22 June 2011

Hari ini tiada tema WW.

hai y’all…

amboi buat-buat ramah macam kan ramai peminat yang tertunggu-tunggu bila la aku nak update blog kann. Sabor.. sabor.. memang macam nilah gayanya kalau orang ada blog kau pun sebuklah nak ada blog tapi nak update-nya memanjang kelaut.  

Cerita suam-suam kuku sekarang yang menyumbang kepada penyakit-malas-tidur-adalah-nikmat-dari-segalanya adalah kerana diri ini sekarang akan menjadi penyumbang kepada kepadatan ahli keluarga awal tahun depan. Insyaallah.

Tapi aku tersangat rajin jalan-jalan blog orang dan terbaca pulak statement ‘aku bukanlah macam orang tu 9 bulan pregnant 9 bulan tak update blog.’

amboi.. sentapmaknak!!!

Tapi tak boleh lawan statement, ‘eh cepat betul you kan’.

amboi..amboi..double sentapmak!!

Mana tak sentap kurang 6 tahun, 4 kali harungi ujian 9 bulan mengandung dan bakal harungi ujian belah perut c-sec kali ke-4. Ada brann? hahaha aku tak complaint sebab ini semua rezeki dan memang aku planned untuk menambah bilangan isi rumah tahun 2012. Cumanya tak berapa nak sangka tercepat 3 –4 bulan. Mak bajet bulan Mac or April. Bab-bab terlajak ni yang aku tak berapa reti nak cerita weh. Orang yang ada pengalaman terlajak je yang memahami hahahaha Cumanya mak sentap buat sekian kalinya sebab konpem tiub kencing fallopio mak kena ikat lepas ni. sentap!! sentap!!.

Sekarang aku dah nak masuk fasa 2nd trimester. Barulah rasa kuat sikit, itu yang ada hati nak menulis. Kalau tidak harremmm ler aku nak karang-karang ni bagai.

Malam tadi semua orang dah tidor aku terkebil sorang-sorang atas katil. Belah kiri si Delisya, belah kanan anak bujang. Kat bawah si Balqis dengan en.somi. Nak makan malas nak bangun. Nak suruh aku berblog jangan haraplah. Lagipun mak bukannya retis cerita tak dapat tidor malam pun semua orang nak baca.

Apa cerita menariks sebenarnya ni eh.. selain berita aku adalah bakal mak beranak 8 4.

oh si Balqis sekarang tak tahulah pe’el ikut siapa malas betul nak pi sekolah. Nak suruh dia bangun kemain hazab. Umpan main game aifon bapak dia barulah mata celik bulat. Aku bajet-bajet ni mesti ikut bapak dia ni malas pi sekolah. Aku rajin tip top pi sekolah…aiseh.

oh si Hazzim cakap dah tak banyak yang pelat. Dia ni bukannya pelat sebenarnya tapi manja terlebih-lebih. Memang hover daripada adik dia. Tapi yang aku paling tak tahan kadang-kadang ada lagi perangai tiba-tiba meraung berguling-guling  nak dokong. Aku suka je bila en.somi ada kat rumah, berani lah dia nak meraung mintak dokong kalau tak kena sebat tali pinggang. Nonn.. laki mak memang kejam bapak zaman jepun.. sebat je kalau degil sangat. Aku memang takde bantahan. Isteri mithali kena sokong suami..eh

oh si Delisya sekarang dah 15 bulan dan baru tumbuh  4 batang gigi. Jalan pun dah laju *lega. Bulan lepas aku dah start bagi formula. Sedih memang la sedih non sebab hajat di hati nak fully bf till 2 tahun tapi takde rezeki. Nak taknak aku pikir positif je lah - anak aku dapat 100% BREAST MILK selama 14 BULAN. Sekarang aku ikut badan aku, kalau aku rasa nak pam masa kerja aku pam kalau tak memang takde stock fresh milk la untuk anak aku masa siang. Minumlah kome susu lembu tu. Tapi malam Ya Tuhan sampai lenguh-lenguh badan aku nak tunggu mulut dia lepaskan B aku. Sampai kering non. Sebab tulah aku ikutkan mother instinct aku suruh stop pam siang eceh.. Bior bagi rehat sikit kilang B aku berkerja.

oh en.somi dapat jiran baru lagi. Kedai cermin mata, orang melayu. Betul-betul bawah opis. Bagus, lagi satu kedai yang boleh merabakkan poket aku. Aku tak sempat lagi nak masuk. 2 minggu lepas depa ada jemput makan-makan opening ceremony, konon-konon macam beriya sangat nak pi ceh.. layan mata lagi sedap rupanya. Tengoklah nak raya nanti, ingatkan nak tukor lah cermin. Rasa macam dah tak vogeh spek aku ni nak pakai pagi raya. hahaha

oh pasal buat rumah… ya Allah… aku tak tahulah proses apa yang lebih hazab daripada proses nak buat rumah. Naik fedap aku dengan segala jadah prosedur-prosedur yang menyakitkan hati. Mungkin jalan tak berapa nampak lagi kot. Teringat masa en.somi buat keputusan nak set up his own firm, punyalah banyak bulan dalam setahun, masa hari aku bersalin tulah ( 1 April 2010 ) dia berhenti kerja dengan firm lama dan terkonteng-konteng dengan firm sendiri. Pasrah habis sebab situasi masa tu ibarat aku sorang je bekerja. Tapi alhamdulillah, itu semua Allah yang tentukan dan semua ok sampai sekarang. Jadinya bila benda-benda merepek timbul masa kami nak buat rumah nih, aku jadi pasrah tak tentu hala. Mungkin nak kena tunggu hari aku baranak dulu baru semua jadi ok. Harap-harap gitulah.

oh petang ni aku ada meeting, jadi aku harus sadar diri yang aku ada agreement nak kena baca dan teliti. Oleh itu beb, mak chow dulu. esok jumpa lagi.

daaa

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting