31 January 2011

Kari Ayam

wah seronoklah pekerja-pekerja wilayah minggu ini, esok cuti hari wilayah, Khamis & Jumaat cuti Chinese New Year. So kalau anda pekerja agresif { ambil cuti }, memang akan apply cuti hari ini dan Rabu dan dapat 9 hari cuti terus!!!
*
Hari ini ai tak plan for cuti tapi sebab kesihatan tak berapa mengizinkan..eceh.. ai termasuk jugak orang-orang yang agresif hahahaha
*
Cuti lama sangat kalau takde program menariks pun boleh sangap. Balik-balik kena bertapa kat dapur. hahaha
*
Semalam en.somi buat statement maut kat ai bila ai tanya, "bie..tak boring ke awak mintak makan kari ayam 2 hari berturut-turut ni". Padahal nak cakap isterimu ini yang boring tapi soalan kena pusing sikit. Isteri solehah katanyerr.. kenalah ikut selera suami hahaha
*
Tahu suami ku itu jawab apa?
*
"ellleehh.. masak kari pun setahun sekali"
*
huwaaaaa.. ngeris weh ngeris. Kejam betul!!
Takpe..takpe..esok kan cuti.. siaplah satu rumah makan ayam kari lagi!
*
Happy Holiday Everyone!!

28 January 2011

The Office

The story of our 2nd & 3rd day in Pulau Pangkor will be updated on Monday next week. I am trying to make every Friday as my DIY day. Its not 100% DIY  but at least I write about all the crafty thingy, home decorating { or even my dream house } and so forth. ahhh hopefully I have that passion.

****

Now, it’s time to reveal the picture of the ugliest office in the world hahaha.

Sebelum itu, ai nak bagitau kenapa ai sungguh drama dengan perkara ini. As you know guys, we decided not to buy a house because we want this property – the office. Kami beli pada 2007 dan membiarkan ia kosong sehingga awal 2010 sebab tak ready lagi nak buat apa. Tak ready means tak berani dan isu paling besar tak ada modal Sarcastic smile. Its more or less 1500sqf and for us its quite big la untuk letak apa barang sekali pun. Masa tu macam tak terlintas langsung nak set up his { hubs } own legal firm sebab macam susah sangat. So yang selalu terfikir adalah bisnes lain selain legal firm.

Selepas 3 tahun dan masa ai mengandungkan Delisya, tiba-tiba en.somi bagitau dia dah ready to have his own firm. eh.. eh.. ini memang out of blue memang unexpected.. memang segala sebab selama ni ai punyalah jadi pom-pom girl bagi semangat tapi dia buat tak tahu je. So, bila tiba-tiba en.somi bagitau macam tu ai pun macam eh bior benor macam mimpi dalam mimpi.

Selepas memang ai yakin ini bukan mimpi dan ai pun mulalah tolong for making his dream come true eceh. Believe it or not dengan perut dah sarat lagi sebulan nak delivery dan ai pulak ambik cuti awal 2 minggu from the expected date, ai telah bersungguh-sungguh cari lampu siling, cari air cond, cari basic office furniture, have to decide nak pasang tinted kat cermin pintu depan ke atau nak letak office blind saja dan benda-benda remeh lain.

en.somi tak dapat nak buat semua dalam masa sebulan sebab sangat sebok habiskan kerja dengan bos lama. Memang, kalau nak tunggu kerja habis memang tak akan habis.

Elok-elok banyak benda dah settle dengan ofis baru, ai pun sakit nak bersalin. 30hb. Mac 2010 ai bersalinkan Delisya, 2 hari lepas tu 1 April 2010, he officially became more workaholic than beforeNerd smile

That’s the story why I am so concern about the renovation of the office. omaigod please people until now I’m still don’t have my own dream house because we invested on this. ok fine, we have our own not-so-a-dream-house which is half batu half kayu. So, I anggap this office as my 2nd house only the difference is it’s full with a bundles of files hahaha boley??

*

The Office  { now }

Photo0052

I snapped all these pictures with my camera phone. Sorry for the bad quality. I don’t know you guys tapi ai memang cerewet. Bila tengok gambar ni macam ‘eh macam ok lah’, ‘tak nampak buruk sangat pun’. But believe me ia memang buruk. What do you expect when you make a wall from a plywood. haiyaaa ah long punya ofis pun lagi cantik daripada ini maaa.

The details have not reach at my par langsung. Cat tak rata. Pasang frame untuk semua glass senget benget, tak sama rata, plywood pun tak potong sama tinggi. Gam untuk glass comot momot. Let alone with sanding, caulking, putting job or what not.

My hubs had asked the contractor to do double coating on the plywood. They refused for a reason that a plywood no need to double coat. eh what the fur? Hey!! that’s not  an option. That’s an order. hahaha banyak songel betul.

Dalam hal-hal macam ni ai tak boleh banyak cakap because my hubs is not a sole prop. He has 2 other partners yang manage the office. Thats why ai tak boleh busybody sangat nanti kata hover pulak tapi itulah finally ai jugak yang kecewa kan. My hubs was speechless when he saw the ‘new office’ but its too late to undo anything. Walaupun en.somi tak bagitau tapi ai tahu mesti di menyesal bagi bulat-bulat projek renovation to one of his partner. Kesian.

*

The Office { now }

Photo0050

The ‘beauty’ of plywood Sarcastic smile

Kedudukan meja kerusi masih serabut. Sekarang sudah berubah sikit sebab baru masuk staff baru. We ( my hubs and i ) planned to refurbish the office to get a new air {again.. sigh} He will ask my brother yang ai called adik-bongsu-sangat-manja tu buatkan a floor plan. Apa lah gunanya adik yang belajar archi. kalau tak pandai gunakan perkhidmatan free ekekeke

Ok, now the ‘during’ pictures. Terkujat-kujat ai tengok masa ni. Masa ni perasaan macam.. lantaklah apa nak jadi jadilah. Nanti dah boring robohkan semua, buat balik baru – entah bila la tu.

*

The Office { during }

Photo0045

 

Dalam bilik besar buatkan 3 bilik. 2 bilik for the bosses, satu lagi surau.

Harap-harap projek untuk refurbish lepas ini tidak akan mengecewakan. ai takde idea selain wallpapering the plywood untuk bagi tak nampak sangat macam plywood.

 

 

The Office { during }

Photo0046

Bilik luar ini dibuat untuk boss jugak. I bayangkan diorang buat bilik ni from glass. Selain akan nampak luas perhaps it looks modern and smart. alahai…

26 January 2011

Pulau Pangkor (1)

Khamis lepas sempena cuti Thaipusam eh takdelah sempena sangat pun tapi sebab en.somi takde court case hari Jumaat dan ai pulak mengamalkan cuti tak kesah hari apa jadi kami anak beranak sekalian telah pi bercuti ke Pulau Pangkor. yee huuu!!

Panjang benor intro nak bagitau kami anak beranak pi bercuti 3 hari ke Pulau Pangkor :)

Setelah berasa sedikit azab letih meng-google info2 menarik apa nak buat 3 hari kat Pulau Pangkor dan hasil meng-google adalah tidak memberansangkan jadi ai cuba untuk bagi info pada uol sebanyak mungkin ok. Sudah bersedia? Mari mulakan.

Kami bertolak dari Rawang hari Khamis petang balik ke Lenggong dulu untuk ambik FIL, MIL & BIL. Sampai Lenggong pun dah tengah malam. Hazzim suka hati dia je kata ‘nampak rumah hantu’. Tiba-tiba ai jadi seram, dahlah memang sekarang ni balik kampung macam igauan ngeri. Memang nasib tak baik betul pagi buta perut meragam cherry berry. Sabor je laki mak meneman ke jamban walaupun jamban ada dalam rumah. Tak tahulah apa motif nak jugak suruh teman ke jamban walaupun tahu nanti bila ai dah masuk dalam dia sambung tidur balik dalam bilik.

Apa kaitan jamban dan hantu boleh baca kat sini.

Setelah berpeluh-peluh di pagi buta, tanpa buang masa terus sumbat balik baju dalam kereta. Bertolak dari Lenggong jam 9 pagi ikut jalan lama masuk ke Kuala Kangsar ke Lumut. Saja tak nak masuk hi-way, pemandangan tidak indah katanyerr. Road trip bersama anak-anak kecil paham-paham sajalah harus bajet lebihkan 1 jam daripada masa tempoh biasa - 3 jam jugak drive ke Lumut.

Sampai di jeti Lumut, boleh pilih nak parking kat luar takde bumbung ke atau parking kat Medan Letak Kereta Bertingkat ini.

 

pic googled

Parking sini 1 hari rm10. Kami parking sini hari tu masuk 12pm Jumaat sampai 12pm Ahad kena charge rm20. Depa ikut 24jam so pandai-pandai la uol bajet masa.

Sampai jeti pun dah tengahari, jadinya acara wajib seperti menggemokkan badan mesti selalu di dalam agenda. Area jeti ni banyak tempat makan, kena pow dengan tak kena pow dengan tokey kedai saje. Ada cerita tak best pasal makanan kat jeti tapi kita abaikan dulu, yang penting kita bergumbira duluuu..

*

DSC04764

 

Tiket pergi balik untuk dewasa adalah rm10. Kanakumur 5 tahun dan ke atas dan OKU adalah rm5. Takde tiket untuk warga emas ye tuan puan. Walaupun diri masih bukan kategori ini tapi apakah maksud semuanya ini?  Ini tidak a’dil!! {sambil membayangkan tiada layanan istimewa bila diri sudah tua }

DSC04769

Gambar gediksambil sengetkepala.

 

Masa ni bolehlah gediklagi sebelum hero mak tunjuk hero.

TIP UTAMA : Sila pastikan anak-anak kecil anda pergi membuang dulu apa yang patut sebab ada feri yang tiada toilet. Tapi kalau nak rasa pengalaman macam mak, anak hero meraung setengah jam nak kencing kat toilet walaupun dah paksa pakai diaper. oh silakan. no sweat!

DSC04774

Balqis snap.

Tahu, memang gemuk *nanges*

 

Sampai di Jeti Pangkor, boleh pilih samada nak naik Teksi {van pink} atau sewa kereta atau sewa motor atau lebih mencabar sewa basikal.

Keputusan:

  • Sewa motor 1 hari dalam rm30. Apakehei 9 orang nak sewa motor banyak2. Lagipun yang ada lesen motor FIL sorang saja. Rugi2
  • Kalau pilih teksi {van pink}, sekali naik dia hantar ke chalet rm40 satu teksi. Tapi kalau nak pergi jalanlagi kena bayar lagi. Rasa macam tak berbaloi sebab we all kat sini sampai Ahad, maybe nak bergerak sana sini. Rugi2.  
  • Sewa basikal? Abaikan. Tapi kalau rasa nak feelingbackpackers, relax2   tak kejar masa bolehlah try. Ai kalau pi dua orang memang teringin naik basikal.
  • Sewa kereta we all dapat 2 buah 2 hari rm200. Kancil dan Iswara. Condition still ok. Ini yang termurah we all dapat sebab local people kat situ cakap kalau peak season 1 kereta 1 jam rm150. Mahei giler. Tak payah risau kat mana nak sewa kereta sebab kat jeti pun dah melambak-lambak ulat sewa kereta/motor. Pilih je yang mana satu. 

pic. google

 

Pulau Pangkor ada 2 teluk yang glamer – Teluk Bogak dan Teluk Nipah. Teluk Bogak yang paling dekat dengan town. Ramai orang jadi agak bising. Pulau ni tak besar sangat tapi kalau nak buat semua benda { round pulau, mandi manda/ snorkelling, shopping } dalam 1 hari memang tak sempat.

Teluk Nipah jauhnya 10 minit drive dari Teluk Bogak. mak oi dia bukit dia memang curam. Aku dah gabra janganlah kereta kancil ni menggelongsor ke belakang. Tekan minyak habis dahsyat dah.. memang ngeris!! En.somi sakanlah gelak tengok kereta macam tak naik. ces mentang2  dapat iswara, nak eksyen.

 

DSC04783

Isi minyak dulu.

 

Kalau pergi lagi ai suka pi Teluk Nipah sebab walaupun dia jauh sikit dari pekan tapi in terms of aktiviti laut dia sedikit happening weh. Ramai beach boy { they claimed themselves as a beach boy. Geli mak nak sebut hahaha } bukak bisnes tepi jalan untuk aktiviti laut semua. Harga semua lebih kurang. Bagus macam ini, tak payah pening kepala.   

*

DSC04785

Cubaan Pertama

 

Kami check in di Seagull Beach Resort – sedikit ke belakang dari pantai tapi masih boleh diterima. Rehat sekejap dan petangnya terus menjalankan misi pertama – snorkelling!! 1st time weh. Oleh itu sedikit teruja walaupun bot laju yang bawak we all tu laju kemain. Ada ke dia kata baby boleh naik, “tak bahaya kak”. BS nasib baik aku tak bawak Delisya sekali sebab dengan akusekali rasa nak tercampak dalam laut.

*

pic. google

Bot macam ni boleh tahan lagi. Dia berat tak laju.

 

pic. google

Kami 4 beranak naik bot laju macam ini. Apa la mengong  beach boy kata tak bahaya bawak baby.

 

DSC04794

Ramai jugak orang.

 

Snorkelling untuk dewasa rm15, kanak-kanak dia charge rm10 tapi 2nd day kena charge rm5 pulak. Diskaun kot sebab 2 hari tak habis-habis pi snorkelling. en.somi  kautim dengan beach boy, sukahati lah nak ambik kami 4 beranak balik pukul berapa pun. Boley dia ambik last sekali? Nak sangat dok lama-lama sangat kann. Aku dah risau delisya lama sangat aku tinggal tak minum susu.

 

DSC04811

Hero mak sedang bergembira. Jangan terpedaya. Itu semua adalah helah semata hahaha :)  hazzim..hazzim.. memang hero mama sejati.

 

DSC04815

Aku memang suka sakat dia. Makin sakat makin manja.

 

DSC04809

en.somi : yang.. nak buat profile fb la gambar ni.

aku : hahahaha hover la bie..

*

DSC04803

Lintah laut

*

DSC04823

Jangan tiru. Aksi merbahayakan (?) kesihatan.

 

Bila tekak dah biasa pekena teh tarik malam buta, kat sini pun sebuk nak cari teh tarik. Bila gemuk tak habis komplen. Jam 11 malam jalan kaki slow2 cari kedai makan. Chalet sini semua rapat-rapat dan nampak meriah. Walaupun chalet kami kat belakang tapi macam ok bila malam sebab tak bising sangat dengan aktiviti open karaoke di chalet lain.

*

DSC04825

Muka berlemuih+penat+sememeh sedang menonton orang berkaraoke @ Purnama Beach Resort

 

DSC04827

 

Balik dari  minum hazzim dah tidor terus baringkan dalam bilik. Kami 3 beranak sambung lagi aktiviti malam tu dengan gaya sihat kembali :) hahaha jam 12 malam main ping pong. Meriah masa ni – ai main ping pong, ada group mat salleh + malaysian student tengah belajar menaritradisional kat cafe { sebelah meja ping pong ai } and ada group yang karaoke dalam bilik karoake. Semuanya FOC, no extra charge. Nak tak nak 2 pagi kena tidor, esok nak sambung jalan balik.

 

19 January 2011

Geng Mengepam {di Ofis}

Photo0060

Sekarang geng mengepam makin ramai di ofis. Sampaikan peti ais pun kadang-kadang boleh penuh {bahagian beku}. Takdelah ramai sangat, 4 orang je tapi ok sangatlah tu daripada ai terkonteng-konteng sorang-sorang dulu. Nak sembang pasal susu pun takde geng.. eceh. Baguslah macam ni sebab kalau ada sesiapa yang tertinggal apa yang patut, bolehlah buat sesi pinjam meminjam. Takdelah ai buat kerja gila pergi balik Rawang atau mintak paksa adik dari Rawang hantar shield semata.

 

Photo0061

Ingat tak lagi ai pernah cakap ofis ai sekarang penuh dengan karipap. Lihatlah doniawi. Ini kira oklah ni, ada yang dah bawak balik gamaknya, kalau tidak ai nak sumbat chillers pun terpaksa melenyekkan karipap orang lain. Memang kejam, takpe demi anak. hahahaha

 

 

Photo0063

Ai tak letak susu kat atas. Letak di bawah sajalah sebab ini semua daily stock. Balik rumah nanti baru berkira mana yang nak bekukan.

Ada karipap lagi?

Ai jugaklah yang selalu ‘mengemas’ peti ais ni. Diorang ni tak paham haku dah nampak susu tin dah habis buanglah terus dalam tong sampah. Ini tidak, kalau ada 3 tin kosong dalam tu, ada 3 tinlah sampai bila-bila. Letih. Gamaknya peti ais kat rumah pun buat macam tu jugak agaknya. Tak kanlah kann.. alah sebab itu bukan kerja kau kan so kau pun malas la nak ambik tahu.

eh kenapa tiba-tiba terbengang dengan susu tin pulak ni.

Sebenarnya nak beritahu, Ibu bekerja bukanlah satu halangan untuk memberi anak susu ibu secara eksklusif. ececeh..

18 January 2011

Riverside Restaurant, PWTC.

Jumpa gambar-gambar ni dalam draft. Konon-konon nak story pasal majlis BS company. The highlight of the event was when Ramli Sarip started sang his popular song. Teruja jugaklah majlis malam tu. Bertambah tertarik bila food semua adalah yummy!!

 

Photo0010

Tak pernah rasa baby octopus before dan tak tahulah apa rasa dia yang sepatutnya – yang macam setompok hitam tu. Little bit salty tapi masih boleh diterima. Ai ok je nak cuba benda-benda baru. Tak boleh geng dengan orang cerewet makanan :P Kerabu ayam adalah sangat sedap.

 

Photo0013

Ini sangat sookaaa. Grilled lamb, cannot resist lah forever. Udang and fish sangat yummy!!

 

2_Photo0014

Dessert, biasa-biasa saje. Pergi mana-mana pun cari bread pudding jugak.

 

1_Photo0015

Sekarang ai tengah melobi en.somi buat makan-makan staff dia kat sini. Biasalah ai kan suka menyibuk..  bagi cadangan bernas dan mengenyangkan :)

17 January 2011

Tanam & Jimat

* Sekarang ni memang susah nak cari tajuk bersesuaian. Baik pendek-pendek macam ni. Simple, Sweet & Gelimat.

***

Tak tahulah apa motif sebenarnya letak gambar pokok-pokok ini semua. Mungkin nak menunjuk-nunjuk tuan tanah rajin berkebun padahal yang tanam samada en.somi atau ayahanda atau bonda atau nenda atau maid ai. eh tapi ai mantan penanam cendawan tiram berjaya okk. Sampai tak lalu haku tengok lauk cendawan now ni.

Sungguh terharu dengan nenek ai itu, sanggup drive daripada Sg.Choh ke rumah semata-mata nak tanam serai untuk cucu. Walaupun sungguh kagum tapi sedikit kejam kerana membiarkan nenek yang dah 70 plus drive ke rumah untuk tanam  sayur (?). Tak sampai hati nak mintak tolong tanamkan bunga kantan. eh 

Ai bukan tak suka tanam tumbuhan boleh dimakan tapi ai lebih suka tanam bunga {gaya macam banyak sangat bunga} kerana impak kesedihan agak rendah akibat daripada tumbuhan tidak menjadi lalu putus harap untuk cut budget dapur.

Walaupun begitu, ai sangat berterima kasihlah kepada semua kerana rajin menanam dan syukur kepada Tuhan kerana banyak benda jugaklah dah lama tak beli kat kedai. Ambik je belakang rumah terus masuk periuk. Sedap ke tak sedap lauk belakang cerita. Boley gitu??

*

11_Photo0055

Tanaman 1 : Belimbing Besi

Penanam : mungkin bonda

Penerangan : baru semalam buat masak lemak ikan tongkol masuk belimbing besi. Masa tengah melebat haku tak kesah pun nak kaut. Bila dah gugur semua barulah terhegeh-hegeh mengutip.

Tips Pertanian : kalau nak rasa belimbing lebat macam stok pasar borong, silalah cabut semua daun-daun itu dan tinggalkan yang hujung-hujung saje. Lepas tu barulah belimbing tumbuh macam cendawan. eh? Cuci kuku sekarang pun main tonyoh dengan dengan belimbing besi je tau. {punyalah nak bagitau lebatnya buah dia}

 

Tanaman 2 : Pokok Kelapa

Penanam : Ai rasa masa projek bina kampung ni memang depa bagi sorang satulah kot sebab setiap rumah ada satu pokok kelapa.

Penerangan : gaya masak lemak tu macam tokey santan kelapa. Takde gaya kesedaran mengamalkan makan makanan sihat lansung. uols percaya tak kalau ai kata sekali mesin, stok kelapa parut paling koman 2 bulan. Sila percaya. :)

 

Tanaman 3 : Pokok Pisang

Penanam : Bonda dan ayahanda

Penerangan : dia ni hidup macam nak taknak je haku tengok. Kalau tak sebab mempergunakan daun pisang secara hebat dah lama haku bagi cadangan untuk dihapuskan. Tapi nanti kalau nak bakar ikan, siapa yang lelah-lelah pi kedai? Maakkk laki maakk jugak kan. Baik, jangan susahkan diri suami sendiri.

Tip Pertanian : Jangan tanam kawasan rendahnya ye kak non sebab kalau tanah lembab cenggitu ler rupa pokok pisangnya. Hidup segan mati tak mau.

 

 14_Photo0051

Tanaman 4 : Buah Kedondong

Penanam : ayahanda mungkin.

Penerangan : Ini lagi satu pokok ajaib. uols tengok macam kecik je kan tapi buah dia non-stop ok. Kami anak beranak sampai dah tak lalu nak makan kedondong. Buat jeruk, sudah. Buat masak lauk, sudah. Buat sedekah kat ulat je lah akhirnya.

 

Tanaman 5 : Pokok Serai

Penanam : Nenda

Penerangan : Nenek ai tanam sampai 5 pokok tahu. Tapi macam lambat je besor. Tak tahulah apa perangai yang tak kena.

 

Tanaman 6 : Nenas Madu

Penanam : Ayahanda

Penerangan : Aku rasa 10 tahun ada satu family tak beli nenas. Nenas ni ayah tanam keliling rumah dia masuk sekali keliling rumah ai. Silap haribulan kalau tengah semua keluar buah, tiap-tiap malam musang buat kenduri nenas kat laman rumah. 

   

15_Photo0052

Tanaman 7 : Pokok Manggis

Penanam : pasti 100%  ayahanda

Penerangan : Ini gamaknya lagi 10 tahun boleh makan buah dia. Semoga dipanjang umur. Amin.

 

Tanaman 8 : Ubi Kayu

Penanam : Maid

Penerangan : ya mungkin sebab jimat kos nak buat pecal mahupun lauk ayam penyet. Ini adalah cara terbaek. Bagus, jimat duit majikan. :P

 

Photo0054

Tanaman 9 : Kelapa Pandan

Penanam : en.somi

Penerangan : we all pow dari kampung sebab kat sini susah benor nak cari anak pokok kelapa pandan. uols jangan pandai-pandai pi parut buat santan pulak kelapa ni. Ini untuk minum je ok. hahaha memang berlagak padahal ai pun baru tahu masa 1st time minum air dia. Sedap ok rasa macam ada perisa/bau pandan. Masa bawak balik dari kampung ni.. ya rabbi berjanggut mak nak tunggu bila lah suami yang tercinta ada hati nak tanam. Jangan mati kering anak pokok sudah. Rasanya ada sebulan dok terpinggir sebelah nenas baru dapat masuk dalam tanah.

 

14_Photo0050

Tanaman 10 : Pokok Limau

Penanam : en.somi juga

Penerangan : Kalaulah pokok ni hidup, memang ajaib. Sujud syukur tak payah beli limau lagi. Kalau tengok dari segi saiz, entoh berapa tahun ler gamaknya mak boleh rasa limau air tangan suami. Ini laki mak campak je bijik limau yang biasa uols makan tu, haku ingat dia tanam apa tengok kosong je pasu ni mula-mula. Takde baja takde apa, eh suami haku tanam limau laaa… {tumpang kembang kuncup hidung sikit}

 

13_Photo0049

Tanaman 11 : Cili Hijau

Penanam : en.somi lagi

Penerangan : Ini pun main campak-campak bijik cili jugak katanyer.. Kalau macam ni title yang lebih seswai mungkin Campak & Tumbuh. ellehh baru 2 jenis dah eksyen.. {memang dengki sebab ai tanam apa pun tak jadi hahaha} Setakat pemerhatian selama ini, ia telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi keluarga sebanyak 4 bijik cili. Alhamdulillah, selamat duit haku 1 lauk.

 

Baik, cukup ini dulu. Minggu depan, kalau ai rajin round rumah lagi, ai snap lagi pokok-pokok lain. Banyak lagi ni. Letih weh hari ni menaip macam pegawai pertanian.

 

11 January 2011

Hidup Untuk Makan. eh?

 

pic. google-ed

*

Photo0027

 

Setelah 2 minggu berturut-turut makan-makan di sini, ai rasa dah tak lalu sangat kalau ada orang offer makan lagi minggu ini. Sudah-sudahlah meningkatkan kalori dalam badan. Konon mahu diet tapi itu semua angan-angan sahaja. Tapi kalau ada orang insist nak belanja jugak, ai redho. 

Gambar-gambar yang ini masa we all pergi last 2 weeks bersama-sama dengan staff Messrs. Khairul A.co {Rawang}. Belanja staff katanyerr. Nasib baik bos ada hati nak masukkan nama bini sekali kalau tak nak jugak merajuk. Memang mengada.

Ini 1st time ai jumpa dengan semua staff. Tak berapa nak ingat sangat rupa. Kalau selisih kat Rawang confirm kena cop ‘bini bos sombong’. Apakan daya ai memang ada masalah susah ingat rupa orang ditambah pula suka jalan menonong. Jadi potensi diri untuk dicop memang tinggi. Tapi percayalah ai memang baik hati. muahahaha

 

Photo0028

Gaya apakah ini?

 

Pembaca sekalians sekiranya mahu makan di sini silalah datang awal. Kalau sampai jam 4-5 petang tu memang cantik sangatlah tu. Bukan apa ramainya ya Rabbi. Siapa yang datang dari jauh kesian kalau tak dapat tempat duduk. Masa ai mula-mula datang sini dulu dalam 2 years back, alahai tempatnya tenang je nak makan sambil menghirup (?) angin sepoi-sepoi pantai. Sekarang ni nak feeling-feeling gitu takde maknanya kak non, dapat tempat pun dah boleh sujud syukur.

Ai memang suka datang makan sini. Seafood adalah sangat fresh dan harganya compare 2 tahun lepas dan juga tempat-tempat lain so far ini adalah terbaeekk. Mungkin moto tuan kedai makin maju makin murah. yaa itulah yang kita cari selama ini kan.. kan..kan.

Series ai rasa price untuk jumlah makanan yang kitaorang ambil adalah murah compare sepanjang 2 tahun kebelakang ni. Makan-makan company hari itu untuk 18 orang adalah rm400 plus. Last week makan 4 orang tapi makanan macam makan 10 orang { nafsu lebih sikit minggu lepas ] adalah rm190.

Tahun 2008 ai makan sini untuk 10 orang harganya dalam rm300 plus. Bezakan? Semoga murah rezeki tokey kedai. Amin. 

Photo0029

Bagus anak dara mak. Kecil-kecil sudah pandai kontrol perut ambil gambar. :)

 

Ai masih malu-malu kucing nak ambil gambar makanan sambil diperhatikan secara serius oleh orang lain. Almaklumlah bini bos kena jaga reputasi hahahaha takde makna lah weh. Sebenornya haku sebuk mana nak jaga budak, mana nak layan Balqis sebuk nak kutip siput, mana nak isi perut lagi, kejap nak kencing, kejap nak berrr.. multi tasking sungguh. Jadi abaikan lah kerja-kerja sampingan lain itu.

Photo0030

Drama King Siapa mahu jadi chambering student di bawah ini Master. Sila roger beliau mak ok. eh.

 

Selama datang sini sebelum ini memanjang air surut tapi last week air tengah pasang jadi macam best pulak. Ai takdelah kerap sangat datang sini tapi bolehlah sebab Jeram dengan Rawang tak berapa jauh kalau ikut jalan Tasik Puteri.

ok sekarang siapa suka seafood pergi segera belanja diri sendiri atau keluarga. Siapa mengidap gout jangan lupa bawak ubat. :P

eh lupa nak bagitau nama tempat. Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor.

10 January 2011

Kerja UNTUK Saya atau Kerja BERSAMA Saya?

Malam tadi kami anak beranak dinner kat McD. Nilai duit sekarang ntah macam apa-apa. Makan burger sahaja ok fine ada ayam 2 ketul dah kena almost rm60. Just imagine with rm60 apa yang boleh dimasak di rumah?

Tapi nak buat macam mana tekak nak jugak rasa, nak jugak bawak anak-anak makan, nak jugak menghabiskan duit. Semalam bila tengok muka Hazzim excited semacam baru ai notice eh anak bujang haku baru 1st time masuk McD la. woh.. kejayaan peribadi ni. So, malam tadi lepas dia makan nugget 4 ketul dia mintak nak makan ayam. Nasib baik tak mintak nak makan mee.

Tengah ai seronok melayan budak-budak dan bapak budak sekali, ada orang text ai.

Salam. Tlg hantar brief perlembagaan BS company dan tatacara prosedur kewangan BS company pd saya. Juga kuasa2 ceo, perlantikan jawatan, prosedur kewgn bawah kuasa ceo, tke dan bod serta buku akta bkaitan peraturan2 BS company. Apa bidang2 kuasa bod serahkan pd ceo. TQ 

Rasa-rasa tertekan tak jiwa raga ai? Prosperity burger ai terus jadi tawar {konon}. Hampeh betul. Tak boleh tunggu esok pagikah? Macamlah kalau sms ai jam 10 malam ni ai boleh bagi terus esok pagi buta.

En.somi berbulu betul bila baca sms tu. Biasalah dia mana boleh orang ganggu bini dia malam-malam macam ni. eh. Sudahlah takde nama daripada siapa. Lagilah hangin satu badan. Seperti biasa laki mak memang suka bagi cadangan-cadangan membunuh diri. Ada ke dia suruh ai reply

Saya tidak dibayar gaji untuk bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Emosi kan? ai know. Sebab itu ai kahwin dengan dia, dia drama king. Memang sekufu. hahahaha

Pagi ini ai buat tak tahu je sebab konon-konon nak tunggulah siapalah yang text ai malam tadi. Kotlahkan orang itu masuk bilik ai nak tanya progress.

Sekarang ai dah tahu siapa. Matilah haku kalau tiba-tiba malam tadi jadi isteri mithali menurut perintah reply sms. Tahu siapa?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

pic. google-ed

ok bos.. saya yang menurut perintah bos.

 

Pelik ok CEO text ai. Tak pernah-pernah sebelum ini. Buang tebiat agaknya. Petanda apakah ini?

Susahkan jadi bos? Silap timing pun, pekerja benci. Ingat senang ke nak jadi bos. Semua benda kena ambik kesah. Sekarang manusia cepat stress jadi semua nak kena ‘main’ saikologi { ini menjawab kepada persoalan kenapa ada karipap free setiap minggu untuk staf }.

eceh gaya macam nak jadi CEO. :P  

 

Kumpul dan Makan

Sejak kahwin antara perkara utama yang ai kena belajar adalah harus terus terima perkara yang berlaku secara tiba-tiba or how to except an UNEXPECTED family activities. Being me who self-claimed suka benda tersusun, buat benda yang kena dirancang awal-awal adalah sangat susah nak terima perkara-perkara yang datang tiba-tiba.

I pernah migrain terus bila en.somi bagitau 8 pagi suruh siap cepat pack up all things jam 10pg nanti nak pi Port Dickson. I pernah migrain juga bila jam 3 petang en.somi kata malam nanti kita akan buat BBQ kat rumah adik beradik semua nak datang. Adik beradik means at least 20 to 25 orang!! Actually the number is not the issue, I cuma tak boleh nak terima benda tiba-tiba. Kata lain, mentally I was not prepared at all.

hahaha ai memang suka drama.

That was me masa awal-awal kahwin dulu. Sekarang after 6 years of marriage dan tak habis-habis tune kepala otak sendiri ai rasa seronok pulak bila ada family gathering nih plus makan-makan. Seronok weh semua orang balik perut kenyang hati senang. I dah boleh terima, sekarang rumah kau kemas lantai berkilat berkilau 5 minit kemudian kau tak kisah langsung rumah macam tongkang pecah.

Rumah ai biasanya yang akan jadi pilihan di hati semua orang kalau melibatkan acara makan-makan. Omaigod don’t tell me because i have a big house, tapi sebenarnya sebab rumah we all tu end lot so takde jiran nak malu kerana kecoh gils sampai tengah malam. Lagipun sebenarnya ai tahu sebab we have a complete BBQ set!! Not one but two!! Kalau buat kat rumah lain, ai pulak yang kena angkut segala barang bagai. Memang tak seswai di situ. 

Biasanya aktiviti macam ni habis 12 malam. Lepak-lepak kat luar dan ada pulak yang rajin buat kopi che nah hohoho ini memang best!! 

*

*

Photo0034

Sebelum semua sampai, mesti ada aktiviti trim pokok. Tak tahu apa kaitan tapi nak jugak buat. :)

 

Photo0032

Walaupun ada garaj nak jugak pasang khemah. Tak tahu apa motif nak jugak pasang :) hahaha annoying tak?

 

Photo0033

     Ayah I buatkan wood bench itu.  I think I need to repaint it. Hodoh kan? Penuh kulat.

 

  Photo0037

Sementara nak tunggu BBQ, bagi budak-budak mandi kolam dulu. I suka betul tengok Hazzim dalam gambar ni, macam otomatik hilang title Hero Bergendong. :P

 

 

Photo0038

Budak-budak je lah pun yang seronok sangat.

 

 

Photo0035

Memang ‘bertuah’ dapat adik ipar macam ai neh. Kakak ipar sebuk siang ikan.. haku sebuk jadi mandor ambik gambar.

 

Photo0039

Ini adalah antara pekerja untuk bakar ikan. Bagus, tak pernah merungut. Bulan depan boleh panggil lagi :)

 

Iklan sikit. Macam tak percaya semua gambar ni ai snap guna my Nokia C3 2 mp itu. Memandangkan sekarang sedikit bijak how to transfer all the pictures daripada phone to blog. Sekarang sungguh kagum dengam diri sendiri. 

 

Template by Best Web Hosting