Baru-baru ini kakak ipar saya melahirkan anak lelaki yang ketiga. wohohoho kesemuanya hero. Saya tak dapat bayangkan macam mana kalau saya mempunyai 4 hero termasuk ayahnya dalam satu rumah. Mesti rumah tidak berupa seperti rumah, hanya layak digelar kapal yang karam :)
Bagusnya hospital tempat dia bersalin walaupun bukan hospital gomen tapi ia adalah Rakan Penyusuan Ibu dan ini bermakna sana-sini penuh poster baby tengah menyusu badan. Saya terasa seolah-olah di dalam kedai poster juga.
Bagusnya juga ( kenapa macam banyak sangat ‘juga’? ) kakak ipar saya ini memang memilih untuk menyusukan anaknya. Saya memang suka menziarah ibu lepas bersalin yang sedang sebuk menyusukan anaknya...mak memang sungguh kepochi tak pasal-pasal kalau hal ini hahaha
Saya sungguh kepochi bagaimana dia menyusukan baby waktu itu. al-maklumlah saya ni masih belajar dari kesilapan dan tak mahulah orang lain pun tersilap juga seperti saya dulu.
Melalui pengalaman dua rutin dan teknik penyusuan yang berbeza antara dua orang anak saya itu, boleh saya katakan selain lekapan mulut baby yang betul semasa menyusu, kedudukan baby dan si emak semasa menyusukan juga adalah sangat penting. Sebab apa saya kata macam tu sebab semasa Balqis, rutin penyusuannya tidak cerewet, asalkan dapat dia nganga sajer. Saya juga tak pernah rasa susah untuk menyusukannya di mana-mana. Balqis juga dari lahir sangat senang di 'suruh-suruh' membuka mulut lebih luas dan saya tak perlu bersusah payah memastikan dia menyusu dengan betul.
Lain pula yang jadi pada Hazzim. Saya macam ‘take granted’ dengan perasaan syok sendiri ‘ala-bukannya-susah-pun-susukan-baby’ dan akhirnya padan muka, saya juga yang merana huhuhu Hazzim sangat cerewet. Walaupun mulutnya sudah melekat tapi kalau dia tak selesa, dia akan meraung secara tiba-tiba. Meraung sehingga merajuk dan lansung tidak mahu menyusu kemudiannya. Ia adalah sebenarnya masalah ‘nursing strike’ yang saya tidak berjaya mengatasinya. Mak sudah lemah semangat sebenornyer masa tu. Masalah ini terus berlanjutan sehingga menambah lagi kepada satu masalah lain, nipple confusion/preference.
Jadi, saya rasakan isu position ketika menyusu ini saya tidak boleh lagi ambil ringan. Sibuk nak bagi masuk elok-elok dalam mulut tapi kita sendiri tak sedor kita duduk pun tak berapa betul sampai sakit pinggang.
Hal kakak ipar saya itu, cuba anda bayangkan kedudukan dia masa menyusukan baby. Si emak duduk bersila, baby baring di atas kaki dan hanya kepala baby diletakkan di atas tapak tangan dan hanya kepala sahaja diserongkan (serong?) ke arah breast ibu. Bukan baby yang di bawa ke breast tetapi breast yang di bawa ke baby.
Sakit belakang bukan? Macam manalah cara mak nak kepochi ni? Nak betulkan cara dia duduk, nanti dikata kita hover pula. Akhirnya saya mampu tanya saje, ‘ok ke kak na duduk macam tu?’. Ntah apa-apa ntah haku rasa. Bila dia kata, ‘ok jer’, lagi saya mati kutu okeh.
Series saya kesian kat baby tu sebab ye lah walaupun dia macam syok sajer menyusu dan memang lama pon dia menyusu tapi bila kepala baby terteleng macam tu, macam rasa tak selesa saja saya tengok.
Kepala, bahu dan peha baby perlu mengadap ibu sebaik mungkin. Baby yang baru lahir kedudukannya seperti huruf ‘C’ yang mengadap ke badan si ibu.
Macam kita juga, kalau anda diberikan air yang sangat sedap, yang mana satu lebih nikmat merasai air itu, samada duduk menyangkung di tepi jalan atau diberikan kerusi empuk 5 bintang? eh.. macam tak best jer contoh..huhu
The Cradle Hold
Posisi yang paling 'popular' bagi semua ibu di mana kebanyakkannya adalah posisi pertama yang diperkenalkan oleh bidan/midwives selepas bersalin.. melainkan anda rela berbaring seperti saya kerana bersalin secara cesarian :)
Kepala baby hendaklah berada di bahagian hujung bertentangan siku manakala tangan anda menampung bahagian belakang baby secara keseluruhan dan tapak tangan menampung punggung baby serta pangkal pehanya. Keseluruhan badannya mengadap badan anda dengan selesa dan kepala baby perlu selari dengan kedudukan badannya. Kata mudah, jangan terteleng-teleng.
Tangan ibu yang sebelah lagi adalah untuk betulkan kedudukan breast dan cuit-cuitkan mulut baby dengan nipple untuk baby ada ransangan untuk membuka mulutnya. Bila kedua-duanya sudah selesa bolehlah memegang baby macam gambar no. 3 itu.
The Cross Cradle Hold
Posisi ini lebih kurang sama macam posisi di atas. Cuma yang bezanya adalah si ibu gunakan tangan yang bertentangan. Posisi ini senang untuk kontrol kepala baby untuk di bawa ke breast ibu. Tapak tangan menampung kepala dan leher baby untuk halakan ke breast dengan lebih senang. Bila dah selesai boleh tukar posisi baby untuk breast yang satu lagi tanpa menukar tangan. Lenguh sikitlah ek sebab guna tangan yang sama.
The Side-Lying Hold
Ini paling best bagi saya, cuma mak jarang-jarang seksi benor macam ni hehe silap-silap dengan saya sekali tertidor huhuhu Posisi paling bagus untuk kes-kes cesarian untuk kurangkan baby terletak di abdomen ibu yang baru lepas kena jahit. Posisi ni, macam tummy to tummy juga. Badan baby mengadap secara keseluruhannya ke badan ibu. Baby senang dan selesa menyusu dan tangan mak pon tak lenguh :)
The Clutch Hold / Football Hold
Posisi ini juga sangat sesuai untuk kes cesarian sebab baby tak berada di abdomen yang dijahit itu. Cumanya posisi ini lebih mudah kalau ada bantal / 'nursing pillow untuk tampung badan baby sampai ke breast. Posisi ini juga sesuai untuk ibu yang breast agak besar serta baby pramatang.
Posisi yang mana satu kamu suka? eh..macam mana sebenarnya nak bagitau kakak ipar saya itu? Gagal sungguh!!!
Sumber : http://www.kellymom.com/ & http://www.breastfeeding.com/
p/s : esok kat SOGO ada member sale, nursing pillow ada 40% off, saya mahu rembat satuuu huhuhu
4 comments:
mak sampai sudah tak reti nak bf baby sampai baring. haha. pelikkan?
mak guna posisi 1 je nyah. walau ngantuk macamana sekalipun tengah2 malam buta tu, posisi 1 jugakkk yang menjadi pilihan. sampai tersengguk-sengguk kehkehkeh. sebab tu je cara yang selesa dijiwaku :P
kot utk projek no3 nanti haruslah berusaha sungguh2 nak belajar bf sambil baring :)
wahhhh ko dah bleh jd pakar laktasi la nyah......
nana..thanks bagi tunjuk ajar. kalah nurse kat spital. pergh..dah lama tak peknen...mcm pirst time nih nak dapat baby. nerbes.
zety; tabahnya ko nyah memalm buta nyusu sambil duduk. kalo mak tak termelangkup dah :)
ct; eceh..
anon; :) *malu la
Post a Comment