24 June 2010

Sepuluh Cerita

1. Tak tahulah kenapa, asal taip separuh jalan terus masuk deraf. Semua deraf adalah cerita separuh jalan. Series mengong.

2. Stock EBM semakin menggunung sebab Delisya masih dalam mode tidur-adalah-lebih-baik-dari-segalanya. Bagus juga sebab ‘kurang kerja’ tapi omak poning kepala nak oii.. kat mana mak nak sumbat segala susu-susu ni bagai.

3. Balqis kembali gemuk setelah kurus sekejap dalam sebulan. Makan, sungguh kuat. Susu, pun kuat juga. Mandi, kerap sangat. Cakap, sungguh banyak. Kencing malam, masih lagi. Nak, bilalah boleh bangun malam kencing kat toilet? *siggghhh

4. Rambut Hazzim sungguh panjang. Saya sungguh rimas. En.somi buat tak tahu jer  akan kecomotan dan keselekehan anak bujangnya itu. Mengapalah diri sungguh tertekan.

5. Dah seminggu saya balik naik bas. Sampai pekan Rawang jam 7.30 malam. Kadang-kadang membawak sampai ke jam 8.00 malam. Paling best kalau dapat naik bas, drivernya adalah abang kana hahahaha sekarang haku dah tahu nama driver bas hokeh!! Abang kana adalah sangat best sebab bawak bas laju giler, racing adalah perkara biasa. Bagus, boleh cepat sampai.

6.DIQ form dah hantar. Bukan saya yang isi dan juga hantar. Apa boleh buat, cuba sahaja. Yakin boleh!! ah poyo giler. Series memang rasa macam ntah hapahapa. 

7. Kelas tusyen masih ada. Tapi lepas diberi cuti 2 bulan sebab bersalin hari tu, saya ‘sekat’ sorang dua yang nak datang. Maafkan cikgu, memang cikgu tak aci dan sungguh pilih kasih. Cikgu tak sanggup terima awak yang sebenarnya suka main lebih dari belajar. Apa nak buat, cikgu tak rela migrain selalu. dan sungguh sebuk buat party tupperware pula :D

8. Akhirnya, ‘menjadi’ juga entry ini.

9. Sekian.

10. Takde apa-apa. Saja nak cukupkan bilangan ke 10.

 

p/s : maafkanlah entry ini yang macam tak cukup vokabulari ngeeee

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting