11 January 2011

Hidup Untuk Makan. eh?

 

pic. google-ed

*

Photo0027

 

Setelah 2 minggu berturut-turut makan-makan di sini, ai rasa dah tak lalu sangat kalau ada orang offer makan lagi minggu ini. Sudah-sudahlah meningkatkan kalori dalam badan. Konon mahu diet tapi itu semua angan-angan sahaja. Tapi kalau ada orang insist nak belanja jugak, ai redho. 

Gambar-gambar yang ini masa we all pergi last 2 weeks bersama-sama dengan staff Messrs. Khairul A.co {Rawang}. Belanja staff katanyerr. Nasib baik bos ada hati nak masukkan nama bini sekali kalau tak nak jugak merajuk. Memang mengada.

Ini 1st time ai jumpa dengan semua staff. Tak berapa nak ingat sangat rupa. Kalau selisih kat Rawang confirm kena cop ‘bini bos sombong’. Apakan daya ai memang ada masalah susah ingat rupa orang ditambah pula suka jalan menonong. Jadi potensi diri untuk dicop memang tinggi. Tapi percayalah ai memang baik hati. muahahaha

 

Photo0028

Gaya apakah ini?

 

Pembaca sekalians sekiranya mahu makan di sini silalah datang awal. Kalau sampai jam 4-5 petang tu memang cantik sangatlah tu. Bukan apa ramainya ya Rabbi. Siapa yang datang dari jauh kesian kalau tak dapat tempat duduk. Masa ai mula-mula datang sini dulu dalam 2 years back, alahai tempatnya tenang je nak makan sambil menghirup (?) angin sepoi-sepoi pantai. Sekarang ni nak feeling-feeling gitu takde maknanya kak non, dapat tempat pun dah boleh sujud syukur.

Ai memang suka datang makan sini. Seafood adalah sangat fresh dan harganya compare 2 tahun lepas dan juga tempat-tempat lain so far ini adalah terbaeekk. Mungkin moto tuan kedai makin maju makin murah. yaa itulah yang kita cari selama ini kan.. kan..kan.

Series ai rasa price untuk jumlah makanan yang kitaorang ambil adalah murah compare sepanjang 2 tahun kebelakang ni. Makan-makan company hari itu untuk 18 orang adalah rm400 plus. Last week makan 4 orang tapi makanan macam makan 10 orang { nafsu lebih sikit minggu lepas ] adalah rm190.

Tahun 2008 ai makan sini untuk 10 orang harganya dalam rm300 plus. Bezakan? Semoga murah rezeki tokey kedai. Amin. 

Photo0029

Bagus anak dara mak. Kecil-kecil sudah pandai kontrol perut ambil gambar. :)

 

Ai masih malu-malu kucing nak ambil gambar makanan sambil diperhatikan secara serius oleh orang lain. Almaklumlah bini bos kena jaga reputasi hahahaha takde makna lah weh. Sebenornya haku sebuk mana nak jaga budak, mana nak layan Balqis sebuk nak kutip siput, mana nak isi perut lagi, kejap nak kencing, kejap nak berrr.. multi tasking sungguh. Jadi abaikan lah kerja-kerja sampingan lain itu.

Photo0030

Drama King Siapa mahu jadi chambering student di bawah ini Master. Sila roger beliau mak ok. eh.

 

Selama datang sini sebelum ini memanjang air surut tapi last week air tengah pasang jadi macam best pulak. Ai takdelah kerap sangat datang sini tapi bolehlah sebab Jeram dengan Rawang tak berapa jauh kalau ikut jalan Tasik Puteri.

ok sekarang siapa suka seafood pergi segera belanja diri sendiri atau keluarga. Siapa mengidap gout jangan lupa bawak ubat. :P

eh lupa nak bagitau nama tempat. Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor.

4 comments:

madam kheyr hameed said...

kak..iols takut nama firm husband u. sebab firm tu panel ptptn. matilamakkk..

Mrs Azarol said...

hahaha kalau dah sampai roger ai ok.. maknanya servis telah berjaya.. hahaha

madam kheyr hameed said...

kak..kalau husband uols ternampak nama iols, ckp kat dia..sila KIV dlu ye. ihiks.

Mrs Azarol said...

ok2 no hal. bisa diatur.

 

Template by Best Web Hosting