Sejak kahwin antara perkara utama yang ai kena belajar adalah harus terus terima perkara yang berlaku secara tiba-tiba or how to except an UNEXPECTED family activities. Being me who self-claimed suka benda tersusun, buat benda yang kena dirancang awal-awal adalah sangat susah nak terima perkara-perkara yang datang tiba-tiba.
I pernah migrain terus bila en.somi bagitau 8 pagi suruh siap cepat pack up all things jam 10pg nanti nak pi Port Dickson. I pernah migrain juga bila jam 3 petang en.somi kata malam nanti kita akan buat BBQ kat rumah adik beradik semua nak datang. Adik beradik means at least 20 to 25 orang!! Actually the number is not the issue, I cuma tak boleh nak terima benda tiba-tiba. Kata lain, mentally I was not prepared at all.
hahaha ai memang suka drama.
That was me masa awal-awal kahwin dulu. Sekarang after 6 years of marriage dan tak habis-habis tune kepala otak sendiri ai rasa seronok pulak bila ada family gathering nih plus makan-makan. Seronok weh semua orang balik perut kenyang hati senang. I dah boleh terima, sekarang rumah kau kemas lantai berkilat berkilau 5 minit kemudian kau tak kisah langsung rumah macam tongkang pecah.
Rumah ai biasanya yang akan jadi pilihan di hati semua orang kalau melibatkan acara makan-makan. Omaigod don’t tell me because i have a big house, tapi sebenarnya sebab rumah we all tu end lot so takde jiran nak malu kerana kecoh gils sampai tengah malam. Lagipun sebenarnya ai tahu sebab we have a complete BBQ set!! Not one but two!! Kalau buat kat rumah lain, ai pulak yang kena angkut segala barang bagai. Memang tak seswai di situ.
Biasanya aktiviti macam ni habis 12 malam. Lepak-lepak kat luar dan ada pulak yang rajin buat kopi che nah hohoho ini memang best!!
*
*
Sebelum semua sampai, mesti ada aktiviti trim pokok. Tak tahu apa kaitan tapi nak jugak buat. :)
Walaupun ada garaj nak jugak pasang khemah. Tak tahu apa motif nak jugak pasang :) hahaha annoying tak?
Ayah I buatkan wood bench itu. I think I need to repaint it. Hodoh kan? Penuh kulat.
Sementara nak tunggu BBQ, bagi budak-budak mandi kolam dulu. I suka betul tengok Hazzim dalam gambar ni, macam otomatik hilang title Hero Bergendong. :P
Budak-budak je lah pun yang seronok sangat.
Memang ‘bertuah’ dapat adik ipar macam ai neh. Kakak ipar sebuk siang ikan.. haku sebuk jadi mandor ambik gambar.
Ini adalah antara pekerja untuk bakar ikan. Bagus, tak pernah merungut. Bulan depan boleh panggil lagi :)
Iklan sikit. Macam tak percaya semua gambar ni ai snap guna my Nokia C3 2 mp itu. Memandangkan sekarang sedikit bijak how to transfer all the pictures daripada phone to blog. Sekarang sungguh kagum dengam diri sendiri.
0 comments:
Post a Comment