06 November 2009

Lagu Nasyid Paling Hot Dulu Kini Selamanya

Pagi Jumaat terasa sangat syahdu lebih-lebih lagi bila melayan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan nasyid Nadamurni. Aku tak sangka masih dapat lagi mendengar lagu-lagu ni bila menjengah rumah marini petang semalam.



eh!! kenapa ek lagu-lagu nasyid sekarang tak macam nasyid original macam ni even depa sendiri bila tukar kepada kumpulan rabbani depa dah transform kepada gaya KRU tu. Nasyid nadamurni ni eventho guna alat muzik nasyid paling asli..ahh tatap yang terhebat.



Yang buat saya rasa lagi syahdu bila masa sekolah asrama dulu, petang-petang pada bulan puasa zaman tu memang takde lagu lain la depa pasang. Nadamurni yang paling hot sekali. Kalau ada yang lain pun, macam elleh tak mengancam langsung. alahai.. dia punya feel dengar lagu ni kat kelas nak menunggu waktu bukak puasa tak buleh nak describe. Macam ala-ala aman damai, sunyi, sepi, zero masalah..isk best woh!!!



Lama dah zaman tu, rasanya nak dekat 18 tahun. Sedih sangat bila dengar balik semalam. Rasa diri macam ya Allah alpanya aku selama ni. hahaha memang hover. eh takpe kan aku hover benda-benda macam ni daripada aku hover benda bukan-bukan. yelah kan kadang-kadang kalau syok sangat dengan apa yang kita buat sekarang, sampai lupa apa yang 'sebenarnya apa yang kita patut buat'.



Ini lagu nasyid Sunnah Orang Berjuang. Janganlah pulak karang ada orang kaitkan aku dengan kumpulan Arqam pulak. Bukan apa kadang-kadang ada orang tak boleh limitkan diri dia dengan satu-satu perkara, terlalu fanatik dan memuja. Heran aku.
Lagu yang sangat sedap di dengar.









Munajat is the best of all.








Nasyid Selamat Tinggal Ibuku ni daripada kumpulan Nadamurni Jr. Antara lagu-lagu nasyid paling awal sekali aku dengar dalam tahun 1991. Masa tu Form 1. Ingat lagi bila ustaz kata dia nak jual kaset ni ( hahaha kaset tau ), mak oi akulah antara orang yang paling laju order. Dahlah masa tu mana boleh bawak walkman kat sekolah. Tiap-tiap hari tenung baeek punya kat kaset tu, punyalah tak sabar nak balik rumah hujung bulan pasang kat rumah. owh.. best!! best!! sampai rumah 2 hari suntuk aku pasang. ye la pulak kan balik pon sabtu ahad je maknanya lagi sebulan lagilah aku boleh dengar balik.







Anak Pejuang adalah lagu sangat syahdu didengar dalam bulan Ramadhan. owh lagu sedih.






TQ marini, alasan takde masa dengar ceramah/tazkirah agama adalah tidak best ini juga adalah antara pilihan yang baik untuk orang yang mendengar ingat pada Yang Esa. InsyaAllah.

4 comments:

Zuraimah Ismail said...

babe, aku pun suka nasyid lama2 compared to nasyid sekarang ni....which xdak feel langsung..tp x semua la kan...but most of it..

ko wat aku teringat zaman smap aaaa

huhuhuh

ingat x nasyid pondok kecil yg sungguh menyentuh hati tu..

Sheeta dari Laputa said...

Kak Lubna.. sangat best! Dulu mana ada nasyid lebih best dari Nadamurni dan The Zikr.

Saya ada satu rangkap sampai saya sangat berkesan..

"Malamnya bagai rahib merintih sayu.. Dihiris dosa air mata... Siangnya bagaikan singa di rimba, memerah keringat meluah tenaga."

Ustaz Ashaari ni kan, mmg la arqam, tapi minda dia dengan menyusun bahasa indah merentap jiwa sangat bagus!

Mrs Azarol said...

ti; a'ah ingat2. best gak tu

marini; ye la akak rasa pun sebab bahasa dia yg lain dr nasyid sekrg. pendapat akak pasal ustaz ashaari ni, at certain point, kita ambil yang kita rasa selari dgn apa yg kita belajar dan faham. yang lain tu, no komen la sbb tak arif nanti tersilap tafsir. :)

anon suria said...

rindu zaman dolu-dolu...

 

Template by Best Web Hosting