05 November 2012

Random Post ( 3 bulan? ) phewww!!

hmmmphh

 

hmmmmpphhhhhhh

 

hmmmmmmpppphhhhhhhhh

 

Tarik nafas dalam-dalam dan hembussss. ok sekarang baru boleh tulis. Lama betol ni nak cari mood tulis balik. Tak tahulah angin kus kus mana masuk badan lalu mogok menjengok blog sendiri. Kalau ada orang nak boikot aku, tulis macam-macam lepas tu publish dalam blog pun aku tak akan tahu. pc kat meja aku ni bukannya ada letak apa-apa password. hah! kantoi!!

 

Berapa bulan dah tak update? Macam-macam la jadi kat rumah tu. Kalau orang gemuk, sempatlah jadi kurus selim melim dengan syarat tak ambik SD2. Sepanjang tak update blog ni, sempatlah jugak aku tukar profession jadi fulltime mama selama sebulan. Maid aku balik kampung melepas rindu kat anak dia. Nasib datang balik kalau tidak memang aku dah tukar profession terus – ada jugak hati berharap tapi ishk takut pun ada. Komitmen tengah memuncak ni memang tak sempat la nak buat backup plan melainkan jiwa keras.

 

*******

 

Status pembinaan rumah idaman ( haahaha idaman sanggattt lah kan  ) sekarang nampaknya semakin ke penghujung. Berjaya juga  mengharung kerenah kelembapan arkitek dan kontraktor. Sampai satu tahap bila dah tak boleh sabar sangat dengan progress rumah ada jugak terpikir nak beli rumah developer sahaja, memandangkan kegedikkan untuk menggapai impian adalah mengatasi segala-galanya, maka terpaksa juga tempoh fasa-fasa kelembapan ini. Lagipun, sabar itu separuh daripada iman bukan?

 

Sekarang kami sedang mencari-cari dan menunggu offer – loan - yang terbaik daripada bank. Once dah settled, maka rumah papan yang kami tinggal anak beranak sekarang ini dan yang sungguh mempunyai nilai sentimental yang tinggi ini akan dirobohkan. Semalam, masa tengah kemas-kemas tepi almari dalam keadaan gelap gelita, tiba-tiba tangan aku terpegang rumah anai-anai penuh tepi dinding. adoiii gelinya Tuhan je yang tahu. Dah teruk sangat weh rumah ni. Sayang memang sayang tapi bila tengok benda-benda macam ni memang rasa nak runtuhkan sekarang jugak.

 

*********

 

Tak banyak perkembangan drastik yang berlaku. Biasa-biasa saja. Budak-budak pun dah nak habis penggal sekolah. Semuanya dah siap register untuk sesi persekolahan tahun 2013. Hazim kami pindahkan ke KEMAS daripada belajar di tadika belakang rumah tu. Bayor mahal-mahal tapi sedih nak cerita. Elok 10 kali ganda la belajar di KEMAS walaupun bayor RM25 je sebulan. Bayangkanlah kalau buku latihan Hazim yang kami beli untuk buat kat rumah pun kena pinjam dengan sekolah dia sebab nak copy bagi budak lain buat latihan kat sekolah. RM75 sebulan bayar memang untuk gaji cikgu dia le tu selama ni. Penat weh.

 

Balqis tahun depan Tahun 1. Sekarang ni, hari-hari buat exam untuk dia sebab bulan 12 nanti ada exam kat sekolah baru for streaming new student. So far, Balqis ni boleh tahan rajinnya. Baca dah pandai basic math campur tolak pun dah boleh buat.  Alhamdulillah rajin kemain. Tak payahlah disuruh sangat janji takde Ipad depan mata  -_____-

 

Anak dara yang no. 3 & no. 4, masing-masing kecik lagi. Tahun depan masih duduk di rumah. Tak lalu pulak umur 3 tahun dah nak hantar ke kindy. Kesian ke dia, dahlah hari-hari drama queen. Buat mengamuk kat kindy, satu hal la pulak.

 

****************

 

Hujung tahun ni adik-bongsu-sangat-manja akan kahwin. adoi rasa baru sangat cerita pasal hari konvo dia. Alih-alih nak kahwin dah adik aku tu. So, sekarang ni sibuk pulak nak buat apa patut untuk kenduri kahwin dia hujung tahun nanti. Hari Sabtu lepas sibuk la kami anak beranak pi cari baju kat jakel shah alam nak buat tempah. Elok pulak hari tu Birthday mama, terus bawak pi belanja makan sedap sikit. Kesian mama, hari tu dia tak berapa sihat, bila we all belanja makan, santai-santai lama sikit, baru la nampak ceria.

 

390103_528414900519806_1877901954_n[1]

 

Happy Birthday Mama!

 

 293843_528415190519777_448284437_n[1]

 

 

**********************

 

 

Embedded image permalink

 

New view from my work station. Ahkak dah pindah bangunan baru dek non. Takdelah baru sangat tapi tak pernah bagitau kira baru la tu kan.

 

daaa

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting