15 January 2009

2 tahun 9 bulan dan Susu Mama

Cik Balqis sudah 2 tahun 9 bulan dan Cik Balqis menyusu lagi.

Daripada tidak tahu apa-apa, Cik Balqis sudah pandai membuat toleransi yang sangat hebat.

“mama pam sebeyah (sebelah), Balqish susu sebeyah”

atau yang ini;

“mama dah pam dah sebeyah sini”
sambil menghabiskan sesungguh-sungguhnya yang sebelah lagi.

Selalunya saya akan kata belum sebab yang sebelah ini untuk Hazzim. Kalau saya bagi dua-dua pada dia, alamat takde apa yang tinggal untuk adik dia :)

Saya tidak sanggup dan tidak bersedia untuk memberhentikan drama toleransi itu selagi ada rezeki yang Allah bagi untuk anak-anak saya. TITIK. ( lagipun itu hak mereka dan saya rasa saya tak patut ketepikan hak mereka selagi saya mampu )

Saya pasti dan perlu bersungguh-sungguh dengan azam yang ini. Bersungguh-sungguh kerana a) lepas geram dan menyesal tak sudah sebab masa Balqis ilmu di dada tak cukup dan b) nak uji sejauh mana kemampuan diri.

Menyusukan anak sehingga umur 2 tahun adalah panduan. Ia tidak membawa maksud kepada ayat larangan sehingga jatuh kepada hukum haram. Ia sepatutnya menjadi panduan bahawa:

1. Ibu sudah sihat dan kuat dan bersedia untuk mengandung lagi;
2. Sekiranya ibu mengandung, penyusuan masih boleh diteruskan jika tidak memudaratkan kesihatan ibu;
3. Tidak mengabaikan hak kepada anak yang lebih kecil kerana kakak/abang yang sudah berumur lebih 2 tahun, sudah bersedia untuk memilih alternatif lain bagi menggantikan susu ibu; dan
4. Sekiranya penyusuan masih diteruskan, ia hendaklah tidak memudaratkan kepada ibu dan anak-anak (penyusuan berganda/tandem nursing).

Kemudaratan bukan sahaja daripada segi kesihatan malahan perlu juga dilihat daripada segi emosi anak-anak. Emosi? Ya. Saya pada awalnya pun tidak terfikir kaitan penyusuan dan emosi ini. Tapi, apabila membincangkan perkara ini dengan rakan satu uni dulu, dia telah menimbulkan isu emosi.

Katanya, jangan sehingga menyusukan kakak/abang yang sudah lebih 2 tahun, emosi adik akan terabai. Jangan sehingga adik rasa terabai kerana disebabkan tempoh penyusuan yang berbeza-beza.

Saya setuju. Saya sendiri sudah terasa apabila menyusukan Balqis, Hazzim seboleh-bolehnya akan menyelit-nyelit di antara saya dan Balqis. Masalahnya, Hazzim tidak menyusu terus daripada badan saya, makanya saya takut Hazzim akan rasa yang saya lebih sayangkan Balqis daripada dia.

Sehingga kini saya masih tak tahu nak buat apa. Saya cuma tahu biarkan Hazzim menyondol-nyondol kakaknya dan menyelit-nyelit di antara saya dan Balqis ataupun saya lebih banyakkan masa bermain dengan Hazzim dan pada yang sama Mr.Bie yang akan melayan Balqis. Itu saja. Tapi, perkara ni penting sebenarnya kerana pada yang sama saya cuba bagitahu Balqis dan Hazzim yang sayang saya samarata untuk semua. Takde yang lebih, takde yang kurang.

Jadi, kalau orang tanya bila saya nak berhenti? Jangan tanya saya. Sila tanya anak-anak saya. Mereka yang nak susu mama. Saya tahu bagi saje :) Boleh ke ? :)

“…ni yang manja ni sebab minum susu mama lagi”

erk..soalan apakah ini? Tak paham saya. Namanya pun budak. Padanlah dengan dia nak manja-manja pun. Bukan dengan orang lain, saya juga, emaknya. Bukannya lama mana pun dia nak susu mama dia yang ini. Kalau dah besar gajah nanti, tak akannya dia nak manja-manja dan mengendeng-ngendeng dengan saya macam tu lagi. Peluang hanya sekali untuk setiap anak. Ooo saya sangat sayang dengan peluang itu sebelum anak-anak saya dah tahu malu nak menjerit-jerit "susu mama – susu mama".

Makanya, kalau orang bertanya lagi saya lebih suka senyum-senyum saje sebab soal pilihan, kita sendiri yang tentukan. Saya tak kata pilihan A lebih baik daripada pilihan B. Itu masing-masing punya selera dan keputusan. Setiap orang ada hak dan sebab tersendiri dengan pilihan masing-masing. Tapi tak salah rasanya dalam membuat pilihan, kita bertanya pendapat daripada orang lain. Mana tahu boleh membantu sebab walaumacam manapun, keputusan masih ditangan kita.

Selamat Memilih!!!

6 comments:

cysev3n said...

bestnya dapat tanderm.. as for me, nikmat nyusukan si Zeri ni ialah, dia tak sabar2 nak tunggu ibu dia balik.. nampak la dia terkinja2 whenever he saw me at LRT :)

~Umi.Sufira~ said...

Lub, salute ngan lub sebab dah berjaya sampai hampir 3 tahun plus tanderm lagi...isk isk..harus rasa lebih bersemangat nih!

Zuraimah Ismail said...

chaiyo'..... teruskan perjuangan ko weh....aku ala2 x larat dah ni nak tandem..hohoho...tp kenkadang si kakak tu pandai...time aku lepa..zasssss terus sambar....:)

Anonymous said...

good job mama!! kagum dgn ibu2 yg tandem nursing nii!!

FAM said...

hi! salam kenal jugek.
i salute you!! though my doter still BF, but i yg dh penat. dlm proses stop. hehe.

Mrs Azarol said...

yan : ha'ah masuk umah jer..terus jerit nak susu mama..terus hilang penat

mimi : hehe penat..bila la nak pencen ni :)

CT : woit..kau jgn buat2 x larat..aku swing kang

mommylyssa : tq2 :)

mommy : salam kenal. mmg penat. yg kecik tu br 9bln. alamat lmbat la pencen ni

 

Template by Best Web Hosting