30 November 2009

22Minggu : Tak dapat Tun, Anak Tun Pun Jadilah


Rasanya sudah-sudahlah aku mengidam makan kambing ni. Dah naik jemu pulak mengadap tiap-tiap minggu. Kelmarin mentang-mentanglah depan rumah buat acara korban 9 ekor lembu, haih berkilo-berkilo ketua acara ayah aku dapat limpa, paru dan hati. Orang tak mau ker hapa tak tahulah tapi janji semua satu kampong dah dapat sama rata. Jangan buat memain weh daging korban, menjawab la nanti.


Hari Jumaat tak buat apa-apa. Hari pun agak panas, adalah lebih baik duduk diam-diam dalam rumah menjaga rona kulit daripada gelap dan bertambah kedut hahaha ok tak kelakar.



Hari Sabtu, hari kenduri sup tulang di rumah sendiri. Semua ipar duai biras datang ke rumah teratak buruk lagi kecil. Seperiuk besar buat sup tulang, rendang daging, lemang bagai. Licin.

Aktiviti waktu senggang : Menonton TV

*

Pasangan Paling Romantik Abad Ini


*


Hari Ahad, ada majlis tak berapa nak besar kat depan rumah aku. Majlis Ramah Mesra Makan Free Sempena Raya Haji 2009. Aku semangat anak beranak pi menjayakan majlis kemasyarakatan ni. Majlis pun depan rumah sajaaa (kentut pun boleh dengar), kalau tak pergi nampak sangat takde semangat kemasyarakatan..ewah..

Bapa mertua aku sanggup tau taknak pergi mana-mana hari tu semata-mata nak join orang kampung weh.. jadi aku pun dah berjangkit dengan penuh semangat cari tempat duduk.

*

Warna baju aku tiada kena mengena dengan warna tema hari itu :P

( saja ayat provokasi )

*

Jeng..jeng..jeng... sebenarnya semangat sangat sebab dia ni jer..

*



ok..abah.. semangat..semangat...

*

"ok bah... ready..ready..lepas ni turn abah pulak"
*
*

hallamak kena turun gaji paparazzizarol ni. Angel lansung lari!!


*

Bonus harus 12 bulan. Hasil terbaik paparazzizarol.

*
Kami & Idola Kecil
*
Paparazzizarol : yang.. hari ni saya nak pi cuci gambar abah. buleh gantung kat kampung, biar pakcik yahye JKKK jeles!!
*
Mamarazzi : hahaha ok.
chet..bapak borek, anak rintik ( ini harus dalam hati )

25 November 2009

21 Minggu : 53kg

Hari ini tak tahu nak makan apa waktu lunch setelah melantak mengambil sarapan 2 ketul kuih, sekeping roti canai, 2 bijik telur separuh masak dan segelas teh ais. Woh ho ho rasa sungguh banyak pulak bila menulis semula senarai menu sarapan pagi tadi huhu


Patutlah berat akhir timbang isnin lalu sungguh mengerikan. Tak pernah-pernah naik sampai 3 kg dalam tempoh sebulan. Sekarang sudah 53kg. Matilah haku nak turunkan berat badan lepas bersalin nanti.


Macam manalah saya tak terkejut sebab kalau ikut berat akhir masa bersalinkan dua orang sebelum ini adalah 53kg tapi sekarang ni baru 5 bulan sudah 53kg, alahai ada 4 bulan lagi ni. Berapa la berat akhir ni nanti dan macam harus bersedia membesar dan melebar dengan sihat.


**

Berat sebelum mengandungkan Balqis : 44kg
Berat akhir sebelum bersalin : 53kg
Berat lepas bersalin taknak turun-turun : 48kg


***

Berat sebelum mengandungkan Hazzim : 48kg
Berat akhir sebelum bersalin : 54kg
Berat lepas bersalin : 48kg

Berat lepas bersalin itu turun dan turun turun sehinggalah 44kg!! yeay!!

Saya rasa bezanya mengapa saya boleh turun sehingga kepada berat asal mungkin kerana saya pada masa itu adalah EP ( Exclusive Pumping ) selama hampir 15 bulan untuk si hero Hazzim. Saya agak-agak saja sebab berdasarkan pengalaman yang tak berapa ada itu, proses EP itu penatnya, fokusnya dengan waktu mengepam dan persediaan mentalnya dengan kekurangan susu secara tiba-tiba selalunya lebih sikit berbanding daripada direct feeding masa Balqis dulu.


Tapi takdelah saya idam-idamkan untuk menjadi EP lagi untuk anak ketiga semata-mata untuk kurus. Oh tidak!! tidak!! tidak!!


eh..apa yang dibebelkan ni sebenarnya? macam kena pergi cari makanan sekarang. bai!!

06 November 2009

Lagu Nasyid Paling Hot Dulu Kini Selamanya

Pagi Jumaat terasa sangat syahdu lebih-lebih lagi bila melayan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan nasyid Nadamurni. Aku tak sangka masih dapat lagi mendengar lagu-lagu ni bila menjengah rumah marini petang semalam.



eh!! kenapa ek lagu-lagu nasyid sekarang tak macam nasyid original macam ni even depa sendiri bila tukar kepada kumpulan rabbani depa dah transform kepada gaya KRU tu. Nasyid nadamurni ni eventho guna alat muzik nasyid paling asli..ahh tatap yang terhebat.



Yang buat saya rasa lagi syahdu bila masa sekolah asrama dulu, petang-petang pada bulan puasa zaman tu memang takde lagu lain la depa pasang. Nadamurni yang paling hot sekali. Kalau ada yang lain pun, macam elleh tak mengancam langsung. alahai.. dia punya feel dengar lagu ni kat kelas nak menunggu waktu bukak puasa tak buleh nak describe. Macam ala-ala aman damai, sunyi, sepi, zero masalah..isk best woh!!!



Lama dah zaman tu, rasanya nak dekat 18 tahun. Sedih sangat bila dengar balik semalam. Rasa diri macam ya Allah alpanya aku selama ni. hahaha memang hover. eh takpe kan aku hover benda-benda macam ni daripada aku hover benda bukan-bukan. yelah kan kadang-kadang kalau syok sangat dengan apa yang kita buat sekarang, sampai lupa apa yang 'sebenarnya apa yang kita patut buat'.



Ini lagu nasyid Sunnah Orang Berjuang. Janganlah pulak karang ada orang kaitkan aku dengan kumpulan Arqam pulak. Bukan apa kadang-kadang ada orang tak boleh limitkan diri dia dengan satu-satu perkara, terlalu fanatik dan memuja. Heran aku.
Lagu yang sangat sedap di dengar.









Munajat is the best of all.








Nasyid Selamat Tinggal Ibuku ni daripada kumpulan Nadamurni Jr. Antara lagu-lagu nasyid paling awal sekali aku dengar dalam tahun 1991. Masa tu Form 1. Ingat lagi bila ustaz kata dia nak jual kaset ni ( hahaha kaset tau ), mak oi akulah antara orang yang paling laju order. Dahlah masa tu mana boleh bawak walkman kat sekolah. Tiap-tiap hari tenung baeek punya kat kaset tu, punyalah tak sabar nak balik rumah hujung bulan pasang kat rumah. owh.. best!! best!! sampai rumah 2 hari suntuk aku pasang. ye la pulak kan balik pon sabtu ahad je maknanya lagi sebulan lagilah aku boleh dengar balik.







Anak Pejuang adalah lagu sangat syahdu didengar dalam bulan Ramadhan. owh lagu sedih.






TQ marini, alasan takde masa dengar ceramah/tazkirah agama adalah tidak best ini juga adalah antara pilihan yang baik untuk orang yang mendengar ingat pada Yang Esa. InsyaAllah.

05 November 2009

Mari Bertukar Profesyen!!

Tidak..tidak.. saya bukan nak bertukar profesyen kepada pengusaha cendawan. Tetapi selepas lunch hari ini saya akan berkerja keras mengadap..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MESIN PHOTOSTATE!!!!!

untuk buat salinan sebijik sebotol dokumen ini dan perlu dihantar esok pagi!!.

Tebalnya jangan ditanya

arghhhh!!! mak tensi uollsss!!!!

ya...ya...SAYA, memang SAYA SEORANG. BUKAN orang bawahan saya sebab jangan berangan saya ada orang bawahan sebab bos kata 'sila pinjam orang bawahan saya'. Saya memang terkonteng-konteng bersendirian. lagipun apa kejadahnya mintak tolong 2/3 orang kalau mesinnya pon ada SATU sahaja





selamat tinggal kerja yang lain

Cendawan : Hasil 5 Beg

hooyeah..hoyeah.. akhirnya hari ini setelah mendapat usb itu, saya dengan gigih memperlihatkan ececeh.. cendawan tiram kembang semangkuk yang tumbuh dari 5 beg media. Kalau dijual dapatlah 4 hengget lebih tapi yang ini semua edisi perut sendiri ;p


sungguh terseksa saya mengambil gambar ini




yang ini sungguh comel




yang ini terlebih kembang


hahaha jangan konpius..saya yang suluh dengan torch light kerana wiring letrik segala sudah punah di dalam rumah store ini






Tak berapa bijak lagi dengan timing menuai.. sebok kata petang nanti..petang nanti.. jadi terpaksa redho dengan kebesaran tak berapa cute ini





Sekian.



p/s : suami kata perlu menambah beg dan upgrade teknik siraman secara auto. saya mahu tunggu dan lihat.. haha memang kijam

04 November 2009

Sangat Bijak bila Berenang bersama usb cable di Lautan!!

Sejak hari Isnin saya mahu update pasal cerita cendawan yang sungguh syiok dan nikmat dimakan hasil cucuk tanaman sendiri tetapi tiada feel kerana tiada gambar sebagai bukti hahahaha
*
Apa pun cendawan untuk tuaian pertama telah selamat di masak oleh saya maid saya semalam. best!! best!!!
*
arghhhhhh!! tekanan...tekanan.. esok mesti dapatkan usb cable jugak!!


 

Template by Best Web Hosting