30 September 2011

Side Effects of Monurol

What are the possible side effects of Monurol (Fosfomycin)?

Get emergency medical help if you have any of these signs of an allergic reaction: hives; difficulty breathing; swelling of your face, lips, tongue, or throat.

Less serious side effects may be more likely to occur, such as:

  • diarrhea, nausea, stomach pain or upset
  • headache
  • dizziness
  • weakness
  • stuffy nose, sore throat
  • menstrual pain
  • back pain; or
  • vaginal itching or discharge

Side effects other than those listed here may also occur. Talk to your doctor about any side effect that seems unusual or that is especially bothersome.

Sources & Read More

 

2011-09-27 16.37.44

 

Mokcik letih bukan apa.. sekarang masih terima tempias kesan daripada minum antibiotic ni. Ubat ni memang dosage dia hanya untuk sekali minum saje – dibancuh dalam 1 mug air masak. Nasib baik rasa sedap ( lemon ), kalau tidak tak tertelan jugak sampai 1 mug.

 

Tidor malam lepas ambik antibiotic ini memang sangat sedih. Rasa nak mengalir air mata apa kehei perut aku ni sakit-sakit. Sakit macam kena gastric plus sakit ulu hati gitu. Nasib baik esoknya mc (Rabu), boleh jugaklah balas dendam tidor tak bangun-bangun separuh hari. Hari ini kesan sakit perut dah hilang – mokcik dah tak letih.

 

Tapi sampai sekarang aku musykil apa kehei nya tiba-tiba prestasi bahan kumuh tidak memberansangkan. Nak kata cherry berry sangat macam sekali sekala je – mokcik masih letih.

 

Pinggang pinggul masih sakit-sakit. Kadang-kadang nak jalan pun ambik masa. Slow & steady katanyerr – memang mokcik letih.

 

Tak terpikir pulak ini adalah side effects daripada monurol. Saja lah takde kerja goggle pasal monurol hari ini… ooo bukannya punggong, pinggang dan pinggul yang boikot aku. Nasiiib baik, harap-harap minggu depan dah ok semuanya. Almaklumlah PIL ada kat rumah, prestasi diri harus cemerlang gitu.. eceh.

 

daaa

Its UTI – Letih Mokcik

Lepas mengeluh-ngeluh sakit pinggang..pinggul semua segala hari Selasa lepas akhirnya aku pi klinik jugak. Dah tak tahan sangat sampai nak jalan pun susah gil terus call en.somi and shoot ke DDMC.

 

Nasib tak ramai orang terus dapat masuk dan buat urine test. ohh yeah.. confirmed its UTI bebeh. *yikes* Badan sangat tidak sedap rasanya. Like ai said, dapat antibiotic sajalah untuk bagi hilang sakit and serbuk2 minum (Ural) untuk lawas kencing.

 

2011-09-27 16.37.44

 

Sakit-sakit jugak, teringin-teringin jugak. Perut mesti ikut nafsu terkini lalu telah menapau nasi briyani restoran si mahbub. Memang jatuh chenta betul lah dengan nasi briyani dia, sedap weh. en.somi kata aku dah termakan air spender mamak ni. amboiii tak hagak-hagak nak letak speku akan kesedapan nasi briyani pujaan mak kannn.. cuba kata makanan yang dia suka…. siapa yang sokong… maaakkk jugak =p

 

2011-09-27 17.48.08

 

Sekarang packaging kelllass kak non.. dah tak main dah balut-balut dengan surat kabar tamil nesan. Baiikk je mamak tu senduk terus masuk dalam kotak. Tapiiii getahhh tetap tak nak tinggal.. nak jugak jadi penyeri kat situ. Aku rasa baru je ni kot lepas raya. Sebelum raya hari tu berbalut lagi dengan surat kabar. Restoran Mahbub ni dekat-dekat DDMC jugak dan memang pantang kalau balik dari klinik mesti nak tapau sebungkus dua.

 

Hari ni balik dari ofis en.somi kata nak ke area sini jugak – damansara.damai. Perut ni macam dah memangggil-manggil je nama si mahbub ni lagi kannn.. haish.. seram pulak dengan speku spender-spender ni lah.. buat potong stim je.. =p

 

daaaa

27 September 2011

Penangan Teh-O

How can I prevent a UTI?

You may do everything right and still experience a urinary tract infection, but you can reduce the likelihood by doing the following:

  • Drink 6-8 glasses of water each day and unsweetened cranberry juice regularly.
  • Eliminate refined foods, fruit juices, caffeine, alcohol, and sugar.
  • Take Vitamin C (250 to 500 mg), Beta-carotene (25,000 to 50,000 IU per day) and Zinc (30-50 mg per day) to help fight infection.
  • Develop a habit of urinating as soon as the need is felt and empty your bladder completely when you urinate.
  • Urinate before and after intercourse.
  • Avoid intercourse while you are being treated for an UTI.
  • After urinating, blot dry (do not rub), and keep your genital area clean. Make sure you wipe from the front toward the back.
  • Avoid using strong soaps, douches, antiseptic creams, feminine hygiene sprays, and powders.
  • Change underwear and pantyhose every day.
  • Avoid wearing tight-fitting pants.
  • Wear all cotton or cotton-crotch underwear and pantyhose.
  • Don't soak in the bathtub longer than 30 minutes or more than twice a day.

sources

******************

UTI – Urinary Tract Infection atau ringkasnya bladder infection. Pernah kena? Adoi… inilah antara penyakit yang aku kena lalui masa pregnant. Selalunya akan terkena masa minggu-minggu terakhir like 2-3 weeks before EDD. Sumpah bila penyakit ni datang terasa baby nak terkeluar bila berjalan – UTI masa pregnant boleh sebabkan baby keluar awal dari sepatutnya.

 

Tapikan sekarang ( malam tadi to be exact ) aku dah tak sanggup nak harung. Aku saspek aku terlebih sangat minum teh-o (caffeine) semalam.  Jadinya malam tadi terus terseksa. Setiap 10 minit kau akan ke tandas sebab secara tiba-tiba terasa nak terkenc yang AMAT sangat TAPI bila kenc keluarnya tak banyak mana pun dan yang tak tahan adalah SANGAT sakit ok. Sakit bila penghujung air kenc  nak keluar yang macam boikot tak nak keluar.

 

Tak tahulah nak kata macam mana, siapa pernah kena memang tahulah tahap annoying dia!! Sudahlah malam tadi tiba-tiba si Delisya meragam menangis nak berdokong je…adoi memang uji kesabaran betul.

 

Tak tahu nak buat apa, malam tadi minum air masak memanjang bagi nak tambah air kenc dalam badan and flush out semua bakteria dalam air kenc. Jam 12 lebih baru boleh tidor dan masa tu rasa macam ok sikit dan terjaga sekali je sebab terbangun tiba-tiba sebab rasa nak terkenc atas katil tu jugak. Series memang rasa macam tu. Rasa macam tak sempat sampai toilet. Berlari-lari aku!

 

Pagi ni sakit masa kenc dah hilang tapi keluar symptom lain pulak, sakit pada lower abdomen. Tak boleh jadi rasanya ni. Kejap lagi nak pi ambik antibiotic kat klinik, tengahari nanti nak cari cranberry juice and vitamin c. Tak pernah lagi cuba minum cranberry juice untuk hilangkan UTI. Selalunya hanya ambik antibiotic je. Tengoklah nanti macam mana.

 

So, young mothers eceh.. kalau terkena  symptoms macam ai ni plus perut pun boleh mengeras secara tiba-tiba ( contraction ), bawak-bawaklah rajinkan diri jumpa doktor <--- mengata diri sendiri sebenarnya =p  Walaupun UTI ni benda common masa pregnant tapi ambil langkah selamat gitu. Harap-harap bila aku terkena sekarang ni takdelah lagi dia nak datang masa nak dekat-dekat bersalin nanti.

 

daaa

Suka Sangat!

Semalam balik kerja excited sangat si Balqis bercerita pasal sukaneka tabika dia dengan hadiah-hadiah yang dia bawak balik. Tak tahu pun dia ada sukaneka semalam sebab minggu lepas asyik ponteng sekolah je. Sudahnya neneknya yang bagitau hari Ahad lepas yang hari Isnin ada sukaneka. Nasib baik la kalau tidak naya anak aku pi sukaneka sekolah pakai baju kurung.


Lepas tu layan jelah permintaan dia nak bergambar dengan hadiah yang ada 3 ketul je sebenarnya. Excited betul anak aku sorang ni.





















posted from Bloggeroid

26 September 2011

Delisya : 1 tahun 6 bulan



Delisya 30hb ni masuk 1tahun 6bulan. Baru sihat dari demam & cirit birit. Kesian nampak sangat susutnya. Timbang berat minggu lepas 7.5 kg je berat dia tapi sebab anak-anak semua jenis kecik ringan aku dah tak ambik hati dah kalau ada orang senang-senang nak komen anak aku kecik gila.


Kalau dulu masa Balqis baya Delisya ni aku selalu kecik hati bila orang suka-suka nak komen anak aku kecik. Komen tu macamkan aku ni tak pandai bagi anak makan. Sedih ok. Aku ni pun beria-ia la jumpa pead tanya masalah kenapa kecik & kurus je si Balqis ni dan secara logiknya betul lah cakap doc. tu, kalau dah mak pak spesis kecik lagi comel. . eh! hahaha memang patutlah anak semua dapat gen kecik. Sejak dari tu aku pun ah lantaklah korang semua nak kata fizikal anak aku, janji sihat non.


Ingatkan aku je yang emo pasal orang komen anak-anak ni, rupanya en.somi pun emo sama. Tapi biasalah lelaki ni suka nak simpan-simpan. Patutlah rajin benor bagi Balqis makan telor masa tu. Boleh kata sehari memang tak miss la sebijik. Aku pulak masa tu rajin pulak bagi vitamin c hari-hari. Sekali.. . .hambek. . nak suruh dia stop makan sekarang ni susah betul. Umur 5tahun dah 24kg. Berat aku masa darjah 3-4 tu. Dapat tahu en.somi terasa hari tu sebab bila nak bagi makan telur kat Delisya, en.somi tak bagi makan selalu sangat sebab takut bila selera dah naik macam kakak dia nanti susah nak stop dan bagitau masa Balqis dia bagi telur sebab dia sedih orang kata anak dia kecik. Eh, terasa rupanya.


Now dah sihat banyak, selera makan pun kembali normal. Kuat makan si kecik ni. Pantang tengok kakak & abang makan, dia pun nak join sama.


Cakap tak berapa sangat lagi tapi dah faham apa orang cakap. Setakat mintak tolong ambik kain buruk dekat dapur memang dah cekap sangatlah :-P Orang perempuan kan, memang kena dera dengan maklah suruh kemas rumah :-)


Mama > mama
Ayah > ayah
Abam > abang / kakak
Wa > wan
Yang > yang (moyang)
Bu > susu
Nak air > nak air
Dah > sudah
Tet > cat
Ten > kitten





Delisya with Yang & Abam


Published with Blogger-droid v1.6.8

22 September 2011

Shout Shout

Fine, i put back the shout widget on the right side of this blog. Biasalah, emo diri ini seperti retis yang akan menjadi ibu beranak 4 memang macam ni =p.

 

ok, sekarang boleh bergoss di sana. Smile

 

daaa

21 September 2011

Raya Open House 2011

Adeh…  ingatkan badan ni larat sangatlah nak buat kerja buruh makan-makan. Sekaliiii.. terpaksa gila kuasa lantik diri sendiri jadi mandor ekekeke.

 

Terima kasihlah siapa yang jadik party planner ahkak hari tu aiseh… party la sangat. En.somi la ni semua punya plan, punyalah gelabah staff nak datang beraya sampai buat open house teruss… ekekeke  Padahal staffnya ada berapa orang je.. hover betoi.. =p Biorkan, jangan lantik aku jadi party planner sudah, jadi mandor takpe. Itupun, semput-semput je nak kena tengok makanan mana nak kena top up lagi.

 

Semput jadi mandor rasanya tak habis lagi ni. Kesian anak dara kecik mak tak boleh menikmati kehoveran bapaknya hari tu sebab demam dan cherry berry. Jadinya selain mandor, memang la kena melayan si kecik ni. Meragam dari pagi Sabtu lepas sampai la ke hari ini. Pagi tadi pun baru larat nak angkat kepala kalau tidak melepet je. Sedih aku tengok. Gambar dia pun takda, kesian tak larat sangat.

 

Adalah sikit gambor hari tu, sebelum semua jadi kelam kelibut (read :  walaupun mandor tetap rasa nak pengsan =p ).

 

2011-09-17 09.07.59

Bos Sedang Gelabah Mengelap Kerusi =p

 

 

2011-09-17 09.21.42

sukalah warna kali ni.. sejuk je rasa mata.

 

 

2011-09-17 13.15.54

Order dengan caterer Nasi Minyak + 3 lauk, yang lain2 party planner kata nak masak.. mak orraiitt jerr.. =p

 

 

308149_278766118818020_100000539013185_1072214_11316441_n[1]

Mee Hoon Sup

 

 

2011-09-17 13.16.15 

Lauk Nasi Minyak = Ayam Goreng Rempah, Dalca Ayam & Kerabu Mangga.

Ok, itu memang daun kari. Jangan konpius. Konon-konon tak nak bagi lalat datang. Walaupun jadi mandor tiada kuasa veto ( untuk tidak bersetuju ) melampaui party planner di situ. =p

 

 

321364_278766182151347_100000539013185_1072215_13692335_n[1]

Tauhu Sumbat. oh..oh.. ini sangat sedap. Terpaksa puji menu sendiri.

 

 

297166_278765058818126_100000539013185_1072193_664619619_n[1]

Pembantu mandor II yang tidak membantu langsung Laughing out loud

 

 

313422_278765972151368_100000539013185_1072211_140807278_n[1]

Pembantu Mandor I – bolehlah harap sikit-sikit

 

 

306304_278765712151394_100000539013185_1072207_829722174_n[1]

Bersama Assistant Party Planner

 

 

298860_278765208818111_100000539013185_1072196_2042276396_n[1]

Tadaaa.. memperkenalkan Party Planner @ Chef Raya Open House 2011!!

 

haih.. kalau takdak lah nenda terchenta aku ni.. memang tak merasa lah sos tauhu sumbat sangat sedap, bubur kacang hijau marveles & sup ayam tip top yang mandor sendiri tak sempat nak tengok. Konon-konon nak belajar buat sos tauhu sumbat itu pun tak menyempat-nyempat.

 

ahh.. tengok gambor-gambor ni rasa semput balik.. Laughing out loud

 

daaa

12 September 2011

Jangan Tertipu dengan Kecomelan

 

DSC_0079

Geng Pecah Dinding

 

Ahli : 15 orang setakat hari ini ( keahlian sentiasa terbuka selagi ibu bapa adalah produktif )

Umur : 2 bulan hingga 13 tahun

Kelayakan : Apa sahaja – Presiden tidak cerewet.

09 September 2011

Pre Raya 2011

Rupa-rupanya ada jugak terselit gambar-gambar merapu sehari sebelum raya. Memang sebuk betul hari tu. Semua orang ada agenda masing-masing. Semua nak ikut selera tekak masing-masing. Yang nak sambal petai ikan bilis buat cicah ketupat palas pagi raya, ada yang nak sambal ikan bilis sahaja takde petai, ada yang nak ketupat, nak rebus nasi impit lagi, aku pulak sebuk dengan lontong dengan kuah kacang. Tengah sebuk-sebuk tu dinding pulak terkopak kena karate dengan budak-budak kecik dalam rumah ni. Kecoh derr.

 

 

 

Biras aku sebuk layan sorang-sorang masukkan beras dalam ketupat. Tahun ni tekak dia selera ketupat, tak nak nasi impit. Ingatkan 60 bijik dah banyak dah. Silap..silap.. belum sampai petang raya pertama dah licin. 

 

 

edit

 

FIL dah cuak dinding rumah dah terlopong kena karate cucu. Sebelum tu tiang konkrit buat ampai baju rumah Pak Cik sebelah roboh budak-budak ni buat gayut – yang tiang tinggal separuh je tu. Bergegar sekejap. Pelik betul tiang konkrit pun boleh roboh. Sebelum tu pasu bunga dia dah pecah dah. Nasib baiklah orang tua tu tak mengamuk.

 

 

DSCN0521

 

Memang suka sangatlah kalau balik kampung depa ni. Mana nak pergi pun orang tua tak larang, lagi-lagi orang tengah sebuk kat dapur.

 

 

Antara yang setia jaga api 4 jam masak ketupat.

 

 

DSCN0488

 

Apakan daya, memang comot sepanjang hari – mak sakan nak raya Nak kurang perhatian huhuhu

 

Gambar paling hot raya ini – memang tak boleh lawan

*
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

 

Depa suka nak pedajal buat lawak-lawak manja dengan mak kann!!

08 September 2011

2011 : Raya oh Raya

319264_2290313588428_1566634492_32449545_1924624_n[1]

Ini shot terbaik tahun ini di pagi raya. Lotih mokcik pujuk anak dara kecik ketakutan dengan camera besor. Meraung memanjang tak sporting lansung kat mak kau ni berangan nak gantung gambor family.

 

Rambut anak dara mak memang macam tulah dah tak boleh selamat lagi memang pesen tak nak lurus. 5 minit sikat 5 minit gerbang 5 minit sikat 5 minit gerbang, susah sangat tengok duduk diam. Nak blow hari-hari bagi nampak macam bentuk cendawan sikit, kang rosak pulak rambut kau Nak. Mak redho jelah.

 

Emosi anak bujang raya tahun ni ada peningkatan sikit. Ada la meraung melalak 3 –4 kali JE sepanjang 6 hari kat kampung. 2 tahun lepas sebab kecik sangat kalau meraung setakat letak kat dalam reban ayam tepi rumah tapi kali ni sebab dah besar sikit setiap kali meraung bapaknya pergi dokong letak kat pokok pisang tepi gunung. Memang ada unsur-unsur bapa zaman jepun. Biarkan, tak kuasa mak nak layan drama meraung hari-hari. 

 

Raya tahun ni turn balik Lenggong dan telah berpakat dengan maid nak masak lontong / kuah lodeh dengan kuah kacang malam sebelum raya. Tak tahulah mana datang super power dalam badan dengan nak bawak badan 6 bulan ni tiba-tiba rajin benor buat kerja kat kampung. Mungkin sebab kat rumah mak mertua, jadi ada unsur mencuri hati mak mertua di situ. Menyapulah, mengemoplah, sapu sampah belakang rumahlah dan paling tak boleh tahan cuci bilik air kak non. Sakit pinggang merana sendiri. Padahal ramai je sangat jejaka dalam rumah tu. Mokcik pikir kang yang nak mandi aku jugak, daripada mengarah menunggu orang lain basuh baiklah aku basuh sendiri kann. 

 

 

302576_10150309255269672_793199671_7648120_7731745_n[1]

 

 

Ini bukan buat-buat berlakon mengetuk dinding rumah ye kecuali tang aksi pelakon tambahan depan nun – nak jugak menyelit laki ahkak perasan ‘berketul’ ler tu huhuhu. Dinding rumah atas tu baru je berganti sebulan dua lepas tapi sebab cucu-cucu semua buas macamkan ada 50 orang dalam rumah habis di terajangnya sampai tercabut 3 keping. Nasib baik tak terjunam terus ke bawah, kalau tidak adalah yang raya kat hospital.

 

 

294538_2290323588678_1566634492_32449580_5051649_n[1]

 

 

Orang lain boleh kurus masa bulan puasa. Anak dara mak naik 2 kg. Feveret sangatlah tu nasi impit dengan kuah kacang. Tahun ni macam tak pandang je lemang denga ketupat palas. Nasib baik, kalau tak boleh tambah lagi 2 kg nak oii.

 

 

321615_2290317868535_1566634492_32449560_7395422_n[1]

alahai anak dara mak

 

Gambor memang tak berapa nak ada. Konon-konon tak sempat sangatlah tu nak melentok sana sini macamkan ada anak 10 orang. Tahun ni kenapa ntah seramai-ramai 9 adik beradik laki ahkak semua tak beria ambik gambor. Sendu-sendu je yang ada kat dalam tangan ni mengutip kat semua orang. Jadilah non asalkan ada, dah tua-tua tak berapa nak muda ni penyakit tergedik-gedik terkurang sikit. ahhh emo ler tuh gambor takde!

 

SALAM EID 2011

 

Template by Best Web Hosting