Ingatkan ai sorang je yang layan benda-benda 'karat', aiseh . . ropa-ropanya bonda tercinta pun nak tumpang sekaki dengan kecomelan cawan kopitiam yang dapat dari Lenggong tempohari. Satu set dijual dengan harga rm19.00. Sebenarnya tak tahulah itu harga murah ke mahal, tapi sebab dah lama sangat cari nak buat hidang orang datang rumah makanya ai beli jugak. Mak ai dah buat order siap-siap kalau balik kampung lagi, nak 2 set katanya. amboi. . ada potensi memperkukuhkan hubungan 1 Malaysia macam ni. Kecewanya ai dengan set cawan kopitiam ini adalah takde teko. Frust betul. Memang satu kerja lain nak cari teko bersesuaian. Mungkin warna hijau lumut atau kuning air boleh match dengan cawan.
Lampu ayam hanya di jual dalam dua warna sahaja, biru dan kelabu dengan harga rm8. Masa beli memang tak kisah warna apa sebab ai plan untuk spray paint dengan warna hitam.
Mangkuk bubur Bunga Kangkung rm1.50 sebijik adalah sangat comel dan telah diguna semalam letak ulam timun masa dinner ;-) dan bekas kuih lompat tikam / jelly dijual 0.50 sen sebijik, saja ai beli untuk tambah collection atas display rack.
ok, pasu inilah yang kami beli di Lembah (Kuala Kangsar) dengan harga rm25. Harga asal tuan kedai letak rm38. en.somi planned letak lampu mentol dalam dia tapi biasalah daripada ai menunggu zaman bila mentol tu akan ada dalam pasu baik ai letak terus small candle yang jenis bulat-bulat (you can get it from ikea) dalam dia. Sangat suka dengan kesan cahaya yang keluar dari pasu dan semalam ai perati lilin tu boleh tahan dalam 2 jam setengah.
Tapi seperti biasalah kak non, safety first. Hanya nyalakan masa kami ada di rumah. Almaklumlah mana nak tahu budak-budak baling barang dalam pasu tu especially benda yang senang terbakar. . haih nangis tak berlagu la gamaknya.
Akhir kata, blogpost ini ditulis istimewa untuk peminat setia saya (you know who you are lah) yang nak tahu sangat apakah ghopernyerr Bunga Kangkung. ekekeke
29 April 2011
Bunga Kangkung
Published with Blogger-droid v1.6.8
Labels:
home decoration
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahah terharu aii..la itu ke namanya bunga kangkung kat umah kat kampung ada je :)
lampu ayam tu dulu pun ada. kalau time takde karen mmg lampu tu la jadi sasaran.
makkk loike sgt2 dik noks..klasik sgtt..wink* =)
Post a Comment