28 December 2011

Ikan Haruan & Jeli Gamat

Pagi ni bangun rasa kuat sikit, takdelah nak kena pegang perut teruk sangat. By tomorrow harap2 boleh jalan kuat sikit lagi sebab nak pi bukak jahit. Segan pulak rasa kalau jalan macam siput.


*Percaya ke tak ai tak pernah ambik segala bana jamu untuk orang lepas bersalin. Entah tak tahulah kenapanya tak nak makan. Maybe sebab satu semuanya 4 orang ceasarean jadi takut jamu panas dan tak sesuai dengan badan end up luka dalam perut lambat baik. Dua, sebabnya adalah ai exclusively breasfeeding jadi takut jugak jamu akan effect susu badan lalu susu akan berkurangan. . eceh. Makanya, tak pernahlah berasa sedap ke idok jamu nyonya mener ke hapa.


Tapi ada dua benda ai tak tinggal makan, satu kalau ada rezeki lebih sikit sepanjang bulan pertama akan makan ikan haruan hidup eh idokler makan hidup-hidup kak jah tapi masak ikan haruan yang dapat hidup-hidup bukan yang dah mati telentang.


*Ada orang tak lalu makan ikan sungai ni dan sanggup telan pil/pati ikan haruan. Entoh ler bila makan ikan haruan fresh ni rasa original kekdahnya hahahaha


*ok ok tak kelakar


*Makan ikan haruan fresh rasa cepat proses healing. Tapi kauuu. . seksa sikit nak mencari melainkan kamceng dengan kaki pancing. Pasar Rawang sini jual ikut kilo, tak tanyalah pulak en.somi sekilo berapa tapi dua ekor jatuh rm50 henggeett kak jah! Mahai NM weh! Itu pasai mak cakap kalau ada rezeki sepanjang bulan pertama dapat makan ikan haruan fresh. Kalau takde geng kaki pancing maknanya lebih kurang 2 minggu jelah dapat makan haruan fresh.


*Tip masak ikan haruan - jangan buang lendir ikan. Lendir ikan tulah yang buat ubat. Semalam cakap kat mak 'teringat pulak makan kari kepala ikan part bijik mata'. Bezanya satu masak sup satu masak kari. ahhh marvelous betul bau kari ikan mamak tu, melekat ke tangan sampai 2 hari!


*No. dua yang tak pernah tinggal tiap2 hari dua kali sehari adalah jeli gamat. Ini memang senang cari, boleh cari kat mana-mana kedai jamu. Sebotol dalam rm50. Setakat ni tengok brand dari Luxor yang paling likat/pekat which is good for me.



Jeli gamat ni ai makan everyday for 2 months or more


*Buah oren pun ok jugak for healing proses. Luka cepat baik tapi jarang pulak makan sebab takde orang yang rajin nak pi beli. Rasanya itu jelah kot yang dok pulun selama ni. Harap-harap badan sihat sampai ketua.


Oh ye. . Update on my varicose vein - as what the doc said, sakit masa berjalan dah hilang tapi masih rasa macam ngilu-ngilu sikit kalau kaki tersilap pusing. Maybe baru lagi so ai buat tak tahu jelah. Mak bagi petua or pantang - tak boleh makan sayur-sayur yang tumbuh menjalar macam kacang panjang, petola, labu etc. So, kena beringat lah lepas ni kalau tak nak kaki buruks kan. . . haih kak jah memanglah kaki tu tak secantik cameron diaz tapi naklah jugak berselera kalau laki tu tengok. eh.


*Okeh. . . habis jugak post mak bidan hari ni :-P Multitasking ok sekejap dok berblog sekejap yang besar nak menyusu lepas tu yang kecik pulak, tandem nursing ler kononnya lepas tu badan maknya yang sakit-sakit o_O


*daaa. . .

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting