New template for 2010.
*
*
Saya rasa saya lebih suka dengan old template tetapi kerana usaha kepada pembaharuan itu telah menjangkau kepada 5 kali cubaan template yang berbeza-beza, jadi sudah-sudahlah. Saya rela dalam terpaksa menerima apa yang ada asalkan mata saya dapat memandang suatu yang baru dan tidak membosankan..heh!
*
*
Tahun 2009, tahun yang agak tidak memberansangkan. Biasa-biasa sahaja. Syukur semua ahli keluarga diberikan nikmat makan yang kadang-kadang melebih-lebih, tempat tinggal yang selesa, kesihatan yang baik-baik sahaja dan semua orang masih dapat duduk bersama-sama dalam satu kawasan. Itu perkara asas yang sudah memadai bagi saya.
*
*
Kalau bukan perkara asas seperti sudah mampu merobohkan rumah sedia ada menjadi rumah idaman, menukar kereta kepada yang lebih besar, menjadi penanam cendawan berjaya, memiliki perniagaan sendiri, menambah koleksi pinggan mangkuk... eh ape ke lain benor bunyiknyer... hahahaha *sighhhhhhh* seperti harus mencari dan mencari lagi perkara yang boleh membantu ke arah itu. *sighh*
*
*
Tahun depan ada satu misi yang kami suami saya perlu usahakan yang memerlukan sokongan saya 101%. Tak boleh 'main-main' lagi seperti cubaan bergelumang dengan cendawan ( cendawan lagiiiii!!... sabar la kak nonn, selagi cendawan-cendawan tu tak mati semuanya, mak akan sebut-sebut juga =) ). Selagi misi suami itu tidak berjaya dan terus terusan berjaya, saya tidak akan sebut perkara-perkara lain seperti manambah koleksi pinggan mangkuk itu :D
*
*
Anyways, apa pun misi, harapan dan azam kamu semua untuk tahun hadapan, saya doakan mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Jika kamu semua mahukan semua yang terbaik dan memberikan kesenangan kepada keluarga, begitu juga saya. SELAMAT TAHUN BARU!!
1 comments:
eh, tanam cendawan tak okey ke? lumayan tau.
mak dulu pun ada cita2 nak jd pengusaha cendawan. pengusaha okey. bukan setakat penanam. nampak tak tingginya cita2. siap dh nak attend kursus ni. tp pikir punya pikir - mak tak sanggup!
kalo cendawan tu mati, mak akan frust menonggeng. kalo printer rosak bleh gak kita tendang2 :P
Post a Comment