Ahli : 15 orang setakat hari ini ( keahlian sentiasa terbuka selagi ibu bapa adalah produktif )
Umur : 2 bulan hingga 13 tahun
Kelayakan : Apa sahaja – Presiden tidak cerewet.
semalam kenangan : hari ini kenyataan : esok mari berangan
Ahli : 15 orang setakat hari ini ( keahlian sentiasa terbuka selagi ibu bapa adalah produktif )
Umur : 2 bulan hingga 13 tahun
Kelayakan : Apa sahaja – Presiden tidak cerewet.
Rupa-rupanya ada jugak terselit gambar-gambar merapu sehari sebelum raya. Memang sebuk betul hari tu. Semua orang ada agenda masing-masing. Semua nak ikut selera tekak masing-masing. Yang nak sambal petai ikan bilis buat cicah ketupat palas pagi raya, ada yang nak sambal ikan bilis sahaja takde petai, ada yang nak ketupat, nak rebus nasi impit lagi, aku pulak sebuk dengan lontong dengan kuah kacang. Tengah sebuk-sebuk tu dinding pulak terkopak kena karate dengan budak-budak kecik dalam rumah ni. Kecoh derr.
Biras aku sebuk layan sorang-sorang masukkan beras dalam ketupat. Tahun ni tekak dia selera ketupat, tak nak nasi impit. Ingatkan 60 bijik dah banyak dah. Silap..silap.. belum sampai petang raya pertama dah licin.
FIL dah cuak dinding rumah dah terlopong kena karate cucu. Sebelum tu tiang konkrit buat ampai baju rumah Pak Cik sebelah roboh budak-budak ni buat gayut – yang tiang tinggal separuh je tu. Bergegar sekejap. Pelik betul tiang konkrit pun boleh roboh. Sebelum tu pasu bunga dia dah pecah dah. Nasib baiklah orang tua tu tak mengamuk.
Memang suka sangatlah kalau balik kampung depa ni. Mana nak pergi pun orang tua tak larang, lagi-lagi orang tengah sebuk kat dapur.
Antara yang setia jaga api 4 jam masak ketupat.
Apakan daya, memang comot sepanjang hari – mak sakan nak raya Nak kurang perhatian huhuhu
Gambar paling hot raya ini – memang tak boleh lawan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Depa suka nak pedajal buat lawak-lawak manja dengan mak kann!!
Ini shot terbaik tahun ini di pagi raya. Lotih mokcik pujuk anak dara kecik ketakutan dengan camera besor. Meraung memanjang tak sporting lansung kat mak kau ni berangan nak gantung gambor family.
Rambut anak dara mak memang macam tulah dah tak boleh selamat lagi memang pesen tak nak lurus. 5 minit sikat 5 minit gerbang 5 minit sikat 5 minit gerbang, susah sangat tengok duduk diam. Nak blow hari-hari bagi nampak macam bentuk cendawan sikit, kang rosak pulak rambut kau Nak. Mak redho jelah.
Emosi anak bujang raya tahun ni ada peningkatan sikit. Ada la meraung melalak 3 –4 kali JE sepanjang 6 hari kat kampung. 2 tahun lepas sebab kecik sangat kalau meraung setakat letak kat dalam reban ayam tepi rumah tapi kali ni sebab dah besar sikit setiap kali meraung bapaknya pergi dokong letak kat pokok pisang tepi gunung. Memang ada unsur-unsur bapa zaman jepun. Biarkan, tak kuasa mak nak layan drama meraung hari-hari.
Raya tahun ni turn balik Lenggong dan telah berpakat dengan maid nak masak lontong / kuah lodeh dengan kuah kacang malam sebelum raya. Tak tahulah mana datang super power dalam badan dengan nak bawak badan 6 bulan ni tiba-tiba rajin benor buat kerja kat kampung. Mungkin sebab kat rumah mak mertua, jadi ada unsur mencuri hati mak mertua di situ. Menyapulah, mengemoplah, sapu sampah belakang rumahlah dan paling tak boleh tahan cuci bilik air kak non. Sakit pinggang merana sendiri. Padahal ramai je sangat jejaka dalam rumah tu. Mokcik pikir kang yang nak mandi aku jugak, daripada mengarah menunggu orang lain basuh baiklah aku basuh sendiri kann.
Ini bukan buat-buat berlakon mengetuk dinding rumah ye kecuali tang aksi pelakon tambahan depan nun – nak jugak menyelit laki ahkak perasan ‘berketul’ ler tu huhuhu. Dinding rumah atas tu baru je berganti sebulan dua lepas tapi sebab cucu-cucu semua buas macamkan ada 50 orang dalam rumah habis di terajangnya sampai tercabut 3 keping. Nasib baik tak terjunam terus ke bawah, kalau tidak adalah yang raya kat hospital.
Orang lain boleh kurus masa bulan puasa. Anak dara mak naik 2 kg. Feveret sangatlah tu nasi impit dengan kuah kacang. Tahun ni macam tak pandang je lemang denga ketupat palas. Nasib baik, kalau tak boleh tambah lagi 2 kg nak oii.
alahai anak dara mak
Gambor memang tak berapa nak ada. Konon-konon tak sempat sangatlah tu nak melentok sana sini macamkan ada anak 10 orang. Tahun ni kenapa ntah seramai-ramai 9 adik beradik laki ahkak semua tak beria ambik gambor. Sendu-sendu je yang ada kat dalam tangan ni mengutip kat semua orang. Jadilah non asalkan ada, dah tua-tua tak berapa nak muda ni penyakit tergedik-gedik terkurang sikit. ahhh emo ler tuh gambor takde!
SALAM EID 2011
Template by Best Web Hosting