11 June 2010

Cendawan Tiram : Tammat

Cycle tuaian cendawan tiram sudah habis… yeah.. hahaha tak pasal-pasal je kannn rasa gumbira hehehe. Manalah ahkak tak gumbira sebab aktiviti penjagaan, penyiraman, penuaian dan pengorekkan *eh? ah lantak* dengan rasminya telah dikeluarkan daripada jadual hidup hari-hari. Kalau tak, hidup ahkak ni haa selalu di selubungi misteri rasa bersalah kalau tetiba sampai peel terlupa siram.

kerr memang buat-buat lupa siram? :D

Baiklah, dengan tamatnya cubaan tanpa sesal ini saya berbesar hati menyatakan peratusan untuk menjebakkan diri secara serius dengan berangan-angan secara infiniti untuk menguasai pasaran rawang dan melarat sehingga ke KKB, B.Beruntung, C.Homes dan sewaktu dengannya adalah 50% sahaja. *hahaha tak berjiwa pertanian lansung rupanya akunya ni!!

Peratusan 50% itu diberikan untuk markah kesenangan menjaga cendawan dan memang tak leceh manapun setakat siram, tuai dan korek. 50% itu juga adalah merangkumi markah bagi harapan dan keberjayaan ( apo punya perkataan ) untuk hidup bagi setiap botol adalah sangat tinggi walaupun kadang-kadang berdepan dengan ancaman kemalasan tuan punya cendawan.

Lagi 50% terpaksa ditolak adalah kerana margin market cendawan adalah rendah. of kos anda boleh buat kalau modal anda besar tapi agak leceh kalau dibuat secara part time. eh macam berbelit-belit ahkak hari ni :)

Dia macam ni.. tengoklah niat nak bercucuk tanam tu apa. Setakat nak makan anak beranak sebotoi dua pun dah ok. Tapi kalau niat nak berbisnes, setakat ada 5/600 botol, tak berapa nak kencang sangatlah. Rata-rata tengok melalui pemerhatian saya yang tak seberapa sangat ni pengusaha cendawan semua main ribu riban je jumlah botol dia. Manalah yang ada ratus-ratus. haih tak konpiden lah nak buat part time. Bukannya boleh suka-suka tinggalkan 8jam sehari, mahu boleh sebesor muka hazzim seperti di sini.

Bak kata suami, kalau nak jual, 50 botol sikit sangat. Tapi kalau 100/200 botol buat penat jer.

Bak kata saya, kalau sudah namanya pemalas banyak songeh pulak.. muahaha

Kesimpulannya, jiwa saya untuk bisnes cendawan secara part time adalah 50/50. Ya, sedikit keciwa di situ.

Kepada yang hendak mencuba, saya sokong 200%. Ia adalah cubaan tanpa sesal selain sehingga sekarang mak tak lalu lagi makan cendawan.. 

Peace.

1 comments:

ikpunye said...

ini pula disokong lagi oleh faktor tuan punya cendawan yang sudah berjinak-jinak dgn tupperware. haha

apa-apa la mrs azarol, yg penting ketokohan bisneswoman sudah ada ;)

 

Template by Best Web Hosting