Selama ini saya hanya membaca bahawa kuantiti EBM akan merudum kepada sesetengah ibu yang sedang menses. Saya tidak ambil kesah pun kerana belum tiba masanya lagi.
Tiba-tiba masa itu sudah sampai setelah 2 tahun berehat…dush…hambek..
Susu saya sangat merosot. Bukan kejap-kejap tapi dua minggu. Seminggu sebelum menses dan seminggu lagi pada waktunya.
Wah..sangat terkejut dan terkedu. Jikalau sebelum ini saya mengepam 3 kali di office, saya boleh dapat sehingga 23oz hingga 25 oz setiap hari tapi selama dua minggu ini saya kemarau sehingga hanya 13oz sahaja untuk sesi di office. Sesi di rumah pun sangatlah tidak memberansangkan sampai saya stress.
Tahu-tahu sajalah, kalau baby anda HANYA minum EBM sahaja. Paling kurang kena ada 30oz satu hari. Itu tak termasuk kes tiba-tiba datang selera yang sangat hebat hohoho sangat tertekan la..
Dan hari ini, apabila 2 minggu itu telah berlalu..sesi pagi tadi saya dapat 10oz dan pukul 3.30 petang tadi saya dapat 7oz…makanya saya tahu…saya telah kembali normal…*yeay*
Syukurnya…saya tak larat melalui zaman itu…
Pernah satu hari, saya telah ‘mencuri’ sehingga 4 botol frozen stock. Tak pernah dibuat selama ini…tapi kuturunkan juga sebab keadaan sangat kritikal.
Sepanjang dua minggu itu, saya hanya banyakkan minum air soya sahaja. Saya sangat la
Adakah kita serupa? Jadi, anda buat macam mana? ke ada apa-apa special tips?
2 comments:
hi lub... haa... i think most bf mommies dah pernah lalui down time... the key is to not stress so much... cos kalau stress lagi susu tak kuar kan... but siapa yang tak stress tgk susu tak cukup!!mesti nangis! hihihi... minum Seasons Longan & Red Dates! Tin merah ye... tak yah susah2 rebus longan ;-)
teruskan usaha untuk maintain supply susu :)
Post a Comment