27 January 2012

Update: Varicose Vein & Pantang

Sakit dari urat timbul / varicose vein from pregnancy lepas telah hilang. Alhamdulillah betul kata doktor once baby keluar semua sakit dari urat timbul akan hilang. Sekarang ni yang tinggal adalah urat-urat yang timbul. Nasib tak banyak dan nasib baik tersorok. Kalau kat betis or peha gamaknya kensel lah nak pakei micro mini skirt kat dalam rumah hahahaha kemain ada hati :-P


Dua hari lepas aku telah menggigihkan diri pi barang dapur kat tesco padahal pantang tak habis lagi. Ini memang nak marah tapi tahaannnn kan aje sebab nak title isteri mithali kannn :-P Tengah lepak-lepak bergosip dengan mak tiba-tiba segerombolan sedara mara telah sampai di rumah. 3 buah kereta ok, cuba kira ramai mana. Aku tak marah they all nak datang, yang aku marah sangat dah tahu jemput sedara datang rumah cubalah bagitahu isteri tercinta ni sikit. Sudahlah tak bagitahu, pi memancing pulak tu. Stok barang dapur dahlah dah semput, memang alergik betul aku kalau jadi macam ni. Kalau ikutkan amarah aku, nak je dibior sampai dia balik, bior apa pun takde nak masak untuk dinner. Tapi takpe kita buat reverse saikologi. Biar dalam pantang ni aku pi beli beras sayur kat tesco, nanti biarkan MIL tegur sendiri anaknya. Tak kuasa ah nak layan benda-benda macam ni, yang kena migrain aku jugak.


eh nak cerita pi beli barang kat tesco tadikan? :-P


Belek-belek lah sayur apa nak dibeli.


Kacang panjang - tak boleh makan
Sawi - tak suka makan
Labu - sangat fav tapi dah tak boleh makan juga. Sedih.
Kangkung - baru je makan
Bayam - takde stok pulak
Cauliflower - pun takde stok
Kobis - boring pulak
Petola - alah tak boleh makan
Terung - kenapa semuaaaa tak boleh makan niii!!


huwarrgghh barulah ai notice banyak sayur favvy sebelum ni semua dah tak boleh makan. Ini semua atas nasihat maklah yang kata pantang penyakit urat timbul supaya tak timbul di bahagian lain adalah jangan makan sayur yang tumbuh menjalar. Tak tahulah sejauh mana kesahihannya tapi mandangkan mak pun ada varicose vein dan ini adalah pengalamannya, ai pun ikut sajalah.


Harap-harap pantang ni boleh bertahan lama memandangkan aku cukup suka makan sayur. Rasa macam nak sembelit pun ada kalau tak cukup makan sayur. Sayur lain bukannya tak boleh makan tapi tak berapa gemor. Akhirnya semalam beli cendawan enoki buat tumis. Setel. eh cendawan kategori sayur ke?p


daaa

Published with Blogger-droid v1.6.8

26 January 2012

Rumah : How's your home design suit to your lifestyle?

adoyai. . memang gelimat tajuk blogpost hari ini mengalahkan interior designer kekdahnya. Nasiblah kau Jah kalau google beria-ia, tiba-tiba masuk tang sini. Apa nak buat, inilah akibatnya belajar benda lain tapi minat benda lain. Idokler kata tak suka dengan legal profession tapi kalau kata mengadap buku, mengadap magazine home design lagi rela berjam-jam sampai kembang bontot.


Ini semua angkara arkitek ler (aiseh salahkan orang pulak), bila dia kata apa pun buat rumah ni kena tengok lifestyle kita macam mana. Jenis tak kisah ke barang dok berlonggok kat belakang, cara maid/tuan rumah bekerja dalam rumah macam mana, cara gerak hari-hari keluar masuk rumah macam mana.


Ok, aku paham maksud dia.


Mom said i'm a selfish kind of person like herself. I know what she means. Aku tak boleh mengagungkan pepatah melayu, 'hi kak jah masuklah, buatlah macam rumah sendiri'. You know lah kan kalau kita cakap macam tu pada orang yang paham pandai nilai orang, kita pun tak kan buat rumah orang macam rumah kita sendiri. Aku -marah- mengamuk kalau anak-anak suka nak bukak peti ais rumah orang, tak boleh duduk diam atas kerusi, berlari sana sini, turun naik tangga, pegang remote tv macam remote tv rumah sendiri. Ini semua aku refer kes kalau pi rumah saudara apatah lagi pi rumah orang yang bukan darah daging. Mau naik hantu aku mengamukkan budak-budak ni.


Aku tak tahan bila orang tua tak tegur bila anak-anak buat main push pillows aku, main fridge magnet sampai patah-patah, main mainan budak-budak ni sampai lerai. Apatah lagi alih-alihkan perabot rumah aku. Tahulah rumah aku papan mungkin buruk bagi diorang tapi please ini still rumah aku ok. Benda-benda ni sensitiflah kalau melibatkan saudara mara. Nak tegur lebih-lebih pun nanti kata kita tak suka dia datang rumah kita. Akhirnya kita sendiri makan hati bila barang kita rosak.


That's me - my weakness i must say.


Jadinya jalan terbaik aku rasa saat inilah. Aku buat rumah suit dengan life aku yang semua benda kena organize bukan jenis tangkap muat dan suit jugak dengan keadaan orang yang akan datang supaya aku tak pening lalat lepas tu.


Pagi tadi aku called arkitek remind him yang dining area (formal) bukanlah kawasan lalu lalang. Setakat ni aku suka design dia, bilik aku masih di belakang, bilik anak-anak semua di depan termasuk bilik maid. Laundry dekat dengan bilik maid dan kawasan ni semua tersorok dari living & family room. For me its the best sebab orang tak kan kacau private area. I cannot make sure lah yang diorang akan berhuha di family area only but i'll put all the entertainment thingy in there so ada penariklah.
Paling syiok ada pintu di laundry terus short cut pi rumah mak. I can imagine mesti anak-anak aku seronok ulang alik pi rumah nenak dia and its more safety dari ikut pintu depan. Mak ai pun mesti jadi pintu utama dia masuk rumah ni hehehe


Wah kemain lagi kau Jah! Berangan sampai ke langit. Menggigil aku nak menaip ni tau tapi itulah setakat ni progress nya. Jadi tak jadi aku berserah.


daaa

posted from Bloggeroid

18 January 2012

Rumah : Mahalnye weh!

Tahukah anda bahawa fees untuk arkitek buat pelan rumah ( hingga dapat kelulusan majlis perbandaran ) adalah 10% - 12% daripada nilai rumah.


Ini tidak termasuk additional fees untuk Planner Consultant bagi rumah lebih dari setingkat.


Ya Tuhan. . . migrain aku dapat quotation daripada arkitek semalam. Mintak nyawa. . . Mintak nyawa


Nak, dah besor nanti jadi arkitek boleh? :p

posted from Bloggeroid

TQ Bie for the Car!

Hubs bought me a car!! He bought me a car!!!


This is not a real surprise like the aircond story :) as we had a discussion before about getting another car. But all this while was about his car his car his car not my car lah. Itu yang macam eh bior benor laki mak ni. Mimpi apakah?


Now, we have 1mpv and 2 cars dan bersiaplah nak bayor segala road tax & insurans. Haruskah aku pening? Harusss lah kan duit ku duit ku jua duit mu duit ku jua hohoho ok ok serius, apa pun bila dah suami isteri ni nak tak nak aku pun kena pikir pasal belanjawan keluarga. Silap perhitungan habisss. Memang dah berlaku depan mata sebab tu kena pikir banyak -banyak sebelum buat commitment.


The mpv is for balik kampung and weekend car... eceh. The savvy is our 1st car and for belasahan lah nak pi court ke hulur ke hilir hantar aku pi kerja selama ni. Sebenarnya ai kesian jugak kat hubs sebab penat hantar ai pi kerja dan patah balik pi ofis kat Rawang. Sometime ulang alik Rawang - KL sampai 3/4 kali kalau ada meeting/court session. Tapi itulah umur dah banyak ni banyak sikit mengada-ngadanya. Bagitau hubs savvy tu manual car & 'berat', boleh sakit badan kalau bawak hari2. Ini memang betul walaupun mengada-ngada yang lebih. The mpv pulak walaupun auto tapi too big pulak for me. Tahu jelah parking kat kl ni, kalau tak sendat-sendat macam sardin memang tak sah. Adoi tak naklah aku tanggung risiko.


Sebab tengok nampak letih sangat then ai pancing2 ler,' oklah bie, i can drive tapi boleh tak kereta auto and smaller (i mean smaller than his mpv lah). Kereta 2nd hand myvi pun takpelah. Senyaaaaap je lepas tu, ingatkan tak berapa nak sokong. ai pun tak kesahlah sangat sebab komuter pun ada paling koman pun walaupun rasa nak menyumpah je selalu. :p


Then, until yesterday whoa! Tiba-tiba kereta itu sudah sampai and its continental! Am speechless. Eventho its not a brand new but hey! he bought me a car! adoi laki mak ni. Sekarang ni penuh kejutan saja. Lepas ni memang tak boleh mengelat nak kena hantar ai pi kerja. Anak-anak tanya, 'ini kereta mama ke?'. Aku segan giler nak cakap ya. Bley??


Don't know why i'm telling you all this thing. Maybe sebab what happenned in my life sejak akhir-akhir ni banyak terkejut-kejut (in a good way) and actually aku takut. Takut sebab ujian Allah ni datang dalam keadaan macam-macam dan hidup aku selama ni biasaa je yang banyaknya angan-angan je lebih. Bila dah dapat apa yang nak, alhamdulillah and hopefully semua ini diberkati olehNya. Amin.


daaa

posted from Bloggeroid

13 January 2012

Rumah : dugaan oh dugaan

Kami dah terima draft (1st proposal) floor plan from arkitek a few days ago and alhamdulillah we managed to get another one step further at least. Malangnya... ada jugak malang tu :( the arkitek somehow terlupa yang rumah tu ada 1st floor. I blame it to the contractor sebab mesti dia tak explain betul-betul pada arkitek. Inilah yang susah kalau kerja ada orang tengah. Hence, since yesterday i myself called the arkitek asking the 1st floor plan. Menci aku keje ulang banyak kali ni.





Malam tadi duduk mentelaah dengan adik-bongsu-sangat-manja pasal floor plan sampai tengah malam. Persoalan kenapa aku nak master bedroom di behagian belakang rumah tetap takde jawapan. Kalau jawapannya : ikut kata hati - adalah memang sangat gedik derr tapi apakan daya memang aku takde jawapan. Nasib la kau dik, buat apa belajar teruk-teruk architecture kalau tak dapat tolong cari jawapan kepada persoalan ini . . aiseh :p Banyaklah benda kena ubah - sakit kepala. Dah lama tak guna otak betul-betul sebelum waktu tidor sudahnya malam tadi aku jadi burung hantu. Jam 2 pagi baru terlelap.


Sebenarnya sekarang ni ada juga isu dengan kontraktor juga tapi malas nak pikir lagi. Biar setel kan dulu plan rumah sampai dapat kelulusan majlis perbandaran. Hopefully arkitek buat keje laju. Jangan buat perangai sudah.


Ok, itu cerita pasal rumah yang belum ada. Cerita rumah yang sedia ada lain pulak. Dem aku salahkan diri sendiri bukan orang lain kerana gatal mulut cakap kat hubs, 'bestnya kalau bilik ni ada aircond kan bie.' Rumah aku ni maklumlah rumah papan, panasnya Tuhan je yang tahu. Dekat depan tv/dining je sampai 2 bijik aircond tapi tahu-tahu je semalam hubs bagitau dia dah bayarkan untuk pasangkan aircond dalam bilik tidor hari Sabtu ni. Surprise apakah ini?


huwaaa aku ni bukannya beria nak sangat aircond tu lagipun apa la yang nak teruk sangat sampai 3 bijik aircond dalam rumah yang tengah tunggu nak kena roboh ni. Baik la duit tu belanja mak beli pam medela swing ke, berjimba ke, shopping ke adoi nak nangis rasa. Rasa sangat tidak rasional betul aku rasa beli aircond waktu sekarang ni. Baiklah, terima kasih kepada suami tercinta untuk kasih sayang ini. ai love u lah.


ah perlukah ekspresi gediks di sini :p


daaa

posted from Bloggeroid

Ben Si Jantan Macho

Satu cerita yang sangat lama diperam tak sempat-sempat nak bagitau adalah cerita si Ben ini. Siapakah Ben ini? Yaaaaa inilah dia... jeng jeng jeng <--- buat-buat nada cute.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Macho tak si Ben ni ha?


Inilah dia ayam-peliharaan-kurang-kasih-sayang-tapi-sangat berdikari kami. Satu-satunya ayam yang ada di kawasan rumah dan tak pernah teringin keluar rumah cari pasangan hidup. Kau memang tabah Ben!


Dia datang sendiri ke rumah kami dan hidup bermaharajalela kat sini. Kadang-kadang bila sampai meroyan dia aku tengok dia dok bergaul dengan 4/5 ekor kucing kat sini. Boring sangat la tu.





Mula-mula dulu aku ingat dia spesis ayam katik sebab dia sangat cute okk. Kecik, montel & rendang. Tapi hubs kata itu ayam hutan. Lerr mana pulak datangnya ayam hutan kat sini sebab keliling rumah aku ni habis dah hutannya digondol. 20 tahun lebih dulu bolehlah nak kata sebab babi hutan, tenggiling, rusa semua dah masuk kawasan rumah aku ni. Percaya tak percaya pernah satu hari lepas hujan lebat telah menghayutkan seekor ikan toman kecik sikit daripada bapak toman terdampar kat depan rumah. Seperti biasa bonda tercinta yang suka terpengaruh dengan siri bercakap dengan jin telah membuang ikan toman itu ke longkang sebab ditakuti ia adalah jelmaan jin. adoi. . . . manalah mak aku dapat idea tu. Paling best sekali betul2 sebelah rumah aku ni ada anak sungai dalam paras pinggang, dan kalau aku buang tebiat sangat memang tempat terjun tiruk petang-petang. Sekarang ni dah takde dah semuanya. *syahdu


Berbalik kepada si Ben, makanya tercapailah juga cita-cita hubs nak bela ayam. Biorlah sekor pun sebagai cubaan kepada apperantice penternak ayam. Penternak ayam apa kebendanya bagi makan pun tak pernah hahahaha Si Ben ni pesen carik makan kat rumput. Beras memang tak pandai langsung nak makan. Kan katanya ayam hutan, memang berdikari betul dia ni. Dulu masa awal-awal sampai rumah ni, pi tidor malam atas pokok. Sekarang dah advance sikit tidur dalam sangkar kucing! Sukahatilah kau Ben, janji senang hati.


Hari tu aku mengamuk sebab dah pandai kalau pintu dapur tak tutup, dia curi masuk selongkar tong sampah. Aku tau dah, ni mesti BFF dia bagi ajaran sesat ni. Sabor betul!


Harap-harap panjang umur kau kat sini Ben. Nak disembelih daging kau liat so, duduklah kat sini diam-diam. Ada ayam sekor pun hubs dah bising rumah dah banyak tahi ayam. Lupakan jelah nak jadi penternak ayam Bie, tak menjiwai langsung ekekeke


daaa

posted from Bloggeroid

11 January 2012

Kenapa Haruan Itu Mesti Hidup

Rupa-rupanya bukan suka-suka berpantang kena makan haruan hidup. Selama ni tak pernah tanya orang yang kena siang ikan kat dapur. Tahu makan je kann..


Benda yang paling penting kat ikan tu untuk buat ubat luka adalah pada lendir dia. Lendir ikan ni pulak masa dia hidup je banyak dekat badan macam lendir ikan keli tapi once dia dah mati lendir tu makin lama makin hilang. So, bila dapat hidup nilah kena siang cepat-cepat jangan bagi lendir hilang.


Patutlah ada orang sanggup telan hidup-hidup anak ikan haruan kecik-kecik macam ikan bilis warna merah. En.somi cakap kalau tengah musim ikan haruan bertelur, kat tasik belakang rumah kat kampung banyak la, kat sini mana nak cari.


Kat rumah ni ada lagi sekor ikan haruan besar gajah orang bagi tapi masa dia bagi dah mati. alah tak kisahlah sebenarnya janji ikan haruan, lendir tak lendir belasah jelah kak jah. Tapi itulah hari-hari mengadap ikan ni naik jemu aku. Buatlah apa pun goreng ke bakar ke buat sup ke naik kembang tekak aku mengadap hari-hari. Tak tahulah macam mana ni.


Sejak luka betul-betul dah kering ni main berani-berani melantak telur. Sukahati aku jekan tapi tak banyak la setakat melepas kembang tekak. Luka kalau tengok memang dah elok tapi badan ni memang tak kuat, jalan kalau lama sikit rasa longgar segala lutut pinggul aku. Sock pun tak boleh tinggal nanti sejuk bisa tumit.


Dulu masa belajar kat uni aku ni rajin benor pakai sock masa tidor sampaikan mak ingat aku ni tersampok hantu. Ada ke patut, kalau iye pun nak buat lawak memang tak seswai okk! Sekarang bila memang dah kena pakai sock alahai bercinta betul nak pakai.


ok, sebelum aku merepek dari cerita ikan sampai ke longgar lutut sampai ke tersampuk hantu baik aku stop dulu. Budak kecil ni pun tak tahulah kenapa tak nak tidor hari ni. Harapnya malam nanti tidor lena. Anak dah 4 orang ni tak boleh lagi guna pakai prinsip baby tidor mak kena tidor sekali sebab yang lain dok meragam jugak. Terima kasih krim kontur mata safi rania gold.. ewah. Jangan kau propa sudah.


daaa

posted from Bloggeroid

Pindah (bilik) Lagi

UPDATE : Sepatutnya blogpost ini di publish selepas balik klinik dalam 2 minggu lepas. Tak dapat nak publish sebab Tab buat hal pulak. Malam tadi memang godek sampai sangap otak, rupanya APN (Access Point Name) tiba2 hilang sebab tu tak boleh connect dengan internet. Tak pasal -pasal juga kembang2 hidung dapat setel sendiri tak payah tunggu tanya orang lebih expert kononnya. So, hari ni publish juga tanpa sebarang edit sebab bukan senang nak perah otak ah nak buat satu entry walaupun entry merapu lagi mereng selalu. :)


Hari ni dah masuk 7 hari duduk kat rumah sendiri sebab rumah mak dah bising sangat dan berdebu dengan kerja plaster siling semua.


-----


Terasa sakit juga bila bukak jahit semalam. Berdenyut-denyut. Semuanya terasa sakit bila no. 4 ni. Kensel-lah dengan tukang urut Sabtu ni (esok) sebab nak mengereng badan pun tersekso kak jah.


Doc pesan lepas 4 hari baru boleh mandi dan bukak plaster. Lepas 3 minggu baru boleh 'sental' kat part dijahit tu. Errmmm anak-anak, inilah pengorbanan seorang mak :-P


Balik dari klinik tengok kontraktor dah sampai bawak pekerja tengok -tengokkan bahagian mana yang nak buat reno. termasuklah bilik aku tu. Kami (mak&me) guna contractor yang sama, baguslah nanti bolehlah tengok hasil kerja dia sebelum buat rumah nanti. Sementara nak tunggu bilik siap entah bila aku pun menumpang simpati & kasih kat bilik buku. adoi setakat nampak buku je apa kellass tapi kang tengah malam terjaga baby nak menysusu ke apa terpaksa mengadap 'hutan belantara' bapak aku, maklum ler curtain nipis. alololo pakej penginapan istimewa betoi - memang dasar penakut o_O



Semalam juga memang dah janji bagi proposal house plan untuk bagi arkitek. Alhamdulillah setel lagi satu benda kecik. Tak tahulah aku rasa like forever benda2 nak buat rumah ni. Akulah kot yang cerewet tak tentu pasal. Kejap kang pening, betol ke aku nak letak master bedroom kat belakang, betol ke kitchen open to family room, aik apsal laundry kat depan eh, kang datang pulak adik bijaksana tanya 'akak tak nak buat flat roof ke?. . . terseksa jiwa raga. Contractor pulak tanya banyak soalan cepu mas, rumah satu level ke apa, tambah dinding ni berapa meter la hapa. Mabuk. . . Mabuk.


Betul lah kontraktor cakap, biar buat sampai puas hati (ikut bajet la) buat rumah ni. Tapi peningnya mengalah rumah harga berjuta. Sebab pasal rumah kecik lah dok nak kena adjust macam2. Aku harap bab-bab rumah ni dapat setel tahun depan (2012). Tak kesahlah hujung tahun ke tengah tahun ke janji siap.


daaa

posted from Bloggeroid

Cerita Anak Bujang yang Satu

Ingat tak lagi cerita pasal tadika-cikgu-jerit2 belakang rumah aku ni. haaaa kemain lagi aku cerita dulu kan pasal kengerian jeritan cikgu yang terpaksa aku dengar setiap hari - kalau tak pi kerja.


Sekarang hambek la kena balik kat diri sendiri sebab semuanya pasal anak bujang mak yang sorang ni ler.


Rasa tak yakin betul aku tengok dia sorang ni. Umur dah 4 tahun, adik kat bawah dah ada 2 orang tapi manja mengalahkan semua orang. Tau tak dia ni kalau dah sampai perangai naik syeh, dia boleh mintak berdokong lagi. Aku memang tak layan, maid aku lah yang rajin sangat melayan dia. Bapak dia lagilah kan, ala bapak zaman jepun memang mimpilah nak dokong2 ni bagai. Tali pinggang je jawabnya huhuhu


Disebabkan perangai 'kememe' dia tulah aku tak berani nak hantar jauh-jauh. Aku pikir pun baru 4 tahun, biar dia biasa dulu dengan preschool dan barulah nak hantar jauh sikit. Karang kang kalau aku dengar dia buat perangai senang aku pi sebelah angkut bawak balik :p


Hari Isnin lepas hari 1st day preschool, alahai halus je aku tengok anak aku tu. Seram betul aku pagi tu tengok dia, janganlah menangis nak balik nak oii. Sekali kauuu memang ajaib betul anak aku ni, rilek je dia walaupun tak dengar suara. Sempat aku dok menyembang dengan cikgu dia sebelah-sebelah pagar, kata cikgu ok je dia, makan pun elok je tak payah nak tunjuk-tunjuk.


Baguslah macam tu nak oi. Tak sia-sia bapak kau garang asyik nak menyebat je kejenya huhuhu Balik dari sekolah pun sengih-sengih kerang busuk. Senang hati aku tengok. Tanya dia buat apa kat sekolah hari ni - 'hari ni hajim main tanah ilat Ma - adoi :D


Satu je komen aku... komen je kerja aku kan... :p Memang 1st day sekolah Hazzim ni beza la 1st day kat Kemas (Balqis). Beza dari segi efficiency. Full stop. Aku tak nak bezakan dari segi kemudahan sebab Kemas dapat support dari Kementerian walaupun sebenarnya boleh je nak compare sebab depa dah kutip duit registration banyak mana. Malas ah nak cipta kontroversi... eceh.


Baik, tahun depan kita hantar Hazzim pi Kemas bak kata en.somi. :)


Oklah, nak siap nak ambik budak manja ni kejap. daaa


posted from Bloggeroid

09 January 2012

Garam Spa Rendaman Kaki

amboi skema betul tajuk post hari ni kan. Ini laa en.somi bawak balik benda alah ni. Katanya ada orang jual masa dia pi gunting rambut semalam - sempat lagi tu bershopping. Sepeket sepuluh hengget. Jadilah kalau saja-saja nak cuba. Komen lebih-lebih karang merajuk, baik mak diam je. Hari tu dia pi kedai Sakan sorang-sorang bawak balik kelambu nyamuk macam payung tu tapi sebesar katil queen ni ha. Lepas tu aku bergurau la 'amboi bie shopping sorang-sorang bawak balik kelambu ajaib!'. Terasa okk laki mak hahaha dah tua-tua ni cepat terasa pulak. Menyampah ai.


ok ok berbalik kepada cerita asal -___- aku pun dengan bersungguh merendam kaki malam tadi. Tak dapat pi spa, buat spa kat rumah pun rasa vogeh jugak gitu. Mula-mula kena larutkan dua sudu garam spa dengan air panas. Lepas garam dah larut baru tambahkan air sejuk bagi suam dan rendam kaki selama 30 minit.




Rupa dia macam batu kristal comel-comel. Ada kertas sekeping tulis khasiat garam spa ini dan katanya

1. Melegakan kesakitan otot, sendi, sengal-sengal & lenguh.

2. Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

3. Membantu membuang toksin.

4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.

5. Membantu merawat tumit yang merekah & berbau.


Tak dapatlah nak bagi review akan keberkesanan garam spa ni sebab baru sekali rendam kaki kekdahnya. Walaupun tak berapa nak errrr yakin tapi hidup mesti 'malaysia boleh'!, belasah je lah labu nanti tak guna ada orang merajuk lagi kat rumah ni. Siapa yang susah, ahkak jugak kannn :p


Tapi kan ada satu benda nak cerita pasal rendam-rendam kaki ni. Nak jadi cerita aku ni memang suka rendam kaki dengan air suam. Rasanya habit rendam kaki ni start sejak masa uni. dulu. Yelah kot kalau start masa sekolah asrama dulu macam tak lojik mana pulak aku nak dapat air panas rendam kaki. Tak lojik...tak lojik.


Nak kata selalu sangat rendam kaki idokler pun tapi asal kaki tak berapa nak sedap terus jerang air rendam kaki. Kat rumah pun sama tapi extra sikit sebab tambah garam, kononnya mati ler kuman-kuman kat kaki tu. Entohler ajaran mana, belasah jugak. Masa tu takdelah terpikir apa-apa melainkan lepas rendam kaki rasa selesa gila nak tidor pun rasa nyaman gitu. Saaampailah satu hari aku dah beranak 3 masa tu ada makcik aku tukang urut di Penang datang rumah. Dia bagitau - kat sepupu aku yang dah 2 tahun kahwin tapi tak dapat anak lagi - siapa yang rasa kaki/badan sejuk-sejuk ni rajin-rajinlah rendam kaki sebab itu antara petua bagi subur!


haiyooo itu sebab agaknya aku ni tak boleh accident sikit. Accident sekali je kak jah, alamat positive terus! Serius! Uolls yang anak dara ni tak payah la nak geli2 senyum2 ahkak bagitau ni. Kita tak tahu dek non, baik start dari sekarang. Orang usaha macam2 nak dapat anak ni tau. ececeh tip mak bidan la pulak.


Baik, mak bidan nak sambung buat kerja rumah ni, esok mak bidan dah ada post cerita pasal ikan haruan. :p


daaa...

06 January 2012

Parut Belah Perut

wah kellass kau kak jah tajuk gaya ala post masakan gitu padahal takde kena mengena langsung. Gedik namanya.


Sehari dari balik dari bukak jahit hari tu, beria-ia buat satu post panjang lebor penuh khusyu', alih-alih tak boleh publish sebab tab buat hal. Memang meroyan betul. Sekarang terpaksa mengadu kasih gadget mak - malas betul nak tengok apa kehei sampai sekarang tab aku tu tak ada net coverage. Tensi.


Pagi tadi setelah 3 hari bukak plaster di perut diri ini telah memberanikan diri untuk membelek parut jahit. Takut bukan sebab sakit atau apa tapi takut kalau-kalau bekas jahit tu tinggalkan parut yang buruks lagi hodoh. Tapi tidak puan-puan, yaaaa terima kasih kepada doktor kerana mengekalkan kejelitaan di perut saya. Mana ada duit weh nak buat cosmetic surgery bagai. Memang mimpi.


Kakak ipar aku pernah tanya, parut ceasarean aku elok tak? Aku cakap (masa tu untuk anak no 3) setakat ni semua ok je. Dia kata parut dia buruk dan senget-senget. haih pelik jugak tu sebab bersalin di kpj .... tak kanlah kan.


Cantik tak cantik of course dia tetap meninggalkan kesan. Parut kali ni paling puas hati sekali, dia macam satu line yang digaris dengan pen bukan lagi macam kesan 'bumper' di tengah jalan. Alah cuba bayangkan di bawah perut anda ada parut macam 'bumper' kat jalan, timbul memanjang dan sedikit gelap, tidak vogeh bukan? Boleh tertekan kalau dipandang hari-hari.


Dulu masa ceasar anak no 1, ada jugak memanjang parut bumper tu. Itu cerita 6 tahun lepas, tapi sekarang agaknya alat makin canggih jadi ada kemajuan di situ.


Nampaknya sekarang siapa yang nak buat pilihan suka-suka untuk ceasar daripada bersalin normal mungkin kena pikir-pikirkan kesan selepas ceasar. eh ada memang ada orang pilih untuk ceasarean. entahlah mungkin sebab dia nak anak sorang dua je sebab siapa nak anak ramai ni memang awal-awal lagi kalau boleh mesti bersalin normal. Aku ni alhamdulillah kategori degil jugak nak 4 orang anak. Kalau ikut doktor dulu 3 orang dah stop tapi aku insist nak try yang ke empat. Lepas tu padanlah dengan muka aku kan.. rasa nak 'mati' tunggu hari bersalin.


Oh ye soalan cepu mas yang orang selalu tanya, belah kat tempat sama ke? iyeeee kak jah! Kat tempat sama. Ada satu parut je kat perut mak ni ha. Jangan la banyak sangat parut weh susah la nak cover malam hari. eh.


daaa...
 

Template by Best Web Hosting