10 January 2011

Kerja UNTUK Saya atau Kerja BERSAMA Saya?

Malam tadi kami anak beranak dinner kat McD. Nilai duit sekarang ntah macam apa-apa. Makan burger sahaja ok fine ada ayam 2 ketul dah kena almost rm60. Just imagine with rm60 apa yang boleh dimasak di rumah?

Tapi nak buat macam mana tekak nak jugak rasa, nak jugak bawak anak-anak makan, nak jugak menghabiskan duit. Semalam bila tengok muka Hazzim excited semacam baru ai notice eh anak bujang haku baru 1st time masuk McD la. woh.. kejayaan peribadi ni. So, malam tadi lepas dia makan nugget 4 ketul dia mintak nak makan ayam. Nasib baik tak mintak nak makan mee.

Tengah ai seronok melayan budak-budak dan bapak budak sekali, ada orang text ai.

Salam. Tlg hantar brief perlembagaan BS company dan tatacara prosedur kewangan BS company pd saya. Juga kuasa2 ceo, perlantikan jawatan, prosedur kewgn bawah kuasa ceo, tke dan bod serta buku akta bkaitan peraturan2 BS company. Apa bidang2 kuasa bod serahkan pd ceo. TQ 

Rasa-rasa tertekan tak jiwa raga ai? Prosperity burger ai terus jadi tawar {konon}. Hampeh betul. Tak boleh tunggu esok pagikah? Macamlah kalau sms ai jam 10 malam ni ai boleh bagi terus esok pagi buta.

En.somi berbulu betul bila baca sms tu. Biasalah dia mana boleh orang ganggu bini dia malam-malam macam ni. eh. Sudahlah takde nama daripada siapa. Lagilah hangin satu badan. Seperti biasa laki mak memang suka bagi cadangan-cadangan membunuh diri. Ada ke dia suruh ai reply

Saya tidak dibayar gaji untuk bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Emosi kan? ai know. Sebab itu ai kahwin dengan dia, dia drama king. Memang sekufu. hahahaha

Pagi ini ai buat tak tahu je sebab konon-konon nak tunggulah siapalah yang text ai malam tadi. Kotlahkan orang itu masuk bilik ai nak tanya progress.

Sekarang ai dah tahu siapa. Matilah haku kalau tiba-tiba malam tadi jadi isteri mithali menurut perintah reply sms. Tahu siapa?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

pic. google-ed

ok bos.. saya yang menurut perintah bos.

 

Pelik ok CEO text ai. Tak pernah-pernah sebelum ini. Buang tebiat agaknya. Petanda apakah ini?

Susahkan jadi bos? Silap timing pun, pekerja benci. Ingat senang ke nak jadi bos. Semua benda kena ambik kesah. Sekarang manusia cepat stress jadi semua nak kena ‘main’ saikologi { ini menjawab kepada persoalan kenapa ada karipap free setiap minggu untuk staf }.

eceh gaya macam nak jadi CEO. :P  

 

3 comments:

mamaDhea said...

hihi.. awat tak test je hantar sms tue.. tgk plak respond pepagi camne.. hihi

madam kheyr hameed said...

oh my gucci! ai tak dapat bayangkan kalau u balas cenggitu kak. ihiks.

Mrs Azarol said...

dek nons sekalian.. kalau mak reply macam tu.. alamat pagi ni haku dah kena cari kerja lain ler gamaknya huhu

 

Template by Best Web Hosting