11 January 2012

Cerita Anak Bujang yang Satu

Ingat tak lagi cerita pasal tadika-cikgu-jerit2 belakang rumah aku ni. haaaa kemain lagi aku cerita dulu kan pasal kengerian jeritan cikgu yang terpaksa aku dengar setiap hari - kalau tak pi kerja.


Sekarang hambek la kena balik kat diri sendiri sebab semuanya pasal anak bujang mak yang sorang ni ler.


Rasa tak yakin betul aku tengok dia sorang ni. Umur dah 4 tahun, adik kat bawah dah ada 2 orang tapi manja mengalahkan semua orang. Tau tak dia ni kalau dah sampai perangai naik syeh, dia boleh mintak berdokong lagi. Aku memang tak layan, maid aku lah yang rajin sangat melayan dia. Bapak dia lagilah kan, ala bapak zaman jepun memang mimpilah nak dokong2 ni bagai. Tali pinggang je jawabnya huhuhu


Disebabkan perangai 'kememe' dia tulah aku tak berani nak hantar jauh-jauh. Aku pikir pun baru 4 tahun, biar dia biasa dulu dengan preschool dan barulah nak hantar jauh sikit. Karang kang kalau aku dengar dia buat perangai senang aku pi sebelah angkut bawak balik :p


Hari Isnin lepas hari 1st day preschool, alahai halus je aku tengok anak aku tu. Seram betul aku pagi tu tengok dia, janganlah menangis nak balik nak oii. Sekali kauuu memang ajaib betul anak aku ni, rilek je dia walaupun tak dengar suara. Sempat aku dok menyembang dengan cikgu dia sebelah-sebelah pagar, kata cikgu ok je dia, makan pun elok je tak payah nak tunjuk-tunjuk.


Baguslah macam tu nak oi. Tak sia-sia bapak kau garang asyik nak menyebat je kejenya huhuhu Balik dari sekolah pun sengih-sengih kerang busuk. Senang hati aku tengok. Tanya dia buat apa kat sekolah hari ni - 'hari ni hajim main tanah ilat Ma - adoi :D


Satu je komen aku... komen je kerja aku kan... :p Memang 1st day sekolah Hazzim ni beza la 1st day kat Kemas (Balqis). Beza dari segi efficiency. Full stop. Aku tak nak bezakan dari segi kemudahan sebab Kemas dapat support dari Kementerian walaupun sebenarnya boleh je nak compare sebab depa dah kutip duit registration banyak mana. Malas ah nak cipta kontroversi... eceh.


Baik, tahun depan kita hantar Hazzim pi Kemas bak kata en.somi. :)


Oklah, nak siap nak ambik budak manja ni kejap. daaa


posted from Bloggeroid

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting