08 December 2011

Jalan-Jalan Cari Makan > Bagi Gemuk Lagi!

Kalau dah takde kerje, inilah namanya. Konon-konon teringin nak makan street food kekdahnya, itu yang sanggup keluar rumah jam 10 malam pi redah ke area belakang Setapak sana ( depan kolej TAR ) cari char kue teow paling vogeh abad ini! Aku bab-bab makan kat gerai tepi jalan ni kalau sedap no hal punya. Asal sedap balun jugak. Macam ada orang bagi review kat Pulau Pangkor susah cari makan or makanan tak sedap. Aku ada blog pasal benda ni dalam post pi Pangkor tapi aku pi sana ok je food dia. Idokler tip top tapi idok ler sampai kebulur. Kalau nak hidup sedap pi lah duk Pangkor Island Resort kan, yang pi cari pasal kat Teluk Nipah memang la cari penyakit kecuali tekak kau boleh terima seadanya.
Tak clear gambar sebab snap using my nokia e71. Panjang sangat beratur dengan harapan lepas melantak nanti mak boleh bangun dari kerusi dengan jayanya. Nama gerai Mali's Corner dan en.somi claim sangat glamer masa zaman dia belajar di uia dulu dok melepak kat sini pekena char kue teow tengah malam. Setelah hampir 10 tahun, dia jumpa balik gerai ni, memang excited bukan. Macam jumpa awek lama. Menci ai! :-P
Jangan ditenung pinggan plastik merah yang tidak vogeh langsung itu, yang penting isi dalamnya kak jah! Percaya tak 40 minit ahkak tahan sengal pinggang untuk ini! Datang sini pun dalam 20 minit je, sabor jelah kan. Ini adalah kategori special, rasanya rm5 kot. Sedih bila en.somi kata masa belajar dulu mana nak dapat order special, rm5 tu rasa mahal sangat. Alahai ada segmen syahdu syahdan pulak kali ni. Baik, selepas menikmati char kue teow vavaboom malam tadi, malam ini sekali lagi ada sesi menggemokkan badan di Istana Hotel. wah! Ini memang betul-betul melantak nampaknya. Terima kasih lah kepada all bisnes partners in Rawang sebab consider keadaan diri mak kini lalu mempercepatkan sesi menggemokkan badan lebih awal ekekeke nanti mak lobi untuk bagi uolls bonus akhir tahun ok. ;-) Daaa

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting