bab gigi Balqis ni. Selagi gigi susu dia dulu tak bercabut selagi tu lah nightmare uolls. Gigi kekal senget tu dr. kata akan lurus sikit nanti dek sebab bibir bawah akan tolak sendiri. Harap-harap macam tulah, janji takde lagi nampak gigi tumbuh berlapis-lapis dengan gigi susu.


Oh, cabut sebatang gigi Balqis hari tu, klinik charge rm60. Mahal ke murah tu?


daaaa

posted from Bloggeroid

Adelia
















Anak dara bongsu sangat manja ;-)

posted from Bloggeroid

New Blouses




Just got the Zawara <3


Happy dance! Happy dance!

posted from Bloggeroid

05 December 2012

Ready for School & Happy Birthday!

Semalam ai cuti menguruskan hal-hal sekolah Balqis – beli segala buku sekolah dan baju sekolah. Book shop sekolah baru bukak untuk hari kedua jadi itulah tujuannya, planned to settle everything in one day sementara orang takde lagi, baju sekolah banyak lagi saiz dan buku semua masih ada stock.

 

So, yada yada yada.. balik rumah berkira berkira lagi.. akhirnya kami kata dua tudung sahaja memang tak cukup nak pakai untuk seminggu hahahaha

 

Memang kelam kelibut sangat bila first time beli baju sekolah anak kann... Apa pun macam tak boleh nak buat decision on the dot. Mesti balik rumah dulu menung-menung baru datang ilham. Nampak gayanya hari Sabtu ini kena mengulang semula ke book shop sekolah dia semata-mata nak beli dua lagi tudung-syria-siap-awning itu untuk cik Balqis ini.

 

hamboi budak-budak sekarang, senang betul pi sekolah kan. Tudung dah siap ber-awning. Takde masalah tekanan tudung ‘berkaripap’ lalu tension mogok tak nak pergi sekolah. haih istilah tudung ada ‘karipap’ ini memang tak bley bla kak non. sungguh klasik skali idea ini dan i am wondering adakah budak-budak zaman ini tahu istilah tudung berkaripap. ohh sungguh rindu zaman itu. *tetiba

 

Kegelabahan mencari baju sekolah ini juga adalah kerana saiz badan Balqis yang agak cumel sekali. Saiz paling besar yang ada adalah XL dan alahai rasanya boleh la bertahan 2-3 bulan je. Tahun 2013 ni pulak baju sekolah for standard 1 dah tak pakai kain. Baju for girls ala-ala punjabi suit, pakai seluar gitu. Senang katanya budak kecik bukannya pandai sangat nak jaga kain terselak-selak depan orang. Bijak juga idea ini. Nampaknya kerja membeli kain di Nagoya lalu menempah sepasang dua lagi baju sekolah adalah satu hal lain pula.. huhuhu remeh juga hal-hal anak nak ke sekolah ni. Ini baru sorang, belum dapat bayang lagi kalau empat-empat budak kecil akan bersekolah sekali harung. demam.  

 

On another note, someone got a brand new car for birthday present. alhamdulillah. Ini adalah kejayaan atas penambahan komitmen bagi tahun 2012. hewhewhew

 

No lah, i am kidding. Actually, i am so proud of what he did for himself and his family. Tak boleh ingat masa zaman-zaman sedikit purba hidup ala-ala rock. Cukup ke, tak cukup ke, hidup mesti terus dan rock. Sekarang pun masih rock juga cuma ai tak pernah la terbayang that we can afford to buy that car. And again alhamdulillah atas nikmat doniawi ini. i love you, Bie. eceh.

 

Apa yang ai mintak sempena hubs birthday? – orang punya birthday, diri sendiri yang nak hadiah. memang drama. 

 

fine..fine..

 

Saya dan abe mahbub memang tidak boleh dipisahkan. Cinta pandang pertama. hahahaha Jadinya tak payahlah mintak macam-macam yang bukan-bukan selain nafsu menggemukkan badan sahaja. simple & sweet.

 

googled

 

Request nak makan di Bangsar tapi telah ditolak bulat-bulat. oleh birthday boy. Sedikit merajuk tapi dah tua-tua merajuk memang buruk lalu tak jadi merajuk. Dah lewat petang dapat juga makan di Damansara Damai. fuh!!

 

Bie, i love you mmuah muah mmmuah.  

 

daaa

30 November 2012

Swinging Doors : Love This!

 
 
.
oh la laaaaaaa i am sooooo in love to this kitchen design. its a perfecto! The floor plan is very similar to ours. Credit to Houzz.com yang selalu memberikan kehidupan saya di awang - awangan haha angan-angan setinggi langit memang seronok bukan? no worries, its already listed in my wish list for 2013 hahaha
.
.
.
ya, saya tahu siapa yang paling berbulu bila baca blog post ini - menteri kewangan a.k.a the hubs. ;p
.
.
.
oh anyways, lama sangat dah tidak meletakkan post berunsurkan seorang yang konon-kononnya adalah DIY-er or home designer wannabe itu. Bukankah every Friday adalah hari DIY saya? Sudah lupa? Fine, this is my comeback DIY post.  -_____- 
.
.
.
Hari ini tak nak cakap pasal floor plan or kitchen design tapi pasal the idea of having swinging doors in the house. Whoever made this door i call it practical and brilliant. No door knobs, save cost.. hehe
.
.
.
 
Ada dua tempat / bilik yang i can imagine where i can put the swinging door – laundry room and pantry. No need to set down that heavy laundry basket. heh
 
 

And i can see it give good flow throughout the kitchen. Love love love

 

Another example for installing swinging door in the kitchen which give your kitchen a restaurant style.

 

Red swinging door in a white kitchen. Bold enough for contemporary style. love

 

So, now i have to start to find a good one and CHEAP swinging doors for the home. CHEAP is always on top. :p Hopefully have one in Rawang. Harap-harap… 

 

daaa

 

p.s : me myself hate to see the dot dot between the paragraphs. i am so sorry. please don’t blame me. blame the windows live writer hahaha

21 November 2012

Sakit urat ~ Terkenang Varicose Vein dulu.

haih mentang-mentang umur makin naik, makin banyak pulak urat berselirat dalam badan. Dah 2 hari aku mc sejak semalam. Tak tahu apa punca, Isnin malam lepas maghrib tiba tiba sakit urat sampai duduk pun sakit, baring pun sakit, jalan pun tak selesa.


Malam tadi panggil tukang urut datang rumah. Halamak di punya sakit jangan cakap la. Rasanya baru 2-3 bulan je aku miss mengurut, alignment dah lari. Teruk betul. Urut punya urut jumpa pulak urat kat belakang lutut yang bersimpul. Tukang urut kata kalau tak diurut selalu akan ada potensi menjadi varicose vein. Dia tak katalah varicose vein. Dia kata urat timbul besar besar macam kaki makcik aku kat kampung - dia ni semua family aku dia urut. So, aku tahulah dia refers to varicose vein.Ya, siapa pernah baca cerita aku dan varicose vein ini masa previous pregnancy wallahh rasa macam tak nak pregnant lagi. Tapi varicose vein yang itu dah tak sakit lagi once i bersalin. Cuma yang tinggal sekarang urat yang timbul je.


Urat yang jumpa malam tadi adalah urat urat di kaki yang selalunya disebabkan oleh keturunan. Oleh kerana my keturunan ini glamer dengan urat bersimpul berselirat di kaki so aku memang sensitif dengan benda benda macam ni. Kalau kaki tu dah sedia cantik takpelah jugak boleh cover urat berselirat. Ini dahlah kaki tu katik. . haih jangan cari pasal dek non, suka-suka nak


Ok. daaaa

posted from Bloggeroid

20 November 2012

Ben. Terkini Masih Sensasi.

Masih ingat lagikah pada bapa ayam ku? Alah si Ben yang katik itu. Ya, dia masih hidup. Sihat walafiat, single and available. Kadang-kadang sedikit pelik akibat mempunyai bff seekor kucing. Bukan seekor malah berekor-ekor. Letih weh pantang nampak pintu rumah ternganga lalu masuk lenggang kangkung terus ke dapur.


Wajah Ben terkini.





Ya puan-puan, sila abaikan 1. Simen berkulat tiada rupa 2. Rumput panjang hutan belantara 3. Pokok bunga kertas ala-ala musim luruh 4. Dua gelung getah tempe merata-rata 4. Pasu bunga berkulat juga. Ini namanya tiada sentuhan kasih sayang.


Close up sedikit wajah si Ben.





Sedikit gemok semenjak tidak lagi cerewet pada makanan. Pernah hilang seminggu si Ben ni. Kami ingat dah jadi lauk mat pet sekali kau bila balik habis ekor dia botak kena cabut. Memang takde kerja betul dengan ayam ada hati nak mendera. Ingat dah cacat tak kan tumbuh ekor lagi. Sedih aku masa tu tengok ayam aku togel takde ekor. Yelah aku mana pernah bela ayam apatah lagi pengalaman ayam didera. Sedikit emo jugalah.


Sebenarnya ada jugalah senarai calon-calon pendera yang berpotensi sebab katanya marah rumah dia sejak akhir akhir ni ada pulak tahi ayam tapi malas la kitaorang nak layan. Janji ayam aku balik.


Last week, datang pulak idea nak belikan ayam betina spesis katik macam dia jugak dengan harapan ada perkembangan zuriat. Kesian ok tengok kawan dengan kucing hari-hari. Boleh mandul macam ni. Tengoklah kang kalau dah jumpa dan dah beli ayam betina tu aku update lagi.


Sekian, cerita ayam saya o_O


daaa

posted from Bloggeroid

14 November 2012

Esok Cuti Lagi. Kemas rumah?

Hari Isnin gebang sungguh mahu mengemas rumah and whatnot. Memang sudah ku agak kemas ke mana rumah ke mana. Benda lain jugak yang nak dibuat. Belum apa-apa, malam Isnin yang nak sambut diwali tu kemain lagi kami plan nak ke Pasar Awam Sg. Buloh, Kuala Selangor esok awal pagi. Siap kena warning dengan hubs kita mesti keluar awal macam nak pi kerja.


Hahahaha okeh gelak dulu.


Pagi apa jam 815 pagi pun masih menggoreng cekodok labu di dapur. Rawang ke Kuala Selangor? Semata - mata beli bahan basah? Ya, betul. Jangan konfius. Kami menggunakan highway LATAR and only takes 30 minit untuk sampai Kuala Selangor. Still jauh? Tapi pasar pagi dia heaven ok. Semua haiwan dari laut yang sungguh fresh. Rasa macam nak beli semua walaupun tahu entah bila la nak masak semua ini. Semalam ada orang jual telur ikan yang ai tak pernah nampak sebelum ni. Bukan telur ikan biasa. Ini telur sebijik sebijik macam telur ikan salmon tapi besor besor macam besor telur cicak? Tak tahu telur cicak besar mana? Alah tak dapek den nak nolong tu do. .


Memang sedikit geli tapi sebab perasaan ingin mencuba makanan eksotik lalu ku beli juga o_O. Ikan kembong semalam agak murah jugaklah rm6 sekilo. Ketam semalam pun murah jugak dalam rm16-18 sekilo ikut saiz. Paling tinggi hari tu pernah sampai rm26 sekilo. So, semalam memang memborong ketam sungguh. Udang pulak takde musim agaknya. Alahai kecik-kecik, bolehlah kalau nak buat sambal petai. Patutlah kat Tesco harga udang saiz xl sampai rm19.90 sekilo. Tengah takde musim la ni. ewah. . . dah rasa reporter pasar tani pulak gayanya.


Tapikan mahalnya ikan merah weh.. . biasa tak pernah beli sekor sekor. Selalu kalau beli cutlet 2 keping kat Tesco pun jatuh berapa ringgit je. Sekali kau beli sekor kecik semalam lepas timbang rm25 hengget katanya. Kecik je pon bukan besor mana, adalah besar sikit dua tapak tangan aku ni.


Cerita cerita tapi takde gambar memang tak syiok. Ada lah ambik gambar satu semalam, alih alih pagi ni cek balik eh dah takde. Keciwa betul. Ada la kot orang boikot ni kan.





Anak dara sorang ni memang kena bawak. Kalau tak dia akan buat onar di rumah :O


Balik dari pasar, operasi terus bermula. Maid tolong siang ketam dan aku dan anak dara siang siput sedut. Cakap kat hubs kalau nak tahu lalu ke tidak makan siput sedut, cuba siang sekali. Dapat pulak yang ada macam ulat sampah duduk dalam cengkerang kosong. hoh memang naik bulu betul.





Dia ni bukan tahu geli. Dia pi usung yang hidup-hidup takutkan adik-adik dia.


All in all walaupun tak dapat kemas rumah tapi dapat makan sedap sempena diwali. eh. . . hahaha ok ok takde kena mengena. Saja nak masak over sikit semalam sebab rasa macam dah lama tak masak sangat. Selalu cincai cincai saja. Alhamdulilllah lunch mengadap ketam goreng, ketam masak cili, siput sedut lemak labu, telur ikan masak lemak cili api dengan rumah yang bersepah.


Lepas lunch projek bersama mama nak pi tempah baju untuk kenduri kahwin hujung tahun ni. Setel tempah baju pi mengadap roti canai pulak kat mamak. Memang perut beruang betul. Nak buat macam mana. Sempat juga singgah ke Tesco cuci mata dan terjumpa ini di King's.





Sedap sangat weh. Alamak memang sedaplah. Sekarang tengah promo price rm12. I am a King's member so dapat rm10 for 6 mini cakes. Awaaaaayyy cheaper than normal price orang jual. Ada orang jual sampai rm2.50 satu dan tak selembut King's punya. Sampai rumah ai terus melantak sampai 4.



Petanda-petanda kegemokan telah tiba o_O


daaa

posted from Bloggeroid

12 November 2012

Selamat Pagi Isnin

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Source: thehomeschoolchick.com via Debbie on Pinterest

hahahaha

Semalam maid ambik cuti weekend.. ya Tuhan.. macam kan tak pernah maid ambik cuti keadaan aku punyalah tonggang terbalik. Kelam kabut Tuhan je yang tahu. Sampaikan kenduri kahwin sedara pun aku tak pi semalam. Aku dengan anak-anak jelah yang tak pergi. Hubs sorang-sorang pi makan nasi minyak. Boleyy gitu? Tak tahulah apa yang stress sangat padahal hari tu elok je sebulan full time ai dok kat rumah. Letih.. letih.. memang kena makan makjun kalau macan ni.

Minggu ni ada dua hari public holiday kan? Rasanya macam dah kena start kemas and categorize barang-barang kat rumah yang mana nak buang, yang mana nak simpan masuk dalam kotak dan yang mana nak guna tak payah masuk dalam kotak. Cakap kat hubs rasanya nak ambik gambar rumah papan ni buat kenang-kenangan sempena 6 tahun duduk kat rumah ni. ewahh.. syahdu pulak rasa. And have to publish in the blog too… hehehe

 

Cepat mana pun nak robohkan rumah ni , tetap kena tunggu lepas majlis kenduri kahwin adik selesai. Mintak sangat katanya roboh lepas kenduri sebab nanti keadaan rumah keliling mesti bersepah berhabuk. Sehari lepas kenduri pun takpelah asalkan lepas kenduri. So, nak tak nak lepas 30hb. Disember la jawabnya. Maknanya tahun depan jugaklah baru boleh start projek. Elok jugaklah kot sebab rumah sewa pun tak cari lagi. Ingatkan nak sewa kawasan satu kampung je sebab silap haribulan tempat letak barang je kot, tido masih kat rumah mak.

Apa nak buat eh untuk merayakan deepavali esok -

  1. Kemas rumah.
  2. Shoot gambar untuk mengenang masa lalu blogging porposes.
  3. eeerrrrrrrrrrrrrrr
  4. eh itu je kerrrrr
  5. Betul ke itu je nak buat esok
  6. Betul la tu kot.

ah kecoh la lu.

daaa

 

05 November 2012

Random Post ( 3 bulan? ) phewww!!

hmmmphh

 

hmmmmpphhhhhhh

 

hmmmmmmpppphhhhhhhhh

 

Tarik nafas dalam-dalam dan hembussss. ok sekarang baru boleh tulis. Lama betol ni nak cari mood tulis balik. Tak tahulah angin kus kus mana masuk badan lalu mogok menjengok blog sendiri. Kalau ada orang nak boikot aku, tulis macam-macam lepas tu publish dalam blog pun aku tak akan tahu. pc kat meja aku ni bukannya ada letak apa-apa password. hah! kantoi!!

 

Berapa bulan dah tak update? Macam-macam la jadi kat rumah tu. Kalau orang gemuk, sempatlah jadi kurus selim melim dengan syarat tak ambik SD2. Sepanjang tak update blog ni, sempatlah jugak aku tukar profession jadi fulltime mama selama sebulan. Maid aku balik kampung melepas rindu kat anak dia. Nasib datang balik kalau tidak memang aku dah tukar profession terus – ada jugak hati berharap tapi ishk takut pun ada. Komitmen tengah memuncak ni memang tak sempat la nak buat backup plan melainkan jiwa keras.

 

*******

 

Status pembinaan rumah idaman ( haahaha idaman sanggattt lah kan  ) sekarang nampaknya semakin ke penghujung. Berjaya juga  mengharung kerenah kelembapan arkitek dan kontraktor. Sampai satu tahap bila dah tak boleh sabar sangat dengan progress rumah ada jugak terpikir nak beli rumah developer sahaja, memandangkan kegedikkan untuk menggapai impian adalah mengatasi segala-galanya, maka terpaksa juga tempoh fasa-fasa kelembapan ini. Lagipun, sabar itu separuh daripada iman bukan?

 

Sekarang kami sedang mencari-cari dan menunggu offer – loan - yang terbaik daripada bank. Once dah settled, maka rumah papan yang kami tinggal anak beranak sekarang ini dan yang sungguh mempunyai nilai sentimental yang tinggi ini akan dirobohkan. Semalam, masa tengah kemas-kemas tepi almari dalam keadaan gelap gelita, tiba-tiba tangan aku terpegang rumah anai-anai penuh tepi dinding. adoiii gelinya Tuhan je yang tahu. Dah teruk sangat weh rumah ni. Sayang memang sayang tapi bila tengok benda-benda macam ni memang rasa nak runtuhkan sekarang jugak.

 

*********

 

Tak banyak perkembangan drastik yang berlaku. Biasa-biasa saja. Budak-budak pun dah nak habis penggal sekolah. Semuanya dah siap register untuk sesi persekolahan tahun 2013. Hazim kami pindahkan ke KEMAS daripada belajar di tadika belakang rumah tu. Bayor mahal-mahal tapi sedih nak cerita. Elok 10 kali ganda la belajar di KEMAS walaupun bayor RM25 je sebulan. Bayangkanlah kalau buku latihan Hazim yang kami beli untuk buat kat rumah pun kena pinjam dengan sekolah dia sebab nak copy bagi budak lain buat latihan kat sekolah. RM75 sebulan bayar memang untuk gaji cikgu dia le tu selama ni. Penat weh.

 

Balqis tahun depan Tahun 1. Sekarang ni, hari-hari buat exam untuk dia sebab bulan 12 nanti ada exam kat sekolah baru for streaming new student. So far, Balqis ni boleh tahan rajinnya. Baca dah pandai basic math campur tolak pun dah boleh buat.  Alhamdulillah rajin kemain. Tak payahlah disuruh sangat janji takde Ipad depan mata  -_____-

 

Anak dara yang no. 3 & no. 4, masing-masing kecik lagi. Tahun depan masih duduk di rumah. Tak lalu pulak umur 3 tahun dah nak hantar ke kindy. Kesian ke dia, dahlah hari-hari drama queen. Buat mengamuk kat kindy, satu hal la pulak.

 

****************

 

Hujung tahun ni adik-bongsu-sangat-manja akan kahwin. adoi rasa baru sangat cerita pasal hari konvo dia. Alih-alih nak kahwin dah adik aku tu. So, sekarang ni sibuk pulak nak buat apa patut untuk kenduri kahwin dia hujung tahun nanti. Hari Sabtu lepas sibuk la kami anak beranak pi cari baju kat jakel shah alam nak buat tempah. Elok pulak hari tu Birthday mama, terus bawak pi belanja makan sedap sikit. Kesian mama, hari tu dia tak berapa sihat, bila we all belanja makan, santai-santai lama sikit, baru la nampak ceria.

 

390103_528414900519806_1877901954_n[1]

 

Happy Birthday Mama!

 

 293843_528415190519777_448284437_n[1]

 

 

**********************

 

 

Embedded image permalink

 

New view from my work station. Ahkak dah pindah bangunan baru dek non. Takdelah baru sangat tapi tak pernah bagitau kira baru la tu kan.

 

daaa

27 July 2012

Balqis & Kaftan Merahnya

some people can simply be such a selfish inconsiderate intolerance person. otak letak di lutut barangkali.

 

peace & salam ramadhan

 

******

 

Ada la orang kata kalau suka blog pasal perangai orang so dia falls under 3rd class punya orang. ahh lantak geram ok kalau kena face dengan manusia seperti ini. Rasa macam tak percaya masih wujud lagi manusia-manusia gila macam ni. Tak nak layan pun hati sakit juga meh.

 

Semalam kata nak cari baju raya kan. Tak jadilah rasanya nak beli – tiba-tiba rasa tak gorges nak pakai raya pertama. wah! tak habis-habis bajet retis – tak kuasa betul!.

 

Hari ini nak teruskan pencarian baju raya. Beli baju ready-to-wear je senah sebab aku buat-buat terlupa nak hantar kain kat tailor hari tu dan bila tailor kata dah tak boleh terima rasa nak pengsan sekejap. Pengsan sebab tak sanggupnyaaa nak melilau-lilau cari baju siap. Aku rasa dah lama tak harung kerja gila ni. Selalunya time ni baju anak-anak mak pak semua dah setel. adoi.

 

Puasa baru berapa hari sibuk cerita baju raya. Takpe, ini realiti. ewah.

 

ooo ai nak cerita Balqis masuk pertandingan nasyid kemas bulan jun lepas. ekekeke lama peram ni. Peram dalam camera, itu yang tak keluar-keluar.

 

 

016

 

 

DSC_1074

 

haaa terkekezut tak.. terkezut tak?

 

itulaaa mak pun kerkejut jugak. Adik-adik dia lagi terkejut sampai tak percaya ooh! adakah ini kakak ku =p Dia memang suka sangat lah makeup ni bagai. Teruja okkaayy pakai bulu mata pelesu. Mak kau ni kahwin sekali dulu tu jelah merasa pakai bulu mata pelesu ni Nak oiii.

 

Hari-hari practise nasyid sorang-sorang kat rumah pinjam ipad nenek dia. Nyanyi lagu mawi tauu bukannya lagu nasyid budak-budak ni. Semangat betul. Member memang hobi nyanyi, pantang suruh nyanyi depan umat mana pun boleh nyanyi. Entahlah ikut siapalah neh =p

 

Pagi sebelum keluar pergi bertanding tu dia cakap, ‘maaa.. Balqis takutlah tak menang’. haaa hover tau anak mak. Memang pergi tu dengan perasaan penuh kemenangan.

 

Ok, kita layan gambar sajalah.

 

DSC_1080

 

 

DSC_1075

 

 

DSC_1065

 

 

DSC_1091

 

 

DSC_1100

 

Gambar atas semuanya adalah sebelum bertanding. Masing-masing senyap je muka gelabah. Lama kena tunggu sebab group yang akhir sekali daripada 14 buah KEMAS.

 

DSC_1055

 

Masa kakak dia bersiap kat luar, budak kecik dua orang ni tak tengok lagi. Bila kakak dia naik stage muka masing-masing macam pelik je tak tahu kakaknya yang mana satu.

 

 

DSC_1110

 

Lepas nyanyi, barulah cikgunya suruh makan. Balqis kat mana-mana pun selera. Bagus Balqis ni, penuh motivasi =p

 

DSC_1119

 

Lama betul tunggu keputusan. Satu dewan bagi komen yang amat memberansangkan yang group Balqis adalah yang paling best sekali dari segi costume & performance. Konfiden nyanyi pun not bad memang boleh lah kalau nak bagi full marks if nak compared to sekolah lain. series ni.

 

DSC_1123

 

 

DSC_1145

 

 

DSC_1154

 

 

DSC_1155

 

Tapi keputusan sebenarnya amatlah mendukacitakan kami, sekolah dan semua parents yang datang. Depa main politik kotor. Series tak boleh terima lansung alasan kenapa Balqis dapat 2nd place and kenapa kemas yang satu tu dapat first. Kami bagitahu Balqis the reality yang she should be in the 1st place and why tak dapat sebab ada orang main tipu main padam-padam markah juri la bla bla bla bla bla. Tak tahulah dia faham ke tak. Dengar cerita cikgu Balqis ada buat surat something like complaint ke rayuan. Tak tahulah apa status sekarang.

 

Takpelah Nak, takde rezeki nak masuk peringkat negeri. Nak buat macam mana. Janji Balqis meletop. eh!

 

daaa

26 July 2012

Baju Raya. Dah beli?

Tak tahulah kenapa rasa malas sangat kat ofis sekarang ni. Bukannya takde kerja. Kerja melambak-lambak tapi dia punya angin malas macam ribut taufan weh bila nak surut pun tak tahu.

 

Suasana tak kondusif kot. ceh tetiba nak salahkan suasana.

 

Dalam kepala otak sekarang tahu apa?

  1. alamak! berapa bijik power point nak buat untuk rumah baru tak setel lagi.
  2. alamak! masa meeting lepas dengan kontarktor & arkitek, kenapa la lupa nak tanya berapa kaki la tinggi siling rumah aku tu.
  3. alamak! lupa jugak nak bagitau mak verangan nak buat open concept kat dapur.
  4. alamak! best jugak dapat mandi laut lagi ni.
  5. alamak! baju raya budak-budak tak setel lagi.
  6. alamak! nak beli ke tak eh baju kurung yang tengok semalam.
  7. alamak! hari ni balik kerja kena bawak kereta sendiri la.
  8. alamak! itu suami ada ke takde kat rumah bukak puasa nanti.
  9. alamak! tak best la kalau makan sorang-sorang. takde feel nak gemokkan badan secara bersendirian.
  10. alamak! kan best kalau aku tak kerja sekarang!

 

Sarcastic smileSarcastic smile

 

yaaaa, begitu ketara sifat kemalasan itu bukan? Kena mandi bunga barangkali.

 

Baik, nak cerita jugaklah, last 2 weeks buat meeting untuk pertama kalinya duduk sama-sama dengan kontraktor dan arkitek satu meja.  uolls, kalau macam ni agak-agak siapa yang patut jadi pengerusi yang ada executive power. yaaa, haruslah melantik diri sendiri uolls. =p

 

Walaupun yang paling banyak cakap adalah arkitek tapi keputusan adalah di tangan anda. Anda mampu mengubahnya! – kau merepek apa ni senah. Please jangan bagi mereka bersengkongkol tanpa pengetahuan anda sebab bukan apa ai takut la kan ok, fine kau nak bagi kroni ke apa ke boleh tak bagitahu owner rumah. hellloooo!!! Karang nak sub projek kat orang suka suka kau tak tahu apa. Please jangan buat macam ni boleh tak? eh! ter-emo pulak.

 

Well, last meeting tiba-tiba have to decide cat rumah jenis apa, pintu rumah jenis apa, tangga rumah macam mana, semua jenis sink, tap apa ke bagai jenis apa. walaweh.. tiba-tiba kena decide tanpa sebarang notis ni yang aku paling tak berkenan. Ingatkan meeting apa ke hei nyer. So, aku let the arkitek je lah buat decision tapi with our approval & bajet of course. Aku nampak kat situ kalau kau tak study apa yang patut kau tahu bila nak buat rumah maka memang depa ni buat tak tahu je dengan kemunculan kau kat situ. Sorrylah uolls depa tak tanya aku dah berapa tahun aku berangan dengan kemunculannya saat ini and research kemain lama maka haruslah aku tanya macam-macam kan. Sukahati korang je kannn guna perkataan-perkataan pembinaan yang aku tak paham. eh! ter-emo lagi.

 

All in all meeting tu akhirnya macam ok jugaklah cuma ada  a few questions yang ai lupa nak tanya. Sabtu ni ada lagi  discussion session with them and ai dah list kan semua soalan yang terbuku di hati. eceh.

 

eh nak pi cari baju raya jap –—> baru kena sipi-sipi dengan tajuk. Laughing out loud 

 

bai

25 July 2012

Oh! No!!

oh noo! i am not pregnant la ladies. Tak boleh pun sebenarnya. ya, cerita sedih ini akan diberitahu later lah ye.

 

ai ada masalah dengan ingatan which somehow ai tak boleh berfikir secara logik or sometimes macam pelupa. Some people call it pregnancy brain / mommy brain / pregnancy amnesia / momnesia.

 

oh ke sebenarnya ia adalah untuk orang pregnant sahaja hahahaha Sukahati je nak diagnose diri sendiri tanpa rasa bersalah. ye lah, kadang-kadang ulang alik tempat sama tapi tak ingat apa yang nak kena buat sebenarnya.

 

or sometimes kan dia boleh cakap merapu like dalam kepala otak sibuk pening banyak baju tak basuh lagi so dengan kondifen konfidennya cakap kat Balqis, “Balqis pi masukkan telur ni di dalam mesin basuh.”

 

or dalam kepala otak sibuk pikir apa dalam peti ais maka dengan semangatnya jerit kat Balqis, “Balqissss pi kutip baju masuk peti ais cepattt'”

 

ya, tanpa muka bersalah. kena makan vitamin lebih kalau macam ni.

 

macam-macam nak pikir senah. kadang-kadang sedikit bengong.

Pulau Tioman : Bye Bye Gorgeous

Selepas sukaneka malam kedua, semua orang masih duduk lepak lepak di Beach Club. Masing-masing nak tunjuk skill billiard padahal skill apa pun takde. Biasalah benda ada depan mata selagi free bedal saja. eh eh tak free lah. Satu game 3 ringgit.

 

ai tak joint. Sebenarnya memang nak join tapi tersangkut dalam bilik lalu terus tidor =p Konon lepas susukan Adelia nak turun balik tapi lepas mengamuk mengamuk dengan budak-budak ni tak basuh badan terus tukar baju tidor, ai yang terus tidor. Sebenarnya nak marahkan maid ai tu, boleh je selamba suruh budak-budak terus tukar baju tidor lepas main pasir masa sukaneka tadi. Tapi tulah malas ah nak cakap benda-benda macam ni. Nak kata penat nak layan budak bukannya buat kerja rumah pun kan. Potong mood bercuti betul malam tu.  Spoil tahu.

 

Baik, baik. Stop drama.

 

Hari ketiga adalah hari yang paling cantik view dia. Pagi-pagi lepas breakfast terus pi mandi laut. Baru terasa lautnya landai ke tengah and makin ketengah makin lembut pasir dia. Memang syiok uolls.

 

DSC_1581

 

DSC_1580

 

Yang tak seronoknya di sini kena check out jam 10 pagi. adoi 10 pagi weh. mana la nak sempat nak bergumbira lebih lebih pagi tu tapi kami selamba 10 pagi pun masih kat laut lagi. Sudahlah datang ke sini punyalah jauh, lepas tu nak keluar awal pulak. Memang jangan haraplah.

 

DSC_1585

 

Jam 11 lebih baru masing-masing keluar bilik dan semua orang pun berlonggoklah depan pantai mengadap laut. Nasiblah laut tu cantik, mau nya kalau macam PD, memang nanges la kat situ nak tunggu feri balik jam 2 petang.

 

DSC_1593

 

My Wan, Adelia & staff

 

DSC_1601

 

Almost 95% gambar-gambar ni ai yang shoot. Konon dah habis seni la ni kan. ai need new lense la Bie. ewah tetiba.

 

DSC_1602

 

Kami lunch dulu lepas terlalu lama lepak depan pantai. Lunch di kedai yang sama. Kali ni tunggu lebih lamaaa compared masa awal awal sampai.

*

DSC_1615

 

Ragam Balqis

 

DSC_1617

 

Lepas duduk lama di kedai makan pindah lagi duduk di jeti. Lagi berangin dan tak panas sangat. Sambil-sambil tu seronok bagi roti kat ikan.

 

DSC_1622

 

 

DSC_1658

 

Duduk santai-santai

 

DSC_1646

 

Tiket feri untuk dewasa rm 25 sehala, untuk kanak-kanak rm20 sehala. Beza 5 hengget jew. ceh. Tiada tiket untuk warga emas ye, harap maklum. Tak mesra pelancongan namanya. 

 

DSC_1644

haih sepet ke tak sepet mata anak dara sorang ni.

 

DSC_1659

 

ok, itu sahaja for now untuk Pulau Tioman. Memang teringin nak pergi lagi kalau ada rezeki. Berbaloi jalan jauh sampai 7 jam hohoho

 

daaaaaa

 

Template by Best Web Hosting