15 December 2011

37 Minggu : Oh Oh Tinggal 7 Hari Lagi!

Hari ini hari Khamis bukan? Wallah weh. . . Ingatkan lama lagi rupanya Khamis depan dah masuk OT. Ini memang mengagumkan hahaha entah apa yang kagum aku pun tak tahu. Patutlah semalam bila hantar surat cuti segala kat ofis ada yang pelik2 sebab saat macam ni pun sanggup datang ofis. Kalau bukan nak uruskan segala hal cuti 2011 dan hanya akan masuk kerja bulan 4 tahun depan aish takde maknanya mak kena pi ofis kak jah!


Penangan daripada banyak sangat berjalan semalam, malam tadi menitik-nitik air mata aku menahan sakit urat & contraction. . aiseh syahdu betul jadi mak nih. Nasib malam tadi si Delisya tak bangun mintak susu (breast feed) kalau tidak satu hal pulak.Hari Khamis depan maknanya tinggal lagi 7 hari. Rasa macam ada banyak benda lagi tak setel. Ada 3-4 barang tak beli lagi, bilik (rumah mak) yang nak duduk masa pantang tak siap lagi (konon2 nak repair sikit bilik air & cat bilik ) even tak nampak lagi batang hidung kontraktornya dan yang paling tak best adalah adik-bongsu-sangat-manja nak pi merisik!


Dah nak bersalin pun suka nak kepoh adik nak bertunang kannn. . . iyelah pun itu jelah adik aku sorang yang sibuk sangat nak kahwin. Apa nak buat pun, semua nak tanya aku. Mak aku pun ada ke nak pi merisik ni nak hantar cincin bogel macam tu je, takdelah nak buat bekas cantik2 ke apa. Kalau iye pun bakal besan dah pesan tak nak apa-apa, tak nak menyusahkan tapi tak patut la aku rasa. Sudahlah awak tu memang tak nak ada Majlis Bertunang. Aku cakap belilah bekas elok sikit, kek seketul & satu bakul bunga lily letak buah2. Sudahnya sebab banyak sangat mulutnya, akulah yang jadi orang harapan pengantin. ceh, memang tiada belas kasihan di situ.


Plan-nya weekend ni nak pi Semua House - kagum lagi dengan diri sendiri hahaha lepas tu kau nangis la sorang2 atas katil tahan sakit kan. Tak buat, kesian pulak. Susah betoi bila jadi macam ni. Kau Dik, macam takde hari lain nak pi merisik, letih ahkak!


Baik, lepas tengok to-do-list (before masuk OT), yang rasa lojik untuk disiapkan adalah habiskan beli barang baby dan maybe pi Semua House. Repair bilik memang mustahil la aku rasa. Harap2 semuanya dapat setel satu2 walaupun aku rasa nak pi beli barang pun memang bercinta habis.


daaa

posted from Bloggeroid

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting