Ini sebenarnya adalah 3rd visit ke klinik gigi dalan tempoh setahun setengah. Maknanya KPI untuk tahun ini iaitu mesti visit dentist twice a year adalah berjaya hewhewhew Biasalah untuk anak-anak selalu beringat, cuba tanya sikit kat mak pak dia ni berapa kali la pi jumpa dr. gigi sepanjang hidup. Malu nak jawab weh.
Masa 1st visit tahun 2011, memang takde ada apa-apa problem. Saja nak bawa Balqis & Hazzim jumpa doktor bukak rekod gigi masing-masing. Doktor pun tak nak buat apa- apa, katanya 1st visit ni selalunya nak bagi kenal rupa klinik gigi je. Mak cakap klinik ni mahal sikit nak compare klinik lain. Ai tak survey klinik lain charge berapa sebab ai rasa berbaloi dengan servis dia. Doktor gigi klinik ni memang superb layan budak kecik.
2nd visit which was early this year, lagi sekali bawa Balqis sebab gigi susu dia tak tercabut so, gigi kekal sudah tumbuh senget. Harapan untuk cabut gigi susu tu tak berjaya sebab Balqis masih takut, siap nangis lagi. Dr. tak nak paksa and suggest to bring her again next time. Biasalah kalau dah next time tu, 3 minggu pun jadi 3 bulan. Akhirnya bertangguh sampai hujung tahun.
Nak dijadikan cerita, sebelum sempat nak cabut gigi susu yang satu itu, ada 3 gigi susu lain yang dah longgar sangat.ai memang dah geram, tunggu masa je nak cabut sendiri. Pujuk punya pujuk, ai cabut 1 batang gigi masa siangnya dan malam cabut lagi 2 batang. haaaaaa siap 3 batang sekali haku cabut kauuu.
Ini gambar lepas ai cabut sendiri 3 batang gigi dia.
Gigi susu bawah yang ai bising selama ni jenis tak boleh cabut sendiri sebab gigi tu tak longgar. Masih teguh di gusi. Inj memang cari pasal la kalo mak dia ni berani sangat nak cabutkan.
2 - 3 hari lepas tu, akhirnya pi juga ke klinik untuk kali ketiga. Surprisingly, Balqis memang cool je. Maybe sebab ai dah cabutkan gigi dia sebelum ni so dia dah boleh agak sakitnya macam mana. Ai pulak membayangkan cabut gigi macam dulu-dulu yang ada jarum panjang cucuk bagi bius. oohhh suda tukar la sekarang. Dah takde cucuk-cucuk bius macam dulu.
Alhamdulillah setel jugak bab gigi Balqis ni. Selagi gigi susu dia dulu tak bercabut selagi tu lah nightmare uolls. Gigi kekal senget tu dr. kata akan lurus sikit nanti dek sebab bibir bawah akan tolak sendiri. Harap-harap macam tulah, janji takde lagi nampak gigi tumbuh berlapis-lapis dengan gigi susu.
Oh, cabut sebatang gigi Balqis hari tu, klinik charge rm60. Mahal ke murah tu?
daaaa
posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment