16 August 2011

Ikan Siakap Sweet Sour > Hari-Hari Mau

eh cuba baca laju-laju macam ikan siakap sweet sour harimau. kellass tajuk resepi ahkak hari ni =p

 

Dalam seminggu ni dah 3 kali masak ikan siakap sweet sour. MASAK hokey. Sedikit kental disitu. Mau nya tak kental kalau makan kat kedai order ikan siakap 3 rasa dengan lauk nafsu yang lain sekali hadap je dah rm50 hengget lebih. Sebulan macam ni, bankrap kak non. 

 

Nak tak nak paksakan jugak diri memasak kalau namanya mengidam hari-hari. Semalam, sempat lagi singgah Tesco pi beli siakap – nasib baik ada. Ingatkan nak pi beli barang dapur yang penting-penting je la, tiba-tiba ada pulak yang mengidam nak beli speaker tv boom boom ( perlukah letak boom-boom =p ) di saat-saat getir lagi 1 jam nak bukak puasa. Tertekan ahkak memikirkan sempatkah aku mengatasi cabaran memasak 1 jam itu. aiseh

 

Tak perlulah 3 rasa sangat kak non, nak cepat sweet sour pun jadilah. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Dah naik wangi masuk sos cili dengan sos tomato. Sos tiram takde belasah tak payah letak. Nak bagi cantik sikit letak tomato potong 8 dengan cili merah belah tengah tak putus. Jangan lupa bubuh garam gula secukup rasa. Ajinamoto suka hatilah nak letak ke tak. Ahkak memang tak letak sebab alergik boleh menguap waktu makan – rasa nak tidor waktu tu jugak.

 

amboi.. kira habis dahsyat la ni bagi resepi satu perenggan je. Pandai-pandailah uols bayangkan macam mana rupa sos ikan tu kan. Janji sweet sour aku semalam kena puji dengan ketua chef kenduri kahwin peringkat kg. sg.choh aka nenda terchenta, dah bolehlah menunjuk-nunjuk lepas nih muahahaha

 

Semalam dengan rasa takjubnya bukan sahaja sempat masak ikan kegemaran tapi sempat jugak memasak bubur kacang hijau. woot! woot! eh dan juga menumbuk cili api buat sambal tempoyak bersama timun jepun dan rebusan bendi haish terpaksa kagum dengan diri sendiri =p

 

Hari ni ingatkan nak pi beli siakap lagi tapi tak mau buat sweet sour, nak betul-betul masak 3 rasa. Rasanya tak dapatlah. Aku ni bukannya boleh rancang-rancang masak nak masak apa. Bila rasa nak buat kena terus je buat. Kalau merancang memang ke sudahlah tak kan wujud kat dapur aku ni macam angan-angan masak apam sampai jadi. eh angan-angan buat popia daging tu dah selamat kak non. Tidak menjadi pujaan en.somi tapi telah menjadi pujaan adik-bongsu-sangat-manja. Biasalah.. laki mak… cerewet manja-manja gitu. Menyampah ai muahahaha

 

daaa

11 August 2011

MC Lagi ~~

Rasanya mengandung kali ni paling kerap sangat cuti. Peruntukan cuti 25 hari setahun dah nak habis aku rasa. Malam tadi tiba-tiba tengah malam kena sakit tekak kering yang melampau. Dah kena macam tu satu malam tak boleh tido. Rasa nak nangis pun ada. Perit betul. Bangun pagi terus hilang suara. Tak pernah-pernah muntah loya, pagi tadi muntah teruk. adeh. . nasib badan betul. Lepas tu terus teringat berita semalam budak 11 tahun meninggal lepas bukak puasa makan ABC dengan apa ke ntah. Family lain semua kena cirit birit teruk masuk hospital. haish. . . na'uzubillah. Aku ni kalau pregnant suka benor terpikir bukan-bukan.







Pagi tadi dapatlah mc sampai 2 hari. Pelik jugak aku aik murah hatinya doktor ni bagi sampai 2 hari. Selalu kedekut betul nak bagi mc. Bagus, satu perubahan yang baik di bulan puasa o_O







Dulu pelik je tengok ubat ayah sampai satu bekas. Sekarang memang tiada pilihan, kena ikut jejak langkah juga. Dalam tu standby ubat gastrik, panadol, krim sakit pinggang/badan, obimin & kalsium yang kena makan hari-hari dan ubat2 yang dapat hari ni.

Ada cerita menarik puasa hari ke sembilan tapi tak larat nak membebel. Harus tidur supaya lebih waras hari ini. Petang kang kalau larat bolehlah up lagi satu post.

daa. .

posted from Bloggeroid

08 August 2011

Harapan Ku Musnah Bersama Biskut Cheese

Abaikan tajuk gelimat ahkak itueew. Biasalah mana boleh kalah. Orang semua nak letak tajuk resepi meletop-letop sempena bulan puasa ni, ahkak pun nak jugak ekekeke.

 

Hari 6 Puasa : Bila dah tengahari rasa macam nak demam pengsan kelabu-kelabu. haih aku ni kang ada yang bukak puasa jugak hari ni. Tapi memandangkan keazaban nak ganti puasa nanti cara paling berkesan adalah tidorr. Jam 3 petang dah kena kejut en.somi, nak pi bukak puasa kat rumah kakak katanyer. Gigih menyiapkan diri dan 2 budak kecik. Anak dara paling kecik kena tinggal kat rumah mak dengan maid. Memang kesian sebab dia dah tahu nak main dengan abang dan kakaknya tapi sebab mak sendiri kata tak payahlah bawak nanti diri sendiri jugak sakit badan nak kejar, aku tinggalkanlah jugak si kecik tu. Aku ni pulak memang dah lama tak bawak maid jalan pi rumah ipar duai sebab rasa macam buang masa dia je kalau ikut sekali. Sudahlah baliknya karang tengah malam, memang menung je tak tahu nak buat apa. Baiklah dia duk rumah kemas rumah ke rehat ke hapa lagi elok. Jadi tinggallah si kecik jadi peneman mak bukak puasa hari tu.

 

Hari ini yang kumpul semua ada 4 family, semua adik beradik je. Kami tak masak sebab nak terjah pasar ramadhan meru. Aku dah lama tak masuk pasar macam ni, penuh makanan. Aku gagahkan diri jugak mengikut bapak-bapak  orang-jalan-laju-gila pi shopping makanan. Manalah tahu kan tiba-tiba jumpa pulak sambal rembau idaman di kawasan orang jawa ekekeke – adeh jangan haraplah boleh jumpa Sarcastic smile 

 

 

nafsu..nafsu..

 

kuih saja dah satu meja.. nafsu lagi..

 

Solat terawikh malam tu buat kat living room. Lepas solat sambung mentekedarah makan lagi. Memang dah agak, tak habis pun makanan malam tu. Siap tuan rumah tolong tapaukan bawak balik konon-konon untuk sahur nanti. Apa kellasss ai makan nasi masa sahur, ai makan biskut kering cicah milo panas je hahahaha – memang sampai hari ni tak usik pun ikan keli bakar hari Sabtu lepas. nafsu..nafsu..

 

Hari 7 Puasa : Memandangkan sahur hari ini bukan biskut kering (crackers), lupa nak beli hanya ada biskut cheese comel-comel masuk mulut sampai 4 maka diri ini memang rasa nak baring saja waktu memborong seluar basahan raya ( eh! ada ke seluar basahan raya ekekeke ) Balqis di Sakan. Akibatnya mak buyung ini telah join bersama dengan anak daranya makan Nasi Briyani lebih bukak puasa semalam. Bagus juga menapau nasi semalam. Smile 

 

Mana nak cari seluar jeans budak pakai hari-hari kualiti memang boleh tahan hanya rm8-9 hengget sehelai? Carilah di Sakan milik Hj Omar dan Anak-Anak di tempat anda. aiseh.. hahahaha

 

Hari 8 Puasa : Ya Tuhan.. macam mana aku boleh tak terjaga pagi tadi. Tercelik masa orang dah mengaji kat masjid maknanya lagi 5-10 minit nak azan. Kesian en.somi tak sahur hari ini. Serba salah pulak aku. Mak mengandung takpelah boleh pi beli air kotak susu cokelat tanpa rasa bersalah..Smile with tongue out- itupun sorok-sorok terus masuk dalam beg.

 

eh pagi tadi masa nak isi minyak kereta, selamba badak je 2 polis muka muda belia gile parking depan pintu masuk stesen minyak pi beli roti. Gila selamba muka kalau ye pun tak puasa boleh tak cover sikit pi beli malam tadi ker… eh..eh.. ok sangka baik. Mungkin dia nak beli untuk orang yang tak puasa. Aku ni sejak bergossip menyembang dengan sprm makin bertambah menyampah tengok perangai polis tak tentu hala macam ni.. eh tetiba ending cerita lain la pulak..  Harap memahami, emosi selalu tak stabil ekekeke

05 August 2011

Kenny Rogers la pulak

Hari 3 Puasa : Bukankah konon-konon berharap mahu menggoreng popia daging untuk seisi keluarga? Tidak…..tidak…. mak tidak masak ayam golek ala-ala Kenny Rogers. Memang mak makan Kenny Rogers terus bukak puasa hari itu muahahahaha. Mengapa sungguh besar cobaan dunia masakan saya ini ekekeke Selalu sangat tidak menjadi.

 

 

Ceritanya, lagi 10 minit mahu berangkat pulang ke rumah, en.somi call kata bukak puasa kat luar sajalah sebab nak cari sampin raya. wah!! terkujat-kujat ahkak sebentar sebab selama ini tak pernah nak join cari sampin sama-sama. Ahkak lah yang terkonteng-konteng sorang-sorang cari sampin idaman waktu lunch hour hari Jumaat. Ini sudah bagus. Alang-alang sudah mencari sampin apa salahnya mengepow membeli baju idaman hati. Tapi sedikit keciwa sampin dah dapat tapi baju ahkak sampai kesudah tak ada lagi. Rasa nak berserah pakai jelah baju apa yang ada di hari raya tapi bila tidak vogeh takut diri sendiri akan tertekan.

 

Hari 4 Puasa :  Entahlah semalam teringin benor nak makan Sambal Rembau @ Sambal Tempoyak Daun Kayu. alahai sedapnya. Tak jumpa lagi kat pasar ramadhan tahun ni. Takpe, ada lagi 26 hari lagi.. ekekeke

 

 

Hari 5 Puasa : Malam tadi sahur bubur lambuk kg. baru. Makan sorang-sorang satu mangkuk besar tapi kenapakah belum pukul 12 perut sudah menyanyi. adeh..  gamaknya memang perut serasi sahur dengan biskut kering cicah milo  je ni. 

03 August 2011

Popia Daging ( mimpi lagi )

Hari 2 Puasa : Semalam cuti sakit kekdahnya. Sakit kepala, hidung tersumbat dan terus-terusan sakit kepala lepas makan ubat selsema. Bawak anak-anak teman pi klinik dan-dan lepas tu laju je pi mcd drive tru ekekeke Balqis ajak makan kat dalam, haish takde keroje mak nak tunjuk muka tak puasa dalam tu. Tahu sangatlah budak-budak ni bukannya nak makan sangat, nak main sebenarnya.

 

Balqis merungut tak nak pergi tabika sebab cikgu tak bagi makan. Air pun tak nak bagi katanyer. Aku ni macam nak percaya ke tak percaya cerita Balqis ni. Dia ni kalau reka cerita memang nombor satu. Malam tadi ayah dia slow-slow tanya sikit-sikit pasal makan kat tabika.

Ayah : kat sekolah memang takde makan langsung ke?

Balqis Si Penglipurlara : takde yah. Balqis lapar betul.

Ayah : kawan-kawan pun tak makan jugaklah.

Balqis Si Penglipurlara : ada sorang tu makan jugaklah.

Ayah : dia makan kat mana?

Balqis Si Penglipurlara : makan kat dapur sekolah lah.

Ayah : eh sapa masak? makan apa?

Balqis Si Penglipurlara : makan nasi, makcik Ina yang masak.

Ayah : dah tu, Balqis tak makan sekali ke?

Balqis Penglipurlara : Makan.

Ayah : Sarcastic smile

 

hahaha muka selamba je terkantoi. Anak mak yang sorang ni memang kalau tak sekali makan sampai 2-3 pinggan bukan kategori makan namanya. Semalam masa bukak puasa dia sorang je makan separuh kue teow goreng, satu nasi ayam lepas tu nak bedal pulak burger daging adik dia. Bapak dia tak bagi, mula muncung mulut. Nak, kau obes nanti kat mak jugak kau bising tak boleh join group menari kat tabika. Siapa yang sedih.. mak kaaau jugak Nak. 

 

***

 

Minggu 18 - Hari ini sedikit gagah berpuasa. Takde rasa nak pitam kelabu-kelabu. Godek-godek resepi teringat kat rumah ada daging cincang ramlee, kentang dan kulit popia. ya Tuhan.. bagilah kekuatan kepada hambaMu ini untuk menggoreng popia daging untuk seisi keluarga terchenta untuk santapan berbuka puasa hari ini. Amin. Eye rolling smile

 

Memanjang tajuk nama makanan, buatnya tak pernahnya jadi. Ibarat penaik samangat kononnya ekekeke

01 August 2011

Apam Gebu ( masih dalam mimpi )

Hari 1 Puasa : Harap-harap perut dapat bertahan. Tak tahu lagi apa rasa puasa dalam week 17 of pregnancy. Tengoklah kot ye rasa macam nak pengsan kelabu-kelabu tak nampak jalan pulang kang mak bukaklah puasa. Bukan apa, melahap sekarang memanglah sedap nak menggantinya nanti hazab kemain.

 

Malam tadi atas permintaan en.suami tak payahlah masak apa-apa untuk sahur. Rasa kesian tapi macam happy hahahaha Buat air milo makan kurma sikit. Paksa diri minum milo 2 mug + air masak 1 mug + kurma 3 bijik. Akibatnya aku terpaksa menahan kenc 45 min dalam komuter + 15 min jalan kaki ke ofis. ya, memang hazab. Tapi aku rasa esok dah tak boleh mengamalkan sahur cara rajin tahap maksima seperti  ini sebab belum jam 12 tengahari perut dah menggigil. Esok kena pikir cara lain yang lebih bijak.

 

****

 

Hari ini sedikit spoil, sedap-sedap bercita-cita nak beli baby high chair untuk si kecik, sekali pagi tadi tersilap transfer duit la pulak. Nasib baik terkurang no. acc. Kalau tersilap no. acc memang buat amal jariah tak ikhlas la aku pagi ni. Sekarang terpaksa tunggu maybank debit balik duit aku lagi 3 hari. Rasa macam 3 tahun. Sabar, bulan puasa.

 

Tak pernah-pernah aku terpikir satu hari aku kena beli jugak baby high chair ni. Boleh pulak yang si kecik ni kemain lagi kalau nak makan nak duduk atas kerusi makan je. Memangla kepala tu separuh je melepasi tinggi meja, sah-sahlah pinggan sendiri pun tak nampak. Bila tak nampak mengamuk sendiri sebab tak boleh makan. Mak Pak nak suapkan, tak nak, semua nak buat sendiri. Mengamuk lagi. Kuah sup ayam jangan cakap la dah melekit sampai ke mana. Akhirnya memang aku pulak lah yang mengamuk. Sabar, bulan puasa.

 

Pikir-pikir rasa macam tak tahan nak tengok semua drama ini selama sebulan di kala berbuka puasa .Baik aku belikan juga kerusi makan si kecik ni. Semua orang boleh makan dengan aman. Patut aku ambik gambar si kecik ni semalam dengan melenging tak nak pakai baju. Tapi sebab mak ni ha dah terlebih sabar lantaklah ko Nak nak buat apa pun, itulah yang malas nak pikir apa pun. Mak nak habiskan nasi sendiri pun rasa macam tak habis-habis. Hari ni bukak puasa konfemlah si kecik akan join sama. Dia memang pantang tengok orang makan kat meja. Memang mak nak ambik gambor ko Nak, siaplah.

 

****

 

Cita-Cita  Angan-angan untuk mengerjakan apam weekend lepas memang sekadar angan-angan. Usaha untuk mendapatkan baju melayu siap anak bujang warna sedondon dengan ayah beliau adalah agenda lebih utama dari segalanya. Itulah nasib badan kalau tak tempah baju melayu sekali dengan ayah dia. Tahun ni tak boleh tempah sama-sama sebab en.somi dapat kain free katanyer.

 

Baju melayu siap warna sedondon, checked. Kain samping match warna baju, checked. Balik rumah try lagi bergaya sakan tiba-tiba mak syahdu.. alaa dah besar anak mak. Boley??

 

En.somi potong syahdu tanya soalan cepu mas, “mana songkok Hazzim?”. hah!! sabor je kak nonn, tak berkurang jugak shopping list mak dalam bulan puasa. Ingatkan dah habis setel dah. Sabor je lah. 

 

****

 

Tiba-tiba terbayang makanan macam-macam pulak kat pasar ramadhan petang ni. haish..  Tanya harga mesti tak berbaloi. Takde cara lain kalau nak berjimat memang kena masak sendiri. adoi.. tarik nafas .. hembus.. tarik nafas .. hembus.. masak tak siap-siap jugak. Sarcastic smile

 

Template by Best Web Hosting