22 October 2013

KL Bird Park

Last Sunday kami planned bawa 4 of them pi playground di Tasik Perdana. Keluar rumah pun tak berapa nak pagi so bila sampai alahai car park pun penuh and slide pun macam dah tak boleh nak main sebab panas.

Kesian ke budak-budak cari jugak tempat nak bergumbira plus bagi exercise sikit kaki tu lari-lari. Mengadap t.v satu hari pun memang tak berkenan ai tengok. Ke shopping mall pun memang tak berkenan juga dari dulu.

Akhirnya alang-alang dah ada di area Tasik Perdana maka dapatlah jugak pujuk si ayahnya ke sini..

Yeay!! Dah lama sebenarnya nak bawak budak-budak ke sini tapi selalu tak dapat restu daripada penyimpan mohor besar katanyaa.. Akhirnya sampai juga ;)

Apa-apa pun mak dia memang over excited dulu.

Sila lupa bawak ic ye adik-adik sebab bolehlah dapat tiket rm25 hengget seorang. Budak kecik 3 tahun sampai 12 tahun dalam 17 ringgit kot. Kalau rajin bawaklah air sendiri sekali kang haus tak payahlah bazir duit beli air. Jimat kak non. Siapa biasa dengan stroller bolehlah angkut sekali. Mak pesen takde stroller sebab tak berapa suka dari dulu. Terasa macam satu beban pulak nak menyorong ke hulur hilir. Nanti kalau ada siapa yang penat kaki rehat je kat kerusi. Kalau tak malu nak baring bolehlah buat gaya-gaya retis bollywood hahaha

Ok.. ok.. ini info merepek. Moh ler mike kita masuk.

Silalah bawa duit 50 sen yang lama tu banyak sikit sebab boleh beli makanan burung daripada mesin yang memang banyak dia letak dalam park. Selalunya mesin ni kita nampak kat depan kedai runcit. Anak mak panggil benda alah ni mesin judi hohoho Sekali time nak beli food burung tu, Balqis boleh pulak jerit kat adik dia, 'eh ni tak boleh lah. Ni mesin judi'. Sudahlah sound system tu kuat. Malu ai.

Kesimpulan: Jangan ajar anak benda merepek ;)

Bab food burung ni, ai suka lagi Bird Park di Langkawi sebab food untuk binatang boleh dibeli di pintu masuk dan food dia variety and banyak.

Burung ni jenis jinak dan suka mengikut orang menagih makanan. Anak dara mak yang kecik sekali tu takut betul nak jalan sendiri. Mulut je kemain bising.

Ini sahaja gambar burung yang sempat di snap. Itupun guna camera phone saja sebab its unplanned kan. Ok jugaklah sebenarnya burung-burung kat sini. Nak kata banyak sangat pun takdelah jugak. Expectation tu tak boleh letak tinggi sangat tapi kalau saja nak exercise kaki bawak budak-budak tengok binatang, bolehlah datang sini.

Berehat sekejap bawah waterfall ni.

Budak-budak seronok bagi burung makan.

Sini pun duduk lama sebab leka tengok ikan dan itik. Kawasannya pun redup boleh duduk tepi kolam.

Spend masa dalam bird park ni tak lama sangat - lebih kurang 3 jam. Park mula buka dari 9 pagi sampai 6 petang. Siapa yang duduk area KL and tak nak spend masa lama-lama untuk weekend memang sesuai datang sini.

Keluar pagi by lunch time dah ada di rumah. ;)

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting