30 March 2012

Selamat Berkerja Kembali

wah wah lama tak bersiaran kak non. Tak kuasalah nak bagi alasan-alasan cliche seorang mak beranak empat.. eceh. Apa lagi yang di sibukkan hari-hari kalau tak benda yang sama sahaja rasanya. Nak kata bertambah rajin memasak, idok ler jugak. Nak kata hari-hari mengemas rumah, pun idok jugak. Nak kata ada hobi baru sehingga buat-buat lupa nak update blog, memang jauh sekali. Ntoh ler apa yang aku buat selama maternity leave selama 3 bulan yang lepas ni.

 

Ingatkan tiga bulan tu dah lama sangat tapi rasanya macam angin lalu saja. Lebih kencang angin lalu kalau tiap-tiap petang hanya dihabiskan dengan aktiviti tidur secara berjemaah dengan anak-anak  :)  Bangun saja tidur buat-buat terkejut eh dah petang dah, kejapnyaaa. Memang tidak produktif langsung. Disebabkan siang sudah tidur dengan terlebihnya, malam telah menjadi burung hantu. Samada melayan budak kecil tidak mahu tidur atau melayan cerita-cerita mengarut astro sampai 2/3 pagi. Selalunya lebih kepada melayan t.v dan habit pelik ini tidak akan menjadi kalau tiada orang yang menggalaknya – mr.hubs.

 

Tapi kalau ikutkan nama cuti – maternity leave – memang tidak masuk akal lah semua benda kau nak buat. Dua bualan pertama, sah-sah masih dalam tempoh berpantang. Nak buat kerja berat memang tak mampulah nak buat. Itu pun aku buat jugak kerja gila drive pi Kuala Kubu Bharu yang ambik masa 45 minit pegang stereng, rasa macam nak tercabut sakit pinggang dan curi-curi juga pi Tesco dengan Balqis beli barang dapur sebab tak tahan nak bebel banyak-banyak barang dapur dah habis.

 

Jadi, teringin apa pun memang kena tunggu bulan ketiga sebab masa tu dah masuk hari ke-60. Pantang dah habis dan badan rasa kuat sikit. Itu pun kami tak sempat-sempat nak buat kenduri aqiqah ataupun ceritanya kami ( mr.hubs sebenarnya ) telah mempertimbangkan untuk kenduri kali ni buat di kampung – Lenggong. Aku senyap je. Kata ya pun tidak. Kata tidak pun tidak. Sebenarnya nak kata tidak tapi tak naklah nampak ketara sangat. Derhaka kak non ;p

 

Bukan apa, tak dapat nak bayangkan kalau buat kenduri di Lenggong suasananya nanti macam mana. Memanglah simple. Baca doa. Makan. Balik. No marhaban. No bunga telur. No cukur jambul. Aku dah terbiasa tiga-tiga anak sebelum ni buat kenduri aqiqah agak meriah & ceria sikit.  Alaaa bukannya meriah apa pun sekadar adat biasa family sebelah mak. Kalau buat kenduri aqiqah, sebelah pagi akan ada marhaban dan lepas tu baby akan dibawa pusing dalam bulatan kumpulan marhaban untuk digunting sikit rambutnya atau orang selalu kata cukur jambul. Dan yang over sikit kalau ada bunga telur atau sekarang ni macam-macam orang buat like cupcakes, sweets, kuih bahulu, sapu tangan dan benda-benda merepek lain – dah macam kenduri kahwin aku tengok. Khemah siap skirting bagai kalau ada bajet lebih. ooo sekarang pun orang siap letak pelamin kecik bagai kann.

 

ah, memang emo kalau cakap lebih-lebih. Takpe, strategi mak sekarang kita senyap je dulu ikut angin. Bulan 5 nanti PIL akan datang sini untuk appointment check up di IJN. Selalunya akan duduk di KL dalam tempoh agak lama jugak. ya, masa inilah saya sebagai isteri akan mengambil peranan ini untuk mengambil hati semua pihak. Saya akan mengusulkan cadangan untuk buat kenduri pada bulan itu juga. Mengelatkah saya? Tidak, ini adalah untuk kesejahteraan emosi semua pihak. Mak..mak sekalian, sila pangkah saya.. eh. :p 

 

Selain cerita emosi kenduri kahwin eh.. aqiqah anak, banyak jugak cerita yang pending ni. Cerita emosi kesihatan diri… ewah, cerita cuti-cuti malaysia – ini memang syiok!, cerita anak-anak kena HFMD serentak 3 orang – memang kelam kabut!, cerita rumah – memang naik gila!, cerita Balqis buat manicure – memang mengarut! dan cerita rahsia kurus diri ini.. ewah..ewah.. :)  Tapi cerita banyak pun tak guna kalau nak update blog pun perlu ada satu kegigihan. Orang lain selamba rock je update hari-hari. Aku seminggu sekali pun berchenta.

 

oh ye hari ini dah masuk 9 hari aku kerja semula dan ini bermakna dah 9 hari aku drive sendiri pi kerja. Nak tak nak memang kena adjust badan dan mata tiap-tiap pagi untuk drive. Al-maklumlah dah bertahun rasanya tak pi kerja sendiri. Rasanya sejak kahwin memang mr.hubs la yang hantar dan ambik. Jarang sangat atau memang buang tabiatlah kalau aku yang bawak kereta pagi-pagi. Sekarang tahun baru 2012 – ya, tahun barulah sebab baru kerja untuk tahun ini – memang tak boleh mengelat langsung melainkan kereta rosak. Pagi tadi punyalah mengantuk, aku boleh terlelap masa kereta ‘bumper to bumper’ kat Jalan Kuching. Sedor-sedor kereta depan dah jauh dah. Nasiblah kereta di belakang sungguh berhemah tak hon, tak sampai hati tengok aku tertidor gamaknya :p

 

Bagus jugak bila dah bawa kereta sendiri ni sebab setakat hari semalam, hari belum gelap lagi aku dah sampai rumah. Keluar rumah pagi pun masih on time before 7 am. Dulu, susah betul nak set masa keluar pagi sebab semua depends on jam mata mr.hubs. Kang kalau tak larat, suka-suka dia je bangun lewat. Sudahnya punch card aku la yang ‘cantik’ sangat. Letih kak non. Kalau ikut jadual mr.hubs memang tak boleh harap sangat. Pagi-pagi dia nak pi berjogging dulu la, layan tv dulu la, belek kereta dulu la. Semalam aku belum sampai rumah, tahu-tahu dia dah pi memancing dengan geng2. Memang tertekan aku tengok orang kerja rilek macam ni. Aku pulak yang rasa macam nak berhenti kerja tengok orang kerja macam ni :p

 

Baiklah, minggu depan kita akan mulakan dulu dengan cerita-cerita orang pompuan.. ececeh.. harap-harap ada kekuatan menulis di situ – konon :p

 

have a great weekend everyone!!

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting