20 November 2012

Ben. Terkini Masih Sensasi.

Masih ingat lagikah pada bapa ayam ku? Alah si Ben yang katik itu. Ya, dia masih hidup. Sihat walafiat, single and available. Kadang-kadang sedikit pelik akibat mempunyai bff seekor kucing. Bukan seekor malah berekor-ekor. Letih weh pantang nampak pintu rumah ternganga lalu masuk lenggang kangkung terus ke dapur.


Wajah Ben terkini.





Ya puan-puan, sila abaikan 1. Simen berkulat tiada rupa 2. Rumput panjang hutan belantara 3. Pokok bunga kertas ala-ala musim luruh 4. Dua gelung getah tempe merata-rata 4. Pasu bunga berkulat juga. Ini namanya tiada sentuhan kasih sayang.


Close up sedikit wajah si Ben.





Sedikit gemok semenjak tidak lagi cerewet pada makanan. Pernah hilang seminggu si Ben ni. Kami ingat dah jadi lauk mat pet sekali kau bila balik habis ekor dia botak kena cabut. Memang takde kerja betul dengan ayam ada hati nak mendera. Ingat dah cacat tak kan tumbuh ekor lagi. Sedih aku masa tu tengok ayam aku togel takde ekor. Yelah aku mana pernah bela ayam apatah lagi pengalaman ayam didera. Sedikit emo jugalah.


Sebenarnya ada jugalah senarai calon-calon pendera yang berpotensi sebab katanya marah rumah dia sejak akhir akhir ni ada pulak tahi ayam tapi malas la kitaorang nak layan. Janji ayam aku balik.


Last week, datang pulak idea nak belikan ayam betina spesis katik macam dia jugak dengan harapan ada perkembangan zuriat. Kesian ok tengok kawan dengan kucing hari-hari. Boleh mandul macam ni. Tengoklah kang kalau dah jumpa dan dah beli ayam betina tu aku update lagi.


Sekian, cerita ayam saya o_O


daaa

posted from Bloggeroid

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting