11 January 2012

Kenapa Haruan Itu Mesti Hidup

Rupa-rupanya bukan suka-suka berpantang kena makan haruan hidup. Selama ni tak pernah tanya orang yang kena siang ikan kat dapur. Tahu makan je kann..


Benda yang paling penting kat ikan tu untuk buat ubat luka adalah pada lendir dia. Lendir ikan ni pulak masa dia hidup je banyak dekat badan macam lendir ikan keli tapi once dia dah mati lendir tu makin lama makin hilang. So, bila dapat hidup nilah kena siang cepat-cepat jangan bagi lendir hilang.


Patutlah ada orang sanggup telan hidup-hidup anak ikan haruan kecik-kecik macam ikan bilis warna merah. En.somi cakap kalau tengah musim ikan haruan bertelur, kat tasik belakang rumah kat kampung banyak la, kat sini mana nak cari.


Kat rumah ni ada lagi sekor ikan haruan besar gajah orang bagi tapi masa dia bagi dah mati. alah tak kisahlah sebenarnya janji ikan haruan, lendir tak lendir belasah jelah kak jah. Tapi itulah hari-hari mengadap ikan ni naik jemu aku. Buatlah apa pun goreng ke bakar ke buat sup ke naik kembang tekak aku mengadap hari-hari. Tak tahulah macam mana ni.


Sejak luka betul-betul dah kering ni main berani-berani melantak telur. Sukahati aku jekan tapi tak banyak la setakat melepas kembang tekak. Luka kalau tengok memang dah elok tapi badan ni memang tak kuat, jalan kalau lama sikit rasa longgar segala lutut pinggul aku. Sock pun tak boleh tinggal nanti sejuk bisa tumit.


Dulu masa belajar kat uni aku ni rajin benor pakai sock masa tidor sampaikan mak ingat aku ni tersampok hantu. Ada ke patut, kalau iye pun nak buat lawak memang tak seswai okk! Sekarang bila memang dah kena pakai sock alahai bercinta betul nak pakai.


ok, sebelum aku merepek dari cerita ikan sampai ke longgar lutut sampai ke tersampuk hantu baik aku stop dulu. Budak kecil ni pun tak tahulah kenapa tak nak tidor hari ni. Harapnya malam nanti tidor lena. Anak dah 4 orang ni tak boleh lagi guna pakai prinsip baby tidor mak kena tidor sekali sebab yang lain dok meragam jugak. Terima kasih krim kontur mata safi rania gold.. ewah. Jangan kau propa sudah.


daaa

posted from Bloggeroid

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting