30 January 2009

Minggu yang Malang Sibuk

ooh..dah lama saya tak update blog. Saya sibuk menguruskan majlis tandatangan perjanjian antara company saya dan 40 kolej!!! Sebenarnya kerja hakiki saya sudah siap berbulan yang lepas tetapi dek disebabkan namanya perjanjian, sampai ke sudah saya terpaksa buat-buat sebuk merajinkan diri melayan karenah orang. Tapikan rasa macam melampau sangat bila nak letak titik dalam satu ayat pun nak tanya saya!!!


Nak Update sikit.


Kiddos:

  1. Hazzim dah nak mula berjalan agaknya sebab semua aktiviti dibuat secara menonggeng. Tidur menonggeng. Pegang barang menonggeng. Capai barang, menonggeng. Agaknya duduk tu dah boring sangat kot. Dah mula lepas tangan, lepas tu gelak sorang-sorang.
  2. Frozen EBM semakin bertambah sebab Hazzim sekarang makin kurang minum susu. Malam langsung tak bangun, kalau bangun pun, hanya minum 3oz!!!
  3. Balqis dah tambah satu lagu lagi : ‘ba..ba..black chip..have ya yaul’ hahaha bila la nak habis cik Balqis ye :)
  4. Balqis, siang dah tak pakai diaper. Malam hanya berjaya untuk 2 hari saje, malam seterus dan seterusnya kecundang saje *sigh*
  5. Balqis makin kuat makan. Nasi dan kicap saje. Sekarang tengah suka makan pulut cicah kuah rendang. Senang cerita apa yang fav Mr.Bie semua jadi fav dia lah.. :)

Projek cuti-cuti Malaysia sempena Hari Wilayah : Rawang ---> Kuala Kurau ---> Penang ---> Rawang. yuhuu!!

Sekian. Mak nak sambung buat-buat sebuk kerja.

21 January 2009

Minum Guna Senduk ?

Pernah dengar petua minum air guna senduk?
Petua apa?

hehehe ( ini sesi membuka pekongs okk )
mak dengan buruks lantak telah tercekik tulang..
Sebok saja kawan mak tanya, “ikan apa weh?”

Ni haa..aku jawab..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ikan Cencaru

Ya..saya telah tercekik ikan cencaru.
Pagi pagi saya telah hantar sms pada Bos kata saya MC.
Serius mak tak boleh toleh sesuka hati..pedih betul. Besor gamaknya tulang ikan tu. Inilah padahnya kalau menggelakkan Mr.Bie tercekik tulang hari tu, kan mak dah kena.
Rasakan tulah suami..huhu..

Cepat-cepat pn.zawiyah mengarahkan saya minum air guna senduk.

"Minum aje, yakin. Jangan banyak tanya”

Tapi mak memang banyak tanya sampai kena marah ok. Dah tua-tua pun kena marah lagi.
Pernah buat ke?

Dahla pn.zawiyah bagi senduk kemain luas. Sekali minum, tak hilang. Dua kali minum, tak hilang. Tiga kali minum, makin sakit. Ma oi..kembong dah perut ni.. aduh…

Dato’ Panglima lagi best. Petua orang tercekik tulang. Ambik minyak kelapa, baca selawat dan alirkan pada alur bon*ot. Betul. Serius mak tak buat weh. Nasib baik minyak kelapa takde. Minyak Bunga Matahari ada la.

Pernah dengar?

Akhirnya saya ke klinik juga semalam.

Kalau anda tercekik tulang, buat apa eh selain pegi klinik ?

Setakat suruh nganga luas-luas tengok anak tekak, mak kena RM40 tau.. cis..cis..

18 January 2009

Kasuts oh Kasuts

Takde apa nak buat weekend hari tu...mak buat-buat selongkar gerobok kasut dan kotak-kotak barangan tok kadok. Tau apa yang projek mak dengan cik Balqis?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaaaaa

Ini kasut pertama Balqis. Beli masa umur Balqis 6 bulan, tahun 2006. Beli kasut ni untuk dipakai di Hari Raya. Walaupun kasut ni boleh dikira berapa kali je pakai tapi rasanya lama jugak tempoh masanya sebelum membeli kasut yang kedua sebab kaki Balqis sangat la lambatnya untuk memanjang membesar. Mak jarang pakaikan sebab senang tertanggal. Senang tertanggal sebab dia dah terpele'ot kat belakang tu kerana saya yang memijaknya. Kasut ni dari kulit kambing makanya ianya sangat lembut dan lembik.



Ini kasut pertama Hazzim. Beli masa umur Hazzim 4 bulan, Tahun 2008. Beli kasut ini untuk dipakai masa Kenduri Aqiqah. Kasut ni lagi la sangat jarang dipakai. Sebab apa eh? ooo sebab masa beli tu memang beli saiz besar sikit. Sekarang ni, umur Hazzim dah 10 bulan, baru ok dengan kaki dia.

hehe kasut Balqisnya idokler banyak bebenor tapi mak nak tempek jugak..hehe

Sejarah kasut bermula dari atas, kiri ke kanan ( memang dah takde keje sangat la ni )

  1. Kasut Biru Kecik --> Beli lepas 1st shoe tu. Dek sebabkan kasut yg mula2 tu senang sangat tercabut, makanya wujudla kasut ini.
  2. Kasut Biru Besar --> Beli lepas Balqis dah pandai jalan. wohoho Balqis lambat jalan. Umur setahun 3 bulan baru la nak berjengket-jengket. Orang semua dah lari.
  3. Selipar Kuning --> Ini dibeli oleh pn. zawiyah dekat H*ari-H*ari. eh H*ari-H*ari ada jual selipar ker? Selipar ini dibeli sebab pn. zawiyah dah tak larat tengok Kasut Biru Besar sudah terlalu lama dipakai dan telah buruks sebab mak malas beli okk
  4. Kasut Putih Bunga Pink --> Kasut ini dibeli Tahun 2007 untuk dipakai di Hari Rayaaaa...
  5. Selipar Pink Tapak Kaki --> Selipar ni maid saya belikan untuk Balqis.. mekasih la ye.
  6. Kasut Pink Kecik --> Ini la ghopernya kalau ingatkan anak tu kecik lagi. Kecik betoi kasut ni. Beli kat N*SK. Sori Balqis sampai melecet kaki dia.
  7. Selipar Hello Kitty --> Sekali lagi pn.zawiyah belanja beli selipar. Beli sebab nak pakai ke Masjid buat kenduri Aqiqah Hazzim..boleh? Sekali je pulak tu pakainya..dah hilang sebelah..
  8. Kasut Pink Besar --> Kasut ni banyak cerita. Ini kasut yang kedua sebab yang pertama sebijik sebotol itu telah hilang, tak tahu ke mana. Beli dekat Kuala Selangor. Mak beli rm7 hengget jer... mana nak cari 7 hengget kat kl ni. Semua kedai jual rm10. Rasa-rasanya pn.zawiyah tercicir kat Rawang masa mengangkat Balqis masuk ke dalam kereta. haih..nasib baikla rm10, kalau la yang jenama satu lagi itu..mau meraung la mak oi.. Sebab dek tak puas hati, mak beli la lagi yang sama. Ini pun dah tercicir kat kedai makan bagai. Esok pagi sanggup pergi usha-usha, kot-kot la ada lagi kat situ.. Memang elooook jer terjelepok kat tempat kitaorang park kereta malamnya tu. Sebab apa kitaorang sanggup usha? Sebab tempat kejadian nun jauh di Kuala Linggi, Melaka. Tak larat nak membeli kasut bagai di kala bercuti..letih tau Balqis..
  9. Kasut Bertali Pink --> Kasut ni suka-suka nak beli sebab takde kasut elok nak pi berjalan :)
  10. Kasut Love Pink --> Kasut ni pun suka-suka jugak nak beli sebab nak pakai dengan seluar :)
  11. Kasut Silver --> Kasut ni dibeli masa nak Raya Tahun 2008 huhu
  12. Kasut Pink&Hijau --> Kasut baru beli 2 minggu lepas. Mr.Bie memang sekali lagi suka-suka jugak nak beli, katanya nak dipakai dengan jeans. Yang Menurut Perintah Tuaaannn.. ( dah besor dah kaki cik Balqis )


tengok..mau tak laku jual kasut kalau dapat penjual macam ni ;p

sekian cerita kasut saya dan adik saya

15 January 2009

Potty Training & Spender Ultraman


“kau bolehla..kau ada maid”

Saya senyap. Masih berkira-kira jawapan yang bersesuaian apabila kawan saya katakan ini. Berkira-kira sebab a) tak mahu dia terasa hati dan b) memberi jawapan yang lebih kepada penyelesaian.

“maid aku takleh harap la”

Terukkan jawapan ni. Salah kan orang lain pula. Walaumacam manapun memang saya rasa patut menjaga hati dia sebab saya tak nak dia dah tak mahu sembang dengan saya dek sebab nak menangkan maid saya pula :) ( Dia memang tak menang pun, sebab kalau harapkan dia..alamat sampai sekarangla saya dok perhabis beli itu Hug*gies ) Tapi jawapan ini masih tak membantu kawan saya itu. Kesian dia.

“kalau aku takde, dia pakaikan juga diaper tu”

Ini memang betul masa awal-awal dulu sebab saya tahu dia tak larat nak mengemop dan membasuh carpet. Kesian juga. Tapi saya berkeras kerana ongkosnya saya yang tanggung tiap-tiap bulan. Dan jawapan ini juga masih tidak membantu kawan saya itu. Kesian dia lagi dan 2 kali teruknya saya.

Ini apa yang saya buat.

1. Minta jasa baik orang sekeliling.

Saya ambil keputusan untuk tidak pakaikan Balqis dispo diaper masa umur dia 2 tahun 6 bulan. Makanya saya telah bagitau semua orang yang Balqis tidak akan memakai dispo diaper lagi. Minta tolong setiap orang peka dengan permintaan ke tandas oleh Cik Balqis atau tanya dia sejam sekali samada nak ke tandas atau tidak.

Ini termasuklah minta jasa baik pengasuh yang jaga anak kita hari-hari. Saya takde pengalaman yang ini tapi saya rasa kita boleh cuba untuk berbincang dengan baik. Saya tahu banyak orang banyak ragam. Bukan semua orang sanggup melayan karenah anak kita seorang ( kalau jaga ramai ).

Siapa ada pengalaman? Boleh bantu kawan saya yang ini sebab dia menghantar anak dia ke rumah pengasuh. Katanya, mula-mula anak dia ok dah boleh pakai spender saje tapi bila lepas pegi rumah pengasuh, langsung dah tak nak pakai. Hadoh..dia yang nak senang tapi kita yang keluar duit. Tak boleh ke, kau yang nak senang, kau la keluar duit..

Cakap senang...pergi la sound makcik tu skali..hahaha..Ada berani?

2. Terus terang saje dengan Cik Balqis

“Balqis dah big. Shame la pakai pampers. Macam mana nak pergi school?”

“Shame kan mama?”

“ya..shame sebab Balqis dah big. Adik Hazzim memang kena pakai sebab adik Hazzim small lagi”

“adik Hazzim smoi (small) ye mama”

“ye..small”

Tiga minggu jugaklah skrip yang sama saya terpaksa mengulang. Kalau dapat kat Tuan Director Ahmad Nisfu…habis..


3. Ambil peluang masa cuti.

Masa cuti, saya ambil peluang sesunguh-sungguhnya walaupun saya nak keluar beli barang. Pernah sekali terlajak kat dalam Parkson sebab sebuk sangat tengok mainan. Nasib baik la ada cleaner dekat-dekat situ. Selalunya saya tak akan pergi jauh sebab takut jugak terbabas kat tempat yang bukan-bukan.

Kalau tak dapat nak cuti, cuba weekend dulu TAPI mesti buat. Tiada kompromi. Lama-lama mesti dia rasa tak selesa dan nak ke tandas juga. Saya
hanya akan pakaikan diaper bila Balqis SUDAH tidur atau dia memang sudah di atas katil untuk tido dan saya akan cakap;

“kalau Balqis nak pee, cakapnya..bangun tau” ----> walaupun saya tahu dia tak kan bangun.

Pendapat saya satu saje : mind setting is very important.


Akhirnya saya cakap pada kawan saya itu;

“kau tak nak try training pants ke?” ----> walaupun saya tak tau apa pekdahnya sebab saya tak guna ;p

“ah..tak nak la..aku beli je spender ultraman banyak-banyak, mana tau dia suka nak pakai spender pulak ke”


haha OK, I rest my case.

Abun : Aku heran gak..Geng Sang Kelembai semua takut dengan kau tapi Nabil selamba je. Memang hero sejati la :)

2 tahun 9 bulan dan Susu Mama

Cik Balqis sudah 2 tahun 9 bulan dan Cik Balqis menyusu lagi.

Daripada tidak tahu apa-apa, Cik Balqis sudah pandai membuat toleransi yang sangat hebat.

“mama pam sebeyah (sebelah), Balqish susu sebeyah”

atau yang ini;

“mama dah pam dah sebeyah sini”
sambil menghabiskan sesungguh-sungguhnya yang sebelah lagi.

Selalunya saya akan kata belum sebab yang sebelah ini untuk Hazzim. Kalau saya bagi dua-dua pada dia, alamat takde apa yang tinggal untuk adik dia :)

Saya tidak sanggup dan tidak bersedia untuk memberhentikan drama toleransi itu selagi ada rezeki yang Allah bagi untuk anak-anak saya. TITIK. ( lagipun itu hak mereka dan saya rasa saya tak patut ketepikan hak mereka selagi saya mampu )

Saya pasti dan perlu bersungguh-sungguh dengan azam yang ini. Bersungguh-sungguh kerana a) lepas geram dan menyesal tak sudah sebab masa Balqis ilmu di dada tak cukup dan b) nak uji sejauh mana kemampuan diri.

Menyusukan anak sehingga umur 2 tahun adalah panduan. Ia tidak membawa maksud kepada ayat larangan sehingga jatuh kepada hukum haram. Ia sepatutnya menjadi panduan bahawa:

1. Ibu sudah sihat dan kuat dan bersedia untuk mengandung lagi;
2. Sekiranya ibu mengandung, penyusuan masih boleh diteruskan jika tidak memudaratkan kesihatan ibu;
3. Tidak mengabaikan hak kepada anak yang lebih kecil kerana kakak/abang yang sudah berumur lebih 2 tahun, sudah bersedia untuk memilih alternatif lain bagi menggantikan susu ibu; dan
4. Sekiranya penyusuan masih diteruskan, ia hendaklah tidak memudaratkan kepada ibu dan anak-anak (penyusuan berganda/tandem nursing).

Kemudaratan bukan sahaja daripada segi kesihatan malahan perlu juga dilihat daripada segi emosi anak-anak. Emosi? Ya. Saya pada awalnya pun tidak terfikir kaitan penyusuan dan emosi ini. Tapi, apabila membincangkan perkara ini dengan rakan satu uni dulu, dia telah menimbulkan isu emosi.

Katanya, jangan sehingga menyusukan kakak/abang yang sudah lebih 2 tahun, emosi adik akan terabai. Jangan sehingga adik rasa terabai kerana disebabkan tempoh penyusuan yang berbeza-beza.

Saya setuju. Saya sendiri sudah terasa apabila menyusukan Balqis, Hazzim seboleh-bolehnya akan menyelit-nyelit di antara saya dan Balqis. Masalahnya, Hazzim tidak menyusu terus daripada badan saya, makanya saya takut Hazzim akan rasa yang saya lebih sayangkan Balqis daripada dia.

Sehingga kini saya masih tak tahu nak buat apa. Saya cuma tahu biarkan Hazzim menyondol-nyondol kakaknya dan menyelit-nyelit di antara saya dan Balqis ataupun saya lebih banyakkan masa bermain dengan Hazzim dan pada yang sama Mr.Bie yang akan melayan Balqis. Itu saja. Tapi, perkara ni penting sebenarnya kerana pada yang sama saya cuba bagitahu Balqis dan Hazzim yang sayang saya samarata untuk semua. Takde yang lebih, takde yang kurang.

Jadi, kalau orang tanya bila saya nak berhenti? Jangan tanya saya. Sila tanya anak-anak saya. Mereka yang nak susu mama. Saya tahu bagi saje :) Boleh ke ? :)

“…ni yang manja ni sebab minum susu mama lagi”

erk..soalan apakah ini? Tak paham saya. Namanya pun budak. Padanlah dengan dia nak manja-manja pun. Bukan dengan orang lain, saya juga, emaknya. Bukannya lama mana pun dia nak susu mama dia yang ini. Kalau dah besar gajah nanti, tak akannya dia nak manja-manja dan mengendeng-ngendeng dengan saya macam tu lagi. Peluang hanya sekali untuk setiap anak. Ooo saya sangat sayang dengan peluang itu sebelum anak-anak saya dah tahu malu nak menjerit-jerit "susu mama – susu mama".

Makanya, kalau orang bertanya lagi saya lebih suka senyum-senyum saje sebab soal pilihan, kita sendiri yang tentukan. Saya tak kata pilihan A lebih baik daripada pilihan B. Itu masing-masing punya selera dan keputusan. Setiap orang ada hak dan sebab tersendiri dengan pilihan masing-masing. Tapi tak salah rasanya dalam membuat pilihan, kita bertanya pendapat daripada orang lain. Mana tahu boleh membantu sebab walaumacam manapun, keputusan masih ditangan kita.

Selamat Memilih!!!

12 January 2009

KEMBALI NORMAL yuhuuu

Kuantiti EBM saya kembali normal *yeay*

Selama ini saya hanya membaca bahawa kuantiti EBM akan merudum kepada sesetengah ibu yang sedang menses. Saya tidak ambil kesah pun kerana belum tiba masanya lagi.

Tiba-tiba masa itu sudah sampai setelah 2 tahun berehat…dush…hambek..

Susu saya sangat merosot. Bukan kejap-kejap tapi dua minggu. Seminggu sebelum menses dan seminggu lagi pada waktunya.

Wah..sangat terkejut dan terkedu. Jikalau sebelum ini saya mengepam 3 kali di office, saya boleh dapat sehingga 23oz hingga 25 oz setiap hari tapi selama dua minggu ini saya kemarau sehingga hanya 13oz sahaja untuk sesi di office. Sesi di rumah pun sangatlah tidak memberansangkan sampai saya stress.

Tahu-tahu sajalah, kalau baby anda HANYA minum EBM sahaja. Paling kurang kena ada 30oz satu hari. Itu tak termasuk kes tiba-tiba datang selera yang sangat hebat hohoho sangat tertekan la..

Dan hari ini, apabila 2 minggu itu telah berlalu..sesi pagi tadi saya dapat 10oz dan pukul 3.30 petang tadi saya dapat 7oz…makanya saya tahu…saya telah kembali normal…*yeay*

Syukurnya…saya tak larat melalui zaman itu…

Pernah satu hari, saya telah ‘mencuri’ sehingga 4 botol frozen stock. Tak pernah dibuat selama ini…tapi kuturunkan juga sebab keadaan sangat kritikal.

Sepanjang dua minggu itu, saya hanya banyakkan minum air soya sahaja. Saya sangat la malas sebuk untuk pergi membeli longan. Salah saya juga sebab tidak berusaha lebih sedikit tapi tak sangka pula kemarau sebegini rupa.

Adakah kita serupa? Jadi, anda buat macam mana? ke ada apa-apa special tips?

APA KES???

Apa reaksi anda kalau ada orang membuat permintaan seperti ini kepada anda, ( BUKAN di dalam hospital mahupun klinik )

“Boleh tolong bukak spender you”

Hoiii..gila apa?

Betul..tak tipu..ini kesah Mr.Bi kerana memaksa memberi arahan kepada clientnya menanggalkan spendernya.

“Apsal awak suruh dia bukak spender Biii??”

“Polis kata dia sorok dadah dalam spender tapi spender tak tender pun dalam court”

“Dah tu?

“ye laa..awak ingat semua orang pakai spender ke boleh main cakap-cakap je sorok dadah dalam spender? Kalau dia memang tak pakai spender?”

hadoi…nasib baik la kau lelaki kan…kalau kau perempuan, sorok pulak dadah dalam bra. Apa kes? Mr.Bi suruh bukak bra jugak ke??


Moral : Sila jangan bagi suami anda bergerak aktif di dalam perkara-perkara jenayah seperti ini. Sila kuat hati dan jangan pikir bukan-bukan ;p

09 January 2009

Jalan-Jalan Cari Makan Di Kuala Selangor

Acara jalan-jalan cari makan yang ini dah lama sebenarnya. In November 2008, I think. Baru hari ni terhegeh-hegeh rajin sikit nak upload gambar. Acara makan-makan yang ini adalah sempena birthday pn zawiyah pada 3hb November lepas. Disebabkan acara hari itu tidak mahu hanya tertumpu kepada makanan sahaja, jadi kami telah berjalan-jalan sekitar Kuala Selangor. Dato' Panglima telah mengambil peluang membuat rondaan sekitar pekan Batang Berjuntai di mana dato' panglima menghabiskan masa bujang di sini dan juga melihat rumah pertama disewa selepas berkahwin dengan pn zawiyah. Ruginya saya tak snap gambar rumah itu sebab saya pun sempat duduk di sini untuk beberapa tahun.

Saya ada hati juga untuk berjalan-jalan di Kampung Kuantan yang sangat glamer dengan kelip-kelip di malam hari. Satu bot, maksimum 4 orang sahaja dan dikenakan rm10 seorang. Hanya beroperasi di malam hari. ye laa..mana la nak berkelipnya kalau hari siang. Saya memang bijaksana kerana melawat tapak kawasan di siang hari. Konon-konon nak tengok dulu apa rupa jetinya sebelum naik bot malam nanti. Oleh itu, lupakan sahaja ya sebab macam ngeri ok kalau bawak budak kecik. Sungai sangat lebar dan dalam...waaa..mak memang suka bayang yang bukan-bukan ok.

Jadi, selepas itu adalah acara menaiki Bukit Melawati. Kalau 10tahun yang lepas, kami naik ke atas bukit naik kereta saje. Sekarang, dah tak boleh. Harus park di bawah dan naik trem. Mana nak cari naik trem murah rm2 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak dan laju macam naik roller-coaster? haa..meh la datang sini. Laju tak hengat...

Sampai atas bukit..anda nampaklah muara sungai dan teruuusss ke laut. Rumah Api dan juga Kota Lama. Dalam Kota Lama ini ada beberapa meriam yang dibungkus kain kuning dan juga beberapa batu tempat pancung kepala orang..hohoho.. Saya tak masuk Kota ini sebab terlalu jakun sebuk melihat monyet terlalu banyak. Bila baru-baru ni, saya bagitau Mr.Bi yang dalam tu ada meriam bagai...Mr.Bi sangat frust okeyyy. Mana saya tau dia nak tengok..

Selepas solat Asar di pekan, kami semua meneruskan acara ke Jeram. Acara paling best : makan-makan. Hari tu kami makan : 1. Ketam masak cili 2. Udang Butter 3. Tom Yam Campur 4. Lala Tumis 5. Kerang Bakar 6. Ikan Siakap Steam 7. Kailan Goreng 8. Air Epal satu jug. Memang seeddaapp. Malam tu saya telah berhabis rm200 untuk pn zawiyah dan kami semua. Sangat puas hati. Sekali-sekala untuk ibu terchenta..

Saya seperti biasa tidak membawa Hazzim. Sori Hazzim..ayah suruh Hazzim duduk rumah saje. Alasan ayah : Hazzim kecil lagi. Ayah tak larat dokong tak sampai hati tengok Hazzim berpanas-panas. :)

Tengok rambut Balqis...baru bangun tidur daaa. Ini dekat jeti Kampung Kuantan. Tengok sungai tu..deras woo..banyak seram meh..

Ini bot yang digunakan untuk membawa pelancong untuk tengok kelip-kelip. Macam gitu je kan??




Bersedia untuk naik roller coaster trem :)

Rumah Api atas Bukit Melawati..masih digunakan.






see..see jakun banyak tak??


Acara makan-makan




Ini Cik Balqis memang sangat la sebuknya..

haaaa tudung ekin tu..

Saya baru sahaja menghabiskan sisa-sisa masa di pagi hari bersama Mr.Bi di Tingkat 1, office saya. Breakfast daa..

Saya memang suka kalau Mr.Bi kena pergi Industrial Court sebab 1) saya akan sampai awal ke office sebab Industrial Court start 830 pagi 2) Hearing/Mention di Industrial Court sangatlah cepat. Oleh itu, Mr.Bi akan habis cepat dan makanya juga saya boleh breakfast dengan Mr.Bi. Itu namanya sesi mengada-ngada atau lebih tepat lagi sesi mengulor di waktu kerja.

Mentang-mentangla bos pergi meeting ke MECD pagi ni, saya pun buat-buat meeting juga dengan nasi goreng pagi tadi hahaha sori bos..lapor laa

Di office saya ni banyak booth yang jual segala macam yang anda terfikir sekarang ini. Ini disebabkan salah satu misi Bangunan Biru ini adalah menjadikan Keusahawanan sebagai Satu Kerjaya...( boleh teka ka..bangunan apakah itu? :) ).

Tiba-tiba saya ternampak sesuatu..

"Bi..nampak tak tudung yang banyak-banyak tu...yang warna-warni tu"

"haaa tudung ekin tu..kenapa?"

wahahahaha
tau rupanya...saya ingatkan bila saya bagitau ada orang panggil tudung ni tudung ekin..dia malas nak ambik pot..Rupanya ambik tahu jugak...hahaha

Salah satu kenapa saya bertambah chenta lelaki ini adalah kerana dia memang la suka bergossip..hahaha...Kadang-kadang cerita gosip artis ni, dia lebih tahu dari saya.

ooo watak utama entry saya ini bukanlah pada cerita lelaki itu tetapi adalah Tudung Ekin kerana saya nak bagitau, tudung ekin tu..material yang sama...warna yang sama...corak yang sama...kat Rawang jual rm20. Di Bangunan Biru ini, makcik tu jual RM10 sahaja... :)

Murahkan?

08 January 2009

BOIKOT

Pagi ini saya mencari-cari untuk mengetahui apakah produk-produk yang dikategorikan sebagai penyokong kepada bangsa Yahudi ini.

Sedang ‘sebuk’ mengepam di surau..dengar-dengar diorang sebuk juga membincangkan perkara yang sama.

Sudah bersediakah anda untuk tidak membeli produk-produk dalam ini http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php ?

Ada juga suara-suara berpendapat bahawa kebergantungan kita sebagai pengguna terhadap produk-produk ini terlalu tinggi sehingga susah untuk kita mencapai objektif dan misi.

Tepuk dada, tanya selera..

07 January 2009

1st TAG ku..


wah..wah..tq mrs noba kerana menge'tag' diri ku ini

1st time ni kena tag dengan member maya ( ceh..itupun nak bagitau orang ;p )

The rules: Link to your tagger and post these rules.
List 8 random facts about yourself and tag 8 people.
1. Saya sanggup mengemas daripada memasak. Saya memang gila mengemas. Saya bukannya tak suka memasak tapi nanti saya akan lebih penat mengemas dapur daripada sesi memasak itu. Saya tahu mesti MIL rimas tengok saya sebab saya tak keluar-keluar daripada dapur lepas berjaya menghabiskan sesi tunggang terbalik saya di dapur. Saya akan mengelap, menyental dan mengemas sehingga seperti dapur itu tidak pernah berasap. Penatkann..
2. Jangan bagi saya aktiviti di pagi hari. Saya tidak akan bangun. Sila bagi jadual yang bermula pada jam 1100 pagi. harap maklum.
3. Saya kureng dengan nasi berderai. Lagi lembik lagi suka. Makan pulak dengan lauk kurma, kicap dan ikan goreng..huhu sodaaaap..
4. Lepas bersalinkan Balqis, berat jadi 53kg. Saya sangat gumuk sebab saya rendah. Tapi sekarang sudah turun 47kg hahaha sangat gembira sebab semua jeans & baju lama-lama sudah boleh dipakai...

5. Kesilauan saya di malam hari bertambah kronik. Saya pernah cuba dan ditambah dengan kehujanan yang maksima hohoho sila jangan cari penyakit lagi.
6. Saya telah berusaha membuat 4 kali hantaran perkahwinan bagi 3 tiga orang. Satu-satu perkara yang masih tabah untuk dilakukan bagi meningkatkan keaktifan otak di sebelah kiri. Nanti saya update dan tempek gambar untuk the latest hantaran.
7. Saya jenis jalan menonong. Kalau orang tak kenal ingat saya ni sombong. Padahal saya memang tak nampak pun. Kalau matlamat saya nak pergi ke Sogo, makanya mata saya hanya nampak Sogo saje. minta ampun ye :)
8. Saya kuat berangan. Dulu sebelum kahwin memang kronik. Sebelum tido, mesti berangan dapat duit 1 juta hahaha 1 juta je taknak lebih-lebih :) Tapi bila dah tua ni ;P saya tak sempat-sempat nak berangan kerana melayankan tiga orang pengarang jantung ku itu.
TAGGING:
nanti la dulu

FAKTA RAWAK TENTANG SAYA
MYSELF
First name: Di alam maya...you can call me Mrs Azarol @ Lub
Name you wish you had: Sila jangan susahkan diri untuk pergi angkat sumpah
I like my name..orang senang ingat woo

What do people normally your name as: Lub

Birthday: March 12, 1979 ( sila ambil tindakan ;P )
Birthplace: Kuala Lumpur

Time of birth: aiyo..balik kena check exact time. tapi maghrib la
Single or taken: Taken

Zodiac sign: Pieces


MY APPEARANCE

How tall are you: 155 cm
Wish you were taller: Nope.
Eye color : Hitam

Current hair color: Black

Short or long hair: Paras bahu

Ever dye your hair a bizarre color: Nope

Last time you did something dramatic with you hair: Colour it

Glasses or contacts: Both

Do you wear make up: Yes.

Paint your nails: No

Shy or outgoing: Outgoing

Sexy or cute: Sexy and cute <--- haha sesi perahsan

Serious or fun: Serious. mak tak pandai buat lawak weh

A turn on: choc cake


A turn off: Orang yang smoking and body odour yang mahsyam

( kita sama aa mrs noba. nak buek camno? )

THIS OR THAT

Flowers or chocolates : Both. mak ala-ala karats daa
Pepsi or coke : coke ----> camno..kata boikot?

Rap or rock : rock karat buleh ke?

Relationship or one night stand :Relationship

School or work:Both

Love or money :Both ---> giler kuasa sebenter!!

Movie or music : Both

Country or city : country

Sunny or rainy days : Both

Friends or family : Both but family come first

HAVE YOU

Ever lied :Yes
Stole something :Intentionally? No
Smoked :No
Hurt someone close to you : No
Broke someone’s heart : yup..mak memang kejam hahaha
Wonder what was wrong with you : Yes
Wish you were prince or princess :Princess
Like someone who was taken :No
Shaved your head : Nope
Used chopstick : selalu terbabas haha
Sang in the mirror to yourself : suara tak sedap


FAVOURITES

Flower:Roses

Candy:Snickers

Song:Light & Easy
Color:Pastel

Movie:alaa..banyak benor

Singer : mak memang angau ngan Ronan Keating..aauuuww

Junk food: tak berapa nak makan sangat. Takde pun takpe..

Website:blog & errm banyak
Location: Rawang

Animal :Jangan berangan..siapa nak jaga

Ever cried over someone:Yes

Is there anything you wish you could change about yourself : jangan dendam-dendam. tak baik

Do you think you’re attractive:ishk..takdelah

If you had to choose a fairytale as your life what would you choose:No-lah. Tak best pun

Do you play any sports:
Basketball
Hockey
Tennis
Table Tennis
Badminton
Netball
( haa hambek... )

24 @ 25

Sedang saya berusaha menghabiskan 10 cucuk Sate Kajang Hj Samuri tengah hari tadi

"Ada orang kat sini?" sambil pegang kerusi di depan saya

"Takde. Saya seorang. Duduklah"

"Sorang je? Tak makan dengan boyfriend". Amboi mesranya perempuan ni

"Husband saya kerja kat Jalan Ipoh"

"ooo dah kahwin"

*
*
*
*
*

"awak ni mesti 24 atau 25"

"tak. saya dah 30"

hahahaha siapa nak makan Sate Kajang Hj Samuri. Angkat tangan tinggi tinggi.
Saya belanja!!!

P/S : SILA ABAIKAN ENTRY MENGADA-NGADA INI LAGI RIAK DAN TAKABBUR. SAYA MASIH DALAM KEADAAN MEROYAN. HARAP MAKLUM ;P

Mamnu'

Sebelum saya terlupa dengan penggunaan perkataan mamnu' ini adalah lebih baik saya simpan baik-baik dalam blog ini..hehe

Dolu-dolu lepas je dapat result UPSR, pn. zawiyah dengan sangat kentalnya telah berusaha memasukkan saya ke sekolah berasrama penuh ( SBP ). Saya tahu dia sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh sebab masa tu rasa macam kecoh sangat pn. zawiyah dan dato' panglima kehulur kehilir tak habis-habis setelkan satu-satu benda. Paling best adalah bab shopping. Sakan weh..ye la..anak masuk SBP..sungguh gembira gittew. Kiranya masa ni, apa nak cakap je la..mesti dapat. Tapi nak dapat apa sangat..bukannya tau apa sangat masa tu. Mana la wujud hp-hp ni bagai. Rasa macam tak reti pun lagi nak mintak macam-macam. Tapi yang saya paling ingat pn. zawiyah telah menempah baju kurung sb line ( betul ke ni? ) kain kosong tu, banyak giler. Kiranya semua colour ada la. Kuning ada, merah ada, pink ada, ala-ala jingga pun ada. Rasa macam minah sb line pun ada. Layan je la ma kan :)

Itu belum masuk bab tudung lagi. Udah ler tudung labuh. eh.. CT, bukan kita panggil tudung bulat ke? Aku pun dah tak ingat la. Tak tau la mana pn. zawiyah tempah, saya tahu pakai je. Ooo bab baju tadi, semua baju diwajibkan jahit butang katup pada bahagian hujung lengan. Nanti kalau angkat tangan untuk jawab soalan cikgu ke, takdelah lengan baju tu jatuh ke bawah. Nanti nampak aurat...aauuww. Jadi, dah boleh teka kan sekolah apa yang saya akan duduk selama lima tahun itu.

yaaa...sekolah yang dicintai itu adalah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu aka SMAP Labu. Terletak di Labu, Seremban.

Masa hari yang di tunggu-tunggu, ya Rabbi ramai benor nak mengikutnya. Sampaikan anak dara kak Leha dan Kak Lela yang menyewa sebelah rumah pun nak join sekali. Itu baru jiran yang nak ikut, belum masuk nenek dan makcik-makcik yang ter'excited' sekali nak jugak menghantar. huhu haru macam nak hantar orang kahwin. Memandangkan ahli rombongan begitu ramai ditambah dengan beg-beg, makanan, baldi, gayung bagai maka, dato' panglima telah menggunakan van. van sape tu yah? ha'ah kan sampai sekarang saya tak tahu van siapa. Nasib baik naik van plus kereta-kereta sendiri ookkeeyy. Kalau naik Toyota lama dato' panglima dulu, mau tinggallah korang semua dan berpeluh-peluhlah kami 2 jam dalam kereta baru sampai Labu.

****Iklan****
Anak2 mama..dolu-dolu mama naik kereta tok ayah ni mana ada aircond ni bagai. Radio? Jangan mimpi. Korang lahir-lahir keluar hospital dah duduk sejuk-sejuk, empuk-empuk dalam kereta. Bersyukur nak ye..

**************

Sampai sekolah dah tengahari. dato' panglima membuat semua urusan pendaftaran. saya telah membuat kelakar pada hari pertama. round-round habis satu sekolah, baru nampak tudung saya terbalik...laaaaa..punyalah control cun ( sila muntah yak yak ) pakai tudung pun boleh terbalik. ye laaa..tudung tu kan besor. saya ni sangat kecil. Oleh itu saya seperti memakai telekung di tengah jalan. Mana laa perasan keterbalikkan itu...aduhhh..memang tak boleh lupa daa

Bila dah dapat bilik, bab mengemas ni..silalah bagi pada pn. zawiyah. Mama sangat pakar. Jadi, saya termenung saje di tepi katil mengenang hari-hari mendatang...cewahh

Bye-bye time adalah paling haru sekali. By looking their expression, i know pn. zawiyah sangat sedih. Semua orang sangat sedih. But I really can't remember wether pn. zawiyah menangis or not but one thing that i can't believe myself until now was instead of bersedih-sedihan, saya telah melambai-lambai dengan senyum-senyum kambing. That was my 1st time away from parents & adik-adik tapi saya sangat kuat mental ( sila muntah lagi yak yak yak )

hahaha sangat jauh lari dari tajuk ok.

okla tuh ( siapa suka sebut perkataan ni eh? ooo saida taruddin ). sebab saya nak crita sejarah bagaimana saya boleh terjebak dengan perkataan ini.

Maksud mamnu' adalah dilarang. Agaknya la sebab Bahasa Arab saya memang fail selalu. Kalau senior kata, "siapa yang mamnu' mina solah?", maknanya " siapa yang dilarang dari solat?". Atau bahasa kebiasaannya, "Siapa yang tak boleh solat?". Kiranya penggunaan perkataan mamnu' ini menjadikan pertanyaan lebih sopan sedikit ( ye ke? ).

Maka, jadilah perbualan seperti ini, "woi..kau TAK SOLAT ke?"

kepada........., "wei...kau MAMNU' eh?"

Dan makanya juga...saya telah malu-malu kucing memberitahu pn. zawiyah ketika mula-mula mamnu' dulu hehehe ntah apa-apa ntah

Dan nak tahu kenapa entry saya macam orang meroyan je hari ni dan semalam...

yaaaa.... sebab diri saya sangat bersangkut paut dengan entry ini...doowwhhh..lembik gaban setelah sekian lama ( 2 tahun okkeeyy ) saya bercuti mengkayakan kilang lau*ri*er..

06 January 2009

( Blurrrrrr!!!!!!! )

Today when i tend to change my mood icon, i just could'nt find the right word. I'm senseless. No room for laugh, gossip or even smile! I dont know why. Lepas makan, sambil jalan balik ke office...suddenly, the word came out from my head. EMPTY.

I hate myself for being so loyal to this company. I hate my current job. I just hate it. Rasa tertipu pun ada. Frankly, tak susah pun kerja dekat sini. Some times when the birocracy ( and also politics ) involved too much, baru rasa tense. We have panel lawyers and it makes my job easier and 'lenggang kangkung'. Takde keje bawak balik rumah. Weekend tak payah pergi office. Mr.Bi selalu kata, I patut bersyukur because of im not travelling ke sana ke mari like himself and duduk sahaja depan komputer.

Yeah, I know Bi but this is not a real of me. I miss my old profession. Pagi-pagi rushing mengejar one court to another court...mengah-mengah macam tu pun..at the end of the day..i rasa puas.

A good friend of mine ( Bunze.. kau ok ), did mentioned to me yang dia masuk kerja 'sana' pun sebab boleh ada banyak masa dengan anak and family. Memangla Bunze..kalau bab masa..sorry..i surrender memang our 'real' job memang tough. Tak boleh nak main-main. Bukanlah nak kata kerja sekarang boleh main-main. I mean, takde la pening kepala sangat macam dulu. Betul tak Bunze? Macam kau la Bun...kalau dulu boleh ke kau balik kerje pastu pergi swimming 3 kali seminggu ( sorry babe, mama Di pecah rahsia hahaha ).

So, ada hikmah untuk semua cerita hidup. If im still a practicising lawyer, saya tak boleh suka-suka hatikan nak cuti tiba-tiba kalau anak tak sihat ( dan juga saya yang selalu buat-buat tak sihat ;P ), asyik nak cutiiiiiii je memanjang jer ( Bi, I ada cuti 30 hari tau. Kalau tak cuti..rugi ookkeeyy ). Dan yang aamaaaaaaaattt penting, kalau la saya ni masih kehulur kehilir memanjang dari pagi sampai ke petang...tak taula mission to breastfeed exclusively for Hazzim tu tercapai ke tidak. Dahla now exclusive pumping...huhu tak tercapai dek akal!!

Kesimpulannya, ada dua sahaja option a) career b) family. And of course most of us pilih family. Mungkin ada juga yang pilih career, tapi tak ramai. Macam cerita drama TV3 last Saturday tu. Alaaa... Aida Aris kot yang berlakon. Ending cerita dia macam tak best pun tapi sebab macam related dengan entry saya ni, saya nak tulis jugak. Dan bila my mind reach at this point, barulah rasa " oh..ok. pergi je la kat sini hari-hari sampai ( ? ). Bukannya susah pun. "

Harap-harap..esok dapat datang kerja dengan hati yang rela dan nak buat kerja!!!

05 January 2009

Kuda Merah




Nampak tak apa yang cacat pada kuda merah itu?
Sila lihat betul-betul
Nampak tak lubang tuuu...yaaaa...itu sepatutnya handle kuda itu.
Balqis panggil telinga kuda
Tau apa alasan Balqis untuk mintak ayahnya belikan kuda merah yang baru?








"Ayaaahh...Balqis nak horse tu..horse Balqis telinga dia dah putus"

Apaa!! Putus?

Balqis...Balqis..nak buat apa la pulak kuda merah tu sekandang..

Takde maknanya banyak-banyak kat rumah cik Balqis

Oohh kuda tu RM9.90 je pun..hahaha

Warna hijau pun ada

p/s : Sila abaikan kehadiran pentas kuda tersebut...hehe

Najis Berat

Di suatu hari.

"Ayah boleh tak Balqis beli dog"

"Tak boleh"

"Alaa dog tu smoi (small) aje. Dia baik. Dia tak gigit Balqis"

"Kita tak boleh beli dog. Dog tu najis mughollazzah."

Balqis pening. Ayah selamba. Saya menahan gelak kat seat belakang.
Wahahahaha....Bi..tolonglah..sesuaikan sikit penerangan tu untuk budak umur 3 tahun.

Balqis..nanti Balqis dah besar sikit..mama terangkan apa itu najis mughollazah ye.. :)

Dah Big!!

Pagi tadi..masa kelam kabut nak pegi kerja, sempat lagi melayan cik Balqis nak pergi beli kuih. Dia ni sekarang pesen kalau pagi2 bangun awal, mesti suruh beli kuih dia. Makannya idak pun.
On the way beli kuih, lalu sekolah depan rumah. Riuh sikit hari ni sebab 1st day.
"Ayah..Balqis nak pegi school"
"Balqis small lagi. Nanti Balqis dah besar ayah hantar"
"Balqis dah big la ayah. Balqis nak pegi school"
( dengan muka confident sambil tengok badan sendiri )
"OK. Esok ayah hantar Balqis pegi school"
Moralnya: Ikut perancangan, mama memang nak hantar kat mana-mana tempat yang bersesuaian. Tapi mama rasa macam Balqis kecik sangat lagi. Mama boleh cuba buat homeschool sikit-sikit. Tapi bila dah jadi macam ni..dush!!!..Anak mama dah 3 tahun rupanya..sedihnya..cepatnya besar..*sob*sob* ter'emo' pulak. Oleh itu, sila sedar diri ye.. bersedialah selalu.

Angan-Angan @ Cita-Cita

Pagi tadi dalam kereta.

"Bi..awak serious ke nak cari kerje ke Australia tu"

"Saya memang ok..asalkan saya tak practise as a lawyer"

Saya sengih sendiri sambil terpikir-pikir..betul ke soalan aku ni?

Cita-cita saya tahun 2008 adalah mempunyai sebuah kedai. Nak buat apa dengan kedai tu, itu belakang cerita. Punca saya dan Mr. Bi nak beli kedai sebab kami tak nak beli rumah dan nak cuba berniaga. Itu sahaja.

Konon-konon nak tukar gaya, biarla orang sebuk-sebuk tanya, "dah beli rumah ke?" atau "menyewa ke rumah sendiri?". Tapi saya akan jawab, "taaaak, saya beli kedai"

Tapi ada jugak typical malay yang akan menyambung pertanyaan..."ooo rumah kedai ke?
Saya pun dengan malas-malas.."taak..kedai sebijik"

Jangan tanya saya apa saya nak buat dengan kedai tu.
Macam-macam saya nak buat hahaha sampai tak tahu nak buat apa dulu hahaha
Dah setahun pun kedai ku itu..

Apa yang saya nak cerita sebenarnya ek?
Ooo saya nak kata cita-cita 2008 saya yang nak ada kedai dah pun terlaksana.
Adakah nak cari kerje ke 'sana' itu pun saya harus masuk dalam cita-cita Tahun 2009 untuk kami sekeluarga atau sekadar angan-angan sahaja.

Alaa dulu pun masa belum ada kedai..saya pun selalu berangan-berangan mak jenin nak ada satu kedai di Rawang. Bosan tengok asyik c*ina sahaja yang monopoli bisnes kat situ.

Punca cerita kenapa sampai nak ke 'sana' bila suku sakat belah mak saya baru balik dari 'sana' dan mereka telah 'dibentangkan' jalan yang cerah sekiranya nak pergi ke sana untuk sekian kalinya. Nak jadi cerita jugak, pakcik sendiri yang dah duduk kat sana lebih kurang 30 tahun tu memang keje dengan government 'sana' dan dia jugalah orang yang bertanggungjawab meluluskan PR di 'sana'.

Part yang best sekali..dia bolehla tolong tengok-tengokkan job placement. wah..wah..offer baaiikk ni..

Aduuhh..rasa macam drastik sangat pulak cita-cita yang ini.
Ke nak masuk dalam Buku Angan-Angan 2009.

Saya masih terpikir-pikir..kalau ye pun nak mengubah cara hidup, mengapa begitu jauh sekali saya nak merantau. Tidak mampukah saya nak mengubah cara hidup di negara sendiri. Padahal hidup saya tidak dijamin pun lebih baik di negara orang. Tapi saya pun tidak tahu mungkin rezeki saya lebih baik di 'sana'. Ker sebenarnya niat saya nak mengubah angin saje..daripada menyedut satu jenis angin Khatulistiwa kepada empat jenis angin.. :)

Isk!! tengok.. saya dah berangan-berangan pagi ni..
Mak memang kuat berangan okkeyy..

-STOP-


 

Template by Best Web Hosting