30 June 2010

Agenda Esok

Esok ai cuti – hahaha itupun nak bagitau orang. Dalam kepala otak ni alahai macam banyak benda nak buat. Penting sangat esok sebab mahu register Balqis masuk Kemas tahun depan. ya Allah! dah sekolah dah anak aku tahun depan. Cepat betul, rasa macam baru jer buat kenduri akikah dia – woh melampau.

Lepas setel kat Kemas kena pi kedai plastik pulak nak bincang segala hal urusan plastik-plastik, rancangan party Jumaat ni dan juga sepanjang bulan Julai bla.bla.bla mungkin sampai tengahari jugak agaknya – eh kenapa ek bila masuk kedai plastik ni 2/3 jam rasa macam 2/3 minit tapi kalau masuk opis 8 jam rasa macam 8 tahun hahaha

Setel kat kedai plastik kena cari ‘dapur bergerak’ kat Mydin. Rasanya macam dah kena adalah benda alah ni. Malu la pulak kalau nak mintak pinjam kat big bos. Kot ye pun nak buat bisnes, macam kedekut sangat bila nak beli ‘dapur bergerak’ sendiri pun susah. Takpe lubna, tutup mata sajalah pikir buat modal meniaga. Kalau tak berjaya pun, buat modal masak steamboat depan tv sambil layan cerekarama pun boleh juga hahaha

Lepas balik Mydin.. errr nak buat apa pulak ni? Tadi rasa macam banyak sangat agenda kekeke oh! kena kemas2 barang apa patut yang nak bawak pi party. Gabra la pulak nak buat party Jumaat ni kat opis. Diri sangat gabra okk, takut takde orang nak join tengok demo masak piza. Maklum ler hari Jumaat masa rehat lama, ramai orang nak pi berjimba-jimba shopping. Kang kalo aku masak piza sorang-sorang kang.. haii takde maknanya la aku berangkut-angkut dapur semua bagai nak rak.

eh! itu saja ke agenda esok? Takdelah sebok benor ;p

Akhirnya saya doakan cubaan pertama consultant baru saya jadi host di opis sendiri Jumaat ini berjaya dengan jayanya. Kalau anda berjaya, saya juga berjaya – ayat saya memang berbaur begini sejak akhir-akhir ini hahaha. Sila muntah ekeke

25 June 2010

Steam It

Cara baru nak masak segala hal yang berkaitan dengan kukus.

Berbaloi-baloi :)


psst.. ai bagi harga special tauu untuk siapa yang baca belog ai.. - hahaha perasaan mesti positif ramai pembaca setia ;p


24 June 2010

Banyak Bulu Betul!!

Aloo..aloo

Apa kau ingat orang Melayu tak boleh beli kedai/opis lot ker?

Aku memang menyampah betul kalau pi bank, pastu depa ada manusia macam best tanya  sambil buat muka macam aku ni salah cakap atau tak layak lansung beli kedai. Apahal? Kau ingat orang cina je ada muka beli kedai atau kalau orang melayu nii, kena ada kereta ratus-ratus ribu or juta juta baru layak beli kedai laa..

blah la KW.Sp?

Ya, memang haku tengah berbulu dengan orang kW.Sp. Apa soalan banyak kali "beli kedai?’ tu best sangat kah?

dem. 

Sepuluh Cerita

1. Tak tahulah kenapa, asal taip separuh jalan terus masuk deraf. Semua deraf adalah cerita separuh jalan. Series mengong.

2. Stock EBM semakin menggunung sebab Delisya masih dalam mode tidur-adalah-lebih-baik-dari-segalanya. Bagus juga sebab ‘kurang kerja’ tapi omak poning kepala nak oii.. kat mana mak nak sumbat segala susu-susu ni bagai.

3. Balqis kembali gemuk setelah kurus sekejap dalam sebulan. Makan, sungguh kuat. Susu, pun kuat juga. Mandi, kerap sangat. Cakap, sungguh banyak. Kencing malam, masih lagi. Nak, bilalah boleh bangun malam kencing kat toilet? *siggghhh

4. Rambut Hazzim sungguh panjang. Saya sungguh rimas. En.somi buat tak tahu jer  akan kecomotan dan keselekehan anak bujangnya itu. Mengapalah diri sungguh tertekan.

5. Dah seminggu saya balik naik bas. Sampai pekan Rawang jam 7.30 malam. Kadang-kadang membawak sampai ke jam 8.00 malam. Paling best kalau dapat naik bas, drivernya adalah abang kana hahahaha sekarang haku dah tahu nama driver bas hokeh!! Abang kana adalah sangat best sebab bawak bas laju giler, racing adalah perkara biasa. Bagus, boleh cepat sampai.

6.DIQ form dah hantar. Bukan saya yang isi dan juga hantar. Apa boleh buat, cuba sahaja. Yakin boleh!! ah poyo giler. Series memang rasa macam ntah hapahapa. 

7. Kelas tusyen masih ada. Tapi lepas diberi cuti 2 bulan sebab bersalin hari tu, saya ‘sekat’ sorang dua yang nak datang. Maafkan cikgu, memang cikgu tak aci dan sungguh pilih kasih. Cikgu tak sanggup terima awak yang sebenarnya suka main lebih dari belajar. Apa nak buat, cikgu tak rela migrain selalu. dan sungguh sebuk buat party tupperware pula :D

8. Akhirnya, ‘menjadi’ juga entry ini.

9. Sekian.

10. Takde apa-apa. Saja nak cukupkan bilangan ke 10.

 

p/s : maafkanlah entry ini yang macam tak cukup vokabulari ngeeee

11 June 2010

Cendawan Tiram : Tammat

Cycle tuaian cendawan tiram sudah habis… yeah.. hahaha tak pasal-pasal je kannn rasa gumbira hehehe. Manalah ahkak tak gumbira sebab aktiviti penjagaan, penyiraman, penuaian dan pengorekkan *eh? ah lantak* dengan rasminya telah dikeluarkan daripada jadual hidup hari-hari. Kalau tak, hidup ahkak ni haa selalu di selubungi misteri rasa bersalah kalau tetiba sampai peel terlupa siram.

kerr memang buat-buat lupa siram? :D

Baiklah, dengan tamatnya cubaan tanpa sesal ini saya berbesar hati menyatakan peratusan untuk menjebakkan diri secara serius dengan berangan-angan secara infiniti untuk menguasai pasaran rawang dan melarat sehingga ke KKB, B.Beruntung, C.Homes dan sewaktu dengannya adalah 50% sahaja. *hahaha tak berjiwa pertanian lansung rupanya akunya ni!!

Peratusan 50% itu diberikan untuk markah kesenangan menjaga cendawan dan memang tak leceh manapun setakat siram, tuai dan korek. 50% itu juga adalah merangkumi markah bagi harapan dan keberjayaan ( apo punya perkataan ) untuk hidup bagi setiap botol adalah sangat tinggi walaupun kadang-kadang berdepan dengan ancaman kemalasan tuan punya cendawan.

Lagi 50% terpaksa ditolak adalah kerana margin market cendawan adalah rendah. of kos anda boleh buat kalau modal anda besar tapi agak leceh kalau dibuat secara part time. eh macam berbelit-belit ahkak hari ni :)

Dia macam ni.. tengoklah niat nak bercucuk tanam tu apa. Setakat nak makan anak beranak sebotoi dua pun dah ok. Tapi kalau niat nak berbisnes, setakat ada 5/600 botol, tak berapa nak kencang sangatlah. Rata-rata tengok melalui pemerhatian saya yang tak seberapa sangat ni pengusaha cendawan semua main ribu riban je jumlah botol dia. Manalah yang ada ratus-ratus. haih tak konpiden lah nak buat part time. Bukannya boleh suka-suka tinggalkan 8jam sehari, mahu boleh sebesor muka hazzim seperti di sini.

Bak kata suami, kalau nak jual, 50 botol sikit sangat. Tapi kalau 100/200 botol buat penat jer.

Bak kata saya, kalau sudah namanya pemalas banyak songeh pulak.. muahaha

Kesimpulannya, jiwa saya untuk bisnes cendawan secara part time adalah 50/50. Ya, sedikit keciwa di situ.

Kepada yang hendak mencuba, saya sokong 200%. Ia adalah cubaan tanpa sesal selain sehingga sekarang mak tak lalu lagi makan cendawan.. 

Peace.

09 June 2010

Hajaba..here I come

Pagi tadi masa breakfast saya tak sedar rupanya baju saya basah. haiyaa letih betul dengan washable B.pad yang ini, tipis benor. Dahlah beli sampai 3 pairs. Hari ni pakai baju kosong warna cerah pulak tu... chait!!

“Saya masa tengah pam dulu pun baju saya selalu basah-basah”

kata adik casher  sungguh ramah buat mak jadi malu-malu alang kat situ.

“Itulah lain kali pakai jubah, tudung labuh sikit”

kata suami sungguh prihatin buat mak jadi lalat pening-pening lalat kat situ.

 

errr..errr… kalau tak nak bagi respon.. aci tak?

07 June 2010

Piza Tak Hangus

Alhamdulillah, party saya pada Ahad lepas berjalan dengan baik. Gelabah juga sebab dah 2.30 petang hanya baru seorang sahaja yang datang. Saya tunggu juga sebab biasalah petang-petang macam ni memang syok dok rumah rehat-rehat.  Masuk jam 3 petang, baru segerombolan orang datang. Syukur..syukur.. ingatkan dah kena kensel jer demo petang semalam.

DSC00024

Sebenarnya saya di Arena Success ini di bawah ‘jagaan’ big boss saya k.azwa dan k.leny sangat berterima kasih dengan semangat teamwork yang mereka beri. Dalam tempoh tak sampai sebulan, saya sebenarnya sudah layak untuk masuk Program DIQ tapi saya hold dulu sebab saya rasa saya perlu ‘jaga’ consultants saya lebih lama lagi. :)

DSC00022

DSC00037

Sekarang apa yang saya nak buat, saya cuba untuk membantu semua consultants saya sendiri untuk mencapai sasaran at least sebagai Star Consultant dengan mengadakan party santai-santai macam ni untuk mereka. Seronok betul lebih-lebih lagi kalau yang datang tu saudara mara atau kawan-kawan sebab habis saya kena gelak dengan diorang semua..chait!!

DSC00047

Bagus betul cadangan k.azwa dengan cara ‘every-weekend-must-have-party’ kalau saya betul-betul series. Saya pun tak nak saya dan consultants hanya bergantung pada catalog sahaja. Bukan tak boleh tapi kalau kes macam saya ni hari-hari berangan setiap hari adalah cuti tak payah pi keja, elok benor la buat dengan sungguh-sungguh.

DSC00049

Ramai yang tanya apa yang saya buat, saya cakap saya pun jual Tupperware macam mereka juga tapi saya suka bantu consultant saya dan untuk saya juga dengan buat party, demo dan makan-makan dengan akhir kata ‘eh tak rugi tau masuk dalam organisasi/team saya, mesti awak rasa lain’  ahaks!!

DSC00061

Ada orang yang datang bagitau yang mereka beli barang tapi tak tahu fungsi barang. Sebab itu kita buat demo untuk ahli kita supaya dapat guna barang yang mereka beli dengan sebaik mungkin.

DSC00064

Insyaallah, next week saya akan berada di Serendah buat demo di sana. Siapa yang berdekatan dan berminat bolehlah email pada saya nama dan h/p no.  Kalau datang bawak kawan min 3 orang, boleh dapat free gift from Tupperware lagi!! :)

Tak tahu lagi nak buat pineapple cake ker atau apa  hehe kalau piza selalu sangat pun boring pulaks :)

DSC00062 Tupperware yang ada riben ni adalah untuk diberi kepada semua yang hadir secara percuma!!! Kakak ni datang anak beranak, habis dia bolot dalam lucky draw!! Seronok betul dia susun-susun tunjuk kat saya :)

lubna_haida@yahoo.com

1 April 2010

Seronok betul kalau kerja sendirikan? Walaupun memang susah sikit in term of gaji kena cari sendiri tapi tension dia lain.

Alhamdulillah, orang kata rezeki anak yang ketiga ni, saya pun tak sangka setelah aset yang kami beli tu kosong tak berguna selama 2 tahun akhirnya berguna juga. Saya pun macam percaya tak percaya jer bila suami kata tahun ni ( 2010 ) mesti kerja sendiri. Kalau takut, sampai bila nak takut. eceh.

Mak layan je lah kak non. Kalau tak layan karang kata tak bagi semangat. Sebab itulah agaknya mak gigih jugaklah bagi peransang dengan sakit-sakit nak beranak 2 bulan lepas masih ke hulur ke hilir untuk lengkapkan opis tu yang mana ada.

Seronoknya masa hari berpantang lepas, suami kejap-kejap balik rumah. Walaupun takdelah menolong apa sangat pun tapi biasalah macam best je kan… heh ngengada :P

Tapiiiii yang tak bestnya..aduhai.. tido malamnya kalau tak mencecah jam 1 pagi tak sah. Ada jer aktiviti tambahan.. hah! hah! Takde maknanya weh!! :P

Jam 12 malam tulah baru nak pergi beli burger la, nak buat itu lah nak buat inilah tapi selalunya aktiviti makanlah. Budak-budak sekali pun dah terikut tido lambat semua. Itu belum lagi si Balqis ikut ayahnya pergi main badminton sampai rumah jam 12 malam. Si ayahnya takpelah nak tido jam berapa pun sebab opis sendiri. Mak ni ha.. aduyai.. lotih betul.

Konon-konon dulu saya cakap takpelah saya pi kerja naik bas sebab melainkan menjimatkan kos minyak tak payah ulang alik rawang-kl-rawang, suami bolehlah tengokkan budak-budak masa pagi sebelum pi kerja. Tapi sampai sekarang dah masuk 2 minggu, suami masih hantar saya lagi ke kl huhuhu i lap u lah bie

Akhirnya terlaksanalah azam kami untuk tahun ini seawal 1 April 2010. Tahniah lah Bie. Kerja kuat-kuat ye tahun depan agak-agak bolehlah saya fulltime jual Tupperware hahaha

 

DSC00230

04 June 2010

Piza 10 minit!!

Dua minggu sebelum masuk kerja, saya sempat berkecimpung di dalam arena ‘tiada-kerja-cari-kerja’. Mula-mula saya rahsia-rahsia dengan pn.zawiyah, tak nak bagitau suami.

Kerja rahsia apa kalau rahsia pun bertahan 1 minggu jer. Lepas tu tak buleh rahsia dah sebab ai kena bergerak secara aktif la pulok :) eceh. Aci tak mula-mula bagitau kat suami; “alaaaa ni semua mama yang nak buat, saya teman jer”.

Nak jadi cerita yang sampai buleh jadi macam ni sebab depa lah yang pi bukak new branch bawah opis suami ai buat apa. Kan dah panjang langkahnya tu. Saya agak-agakkan kenapa benda yang saya buat ni dapat restu dari suami ..eceh.. restu penting weh.. :P sebab Tupperware tu dekat bebenor dengan opis suami. Maknanya kalau ada apa-apa program, depan mata dia jelah.. hahaha

So far, macam ok. Langkah tu agak tersusun jugaklah daripada merapu yang bukan-bukan sebelum ni. Mungkin sebab pn.zawiyah dah lama benor berkecimpung dalam dunia plastik-plastik ni. Mentor sebelah rumah, takdelah rasa diabaikan huhu

DSC00214My Big Boss – k.Azwa

* CT, ko baca cerita aku ni ko mesti gelak guling-guling kan sebab ko kan dah pro.. ahaks :P

My 1st party went well. Malah agak memberansangkan. Banyak benda lagi nak kena belajar. Hari tu kami buat demo masak piza menggunakan TupperChef Fryer. huish… kami semua macam terkujat-kujat jer dapat masak piza kurang 10 minit. Lepas ni sapa-sapa datang mak hidang piza je la k.non hahaha sebab itu yang paling senang sekarang neh!!

DSC00192Sesi ramah mesra :)

DSC00202 

Semua orang bersungguh-sungguh betul

DSC00204

Anak dara mak duduk depan sekali okeh!!

DSC00207

Semua orang tak sabar tunggu piza masak

DSC00217

Tadaaaa

DSC00221

Budak-budak lah yang seronok sangat hari tu

Siapa nak beli Piza Kit memang sangat best sebab dengan 40% less uols dapat baaaanyak lagi barangan Tupperware yang mana kalau kira by item total kos adalah rm500 plus TAPI dengan kit ni price dia only rm301.60 Best woh!!!

DSC00196

  FreezerMate : Beli 8 Percuma 8

InsyaAllah, hari Ahad ni saya akan buat satu lagi demo di Kedai Tupperware di Rawang. oh..oh.. mak sungguh berdebar-debar ni sebab big boss mintak ai uli tepung bla..bla..bla.. dan masak piza. haish.. janganlah ko hangit piza woi.. series laju gilaks piza ni masak :)

Baiklah, to all my new consultants ececeh.. jangan lupa datang untuk tengok piza hangus pada Ahad ni ok :P

Semangatlah Berkerja Hatiku

Assalamualaikum semua :)

Hari ini genap seminggu saya kembali berkerja. Hati untuk berkerja dengan gigih masih lagi kuat. Tengoklah lagi dalam masa sebulan dua, mesti rasa nak menyumpah-nyumpah orang, rasa jer :D Lepas tu mulalah sakit jiwa macam rasa nak berenti masa tu jugak. 

Lama jugak cuti hari tu. Dua bulan maternity leave plus 2 weeks before untuk cuti sakit yang diberi doktor kerana saya memang dah tak larat nak pi kerja. Kalau ikutkan hati memang nak cuti terus tak nak kerja dah tapi sebab ikutkan duhit ahh memang kena kerja la haku ni.

Alhamdullillah saya selamat bersalin melalui c-sec pada 29 Mac lalu. Rasanya ini lah pengalaman mengandung paling menyeksakan. Manakan tidak saya dah start dengan masalah kontraksi masa bulan ketujuh lagi. Saya tahankan saja sebab malas nak ke klinik selalu.

Dua minggu sebelum bersalin pulak dengan sakit-sakit tu saya tabah betul tolong suami uruskan segala bana perabot, aircond, mesin fax, cari kedai untuk tinted pintu opis dia bagai sebab perancangan untuk buka ofis memang start 1 April 2010.

Kali ini juga first time saya dapat rasa macam mana rasanya kontraksi selang 5 minit tu. ya Tuhan.. sakitnya. Sebelum ni mana nak sempat rasa kontraksi 5 minit tu. Setakat rasa sakit tiba-tiba yang amat sangat dalam 2/3 kali sehari tu memang selalulah. Kali ni siap dengan ‘kembar darah’ lagi. Sebenarnya kalau ikutkan tarikh bersalin yang saya pilih 30hb Mac tapi dah sakit sangat pagi 29hb tu, saya memang serah diri terus pagi tu.

24406_384360974671_793199671_3683808_7695402_s[1]Nur Arlida Delisya

Ada 2 perkara saya pesan pada doktor dan staff dia kat situ. Satu, tolong masukkan tiub untuk saluran kencing selepas saya diberi spinal injection. Dua, saya nak breastfeed anak saya iaitu kata-kata tersirat supaya tak payahla bagi susu formula.

Kakak tu tanya saya; akak larat ker nak duduk/bangun untuk susukan baby? saya tak kesah. Nanti takut akak sakit sangat je.  Okeh.. saya diam dan termenung saja kat atas katil OT tu, malas nak pikir lagi sebab lagi berdebar nak tunggu doktor belah perut. Saya dah agak-agak keadaan saya lepas c-sec nanti dan macam biasa memang saya tak dapat bangun juga. Sedih kan?

DSC00228

Inilah susu yang saya pam masa di klinik. Saya berikan juga pada staff klinik untuk bagi malam hari. Masih berbaki sebab masa susu dah keluar banyak saya sudah larat berjalan untuk susukan Delisya. Bila dia dah kenyang saya pam untuk kosongkan B. Hari ini baru Delisya guna stock EBM yang ini.

DSC00223

Malam tadi bila tengah susun-susun stock, satu botol sudah jatuh.. haiyaa sangat tensi. yang tertonggeng sorang-sorang itulah botol yang pecah bawahnya. Sakit jer mata menengoknya!!

DSC00226

Tensi..tensi..

DSC00227

Saya menumpang kasih deep freezer pn.zawiyah. huhu

DSC00229

Pagi tadi mood agak baik agaknya sebab sampai awal gilaks :)

 

Template by Best Web Hosting