26 April 2011

Hasil dari me-Lenggong

me-Lenggong? hahaha memang mati kutu nak letak tajuk apa.

Tak sangka pulak balik kampung kali ini dapat mencari barang-barang antik idaman. Plan asal nak beli lampu lama minyak tanah / lampu ayam 2 buah (buah?). Cina tokey kedai dengan gembira nak bagi ai title penternak ayam berjaya, 'manyak mela ayam ah amoi', terharu ai. Dia tak tahu aku nak gantung depan pintu masuk rumah, kalau idok mau nya dia kata aku mereng. Ini design baru la tokey. . design baruu. :-P

Tapi biasalah niat di hati hanya tinggal niat saja. I can be a very option person bila ternampak segala benda lama / antik. Tak kiralah pinggan mangkuk ke, perabot ke, lampu ke, sudu lama cina pun aku tanya ada jual ke tidak. Baru 1st time masuk kedai cina ni, jadi perlakuan agak sedikit berhemah. Takut aku kena sound dengan apek tua ni kang. Tengoklah nanti bila aku datang lagi lain kali, tahulah aku nak geledah kedai apek ni macam mana. Sumpah weh kedai apek ni kalau bajet kedai bersih barang cantik tersusun rapi memang takdelah. Tengok dari luar pun dah konpius, eh ni kedai ke stor.

Jadinya selepas tabah berpeluh ketiak mencari pinggan Bunga Kangkung dan seangkatan dengannya ai hanya dapat benda-benda ini sahaja. Malu ah nak over-over geledah kedai orang. Aku tanya teko Bunga Kangkung atas tokong apek ni pun dah kira mencabar habis. Barang-barang yang berjaya menambat hati :) :-

1. 6 bijik mangkuk bubur antik Bunga Kangkung
2. 6 bijik bekas jeli/kuih antik Bunga Kangkung ( super mini )
3. 2 teko Bunga Kangkung ( bukan atas tokong )
4. 2 set (12 bijik ) cawan & piring Kopitiam
5. 2 lampu ayam / minyak tanah.

Manyak murahlah ini tokey kedai juai sama saya. Bolehlah pi menggeledah lagi lain kali. Macam tak percaya mangkuk bubur Bunga Kangkung tu ai dapat dengan harga rm1.50 sebijik!! Nasib memang ada 6 bijik je. Cerita teko atas tokong itu, apek tak nak jual. Puas aku pujuk nak beli. Teko tu barang hantaran bini dia dolu-dolu katanyerrr. Siap bagitau, 'mati la saya itu nyonya mala sama saya'. amboiii. . . sentimental value tinggi tauu. . kedai je takde rupa. Kecewa ai.

Sebelum balik, sempat lagi singgah ke Lembah (Kuala Kangsar), kami nak beli labu sayung. Sampai pun dah maghrib, ada satu kedai je yang masih bukak. Baguslah, sebab ingatkan labu sayung je yang dapat, boleh pulak tersuka satu pasu. alaih, inilah kelemahannya kalau shopping dengan orang sama minat. ai takdelah beria-ia sangat nak beli pasu tu. . . kan Bie kan. . kan. .

All in all, balik kampung kali ni memang best. Walaupun agak sangat sangap pada hari pertama sebab en. somi pi memancing sampai tak ingat balik rumah - sekor ikan pun takdak! tapi ai tahu, dia tahu apa ai nak. .ecece. . antik pun antik laaa

daaa. .




Published with Blogger-droid v1.6.8

1 comments:

Ikpunye said...

Laaa, penat scroll ingatkan ada gamborr...mana gambornya,..keciwa..keciwa *sbb tak tau apa ke bentuknya la pulak bunga kangkung atas pinggantu*

 

Template by Best Web Hosting