13 February 2013

Cuti Buat Apa?

So, empat 4 hari cuti hanya duduk di rumah sahaja. No balik kampung, no jalan-jalan. Hanya di rumah. Rasa cuti sungguh panjang, tidor jam 4 pagi berbekalkan dvd blue ray copy[s], bukan original - nampak sangat menikmati kehidupan doniawi. haha.

 

Apa lagi yang lebih seronok selain duduk di rumah sendiri daripada mengharung jem kak non. Tak larat lah. aiseh macam tua sangat bunyinya.

 

Budak-budak mak dah sogok siap-siap dengan masing-masing punya water color, palet, colouring block dan berus lukisan. All is about RM30 tapi ai rasa its fair enough for them untuk buat aktiviti 4 hari kat rumah. Memang rumah sepah, jangan cakaplah. Itu belum lagi siap terconteng kat dinding rumah. Nasib lah rumahnya memang dah macam ni, boleh buat-buat tak nampak. Kalau tidak memang boleh naik hantu.

 

Pernah tak tiba-tiba dalam satu hari tak nak ambik pot dengan tahap kekemasan rumah. Habis satu rumah sepah dengan mainan budak, cushion kerusi atas lantai, cawan merata rata, lepas guna tak nak basuh ambik yang lain pulak habis satu rumah ada cawan, towel mandi letak atas kerusi makan, dalam sink dapur rasa macam banyak je pinggan tak basuh, lantai melekit dan diri sendiri sedang seronok depan tv menonton kartun yang dah seribu kali ulang tayang. Astro memang hampas. 

 

Seronok bukan?

 

End of the day at 12 midnight aku sorang sorang tertekan tengok rumah bersepah.

 

Seronok sangattt.

 

Itu normal.

 

Yang tidak normal sekarang, sejak sebulan dua ini - eh ye ke sebulan dua, rasa macam lama lagi -  kerajinan untuk memasak semakin merundum. Tahap kerunduman adalah sangat dahsyat. Rasa macam sikit masa lagi akan kena ‘sound’ daripada itu suami. Tak tahulah penyakit apa yang berjangkit. Kalau hari kerja memang sah sahlah tak masak. Paling teruk weekend pun nak mengelat. 

 

Tak guna hari hari baca blog memasak tapi kalau diri sendiri tak nak masak. Ada hati nak beli gadget dapur yang comel comel tapi guna sebulan sekali pun susah.

 

oh Tuhan! tabahkanlah hati suami saya. eh.

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting