Ini shot terbaik tahun ini di pagi raya. Lotih mokcik pujuk anak dara kecik ketakutan dengan camera besor. Meraung memanjang tak sporting lansung kat mak kau ni berangan nak gantung gambor family.
Rambut anak dara mak memang macam tulah dah tak boleh selamat lagi memang pesen tak nak lurus. 5 minit sikat 5 minit gerbang 5 minit sikat 5 minit gerbang, susah sangat tengok duduk diam. Nak blow hari-hari bagi nampak macam bentuk cendawan sikit, kang rosak pulak rambut kau Nak. Mak redho jelah.
Emosi anak bujang raya tahun ni ada peningkatan sikit. Ada la meraung melalak 3 –4 kali JE sepanjang 6 hari kat kampung. 2 tahun lepas sebab kecik sangat kalau meraung setakat letak kat dalam reban ayam tepi rumah tapi kali ni sebab dah besar sikit setiap kali meraung bapaknya pergi dokong letak kat pokok pisang tepi gunung. Memang ada unsur-unsur bapa zaman jepun. Biarkan, tak kuasa mak nak layan drama meraung hari-hari.
Raya tahun ni turn balik Lenggong dan telah berpakat dengan maid nak masak lontong / kuah lodeh dengan kuah kacang malam sebelum raya. Tak tahulah mana datang super power dalam badan dengan nak bawak badan 6 bulan ni tiba-tiba rajin benor buat kerja kat kampung. Mungkin sebab kat rumah mak mertua, jadi ada unsur mencuri hati mak mertua di situ. Menyapulah, mengemoplah, sapu sampah belakang rumahlah dan paling tak boleh tahan cuci bilik air kak non. Sakit pinggang merana sendiri. Padahal ramai je sangat jejaka dalam rumah tu. Mokcik pikir kang yang nak mandi aku jugak, daripada mengarah menunggu orang lain basuh baiklah aku basuh sendiri kann.
Ini bukan buat-buat berlakon mengetuk dinding rumah ye kecuali tang aksi pelakon tambahan depan nun – nak jugak menyelit laki ahkak perasan ‘berketul’ ler tu huhuhu. Dinding rumah atas tu baru je berganti sebulan dua lepas tapi sebab cucu-cucu semua buas macamkan ada 50 orang dalam rumah habis di terajangnya sampai tercabut 3 keping. Nasib baik tak terjunam terus ke bawah, kalau tidak adalah yang raya kat hospital.
Orang lain boleh kurus masa bulan puasa. Anak dara mak naik 2 kg. Feveret sangatlah tu nasi impit dengan kuah kacang. Tahun ni macam tak pandang je lemang denga ketupat palas. Nasib baik, kalau tak boleh tambah lagi 2 kg nak oii.
alahai anak dara mak
Gambor memang tak berapa nak ada. Konon-konon tak sempat sangatlah tu nak melentok sana sini macamkan ada anak 10 orang. Tahun ni kenapa ntah seramai-ramai 9 adik beradik laki ahkak semua tak beria ambik gambor. Sendu-sendu je yang ada kat dalam tangan ni mengutip kat semua orang. Jadilah non asalkan ada, dah tua-tua tak berapa nak muda ni penyakit tergedik-gedik terkurang sikit. ahhh emo ler tuh gambor takde!
SALAM EID 2011
0 comments:
Post a Comment