26 September 2011

Delisya : 1 tahun 6 bulan



Delisya 30hb ni masuk 1tahun 6bulan. Baru sihat dari demam & cirit birit. Kesian nampak sangat susutnya. Timbang berat minggu lepas 7.5 kg je berat dia tapi sebab anak-anak semua jenis kecik ringan aku dah tak ambik hati dah kalau ada orang senang-senang nak komen anak aku kecik gila.


Kalau dulu masa Balqis baya Delisya ni aku selalu kecik hati bila orang suka-suka nak komen anak aku kecik. Komen tu macamkan aku ni tak pandai bagi anak makan. Sedih ok. Aku ni pun beria-ia la jumpa pead tanya masalah kenapa kecik & kurus je si Balqis ni dan secara logiknya betul lah cakap doc. tu, kalau dah mak pak spesis kecik lagi comel. . eh! hahaha memang patutlah anak semua dapat gen kecik. Sejak dari tu aku pun ah lantaklah korang semua nak kata fizikal anak aku, janji sihat non.


Ingatkan aku je yang emo pasal orang komen anak-anak ni, rupanya en.somi pun emo sama. Tapi biasalah lelaki ni suka nak simpan-simpan. Patutlah rajin benor bagi Balqis makan telor masa tu. Boleh kata sehari memang tak miss la sebijik. Aku pulak masa tu rajin pulak bagi vitamin c hari-hari. Sekali.. . .hambek. . nak suruh dia stop makan sekarang ni susah betul. Umur 5tahun dah 24kg. Berat aku masa darjah 3-4 tu. Dapat tahu en.somi terasa hari tu sebab bila nak bagi makan telur kat Delisya, en.somi tak bagi makan selalu sangat sebab takut bila selera dah naik macam kakak dia nanti susah nak stop dan bagitau masa Balqis dia bagi telur sebab dia sedih orang kata anak dia kecik. Eh, terasa rupanya.


Now dah sihat banyak, selera makan pun kembali normal. Kuat makan si kecik ni. Pantang tengok kakak & abang makan, dia pun nak join sama.


Cakap tak berapa sangat lagi tapi dah faham apa orang cakap. Setakat mintak tolong ambik kain buruk dekat dapur memang dah cekap sangatlah :-P Orang perempuan kan, memang kena dera dengan maklah suruh kemas rumah :-)


Mama > mama
Ayah > ayah
Abam > abang / kakak
Wa > wan
Yang > yang (moyang)
Bu > susu
Nak air > nak air
Dah > sudah
Tet > cat
Ten > kitten





Delisya with Yang & Abam


Published with Blogger-droid v1.6.8

22 September 2011

Shout Shout

Fine, i put back the shout widget on the right side of this blog. Biasalah, emo diri ini seperti retis yang akan menjadi ibu beranak 4 memang macam ni =p.

 

ok, sekarang boleh bergoss di sana. Smile

 

daaa

21 September 2011

Raya Open House 2011

Adeh…  ingatkan badan ni larat sangatlah nak buat kerja buruh makan-makan. Sekaliiii.. terpaksa gila kuasa lantik diri sendiri jadi mandor ekekeke.

 

Terima kasihlah siapa yang jadik party planner ahkak hari tu aiseh… party la sangat. En.somi la ni semua punya plan, punyalah gelabah staff nak datang beraya sampai buat open house teruss… ekekeke  Padahal staffnya ada berapa orang je.. hover betoi.. =p Biorkan, jangan lantik aku jadi party planner sudah, jadi mandor takpe. Itupun, semput-semput je nak kena tengok makanan mana nak kena top up lagi.

 

Semput jadi mandor rasanya tak habis lagi ni. Kesian anak dara kecik mak tak boleh menikmati kehoveran bapaknya hari tu sebab demam dan cherry berry. Jadinya selain mandor, memang la kena melayan si kecik ni. Meragam dari pagi Sabtu lepas sampai la ke hari ini. Pagi tadi pun baru larat nak angkat kepala kalau tidak melepet je. Sedih aku tengok. Gambar dia pun takda, kesian tak larat sangat.

 

Adalah sikit gambor hari tu, sebelum semua jadi kelam kelibut (read :  walaupun mandor tetap rasa nak pengsan =p ).

 

2011-09-17 09.07.59

Bos Sedang Gelabah Mengelap Kerusi =p

 

 

2011-09-17 09.21.42

sukalah warna kali ni.. sejuk je rasa mata.

 

 

2011-09-17 13.15.54

Order dengan caterer Nasi Minyak + 3 lauk, yang lain2 party planner kata nak masak.. mak orraiitt jerr.. =p

 

 

308149_278766118818020_100000539013185_1072214_11316441_n[1]

Mee Hoon Sup

 

 

2011-09-17 13.16.15 

Lauk Nasi Minyak = Ayam Goreng Rempah, Dalca Ayam & Kerabu Mangga.

Ok, itu memang daun kari. Jangan konpius. Konon-konon tak nak bagi lalat datang. Walaupun jadi mandor tiada kuasa veto ( untuk tidak bersetuju ) melampaui party planner di situ. =p

 

 

321364_278766182151347_100000539013185_1072215_13692335_n[1]

Tauhu Sumbat. oh..oh.. ini sangat sedap. Terpaksa puji menu sendiri.

 

 

297166_278765058818126_100000539013185_1072193_664619619_n[1]

Pembantu mandor II yang tidak membantu langsung Laughing out loud

 

 

313422_278765972151368_100000539013185_1072211_140807278_n[1]

Pembantu Mandor I – bolehlah harap sikit-sikit

 

 

306304_278765712151394_100000539013185_1072207_829722174_n[1]

Bersama Assistant Party Planner

 

 

298860_278765208818111_100000539013185_1072196_2042276396_n[1]

Tadaaa.. memperkenalkan Party Planner @ Chef Raya Open House 2011!!

 

haih.. kalau takdak lah nenda terchenta aku ni.. memang tak merasa lah sos tauhu sumbat sangat sedap, bubur kacang hijau marveles & sup ayam tip top yang mandor sendiri tak sempat nak tengok. Konon-konon nak belajar buat sos tauhu sumbat itu pun tak menyempat-nyempat.

 

ahh.. tengok gambor-gambor ni rasa semput balik.. Laughing out loud

 

daaa

 

Template by Best Web Hosting