31 December 2009

Selamat Tinggal 2009

New template for 2010.
*
*
Saya rasa saya lebih suka dengan old template tetapi kerana usaha kepada pembaharuan itu telah menjangkau kepada 5 kali cubaan template yang berbeza-beza, jadi sudah-sudahlah. Saya rela dalam terpaksa menerima apa yang ada asalkan mata saya dapat memandang suatu yang baru dan tidak membosankan..heh!
*
*
Tahun 2009, tahun yang agak tidak memberansangkan. Biasa-biasa sahaja. Syukur semua ahli keluarga diberikan nikmat makan yang kadang-kadang melebih-lebih, tempat tinggal yang selesa, kesihatan yang baik-baik sahaja dan semua orang masih dapat duduk bersama-sama dalam satu kawasan. Itu perkara asas yang sudah memadai bagi saya.
*
*
Kalau bukan perkara asas seperti sudah mampu merobohkan rumah sedia ada menjadi rumah idaman, menukar kereta kepada yang lebih besar, menjadi penanam cendawan berjaya, memiliki perniagaan sendiri, menambah koleksi pinggan mangkuk... eh ape ke lain benor bunyiknyer... hahahaha *sighhhhhhh* seperti harus mencari dan mencari lagi perkara yang boleh membantu ke arah itu. *sighh*
*
*
Tahun depan ada satu misi yang kami suami saya perlu usahakan yang memerlukan sokongan saya 101%. Tak boleh 'main-main' lagi seperti cubaan bergelumang dengan cendawan ( cendawan lagiiiii!!... sabar la kak nonn, selagi cendawan-cendawan tu tak mati semuanya, mak akan sebut-sebut juga =) ). Selagi misi suami itu tidak berjaya dan terus terusan berjaya, saya tidak akan sebut perkara-perkara lain seperti manambah koleksi pinggan mangkuk itu :D
*
*
Anyways, apa pun misi, harapan dan azam kamu semua untuk tahun hadapan, saya doakan mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Jika kamu semua mahukan semua yang terbaik dan memberikan kesenangan kepada keluarga, begitu juga saya. SELAMAT TAHUN BARU!!

22 December 2009

Short Trip to Kuala Linggi

Hari Pertama



Mama suruh senyum, awak senyum macam ni Balqis.


Mengapalah sungguh begitu..

*



Si Hero





Hari Kedua




Si Kecil yang disarongkan dengan swimming suit dan dipadankan dengan seluor tidor, sungguh mak rasa comot dan berlengas kerana dipaksa oleh ayah sendiri untuk melihat kawasan sejarah yang cuacanya sangat panas lagi tidak menarik.






Saya memang seriau tempat-tempat macam ni. Suka terbayang bukan-bukan. Gigih mak mengendong Si Hero daripada terpaksa menahan sakit dada.



Restoran Terapung, satu-satunya tempat makan paling dekat dengan chalet. Memang dekat, tak sampai 5 minit naik kereta. Dua kali datang sebelum ni, masih belum buka. Kali ni datang barulah terang benderang sikit tempat ni waktu malam. Tapi price untuk seafood dia, adohai...kalau sesiapa yang biasa makan di Jeram, Kuala Selangor, kat Jeram ikan kerapu rm40 sekilo tapi kat sini rm60 sekilo!! Price untuk makanan lain macam selera kat restoran tom yam biasa tu, oklah kot. Tom Yam untuk sorang makan rm5, paprik untuk sorang makan rm4. Rasa pon boleh tahan, tidak mengecewakan sangat.



Kalau nak cakap pasal safety especially kalau bawak budak-budak, saya memang bagi zero. Seram kak nonn... hish..sudohler restoran tu ketengah laut sikit, palang besi tu ada dua jer togel macam tu. Bukan budak jer boleh jatuh, dengan makpak budak sekali boleh jatuh. Seram..memang seram.


*



Kota Supai



Pagi tu sebelum mandi laut, memang kami anak beranak dengan PIL termengah-mengah melawat kawasan ni dulu. Kota Supai ni ada kat atas bukit sebelah Restoran Terapung. Bukan Balqis saje yang berasa confuse dengan keterujaan ayahnya tapi dengan saya sekali terpening-pening menahan kepanasan pagi itu meneman suami, pencinta sejarah. ( Layankan saje, alang-alang dapat pahala menyokong hobi suami eheh..)



*



Banyaknya gambar Kota Supai ni melebihi gambar percutian bersama famili hahaha series. tak tergamak nak tempek kat sini semua Kota ini dibina sekitar tahun 1400 masa zaman perang antara Belanda dengan Portugis. Kali ni tak berapa nak kagum sangatlah sebab ini kali kedua naik atas ni, yang saya kagum adalah kekaguman en.bie yang macam naik pertama kali. Adakah telah berjangkit pe'el kecintaan terhadap sejarah daripada arwah pakciknya, N.A. Halim? Sungguh mak berasa konpius dengan hal ini.

Sudahlah sebelum sampai ke sini pada hari pertama, kami terjumpa makam lama dan terus sahaja berhenti tanpa rasa ragu. Sudahlah hujan renyai-renyai, suasana gelap tak gelap, cerah tak cerah, penuh dikelilingi pokok-pokok tua. Ada hati lagi mahu bergambar buat kenang-kenangan.

*

'alah..arwah pak ngah rilek jer tidor atas kubur lama, takde apa pun. Kita nak ambik gambar je pun takut'

*

iyee..itu arwah pak ngah bie. Kita mana tau dia ada baca bagai apa. Kang tak pasal-pasal kami anak beranak tak buleh tidor malam. Jadi abaikan saje niat murni itu.


*

Sesi bergambar bersama ahli keluarga tidak boleh dilepaskan walaupun hanya sempat menyarong selipar jamban bersaiz XL saja.

Rombongan sekampung tidaklah seramai ini. Pakcik saya yang berbaju hijau itu dan anak beranaknya sampai ke sini berjumba-jumba bermandi-manda daripada hari Jumaat lagi. Tak sangka pula kami pilih tarikh yang sama. 'Tuan haji, tak dapat komisenkah saya tolong menglamerkan tempat tuan haji ni' :)

*

Rupanya tanpa disedari adik ipar saya sungguh pandai bergaya comel ditambah dengan kecomelan sedia ada sehingga menenggelamkan penampilan orang lain.


KM Chalet, Kuala Linggi.
0126544639 / 06-3878033

Cendawan Tiram : Resepi Cendawan Goreng


Cendawan telah diserang binatang. Semut merah. Binatang yang sebenarnya dalam fikiran jatuh tempat ketiga selepas tikus dan lipas. Bukan sikit-sikit alang dia makan tapi sampai nak terputus batang cendawan.

Apa aku nak buat ni? Nak tanya mentor, malu. Botol ada 50 jer tapi soalan tanya banyak benor macam buat 50 ribu botol. Malu weh. Ini belum masuk soalan tiba-tiba keluar kulat hijau dalam beg yang langsung memusnahkan pertumbuhan cendawan. ngeri…ngeri…
*
*


Baiklah, lupakan saja kesedihan itu. Mari mulakan dengan resepi tutup mata aka resepi cendawan goreng. Nak jugak panggil resepi kan.. padahal bukannya ada bahan apa pun. Cuma telur dengan tepung perasa serbaguna seperti mahu goreng ayam.
*
*

Bersihkan cendawan dan rendam dengan sedikit garam. Mana tau ada binatang halus dalam cendawan. Siap-siapkan carik sebesar selera anda.

*

*

Toskan

*

*

Gaul dengan telur

*

*

Tiga perisa yang sudah dicuba adalah Adabi, Kentucky dan Nona. Antara 3 brand itu, Nona adalah yang terbaik sebab tak masin dan wangi. Kalau terkurang telur dan tepung, cendawan jadi lembik selepas digoreng. Jadi ia tak berapa nak cun untuk dihidang. ohh.. lagi satu tips, masa nak masukkan dalam kuali saya suka letak satu-satu sebab kalau letak sekali rappp ( kes nak cepat ), nanti cendawan akan melekat-lekat kak non. Tak cun juga. haish...kalau dapat tepung masin, buatlah apa-apa memang rasa tak cun saje.

*

*

aiyoo.. gambar sangat blur, langsung tidak menambat selera.

 

Template by Best Web Hosting