Showing posts with label angan-angan. Show all posts
Showing posts with label angan-angan. Show all posts

12 March 2009

Terima Kasih Ayah

Dalam entry yang lepas, saya pernah kata yang saya sedang mereng taksub dengan website yang ini. Memang, memang saya sedang taksub dan leka mencari house plan yang bersesuaian untuk family saya.



Ketaksuban saya bermula apabila dato' panglima telah menghadiahkan saya sekeping ( kalau sebidang macam besor je bunyinya ) tanah sebelah rumah yang saya duduk sekarang ini kepada saya. Tanah itu milik ayah saya yang dibeli hampir 20 tahun yang lalu. Sempena hari jadi, inilah hadiah yang tidak ternilai yang saya terima daripada dato' panglima. Saya tak terkata. Senyap seribu bahasa sebab macam tak percaya saya akan ada tanah sendiri. Hendak mengharapkan saya untuk memiliki tanah sendiri, memang tidak kesampaian rasanya tambahan nilai semasa tanah itu sahaja sudah menjangkau 200k. Walaumacam manapun, saya rasa elok saya memberi token kepada ayah saya sebagai tanda terima kasih. Saya tanya pn.zawiyah, "berapa nak bagi ma?" "Alaa..bagi 20k sudahlah"


20k daripada 200k...cepat-cepat saya kata ok. "Bayar je sikit-sikit macam bayar kat bank" "ok"


Semenjak itu, angin berangan saya dah mula masuk kepala. Rupa-rupanyanya susah juga nak memikirkan bentuk rumah apa yang bersesuaian dengan keadaan, saiz keluarga dan cara hidup kita dan yang penting bersesuaian dengan ongkosnya!!.


Tak semena-mena saya telah senaraikan apa yang perlu difikirkan sekiranya berpeluang memiliki rumah rekaan sendiri.

(*List ini adalah untuk nota angan-angan saya semata-mata ;p )


Living Room
  1. Saya memerlukan 2 ruang Living Room.
  2. Satu untuk formal yang tidak memerlukan ruang yang besar untuk tetamu dan perlu berada di hadapan rumah.
  3. Satu untuk keluarga yang memerlukan ruang yang agak besar untuk menampung kedatangan keluarga di sebelah mr.bie yang sangat ramai dan perlu berada di bahagian belakang rumah berdekatan dengan kitchen.
  4. Rasional saya memerlukan 2 Living Room adalah sebab saya selalu tertekan dengan keadaan porak poranda ruang living room saya dan bantal-bantal comel kesayangan saya dijadikan alas tido saya tidak perlu risau kalau Living room untuk family ini bersepah-sepah. Dalam kata lain, lantaklah korang nak buat apa pun kat area ni..ngeee

Bilik Tidur

  1. Saya perlukan 5 bilik tidur.
  2. Satu untuk saya - Master Bedroom
  3. Satu untuk anak perempuan yang berada di bahagian hadapan sebab nanti kalau jadi bilik pengantin tak payahlah orang pergi sampai ke belakang rumah. Bulih? hahaha mak teradvance lah pulak.
  4. Satu untuk anak lelaki.
  5. Satu untuk tetamu/keluarga yang datang.
  6. Satu untuk maid. Ini satu hal. Bilik maid ni memang saya nak letak jauh sikit daripada bilik family. Saya memang tak berkenan bilik maid saya terlalu berdekatan dengan bilik-bilik family ni. Saya bukan nak mendiskriminasi mereka ini tapi saya ada limit dengan maid saya. Maid is always a maid, cannot be part of the family. Susah, nanti naik lemak. Tapi, saya bukanlah majikan yang kejam, kalau idak..dah lama maid saya itu lari.
    Bilik maid perlu ada di atas. Ruang yang akan dibuat di atas garage kereta yang bersambung dengan rumah.

Bilik Air

  1. Master Bedroom & bilik anak perempuan ada bilik air sendiri. Saya tengok, susah juga kalau anak perempuan takde bilik air sendiri. Lebih-lebih lagi kalau dah kawin..hehe
  2. Bilik air anak lelaki kena share dengan bilik tetamu.
  3. Maid ada bilik air sendiri sebab dia sorang-sorang kat atas.
  4. Satu bilik air kat luar ruang living room.
  5. Jadi, semuanya 5 bilik air.

Dining Room/Breakfast

  1. Dua ruang ini perlu berdekatan dengan kitchen.
  2. Dining room untuk makan-makan besar huhu apa yang besar sangat pun saya tak tahu. ooo macam raya ker :)
  3. Breakfast area untuk saya anak beranak makan-makan. Meja comel saje. Kalau anak-anak dah besar dah kawin, bolehla saya beromantik2 dua orang je breakfast kat sini. ceh takde maknanya!! nampak benor saya terpengaruh dengan gaya-gaya movie inggeris desa yang rekaan semata-mata :)

Kitchen/Pantry (Store makanan)

  1. Saya tak berhajat nak ada wet & dry kitchen. Ada satu sudah cukup. Tak kuasa pulak rasanya nak maintain dua bahagian. Letihh!!
  2. Pantry, saya rasa penting juga sebab saya tengok fungsi pantry di rumah pn.zawiyah memang sangat berguna. Satu, memanglah untuk letak semua barang-barang kering dan yang penting sebenarnya untuk sorok pinggan mangkuk bagai yang baru lepas cuci. pn.zawiyah memang pesen pinggan tak boleh letak dalam sink. Pesen ini pun dah melekat dengan saya. Kesimpulannya, dapur kena keringlah. pn.zawiyah kata pesen dia yang itu tak boleh lawan lagi dengan sepupu dia yang duduk dekat aussie yang dia pergi hari tu, lepas cuci pinggan jer terus lap dan terus masuk almari. Saya ingat dioarang saja-saja suka buat dalam movie, ghopernya betul ma ye. uish, tak termampu rasanya kalo nak buat macam tu. Tak pun kena tanya bibik.."bik, boleh ker lap pinggan terus-terusan?" Mau bibik saya tahan keje seminggu jer.. ;P

Laundry Room

  1. Jangan tak tau, banyak-banyak bilik, inilah bilik idaman saya yang kena ada. Saya nak sorok semua baju2 belum basuh dan lepas basuh kat sini. biarkan maid saya terperuk dalam bilik menggosok baju itu. Dia memang suka gosok baju :) Mesin basuh & iron semua saya nak sorok letak kat sini. Apa nak jadi dengan kain baju semua, biarlah jadi kat sini ye biiik.. :)

Garage/Store

  1. Saya memang ada hati nak buat garage bersambung dengan rumah huhu. Ada satu store dalam tu untuk letak barang-barang tukang mr.bie yang tak seberapa itu.

Siap list saya!!

Bila saya tunjuk beberapa plan rumah kat mr.bie dengan ayat pemanis bicara "bie, saya teringin la rumah macam Kar*dashian family tu"

"Awak nak hutang berapa ratus ribu?"

ceh..tak memberi harapan langsung!!!!


05 January 2009

Angan-Angan @ Cita-Cita

Pagi tadi dalam kereta.

"Bi..awak serious ke nak cari kerje ke Australia tu"

"Saya memang ok..asalkan saya tak practise as a lawyer"

Saya sengih sendiri sambil terpikir-pikir..betul ke soalan aku ni?

Cita-cita saya tahun 2008 adalah mempunyai sebuah kedai. Nak buat apa dengan kedai tu, itu belakang cerita. Punca saya dan Mr. Bi nak beli kedai sebab kami tak nak beli rumah dan nak cuba berniaga. Itu sahaja.

Konon-konon nak tukar gaya, biarla orang sebuk-sebuk tanya, "dah beli rumah ke?" atau "menyewa ke rumah sendiri?". Tapi saya akan jawab, "taaaak, saya beli kedai"

Tapi ada jugak typical malay yang akan menyambung pertanyaan..."ooo rumah kedai ke?
Saya pun dengan malas-malas.."taak..kedai sebijik"

Jangan tanya saya apa saya nak buat dengan kedai tu.
Macam-macam saya nak buat hahaha sampai tak tahu nak buat apa dulu hahaha
Dah setahun pun kedai ku itu..

Apa yang saya nak cerita sebenarnya ek?
Ooo saya nak kata cita-cita 2008 saya yang nak ada kedai dah pun terlaksana.
Adakah nak cari kerje ke 'sana' itu pun saya harus masuk dalam cita-cita Tahun 2009 untuk kami sekeluarga atau sekadar angan-angan sahaja.

Alaa dulu pun masa belum ada kedai..saya pun selalu berangan-berangan mak jenin nak ada satu kedai di Rawang. Bosan tengok asyik c*ina sahaja yang monopoli bisnes kat situ.

Punca cerita kenapa sampai nak ke 'sana' bila suku sakat belah mak saya baru balik dari 'sana' dan mereka telah 'dibentangkan' jalan yang cerah sekiranya nak pergi ke sana untuk sekian kalinya. Nak jadi cerita jugak, pakcik sendiri yang dah duduk kat sana lebih kurang 30 tahun tu memang keje dengan government 'sana' dan dia jugalah orang yang bertanggungjawab meluluskan PR di 'sana'.

Part yang best sekali..dia bolehla tolong tengok-tengokkan job placement. wah..wah..offer baaiikk ni..

Aduuhh..rasa macam drastik sangat pulak cita-cita yang ini.
Ke nak masuk dalam Buku Angan-Angan 2009.

Saya masih terpikir-pikir..kalau ye pun nak mengubah cara hidup, mengapa begitu jauh sekali saya nak merantau. Tidak mampukah saya nak mengubah cara hidup di negara sendiri. Padahal hidup saya tidak dijamin pun lebih baik di negara orang. Tapi saya pun tidak tahu mungkin rezeki saya lebih baik di 'sana'. Ker sebenarnya niat saya nak mengubah angin saje..daripada menyedut satu jenis angin Khatulistiwa kepada empat jenis angin.. :)

Isk!! tengok.. saya dah berangan-berangan pagi ni..
Mak memang kuat berangan okkeyy..

-STOP-


 

Template by Best Web Hosting