Minta maaf lah siapa yang hantar komen tapi ai lambat nak approve for publish. Sejak menjak moderate komen from email ni jadi macam kelam kelibut sikit. Al maklumlah tak pernah guna. Scam punya pasal terpaksa buat kerja lebih. Hantu punya anon.
Blog hidup segan mati tak mahu ni pun nak diserangnya.
oh nak bagitau, kedai home decor SSF telah ada di Pertama Complex at 3rd floor. Belum banyak barang sebab baru masuk tapi cukup menyesakkan poket eh dada ok, fine..fine… poket dan dada. Lama sangat tak masuk SSF ni kak non. Rasanya last time masa masih beranak satu. Sekarang sudah empat maaa. Sendili boley kila.
homaigod, cantik cantik rupanya settee dia. Memang jatuh cinta terus especially when you are in vantage or country or traditional or whatever mode. i am dying in there girls.
Tapi kan ada satu problemo – its very very expensive. ai tak sure adakah kerana dia menjual nama ( SSF?) atau kerana design dia bukan ‘asian design’ lalu menjadi rare dan cantik akhirnya dijual dengan sangat mahal. Menyampah.
Tapi kan saya juga ada satu penyakit – sanggup simpan duit dan belanja beli barang rumah daripada membeli err err err designer handbag?. yes, designer handbag. Takde designer handbag pun takpe kak non asalkan boleh duduk atas kerusi idaman.
Takpe diri selekeh asal kerusi cantik.
haha. GEDIK.
Cerita pasal selekeh, teringat weekend lepas konon ingatkan duduk dalam kereta SAHAJA tunggu hubs pi bank. So, pakai punyalah selekeh. My long sleeve shirt adalah sangat lusuh, seluar jeans lama, tudung tak gosok, pakai slipper, nasib tak slipper jamban. Rasanya yang paling mahal yang ada di badan pada masa itu adalah my JAM TANGAN. yes, my only jam tangan. Not even my handbag.
Hubs pulak macam biasa suka sangat pakai t-shirt fav yang dah lusuh yang dipakai masa our 1st date dulu back in 2003. Sila bayangkan.
Ada dua situasi.
Satu. Kami masuk satu butik jual baju. Not so expensive. Not so cheap. But being me yang kedekut, mahal lah jugak kalau nak dibandingkan dengan sogo yang tengah sale sekarang. haha
Good servis. Tip top. Called hubs ‘boss’ some more. Cuba sampai 5 – 6 baju pun tak kisah. Siap tengok kat fitting room. Bagus kedai macam ni, ai fikir. Tidak mengambil faktor penampilan pelanggan.
Dua. Berdiri depan kedai jam. Sikit punya lama tenung jam. Bukannya ada orang, kami berdua je dalam kedai tu. Boleh buat bodo je budak sales tu. Rasa nak menyumpah. Kalau budak tu approach sikit je, ai tahu ai boleh dapat jam lagi satu hari tu. eh. Tapi series, memang menyampah kedai macam ni.
“Bie, tokei kedai baju tu kenal awak ke?”
“Saya cuci kereta dekat car wash dia”
ceh.
manusia.manusia.
0 comments:
Post a Comment