Tiba-tiba terasa mahu menulis perkara ini sebab pagi tadi seorang kawan menyatakan kerunsingannya ( eh!! kenapa begitu skema lagi ), kenapa anak dia macam semakin mengecil walaupun sampai sekarang anak dia masih exclusive breastfed.
aiyaa….saya tergaru-garuk kepala macam mana nak terangkan pada dia padahal saya dah terangkan sebelum ini 2 bulan yang lepas perkara yang sama. Masa itu anak dia baru 3 bulan tapi dia sangat risau sebab berat anak dia baru dalam 6.3kg. 6.3kg kak nonnn!!!! Memang saya betul-betul tepuk dahi masa tu dan terasa juga mahu menepuk dahi dia sekali hahahaha Takpelah bagi peluang lagi sebab ini adalah cubaan kali pertama dia menyusukan baby secara eksklusif dan mak juga kembang kempis hidung depan suami sebab berjaya membantu dia tanpa jemu sehingga ke hari ini..eheh..
Masalah utama kawan saya ni dia selalu membanding-bandingkan perbezaan tumbesaran anak dia yang pertama yang hanya dapat susu ibu dalam masa tempoh berpantang dengan anak kedua. Jadi, bila anak kedua ini tak gemok seperti yang diharapkan, dia mula risau.
Saya tanya kat dia, tahu tak berat hazzim sekarang berapa? huhuhu mestilah dia tak tahu. Saya cakap, berat hazzim sekarang ni pun ( masa tu setahun 7 bulan ), baru 7 kg. Agak-agak releven ker soalan dan jawapan tu untuk menenangkan kerunsingan beliau kak nonn? hahaha ya..ya..ya.. ai know, tak best lansung.
Baiklah, saya bagitau. Pembesaran daripada segi berat antara breastfed dan formula-fed babies memang sedikit berbeza. Baby yang breastfed kadang-kadang memang nampak agak selim melim tapi ianya proses yang sihat untuk jangka panjang. Maksud saya ia tidak akan terjerumus kepada masalah obes / kegemukan.
Ada sedikit panduan saya dapatkan untuk berat breastfed babies.
- Weight gain of 4-7 ounces (112-200 grams) a week during the first month
- An average of 1-2 pounds (1/2 to 1 kilogram) per month for the first six months
- An average of one pound (1/2 kilogram) per month from six months to one year
- Babies usually grow in length by about an inch a month (2.5c.m.) during the first six months, and around one-half inch a month from six months to one year.
Katakan bahawa anak kawan saya itu berat anaknya masa lahir adalah 4kg ( saya rasa kurang daripada itu ) dan masa umur 3 bulan berat telah meningkat sehingga 6.3kg. Ini bermakna berat baby telah bertambah sebanyak 2.3kg!!
Breastfed & formula-fed babies ni kebiasaannya membesar sama saje dalam 1 hingga 3 bulan yang pertama. Bila dah masuk 4 hingga 6 bulan formula-fed babies selalunya kelihatan lebih cepat ‘berisi’ tapi yang penting tumbesaran dari segi ketinggian lebih kurang sama bagi baby yang breastfed mahupun formula-fed*.
Selepas 6 bulan, breastfed babies ni lagi kelihatan selim melim dan kebanyakkan pertambahan berat baby pun hanya ½ kg sahaja sebulan. Kalau anak saya si Hazzim ataupun si Balqis sekalipun, saya dah biasa tengok penimbang berat tu tak berganjak berbulan-bulan
Ini sebab apa?
Sebab berat yang berlebihan pada formula-fed babies ni adalah kerana air yang berlebihan dan perbezaan kandungan lemak yang dapat daripada susu formula itu!!
Saya juga ada baca yang breastfed baby ni consume kurang kalori dan jumlah pengambilan susu berbanding formula-fed babies. Tapi yang bestnya, ini tak bermaksud yang si emak itu tak berupaya memberikan jumlah susu yang sepatutnya sebab breastfed baby ni ada kelebihan dalam badan mereka masing-masing untuk control pengambilan kalori selari dengan keperluan badan mereka. Ini bermaksud mereka tahu, banyak mana mereka perlu makan dan ini jugalah jawapan kenapa breastfed babies kurang mengalami masalah obes!!
Mak selalu tensi tau kak non kalau bawak anak pi klinik. Tahu sajelah bukan sume doctor yang prihatin dgn benda-benda macam ni. Ada ker kata anak mak tak cukup zat kak non!!! Kecik hati haku!! Depa rujuk chart yang dalam Rekod Kesihatan cucuk tiap-tiap bulan tu, mak pun bodo-bodo jelah kan angguk-angguk. Tapikan chart tu selalunya macam standard jer, tak buat asing-asing punkan untuk baby yang eksklusif breastfed? Itu belum lagi yang kang ada pulak kata muka anak haku sebesar tapak tangan dia. haish!!!
Balqis : 9 bulan
Balqis : 1 tahun 5 bulan.
Sudah slim :)
Balqis : 2 tahun 4 bulan ---> 9kg sahaja!!
Hazzim : 7 bulan
Hazzim : 1 tahun
Hazzim : 1 tahun 6 bulan ---> 7kg
Kembali slim :)
Perhatikan, selagi anak aktif, selera makan tetap ada walaupun makan dalam kuantiti sedikit, ia menunjukkan baby anda sihat sebenarnya. Abaikan orang nak kata apa. Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira kenapa baby kamu kecil seperti saya yang memang kami ni dari keturunan yang tak berapa besor.
Apapun, alhamdulillah yang penting anak-anak semua sihat walafiat dan cargas. Biorlah Hazzim slim-melim skit, sampai masa gemok macam Balqis, makannn jer kerjanya.
*In 1992, Dr. Katherine Dewey, of the University of California at Davis conducted a study comparing the growth patterns of normal, healthy breastfed and formula-fed infants. Dubbed the DARLING study (for Davis Area Research on Lactation, Infant Nutrition, and Growth)
Sources : 1. http://www.askdrsears.com/html/2/t023600.asp 2. http://www.kellymom.com/babyconcerns/growth/growthcharts.html
5 comments:
owh.. macam tu yek.. sbb saya pon agak² risau takut nawfal tu kurus sbb tak cukup zat.. hmmm.. baru tau.. lg pun mmg keturunan belah mak saya pon kecik² jek.. thanks..
memang sangat berbeza anak yang minum susuibu dgn susu formula (ini pengalaman saya lah. org lain saya tak tahu).
anak sulung (2 tahun 8 bulan) yang formua-fed tu beratnya mencecah 21kg skrg ni. huhu. patah tangan nak dukung dia!
si adik (1 tahun 7 bulan) breasfed sampai umur setahun lebih, beratnya maintan 9kg.
yang penting anak-anak sihat dan happy. tak gitu? :)
Jannah; kalau pikir balik sec logik, apakah zat yg lebih baik dr zat susuibu? depa ni kdg2 sedap mulut jer ckp. anak2 saya mmg halus huhu
zety; kan..kan..si balqis tu naik mendadak sebb dek pasal formula tu rasanya sejak dia benti nyusu badan campor mkn nasik x benti.
setuju....lagi satu ikut genetik ibu bapa juga kot..
ada juga breastfed babies yang besar juga..skang angka lebih mempengaruhi dari yang lain2..huhu
azri (nak masuk 15 bulan), dah 11.8kg..alhamdulillah..tak nampak chubby pun cuma dia tinggi..sbb kami tinggi2 orgnya...ku dah 170cm..hubbyku 184cm..huhu.
samalah anak2 aku nyah..comel2 belaka..slim2 belaka...xdenye nak montel gedebuk..ehehe
Post a Comment