Hari ni dah masuk 7 hari duduk kat rumah sendiri sebab rumah mak dah bising sangat dan berdebu dengan kerja plaster siling semua.
Terasa sakit juga bila bukak jahit semalam. Berdenyut-denyut. Semuanya terasa sakit bila no. 4 ni. Kensel-lah dengan tukang urut Sabtu ni (esok) sebab nak mengereng badan pun tersekso kak jah.
Doc pesan lepas 4 hari baru boleh mandi dan bukak plaster. Lepas 3 minggu baru boleh 'sental' kat part dijahit tu. Errmmm anak-anak, inilah pengorbanan seorang mak :-P
Balik dari klinik tengok kontraktor dah sampai bawak pekerja tengok -tengokkan bahagian mana yang nak buat reno. termasuklah bilik aku tu. Kami (mak&me) guna contractor yang sama, baguslah nanti bolehlah tengok hasil kerja dia sebelum buat rumah nanti. Sementara nak tunggu bilik siap entah bila aku pun menumpang simpati & kasih kat bilik buku. adoi setakat nampak buku je apa kellass tapi kang tengah malam terjaga baby nak menysusu ke apa terpaksa mengadap 'hutan belantara' bapak aku, maklum ler curtain nipis. alololo pakej penginapan istimewa betoi - memang dasar penakut o_O
Semalam juga memang dah janji bagi proposal house plan untuk bagi arkitek. Alhamdulillah setel lagi satu benda kecik. Tak tahulah aku rasa like forever benda2 nak buat rumah ni. Akulah kot yang cerewet tak tentu pasal. Kejap kang pening, betol ke aku nak letak master bedroom kat belakang, betol ke kitchen open to family room, aik apsal laundry kat depan eh, kang datang pulak adik bijaksana tanya 'akak tak nak buat flat roof ke?. . . terseksa jiwa raga. Contractor pulak tanya banyak soalan cepu mas, rumah satu level ke apa, tambah dinding ni berapa meter la hapa. Mabuk. . . Mabuk.
Betul lah kontraktor cakap, biar buat sampai puas hati (ikut bajet la) buat rumah ni. Tapi peningnya mengalah rumah harga berjuta. Sebab pasal rumah kecik lah dok nak kena adjust macam2. Aku harap bab-bab rumah ni dapat setel tahun depan (2012). Tak kesahlah hujung tahun ke tengah tahun ke janji siap.
daaa
posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment