25 January 2010

Komitmen di Pagi Minggu

Sekarang ni kalau nak plan apa pun di hari minggu, mesti kena ingat betul-betul yang kami dah ada komitmen lain. Walaupun kelas tusyen kami ni sudah masuk setengah tahun tapi kadang-kadang masih terlupa juga.



Rasa tak larat pulak nak mengadap budak-budak ni bila saya dah masuk bulan-bulan penghujung. Penat tu tidaklah sangat tapi melayan perangai budak-budak sekarang ni tak macam perangai budak lima tahun lepas. Beza betul saya kata kat suami. Lima tahun lepas budak-budaknya kalau datang tusyen tu memang datang nak belajar, tak main-main, tak melawan cikgu dan hormat kat cikgu. Ini tidak, saya menjerit mengilai macam langsuir pun, dia nak main jugak. Tak reti nak duduk diam-diam buat kerja. Selagi saya tak ugut ‘kalau tak siap saya tak bagi balik’, selagi itulah nak main saja hehehe sekarang memang kena main ugut-ugut.



Sebenarnya kalau nak cerita penglibatan kami ewah.. macam besar sangat :) dengan aktiviti tusyen ni, kami dah buat sebelum kahwin lagi. Agak-agak dalam 5-6 tahun lepas. Masa tu kami ambil kelas Tahun 4 hingga Tahun 6. Ramainya boleh tahan juga sampai kena upah seorang lagi cikgu sebab kami dah tak boleh nak handle 18 kelas. Satu kelas paling sikit 5 orang dan ada kelas sampai 10 orang. Memang dalam satu-satu kelas saya hadkan paling ramai 10 orang sebab senang nak control. Budak-budaknya kebanyakkannya memang mendengar kata, belajar tu memang bersungguh-sungguh dan tak banyak karenah. Senang cerita saya tak sakit kepala bila mengajar.



Lepas kahwin, kami dah tak buat sebab saya concentrate pula dengan kelas master saya selama 2 tahun. Memang tak boleh buat rasanya sebab mana nak buat assignment lagi, mana nak buat kelas tusyen lagi. eee jangan haraplah.



Entah macam mana tahun lepas tiba-tiba kami teringin nak buat semula kelas tusyen sebab 1) daripada tak buat apa-apa pagi minggu dan 2) ramai pula makbapak yang bertanya bila kami nak buka kelas tusyen balik.. ishk!! mak sungguh terharu cik non.. hahaha



Akhirnya bermula Julai tahun lepas kami buka semula kelas tusyen dan kali ini memang nak buat satu kelas sahaja dulu, budak Tahun 4 seramai 5 orang dan seorang pelajar kesayangan Tahun 1 iaitu adik Rahman si Montel.



Bila perangai budak-budak sekarang pun dah berbeza, tahap kesabaran cikgunya pun berbezalah juga. Nak tengok saya naik hantu, datanglah rumah saya waktu pagi setiap minggu. Kalau tak dengar saya menjerit-jerit, ia kedengaran juga seperti mengilai-ngilai di pagi hari hahaha ekzejeret sungguh!!



Saya seperti mahu saja berpesan kepada ibubapa yang menghantar anak tusyen di rumah saya supaya janganlah anda bayangkan yang anak anda akan dimanja-manja semasa diberi latihan. Saya memang tak peduli, kalau nak bermalas-malas, duduk sahaja di rumah. Jangan buang masa saya nak melayan budak-budak yang datang tusyen hanya kerana dipaksa mak ayah.



Jika nak di bandingkan antara saya dan suami, saya ni memang garang. Suami saya tu tak pernah saya nampak dia mengilai-ngilai marah-marah waktu mengajar. Paling dahsyat pun alahhh setakat jegil mata saja pada adik Rahman si Montel. Budak-budak ni kalau tak duduk elok-elok, saya marah. Gelak lebih-lebih, saya marah. Tulisan kecil sangat, saya marah. Mata pensel tumpul, saya marah. Buat garisan tak guna pembaris, saya marah. Cungkil-cungkil pemadam, saya marah. Nasib saya takde rotan jer dalam rumah, kalau tidak mau kena sekali dua dengan saya.



Alhamdulillah, garang-garang saya ni, sampai sekarang takde lagi mak budak datang rumah komplen anak kena marah. Kalau mak budak datang bagi kuih sebab anak dia meningkat daripada kelas empat terus naik kelas nombor satu memang ada :) Semuanya meningkat dalam final exam Tahun 4 tahun lepas. Si Hamzi yang dulu semuanya D, sekarang bolehlah bangga dapat B dan C. Si Syahmi pula dapat 5 A walaupun yang inilah yang paling nakal buat saya sakit jantung dalam kelas.



Tahun ini semuanya datang balik untuk tusyen Tahun 5. ohh..ada seorang budak baru dan bulan depan ada pula permintaan untuk Tahun 4 seramai 3 orang. mati haku. Nampak gayanya macam dah tersebar cerita kelas tusyen kami ini. Sudah..sudah.. saya dah tak boleh ambil budak lagi. Sudahlah saya nak bersalin bulan 4 ni eee haru..haru..



Anak saya masih berbaju tidor ;p


Tahun ini juga kami dah pindahkan kelas tusyen di tempat baru yang lebih selesa. Macam jauh benor bila guna perkataan pindah :p Saya buat di tempat yang lebih elok kat rumah saya di sebelah yang saya kata saya buat stor itu. Saya dan maid bertungkus lumus kak non basuh-basuh lantai bagai sebab nak letak tikar dan carpet. Pasang langsir lusuh-entah-siapa-yang-punya. Barang-barang yang pn.zawiyah tumpang kat dalam tu semua saya sumbat letak dalam bilik. Meja tusyen tu memang dah ada yang dibuat masa kelas tusyen lima tahun lepas. Ayah adik Rahman si Montel yang buat :) Meja semua saya lapik dengan kain langsir-entah-siapa-yang-punya. Lega sikit rasanya sebab rumah saya dah tak bersepah dengan sisa-sisa pemadam.




Balqis memang tak agak-agak kalau main dengan budak umur 11 tahun!






'Kalau cikgu senang hati sebab awak semua tak buat perangai memang cikgu ada hati nak hidang air sirap sejuk bila dah masuk tengahari. Jadi, belajarlah rajin-rajin ye'



15 January 2010

Geng Indi

Agak-agaklah kak non kan.. ngeri tak bila tetiba datang kumpulan import band indi macam mamat indon kat kenduri kawin uolls hahahaha ngeri seh..ngeri... Nak tergelak guling-guling pun ada kat situ hahahaha Sudahlah nyanyi macam lepas tak lepas jer :)

Paling tak buleh blah baju hijau tu kan.. aku rasa cam serabut giler. Dulu takdelah macam tu sangat. Sejak beliau ada bapak baru ni ( bapa dia dah lama meninggal ) yuhuhu yang ada bisnes sewa alat-alat band ni, makin keindi-an pulak aku tengok. ya.. tuan..puan semua.. ini semua bukan mamat import seperti yang aku bagitau tapi adalah geng sepupu sepapat aku sendiri :) Jangan main-main, siap ada manager ni. Tak buleh kalah lansung.. ;p




Semangat tau menyanyi hari tu.. pakai pun kemas-kemas gitu, siap stoking sume tak tinggal. Pagi-pagi datang rumah pn.zawiyah carik adik-bongsu-sangat-manja untuk sesi meminjam baju. Bagus-bagus..daripada buat kerja bukan-bukan.. menyanyi lagi bagus. Bagi semangat skit *clap..clap..clap*

14 January 2010

Posisi Mana yang Kamu Suka?

Baru-baru ini kakak ipar saya melahirkan anak lelaki yang ketiga. wohohoho kesemuanya hero. Saya tak dapat bayangkan macam mana kalau saya mempunyai 4 hero termasuk ayahnya dalam satu rumah. Mesti rumah tidak berupa seperti rumah, hanya layak digelar kapal yang karam :)


Bagusnya hospital tempat dia bersalin walaupun bukan hospital gomen tapi ia adalah Rakan Penyusuan Ibu dan ini bermakna sana-sini penuh poster baby tengah menyusu badan. Saya terasa seolah-olah di dalam kedai poster juga.


Bagusnya juga ( kenapa macam banyak sangat ‘juga’? ) kakak ipar saya ini memang memilih untuk menyusukan anaknya. Saya memang suka menziarah ibu lepas bersalin yang sedang sebuk menyusukan anaknya...mak memang sungguh kepochi tak pasal-pasal kalau hal ini hahaha


Saya sungguh kepochi bagaimana dia menyusukan baby waktu itu. al-maklumlah saya ni masih belajar dari kesilapan dan tak mahulah orang lain pun tersilap juga seperti saya dulu.


Melalui pengalaman dua rutin dan teknik penyusuan yang berbeza antara dua orang anak saya itu, boleh saya katakan selain lekapan mulut baby yang betul semasa menyusu, kedudukan baby dan si emak semasa menyusukan juga adalah sangat penting. Sebab apa saya kata macam tu sebab semasa Balqis, rutin penyusuannya tidak cerewet, asalkan dapat dia nganga sajer. Saya juga tak pernah rasa susah untuk menyusukannya di mana-mana. Balqis juga dari lahir sangat senang di 'suruh-suruh' membuka mulut lebih luas dan saya tak perlu bersusah payah memastikan dia menyusu dengan betul.


Lain pula yang jadi pada Hazzim. Saya macam ‘take granted’ dengan perasaan syok sendiri ‘ala-bukannya-susah-pun-susukan-baby’ dan akhirnya padan muka, saya juga yang merana huhuhu Hazzim sangat cerewet. Walaupun mulutnya sudah melekat tapi kalau dia tak selesa, dia akan meraung secara tiba-tiba. Meraung sehingga merajuk dan lansung tidak mahu menyusu kemudiannya. Ia adalah sebenarnya masalah ‘nursing strike’ yang saya tidak berjaya mengatasinya. Mak sudah lemah semangat sebenornyer masa tu. Masalah ini terus berlanjutan sehingga menambah lagi kepada satu masalah lain, nipple confusion/preference.


Jadi, saya rasakan isu position ketika menyusu ini saya tidak boleh lagi ambil ringan. Sibuk nak bagi masuk elok-elok dalam mulut tapi kita sendiri tak sedor kita duduk pun tak berapa betul sampai sakit pinggang.


Hal kakak ipar saya itu, cuba anda bayangkan kedudukan dia masa menyusukan baby. Si emak duduk bersila, baby baring di atas kaki dan hanya kepala baby diletakkan di atas tapak tangan dan hanya kepala sahaja diserongkan (serong?) ke arah breast ibu. Bukan baby yang di bawa ke breast tetapi breast yang di bawa ke baby.


Sakit belakang bukan? Macam manalah cara mak nak kepochi ni? Nak betulkan cara dia duduk, nanti dikata kita hover pula. Akhirnya saya mampu tanya saje, ‘ok ke kak na duduk macam tu?’. Ntah apa-apa ntah haku rasa. Bila dia kata, ‘ok jer’, lagi saya mati kutu okeh.


Series saya kesian kat baby tu sebab ye lah walaupun dia macam syok sajer menyusu dan memang lama pon dia menyusu tapi bila kepala baby terteleng macam tu, macam rasa tak selesa saja saya tengok.



Kepala, bahu dan peha baby perlu mengadap ibu sebaik mungkin. Baby yang baru lahir kedudukannya seperti huruf ‘C’ yang mengadap ke badan si ibu.


Macam kita juga, kalau anda diberikan air yang sangat sedap, yang mana satu lebih nikmat merasai air itu, samada duduk menyangkung di tepi jalan atau diberikan kerusi empuk 5 bintang? eh.. macam tak best jer contoh..huhu



(1) (2)


(3)


The Cradle Hold



Posisi yang paling 'popular' bagi semua ibu di mana kebanyakkannya adalah posisi pertama yang diperkenalkan oleh bidan/midwives selepas bersalin.. melainkan anda rela berbaring seperti saya kerana bersalin secara cesarian :)



Kepala baby hendaklah berada di bahagian hujung bertentangan siku manakala tangan anda menampung bahagian belakang baby secara keseluruhan dan tapak tangan menampung punggung baby serta pangkal pehanya. Keseluruhan badannya mengadap badan anda dengan selesa dan kepala baby perlu selari dengan kedudukan badannya. Kata mudah, jangan terteleng-teleng.



Tangan ibu yang sebelah lagi adalah untuk betulkan kedudukan breast dan cuit-cuitkan mulut baby dengan nipple untuk baby ada ransangan untuk membuka mulutnya. Bila kedua-duanya sudah selesa bolehlah memegang baby macam gambar no. 3 itu.







The Cross Cradle Hold



Posisi ini lebih kurang sama macam posisi di atas. Cuma yang bezanya adalah si ibu gunakan tangan yang bertentangan. Posisi ini senang untuk kontrol kepala baby untuk di bawa ke breast ibu. Tapak tangan menampung kepala dan leher baby untuk halakan ke breast dengan lebih senang. Bila dah selesai boleh tukar posisi baby untuk breast yang satu lagi tanpa menukar tangan. Lenguh sikitlah ek sebab guna tangan yang sama.







The Side-Lying Hold



Ini paling best bagi saya, cuma mak jarang-jarang seksi benor macam ni hehe silap-silap dengan saya sekali tertidor huhuhu Posisi paling bagus untuk kes-kes cesarian untuk kurangkan baby terletak di abdomen ibu yang baru lepas kena jahit. Posisi ni, macam tummy to tummy juga. Badan baby mengadap secara keseluruhannya ke badan ibu. Baby senang dan selesa menyusu dan tangan mak pon tak lenguh :)






The Clutch Hold / Football Hold



Posisi ini juga sangat sesuai untuk kes cesarian sebab baby tak berada di abdomen yang dijahit itu. Cumanya posisi ini lebih mudah kalau ada bantal / 'nursing pillow untuk tampung badan baby sampai ke breast. Posisi ini juga sesuai untuk ibu yang breast agak besar serta baby pramatang.



Posisi yang mana satu kamu suka? eh..macam mana sebenarnya nak bagitau kakak ipar saya itu? Gagal sungguh!!!



Sumber : http://www.kellymom.com/ & http://www.breastfeeding.com/



p/s : esok kat SOGO ada member sale, nursing pillow ada 40% off, saya mahu rembat satuuu huhuhu




12 January 2010

Tahniah Sepupu Semua!!

Siap sudah kerja saya yang bertangguh seminggu dua ini. Bukannya beban sangat tapi saya mahu redakan perasaan amarah itu hilang. Laporan yang dibuat semasa perasaan yang bercampur baur ni nanti, mesti buruk hasilnya. Mesti macam mahu carik gaduh huhuhu


Tak tahulah kenapa sejak dua menjak ni tak boleh nak tahan marah. Nak marah sajer. Lebih suka duduk diam-diam berhibernasi di dalam bilik tak campor orang daripada banyak sangat cakap dalam opis ni tapi ada jugak orang tua yang tak habis-habis nak ganggu kedamaian haku ni. Nasib badan betul terkerja kat sini. mencik!! mencik!!


Tak naklah cakap pasal opis lagi, buat saya sakit jiwa!!


*******

Minggu-minggu sudah mak buyong sangatlah penat kak non. Dua orang sepupu nikah dan kenduri kawin 3 minggu berturut-turut tak termasuk hujung minggu ni masih belum selesai di sebelah lelaki di Kuantan. Selepas kenduri kahwin saya 5 tahun sudah, baru sekarang kenduri lagi. Penatnya ke hulur hilir bukan main-main dari pagi sampai ke tengah malam dengan tak menyempat-nyempat dari balik kerja terus ke rumah pengantin.


errrr... mati kutu pulak nak tulis apa lagi.


Saya letok gambor je lah. Adalah 2 – 3 keping yang boleh diharap sebab haku sibuk makan sajer

pn.zawiyah bersama-sama dengan cucu-cucu kesayangan

Banyak-banyak minggu itu, minggu lepaslah yang paling teruja sekali bagi Balqis. Mana taknya, siap praktis jalan slow-slow tabur bunga. Sampai ke sudah kak non jalan pelan-pelan dalam rumah sekarang ni berlakon-lakon tabur bunga. Letih betul mak, berjanggut menunggu dia nak sampai ke dapur huhuhu

Uncle dia panggil Balqis flowerhorn hahaha sebab lengan dia gempal macam tak muat baju!! Tahu pulak marah, 'bukan flowerhorn-lah, Balqis flowergirl'. Bukannya dia tahu flowerhorn tu apa.





Masa pi kenduri Balqis & Hazzim tak join depa naik bas. Bila dah balik baru ayahnya bagi green light. haih.. Balqis kalau dah dapat naik bas macam seronok sangat. Entah hapa lah perasaan dia sebenarnya bagi dia kalau naik bas tu.




Baru saya perasan, selama ni rupanya Hazzim belum pernah naik bas hahaha Patutlah menjerit-jerit, terkejut-kejut bila masuk dalam. Bila dah nampak kakak dia kat dalam, barulah dia naik syok. Siap babai-babai lagi okeh kat mak dia kat luar bas.

Budak-budak, masa ni lah pon nak seronok-seronok, dah tua-tua macam saya ni, tumpang sekaki jerlah tengok budak-budak seronok.

11 January 2010

Cendawan Tiram : Rekod Paling Besar

Suami saya kata saya takde kerja!! ;p Memang saya takde kerja cari kerja macam mana nak bagitau jugak yang cendawan ini memang betul-betul besor. Alih-alih Hazzim yang jadi mangsa. Dia pun agaknya terpening-pening kenapalah mak dia yang mereng ini memaksa dia mengambil gambar sebelah cendawan huhuhu.. Saborlah nak ye!!

Besor betul kak non. Berat lebih kurang 70gram. Sudah selamat saya sedekahkan pada staff saya. Dia pulak lupa nak bawak balik selepas simpan dalam fridge di opis. Gamaknya sudah tak berapa nak fresh masa dimasak. Lepas ni turn siapa pulak agaknya eh? Siapa mahu cendawan?

pek! pek! pek!

Bila saya katakan saya mahu menepuk dahi orang, janganlah anda sesekali membayangkan saya benar-benar mahu menepuk dahi orang itu. Buruk, sadis dan kejam benor ghopernyer.


Ia adalah simbolik bayangan kepada unsur-unsur kemanjaan dan kegengngan antara saya dan orang itu. yaikss geli mat sungguh.


Cuba pula bayangkan anda sedang membaca Gila-Gila eh… lebih baik Ujang sebenarnya kerana kartun-kartunnya selepas itu lebih selamba. Antara banyak-banyak kartun itu, di satu helaian, di kotak 2 yang terakhir, kawan anda sedang melawak bodo berserta kesengalan yang anda rasa tidak berbaloi untuk dimarahi lalu di akhirnya anda telah menepuk-nepuk dahinya berserta tulisan pek!..pek!..pek! dengan kartun muka yang tidak rasa bersalah lansung menepuk dahi orang.


hahaha kelakar betul saya rasa, kenapa sanggup menepuk dahi kawan. Buat-buatlah kelakar kalau ini tidak kelakar langsung.


Sebenarnya saya yang sengal hari ini gara-gara mahu memupuk sikap rajin di pagi Isnin.

07 January 2010

Anak Kecil sebab Susu Ibu?

Jarang sekali ( jarang ? ), belum pernah rasanya saya meletakkan post lebih ‘bermakna’ seperti membincangkan berkaitan hal-hal penyusuan ibu yang sebenarnya adalah topik yang paling menarik minat saya selama ini. eh! kenapakah rasa seperti sangat formal seperti mahu membuat article yang sangat best? haish!!! :D


Tiba-tiba terasa mahu menulis perkara ini sebab pagi tadi seorang kawan menyatakan kerunsingannya ( eh!! kenapa begitu skema lagi ), kenapa anak dia macam semakin mengecil walaupun sampai sekarang anak dia masih exclusive breastfed.


aiyaa….saya tergaru-garuk kepala macam mana nak terangkan pada dia padahal saya dah terangkan sebelum ini 2 bulan yang lepas perkara yang sama. Masa itu anak dia baru 3 bulan tapi dia sangat risau sebab berat anak dia baru dalam 6.3kg. 6.3kg kak nonnn!!!! Memang saya betul-betul tepuk dahi masa tu dan terasa juga mahu menepuk dahi dia sekali hahahaha Takpelah bagi peluang lagi sebab ini adalah cubaan kali pertama dia menyusukan baby secara eksklusif dan mak juga kembang kempis hidung depan suami sebab berjaya membantu dia tanpa jemu sehingga ke hari ini..eheh..


Masalah utama kawan saya ni dia selalu membanding-bandingkan perbezaan tumbesaran anak dia yang pertama yang hanya dapat susu ibu dalam masa tempoh berpantang dengan anak kedua. Jadi, bila anak kedua ini tak gemok seperti yang diharapkan, dia mula risau.


Saya tanya kat dia, tahu tak berat hazzim sekarang berapa? huhuhu mestilah dia tak tahu. Saya cakap, berat hazzim sekarang ni pun ( masa tu setahun 7 bulan ), baru 7 kg. Agak-agak releven ker soalan dan jawapan tu untuk menenangkan kerunsingan beliau kak nonn? hahaha ya..ya..ya.. ai know, tak best lansung.


Baiklah, saya bagitau. Pembesaran daripada segi berat antara breastfed dan formula-fed babies memang sedikit berbeza. Baby yang breastfed kadang-kadang memang nampak agak selim melim tapi ianya proses yang sihat untuk jangka panjang. Maksud saya ia tidak akan terjerumus kepada masalah obes / kegemukan.


Ada sedikit panduan saya dapatkan untuk berat breastfed babies.
  • Weight gain of 4-7 ounces (112-200 grams) a week during the first month
  • An average of 1-2 pounds (1/2 to 1 kilogram) per month for the first six months
  • An average of one pound (1/2 kilogram) per month from six months to one year
  • Babies usually grow in length by about an inch a month (2.5c.m.) during the first six months, and around one-half inch a month from six months to one year.

Katakan bahawa anak kawan saya itu berat anaknya masa lahir adalah 4kg ( saya rasa kurang daripada itu ) dan masa umur 3 bulan berat telah meningkat sehingga 6.3kg. Ini bermakna berat baby telah bertambah sebanyak 2.3kg!!


Breastfed & formula-fed babies ni kebiasaannya membesar sama saje dalam 1 hingga 3 bulan yang pertama. Bila dah masuk 4 hingga 6 bulan formula-fed babies selalunya kelihatan lebih cepat ‘berisi’ tapi yang penting tumbesaran dari segi ketinggian lebih kurang sama bagi baby yang breastfed mahupun formula-fed*.



Selepas 6 bulan, breastfed babies ni lagi kelihatan selim melim dan kebanyakkan pertambahan berat baby pun hanya ½ kg sahaja sebulan. Kalau anak saya si Hazzim ataupun si Balqis sekalipun, saya dah biasa tengok penimbang berat tu tak berganjak berbulan-bulan


Ini sebab apa?


Sebab berat yang berlebihan pada formula-fed babies ni adalah kerana air yang berlebihan dan perbezaan kandungan lemak yang dapat daripada susu formula itu!!


Saya juga ada baca yang breastfed baby ni consume kurang kalori dan jumlah pengambilan susu berbanding formula-fed babies. Tapi yang bestnya, ini tak bermaksud yang si emak itu tak berupaya memberikan jumlah susu yang sepatutnya sebab breastfed baby ni ada kelebihan dalam badan mereka masing-masing untuk control pengambilan kalori selari dengan keperluan badan mereka. Ini bermaksud mereka tahu, banyak mana mereka perlu makan dan ini jugalah jawapan kenapa breastfed babies kurang mengalami masalah obes!!



Mak selalu tensi tau kak non kalau bawak anak pi klinik. Tahu sajelah bukan sume doctor yang prihatin dgn benda-benda macam ni. Ada ker kata anak mak tak cukup zat kak non!!! Kecik hati haku!! Depa rujuk chart yang dalam Rekod Kesihatan cucuk tiap-tiap bulan tu, mak pun bodo-bodo jelah kan angguk-angguk. Tapikan chart tu selalunya macam standard jer, tak buat asing-asing punkan untuk baby yang eksklusif breastfed? Itu belum lagi yang kang ada pulak kata muka anak haku sebesar tapak tangan dia. haish!!!


Balqis : 9 bulan

Balqis : 1 tahun 5 bulan.

Sudah slim :)





Balqis : 2 tahun 4 bulan ---> 9kg sahaja!!


Balqis : 3 tahun 7 bulan ----> 13 kg



Hazzim : 7 bulan



Hazzim : 1 tahun



Hazzim : 1 tahun 6 bulan ---> 7kg

Kembali slim :)



Hazzim : 1 tahun 8 bulan ---> 8kg

Perhatikan, selagi anak aktif, selera makan tetap ada walaupun makan dalam kuantiti sedikit, ia menunjukkan baby anda sihat sebenarnya. Abaikan orang nak kata apa. Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira kenapa baby kamu kecil seperti saya yang memang kami ni dari keturunan yang tak berapa besor.

Apapun, alhamdulillah yang penting anak-anak semua sihat walafiat dan cargas. Biorlah Hazzim slim-melim skit, sampai masa gemok macam Balqis, makannn jer kerjanya.

*In 1992, Dr. Katherine Dewey, of the University of California at Davis conducted a study comparing the growth patterns of normal, healthy breastfed and formula-fed infants. Dubbed the DARLING study (for Davis Area Research on Lactation, Infant Nutrition, and Growth)

Sources : 1. http://www.askdrsears.com/html/2/t023600.asp 2. http://www.kellymom.com/babyconcerns/growth/growthcharts.html

05 January 2010

A Big Step

for 2010.


Bukan cerita saya. Rata-rata bloggers yang baru pertama kali ( atau yang dah berkali-kali ) hantar anak ke sekolah, semua cerita pasal hari pertama ke sekolah. Saya tiada cerita itu. Saya mahu cerita pasal Adik-Bongsu-Sangat-Manja. oowwhhh yang baru ( baru? ) sahaja konvo itu, yang telah menghabiskan duit sehingga pokai untuk hari konvokesyen, yang suka tak tidur malam, yang sanggup habis duit ambik lesen untuk bela binatang eksotik. Apa ke pekdah wahai Adik-Bongsu-Sangat-Manja?



Memperkenalkan binatang terbaru, Sugar Glider aka Tupai Terbang selepas dua ekor Sesumpah dan seekor Ular Sawa. Series, mak tak tipu memang ada ular sawa dalam rumah mak pn.zawiyah kak non.

*

*

Adik-Bongsu-Sangat-Manja telah memulakan langkah berani dalam hidupnya...eceh ( saya terasa seperti dia budak kecil lagi ).....dengan membuka syarikat sendiri. Ok, bukan dia seorang, its a partnership. Saya tak ambik pot kesah sangat dengan cita-citanya itu sebab saya tetap rasa seperti dia budak kecil lagi hahaha sungguh kejamkah?

Tapi setelah membuka websitenya itu, ohh..ohh..ohh.. ini perlu diberikan sokongan juga kerana Adik-Bongsu-Sangat-Manja telah melantik diri sendiri sebagai Marketing Manager. Ini bukan main-main lagi. Saya tahu kalau dia minat, memang dia buat bersungguh-sungguh dan biasa tengok dia tak tidor malam kerana nak siapkan kerja. Memang biasa untuk orang lain tapi untuk saya yang suka tidor memang pelik =)


Mengapa rambut sungguh begitu...memang patut saya rasa dia masih kecil. Tidak sesuai langsung untuk company profile!!

*

*

Walupun kadang-kadang saya terpaksa menerima kensengalannya menanam ( menanam? ) hobi yang bukan-bukan yang penting Adik-Bongsu-Sangat-Manja perlu bekerja bersungguh-sungguh dari sekarang. Saya tahu kerja-kerja Adik-Bongsu-Sangat-Manja memang sungguh teliti dan cerewet. Lebih cerewet daripada saya. Tapi bukan senang nak puaskan kehendak customer. Saya memang mahu perkenalkan perkhidmatan ini kepada kamu semua. Saya tengok sudah ada 2-3 projek yang telah siap termasuk satu 1 simple kitchen cabinet for small area. Cubalah tanya, mana tahu menepati citarasa dan poket :)

Dan walaupun dengan kesengalannya itu juga saya tetap berbangga kerana dia berani. Tidak cuba tidak tahu. Biar berani gagal..eceh..

Dan yang penting sekarang saya tidak perlu pening dengan siapa saya mahu rujuk untuk buat kitchen cabinet saya nanti. ye haa!!


 

Template by Best Web Hosting