30 March 2012

Breast Milk Storage : Jingle Jungle & Autumnz

 

goggle image

Jingle Jungle Breast Milk Storage

 

goggle image

Autumnz Breast Milk Storage

 

Kali ini saja nak cuba breast milk storage bags instead of bekas-bekas dadih yang digunakan secara ekstrem masa Delisya. Price wise memanglah sangat murah sebab 100 biji bekas dadih tak sampai sepuluh ringgit. Tapi yang buat ralat sikit nak guna balik bekas dadih adalah sebab ia akan ambik masa lama nak belek-belek simpan susu. Sebelum guna og course kena steril dulu. Then, masa nak simpan dengan gigih haruslah tulis masa/tarikh/oz atas kertas dan digunting molek-molek untuk diselotepkan ( amboi wujudkah perkataan selotep ) ke bekas dadih. Sangat tidak menarik untuk mak beranak 4 ini yang memikirkan isu kepantasan, senang & praktikal adalah sangat vital. hamboi.

 

I also found out yang bekas dadih amatlah mengambil space di dalam freezer dan bila bernasib malang bekas dadih akan pecah kalau jatuh masa sejuk beku. Tolak markah lagi. Eksperimen pecah ke tak pecah ni pun secara tak sengaja bila satu malam tu habis berterabur susu yang dah beku atas lantai. Ini gara-gara beg besar yang digunakan untuk simpan susu beku secara bulanan telah tercabut talinya lalu jatuh. aiseh apsal macam pelik je explanation ini. :) Kalaulah bekas dadih yang jatuh, mau la ada jugak yang pecah-pecah gamaknya.

 

Jadinya, setelah difikirkan takpelah melabur rm30 untuk 75 keping plastik untuk kesenangan anak beranak bersama. Satu, kerana bag plastik dah siap steril dan terus guna – jimat masa. Dua, tak perlu lagi tulis dan gunting. Tulis je terus atas plastik susu dengan permanent marker – jimat masa juga. Tiga, kalau jatuh tidak pecah plastik susu – jimat duit.   

 

Setakat hari ini 2 brand ini telah dicuba and i give my vote to Jingle Jungle wohooo!! :) Actually dua-dua pun ok. Cumanya plastik Autumnz terlalu tebal dan terasa gigih nak mengeluarkan udara lebih dalam plastik sebelum zip. Space untuk tulis date susu juga tidak menarik sebab bila disusun secara bertindih memang susah nak tengok. Nanti ai tunjuk apa maksud susah nak tengok dan macam mana ai organize susu secara bulanan tanpa menyelongkar-peti-ais-sambil-garu2-kepala. ewah. Apa pun setakat ini, storage bags ini adalah yang terbaik dan senang sekali.

 

daaaa….

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting