Hari ini tak tahu nak makan apa waktu lunch setelah melantak mengambil sarapan 2 ketul kuih, sekeping roti canai, 2 bijik telur separuh masak dan segelas teh ais. Woh ho ho rasa sungguh banyak pulak bila menulis semula senarai menu sarapan pagi tadi huhu
Patutlah berat akhir timbang isnin lalu sungguh mengerikan. Tak pernah-pernah naik sampai 3 kg dalam tempoh sebulan. Sekarang sudah 53kg. Matilah haku nak turunkan berat badan lepas bersalin nanti.
Macam manalah saya tak terkejut sebab kalau ikut berat akhir masa bersalinkan dua orang sebelum ini adalah 53kg tapi sekarang ni baru 5 bulan sudah 53kg, alahai ada 4 bulan lagi ni. Berapa la berat akhir ni nanti dan macam harus bersedia membesar dan melebar dengan sihat.
**
Berat sebelum mengandungkan Balqis : 44kg
Berat akhir sebelum bersalin : 53kg
Berat lepas bersalin
***
Berat sebelum mengandungkan Hazzim : 48kg
Berat akhir sebelum bersalin : 54kg
Berat lepas bersalin : 48kg
Berat lepas bersalin itu turun dan turun turun sehinggalah 44kg!! yeay!!
Saya rasa bezanya mengapa saya boleh turun sehingga kepada berat asal mungkin kerana saya pada masa itu adalah EP ( Exclusive Pumping ) selama hampir 15 bulan untuk si hero Hazzim. Saya agak-agak saja sebab berdasarkan pengalaman yang tak berapa ada itu, proses EP itu penatnya, fokusnya dengan waktu mengepam dan persediaan mentalnya dengan kekurangan susu secara tiba-tiba selalunya lebih sikit berbanding daripada direct feeding masa Balqis dulu.
Tapi takdelah saya idam-idamkan untuk menjadi EP lagi untuk anak ketiga semata-mata untuk kurus. Oh tidak!! tidak!! tidak!!
eh..apa yang dibebelkan ni sebenarnya? macam kena pergi cari makanan sekarang. bai!!
0 comments:
Post a Comment