26 January 2011

Pulau Pangkor (1)

Khamis lepas sempena cuti Thaipusam eh takdelah sempena sangat pun tapi sebab en.somi takde court case hari Jumaat dan ai pulak mengamalkan cuti tak kesah hari apa jadi kami anak beranak sekalian telah pi bercuti ke Pulau Pangkor. yee huuu!!

Panjang benor intro nak bagitau kami anak beranak pi bercuti 3 hari ke Pulau Pangkor :)

Setelah berasa sedikit azab letih meng-google info2 menarik apa nak buat 3 hari kat Pulau Pangkor dan hasil meng-google adalah tidak memberansangkan jadi ai cuba untuk bagi info pada uol sebanyak mungkin ok. Sudah bersedia? Mari mulakan.

Kami bertolak dari Rawang hari Khamis petang balik ke Lenggong dulu untuk ambik FIL, MIL & BIL. Sampai Lenggong pun dah tengah malam. Hazzim suka hati dia je kata ‘nampak rumah hantu’. Tiba-tiba ai jadi seram, dahlah memang sekarang ni balik kampung macam igauan ngeri. Memang nasib tak baik betul pagi buta perut meragam cherry berry. Sabor je laki mak meneman ke jamban walaupun jamban ada dalam rumah. Tak tahulah apa motif nak jugak suruh teman ke jamban walaupun tahu nanti bila ai dah masuk dalam dia sambung tidur balik dalam bilik.

Apa kaitan jamban dan hantu boleh baca kat sini.

Setelah berpeluh-peluh di pagi buta, tanpa buang masa terus sumbat balik baju dalam kereta. Bertolak dari Lenggong jam 9 pagi ikut jalan lama masuk ke Kuala Kangsar ke Lumut. Saja tak nak masuk hi-way, pemandangan tidak indah katanyerr. Road trip bersama anak-anak kecil paham-paham sajalah harus bajet lebihkan 1 jam daripada masa tempoh biasa - 3 jam jugak drive ke Lumut.

Sampai di jeti Lumut, boleh pilih nak parking kat luar takde bumbung ke atau parking kat Medan Letak Kereta Bertingkat ini.

 

pic googled

Parking sini 1 hari rm10. Kami parking sini hari tu masuk 12pm Jumaat sampai 12pm Ahad kena charge rm20. Depa ikut 24jam so pandai-pandai la uol bajet masa.

Sampai jeti pun dah tengahari, jadinya acara wajib seperti menggemokkan badan mesti selalu di dalam agenda. Area jeti ni banyak tempat makan, kena pow dengan tak kena pow dengan tokey kedai saje. Ada cerita tak best pasal makanan kat jeti tapi kita abaikan dulu, yang penting kita bergumbira duluuu..

*

DSC04764

 

Tiket pergi balik untuk dewasa adalah rm10. Kanakumur 5 tahun dan ke atas dan OKU adalah rm5. Takde tiket untuk warga emas ye tuan puan. Walaupun diri masih bukan kategori ini tapi apakah maksud semuanya ini?  Ini tidak a’dil!! {sambil membayangkan tiada layanan istimewa bila diri sudah tua }

DSC04769

Gambar gediksambil sengetkepala.

 

Masa ni bolehlah gediklagi sebelum hero mak tunjuk hero.

TIP UTAMA : Sila pastikan anak-anak kecil anda pergi membuang dulu apa yang patut sebab ada feri yang tiada toilet. Tapi kalau nak rasa pengalaman macam mak, anak hero meraung setengah jam nak kencing kat toilet walaupun dah paksa pakai diaper. oh silakan. no sweat!

DSC04774

Balqis snap.

Tahu, memang gemuk *nanges*

 

Sampai di Jeti Pangkor, boleh pilih samada nak naik Teksi {van pink} atau sewa kereta atau sewa motor atau lebih mencabar sewa basikal.

Keputusan:

  • Sewa motor 1 hari dalam rm30. Apakehei 9 orang nak sewa motor banyak2. Lagipun yang ada lesen motor FIL sorang saja. Rugi2
  • Kalau pilih teksi {van pink}, sekali naik dia hantar ke chalet rm40 satu teksi. Tapi kalau nak pergi jalanlagi kena bayar lagi. Rasa macam tak berbaloi sebab we all kat sini sampai Ahad, maybe nak bergerak sana sini. Rugi2.  
  • Sewa basikal? Abaikan. Tapi kalau rasa nak feelingbackpackers, relax2   tak kejar masa bolehlah try. Ai kalau pi dua orang memang teringin naik basikal.
  • Sewa kereta we all dapat 2 buah 2 hari rm200. Kancil dan Iswara. Condition still ok. Ini yang termurah we all dapat sebab local people kat situ cakap kalau peak season 1 kereta 1 jam rm150. Mahei giler. Tak payah risau kat mana nak sewa kereta sebab kat jeti pun dah melambak-lambak ulat sewa kereta/motor. Pilih je yang mana satu. 

pic. google

 

Pulau Pangkor ada 2 teluk yang glamer – Teluk Bogak dan Teluk Nipah. Teluk Bogak yang paling dekat dengan town. Ramai orang jadi agak bising. Pulau ni tak besar sangat tapi kalau nak buat semua benda { round pulau, mandi manda/ snorkelling, shopping } dalam 1 hari memang tak sempat.

Teluk Nipah jauhnya 10 minit drive dari Teluk Bogak. mak oi dia bukit dia memang curam. Aku dah gabra janganlah kereta kancil ni menggelongsor ke belakang. Tekan minyak habis dahsyat dah.. memang ngeris!! En.somi sakanlah gelak tengok kereta macam tak naik. ces mentang2  dapat iswara, nak eksyen.

 

DSC04783

Isi minyak dulu.

 

Kalau pergi lagi ai suka pi Teluk Nipah sebab walaupun dia jauh sikit dari pekan tapi in terms of aktiviti laut dia sedikit happening weh. Ramai beach boy { they claimed themselves as a beach boy. Geli mak nak sebut hahaha } bukak bisnes tepi jalan untuk aktiviti laut semua. Harga semua lebih kurang. Bagus macam ini, tak payah pening kepala.   

*

DSC04785

Cubaan Pertama

 

Kami check in di Seagull Beach Resort – sedikit ke belakang dari pantai tapi masih boleh diterima. Rehat sekejap dan petangnya terus menjalankan misi pertama – snorkelling!! 1st time weh. Oleh itu sedikit teruja walaupun bot laju yang bawak we all tu laju kemain. Ada ke dia kata baby boleh naik, “tak bahaya kak”. BS nasib baik aku tak bawak Delisya sekali sebab dengan akusekali rasa nak tercampak dalam laut.

*

pic. google

Bot macam ni boleh tahan lagi. Dia berat tak laju.

 

pic. google

Kami 4 beranak naik bot laju macam ini. Apa la mengong  beach boy kata tak bahaya bawak baby.

 

DSC04794

Ramai jugak orang.

 

Snorkelling untuk dewasa rm15, kanak-kanak dia charge rm10 tapi 2nd day kena charge rm5 pulak. Diskaun kot sebab 2 hari tak habis-habis pi snorkelling. en.somi  kautim dengan beach boy, sukahati lah nak ambik kami 4 beranak balik pukul berapa pun. Boley dia ambik last sekali? Nak sangat dok lama-lama sangat kann. Aku dah risau delisya lama sangat aku tinggal tak minum susu.

 

DSC04811

Hero mak sedang bergembira. Jangan terpedaya. Itu semua adalah helah semata hahaha :)  hazzim..hazzim.. memang hero mama sejati.

 

DSC04815

Aku memang suka sakat dia. Makin sakat makin manja.

 

DSC04809

en.somi : yang.. nak buat profile fb la gambar ni.

aku : hahahaha hover la bie..

*

DSC04803

Lintah laut

*

DSC04823

Jangan tiru. Aksi merbahayakan (?) kesihatan.

 

Bila tekak dah biasa pekena teh tarik malam buta, kat sini pun sebuk nak cari teh tarik. Bila gemuk tak habis komplen. Jam 11 malam jalan kaki slow2 cari kedai makan. Chalet sini semua rapat-rapat dan nampak meriah. Walaupun chalet kami kat belakang tapi macam ok bila malam sebab tak bising sangat dengan aktiviti open karaoke di chalet lain.

*

DSC04825

Muka berlemuih+penat+sememeh sedang menonton orang berkaraoke @ Purnama Beach Resort

 

DSC04827

 

Balik dari  minum hazzim dah tidor terus baringkan dalam bilik. Kami 3 beranak sambung lagi aktiviti malam tu dengan gaya sihat kembali :) hahaha jam 12 malam main ping pong. Meriah masa ni – ai main ping pong, ada group mat salleh + malaysian student tengah belajar menaritradisional kat cafe { sebelah meja ping pong ai } and ada group yang karaoke dalam bilik karoake. Semuanya FOC, no extra charge. Nak tak nak 2 pagi kena tidor, esok nak sambung jalan balik.

 

3 comments:

Zuraimah Ismail said...

aku x pernah p pulau lain selain pulau langkawi ngn pulau singapore.... aritu nak try snorkeling kat langkawi..x sempat...next time kene p gak aaa

Mrs Azarol said...

pi weh jangan x pi :)

Zuraimah Ismail said...

hmm akan dibawa ke majlis perbincangan suami isteri..:)

 

Template by Best Web Hosting