Memang kagum betul pada preggy mom yang tak bernasib baik yang boleh tahan sakit daripada varicose vein yang keluar pada pangkal peha atau vagina.
Sakit sangat tahu sampai silap haribulan kalau terduduk lama sikit kena orang tolong angkat dari kerusi. Malu lagi satu hal sebab seronok-seronok melantak char kue teow tepi jalan tapi bila nak balik en.somi kena angkat sebab tak boleh berdiri dari kerusi. Rasa nak nangis pun ada! Tak kan setiap kali orang tanya aku nak cakap sakit ‘tuuutt”. Kalau cakap sakit urat nampak tak sesuai dengan gambaran kesakitan =p Sudahnya kalau orang tanya aku malas nak cakap apa-apa.
Selalunya pada orang yang terkena pada kaki mungkin tak rasa sakit sangat masa berjalan sebab jauh dari pressure pembesaran baby dalam perut. Varicose vein ni boleh jadi disebabkan pregnancy dan keturunan. Siapa yang dapat daripada keturunan masa umur belasan tahun lagi dah boleh nampak urat akan timbul sikit-sikit dan makin membesar bila preggy.
Aku percaya aku dapat benda alah ni banyak daripada keturunan. All my aunties including my mom and also my nenda have this painful varicose vein. Two of my aunties dapat dekat pangkal peha macam i kena sekarang. So, bila aku cakap aku tak boleh jalan, they all memang paham sangat sampai kan kalau aku nak bangun dari kerusi pun my makcik tolong angkatkan. My mom hanya ada pada betis dan tak berapa besar sangat maybe sebab 3 kali je pregnancies. Nasib baik la aku kena masa pregnancy kali ni je kalau dapat dari 1st preganancy dulu, tak tahulah nak kata macam mana. Seksa derr.
Itu belum cerita masa tidor lagi. Nak bergerak seinci pun kau ambik masa 1 minit. Bayangkan macam mana aku nak bangun pergi bilik air. Tiap-tiap malam rasa nak nangis. Bila aku ingat doktor cakap sakit akan hilang once baby keluar sebab dah tak ada pressure pada urat, barulah buat aku kuat semangat sikit. Tapi itulah nak tunggu lagi 15 hari rasa macam adoiii sabar je lah.
Aku ada copy paste article pasal varicose vein. Sila lah baca macam kan ada test viva esok =p Daaa
Vena Varikos.
Volum darah anda akan meningkat dengan banyak semasa hamil untuk memberikan sokongan pada bayi yang membesar. Aliran darah yang berlebihan menyebabkan urat darah biru timbul pada paha dan betis. Urat urat besar juga mungkin timbul pada persekitaran paha dan sekitar faraj dan ini boleh merisaukan anda. Memang sukar untuk mengubati masalah ini tetapi untuk mengurangkan ia menjadi semakin bengkak, elakkan dari berdiri atau duduk berterusan dan cubalah buat senaman kaki. Selalunya Vena varikos akan hilang sendiri selepas beberapa bulan bersalin.
sources
Punca dan Kesan Urat Simpul
Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.
Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.
Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.
Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.
Sering Dialami Wanita
Urat simpul adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Sebanyak 20% wanita mempunyai vena varikos dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.
Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung. Terdapat juga individu yang mengalami vena varikos sejak dari usia belasan tahun lagi.
Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul. Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.
Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.
Kesan Urat Simpul
Mereka yang mengalami masalah urat simpul akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit katanya berkemungkinan mengalami kekajangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga pesakit yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, pesakit akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.
Pesakit urat simpul juga akan terasa seperti urat mereka akan pecah sekiranya berdiri terlalu lama.
0 comments:
Post a Comment