Delisya 30hb ni masuk 1tahun 6bulan. Baru sihat dari demam & cirit birit. Kesian nampak sangat susutnya. Timbang berat minggu lepas 7.5 kg je berat dia tapi sebab anak-anak semua jenis kecik ringan aku dah tak ambik hati dah kalau ada orang senang-senang nak komen anak aku kecik gila.
Kalau dulu masa Balqis baya Delisya ni aku selalu kecik hati bila orang suka-suka nak komen anak aku kecik. Komen tu macamkan aku ni tak pandai bagi anak makan. Sedih ok. Aku ni pun beria-ia la jumpa pead tanya masalah kenapa kecik & kurus je si Balqis ni dan secara logiknya betul lah cakap doc. tu, kalau dah mak pak spesis kecik lagi comel. . eh! hahaha memang patutlah anak semua dapat gen kecik. Sejak dari tu aku pun ah lantaklah korang semua nak kata fizikal anak aku, janji sihat non.
Ingatkan aku je yang emo pasal orang komen anak-anak ni, rupanya en.somi pun emo sama. Tapi biasalah lelaki ni suka nak simpan-simpan. Patutlah rajin benor bagi Balqis makan telor masa tu. Boleh kata sehari memang tak miss la sebijik. Aku pulak masa tu rajin pulak bagi vitamin c hari-hari. Sekali.. . .hambek. . nak suruh dia stop makan sekarang ni susah betul. Umur 5tahun dah 24kg. Berat aku masa darjah 3-4 tu. Dapat tahu en.somi terasa hari tu sebab bila nak bagi makan telur kat Delisya, en.somi tak bagi makan selalu sangat sebab takut bila selera dah naik macam kakak dia nanti susah nak stop dan bagitau masa Balqis dia bagi telur sebab dia sedih orang kata anak dia kecik. Eh, terasa rupanya.
Now dah sihat banyak, selera makan pun kembali normal. Kuat makan si kecik ni. Pantang tengok kakak & abang makan, dia pun nak join sama.
Cakap tak berapa sangat lagi tapi dah faham apa orang cakap. Setakat mintak tolong ambik kain buruk dekat dapur memang dah cekap sangatlah :-P Orang perempuan kan, memang kena dera dengan maklah suruh kemas rumah :-)
Mama > mama
Ayah > ayah
Abam > abang / kakak
Wa > wan
Yang > yang (moyang)
Bu > susu
Nak air > nak air
Dah > sudah
Tet > cat
Ten > kitten
Delisya with Yang & Abam
0 comments:
Post a Comment