19 February 2013

Ben : Kemana Kau?

Mesti beritahu ini kepada kamu semua.

Ben kami hilang!

Ya, hilang. Sudah sebulan lebih sebenarnya.

Kesian dia dan kami saya sedih. Sedih sebab dah lama takde penyeri di laman. Walaupun mengharap juga dia balik tapi rasanya dia tak kan balik dah. Sudah lama. Kalau merajuk pun tak kan lama sangat.
 
Berharap dia balik juga.
 
Nasi basi - hari-hari mak buang macam tu je. Takde siapa yang nak lagi.
 
-____-

15 February 2013

5s : Drawer Organizer

Just came back from SSF today and purchased this drawer organizer for rm4. Cheap, no?





Looks good with my stationaries. yeah siapa kata 5s program is outdated *sambil jeling kat hubs*. He keeps telling me that this 5s program adalah merepek dan ketinggalan zaman.


Yes, memanglah merepek kalau kau dah tahu atas meja tu ada satu satunya printer milik diri sendiri, lepas tu kau bijak sangat tampal besar besar kat situ PRINTER. halloo, letih ok macam ni.


Please guys, do your 5s with style ok.





I am surprise how this colour coded arrangement of files give me great feeling! Should do this years ago!

posted from Bloggeroid

Chesterfield : Wish To Have One

okay, ini adalah cerita pencarian sofa.

 

We finally agreed to have this kind of sofa in the future house. Hate to call it ‘future house’. I should give it a proper name lah. Memandangkan projek rumah ini tak kunjung-kunjung tiba because of so many reasons and excuses, i would name it ‘Rumah Tak Kunjung Tiba’.  Seolah-olah seperti Rumah Minangkabau or Rumah Selangor or Rumah Kedah kekdahnya. It sounds crazy and ridiculous but for now i am still a happy dreamer. 

 

ok. Merepek.

 

Dalam pencarian sofa ini, me and hubs susah sangat nak jumpa sofa yang kami dua-dua suka. ai suka sofa lembut soft colour definitely not leather, feeling homey & cozy so makin malas nak masak. He likes bulky sofas that look more grand, of course leather, dark colour aiseh it is not to my liking.

 

This is me

Our Top Living Room Designs

   source

.
.
.
.
Hubs is more into something like these
.
.
 
.
.
Sekarang tahu apa maksud saya?
.
.
But, its ok. Now, WE agreed to have like this
.
.
.
It’s chesterfield baby! It’s chesterfield!
.
.
Would love to put this leather chesterfield sofa in my wish list.  Boleh simpan duit sekarang. –_____-'
.
.

y[1]

This is my first Mood Board ever!

 

Please don’t judge me! It’s my first time. haha! Too lazy to know how to remove the borders and the ‘drag it here’ and to add a nice rug and more lamps and side table between the stools or armchairs and curtains and ...….. ( designers, i know u have a long list ).

 

aahhh, patutlah designer can make money.

 

daaa 

14 February 2013

Selekeh Melambangkan $? aiseh

Minta maaf lah siapa yang hantar komen tapi ai lambat nak approve for publish. Sejak menjak moderate komen from email ni jadi macam kelam kelibut sikit. Al maklumlah tak pernah guna. Scam punya pasal terpaksa buat kerja lebih. Hantu punya anon.

 

Blog hidup segan mati tak mahu ni pun nak diserangnya.

 

oh nak bagitau, kedai home decor SSF telah ada di Pertama Complex at 3rd floor. Belum banyak barang sebab baru masuk tapi cukup menyesakkan poket eh dada ok, fine..fine… poket dan dada. Lama sangat tak masuk SSF ni kak non. Rasanya last time masa masih beranak satu. Sekarang sudah empat maaa. Sendili boley kila.

 

homaigod, cantik cantik rupanya settee dia. Memang jatuh cinta terus especially when you are in vantage or country or traditional or whatever mode. i am dying in there girls.

 

Tapi kan ada satu problemo – its very very expensive. ai tak sure adakah kerana dia menjual nama ( SSF?) atau kerana design dia bukan ‘asian design’ lalu menjadi rare dan cantik akhirnya dijual dengan sangat mahal. Menyampah.

 

Tapi kan saya juga ada satu penyakit – sanggup simpan duit dan belanja beli barang rumah daripada membeli err err err designer handbag?. yes, designer handbag. Takde designer handbag  pun takpe kak non asalkan boleh duduk atas kerusi idaman.

 

Takpe diri selekeh asal kerusi cantik.

 

haha. GEDIK.

 

Cerita pasal selekeh, teringat weekend lepas konon ingatkan duduk dalam kereta SAHAJA tunggu hubs pi bank. So, pakai punyalah selekeh. My long sleeve shirt adalah sangat lusuh, seluar jeans lama, tudung tak gosok, pakai slipper, nasib tak slipper jamban. Rasanya yang paling mahal yang ada di badan pada masa itu adalah my JAM TANGAN.  yes, my only jam tangan. Not even my handbag.

 

Hubs pulak macam biasa suka sangat pakai t-shirt fav yang dah lusuh yang dipakai masa our 1st date dulu back in 2003. Sila bayangkan.

 

Ada dua situasi.

 

Satu. Kami masuk satu butik jual baju. Not so expensive. Not so cheap. But being me yang kedekut, mahal lah jugak kalau nak dibandingkan dengan sogo yang tengah sale sekarang. haha

 

Good servis. Tip top. Called hubs ‘boss’ some more. Cuba sampai 5 – 6 baju pun tak kisah. Siap tengok kat fitting room. Bagus kedai macam ni, ai fikir. Tidak mengambil faktor penampilan pelanggan.

 

Dua. Berdiri depan kedai jam. Sikit punya lama tenung jam. Bukannya ada orang, kami berdua je dalam kedai tu. Boleh buat bodo je budak sales tu. Rasa nak menyumpah. Kalau budak tu approach sikit je, ai tahu ai boleh dapat jam lagi satu hari tu. eh. Tapi series, memang menyampah kedai macam ni.

 

“Bie, tokei kedai baju tu kenal awak ke?”

 

“Saya cuci kereta dekat car wash dia”

 

ceh.

 

manusia.manusia. 

13 February 2013

Cuti Buat Apa?

So, empat 4 hari cuti hanya duduk di rumah sahaja. No balik kampung, no jalan-jalan. Hanya di rumah. Rasa cuti sungguh panjang, tidor jam 4 pagi berbekalkan dvd blue ray copy[s], bukan original - nampak sangat menikmati kehidupan doniawi. haha.

 

Apa lagi yang lebih seronok selain duduk di rumah sendiri daripada mengharung jem kak non. Tak larat lah. aiseh macam tua sangat bunyinya.

 

Budak-budak mak dah sogok siap-siap dengan masing-masing punya water color, palet, colouring block dan berus lukisan. All is about RM30 tapi ai rasa its fair enough for them untuk buat aktiviti 4 hari kat rumah. Memang rumah sepah, jangan cakaplah. Itu belum lagi siap terconteng kat dinding rumah. Nasib lah rumahnya memang dah macam ni, boleh buat-buat tak nampak. Kalau tidak memang boleh naik hantu.

 

Pernah tak tiba-tiba dalam satu hari tak nak ambik pot dengan tahap kekemasan rumah. Habis satu rumah sepah dengan mainan budak, cushion kerusi atas lantai, cawan merata rata, lepas guna tak nak basuh ambik yang lain pulak habis satu rumah ada cawan, towel mandi letak atas kerusi makan, dalam sink dapur rasa macam banyak je pinggan tak basuh, lantai melekit dan diri sendiri sedang seronok depan tv menonton kartun yang dah seribu kali ulang tayang. Astro memang hampas. 

 

Seronok bukan?

 

End of the day at 12 midnight aku sorang sorang tertekan tengok rumah bersepah.

 

Seronok sangattt.

 

Itu normal.

 

Yang tidak normal sekarang, sejak sebulan dua ini - eh ye ke sebulan dua, rasa macam lama lagi -  kerajinan untuk memasak semakin merundum. Tahap kerunduman adalah sangat dahsyat. Rasa macam sikit masa lagi akan kena ‘sound’ daripada itu suami. Tak tahulah penyakit apa yang berjangkit. Kalau hari kerja memang sah sahlah tak masak. Paling teruk weekend pun nak mengelat. 

 

Tak guna hari hari baca blog memasak tapi kalau diri sendiri tak nak masak. Ada hati nak beli gadget dapur yang comel comel tapi guna sebulan sekali pun susah.

 

oh Tuhan! tabahkanlah hati suami saya. eh.

06 February 2013

Bila Ofis & Kedai Bawah Satu Bumbung

Posted this in instagram today. Have to stop from buying any accessory la tapi tak boleh tahan. Tiba-tiba macam tak berhenti beli sejak sebulan dua ni. Macam hari ni ada voucher rm10 off from zawara dan terus grab this necklace for only rm19. Love it! daaa

05 February 2013

Update : Keajaiban Donia

Tak tergamak rasanya nak update kesudahan keajaiban donia yang sedang berlaku dalam rumah ini sekarang. Tapi takpe, ini adalah keadaan yang perlu diingati anak beranak sampai bila-bila.


Ini terbukti bila Balqis disuruh cikgu buat ayat pendek berdasarkan gambar. Gambar yang cikgu bagi adalah rumah. Ayat Balqis adalah -


'Ini rumah. Rumah ayah saya ada anai-anai'


haaa kehlasss tak kak non ayat ciptaan anak mak. Nampak sangat keajaiban donia ini menghantui semua orang hahahaha


Pemandangan paling baru sekali. . . .


jeng. . jeng. . . jeng. . .








Jatuh berderai sebab anak bujang pi karate dinding sebelah luar. Memang takde keje betul yang sorang ni. Benda yang pelik pelik memang bagi ke dia.





Dinding sebelah luar pun dah berlubang lubang. Lubang yang kecik pun makin besar sebab ada dara kecik yang rajin mengorek. ;-)








ok girls, siapa rasa rasa kat rumah tu ada anai anai cepatlah buat apa yang patut. Kalau rasa kena panggil pest control, cepat cepat la panggil. Depa ni buat kerja senyap senyap, tahu tahu habis semua dia makan. Kalau rumah guna pakir, lagilah sakit kepala kalau anai anai dah masuk. Depa ni kain pun dia suka makan ok. Kami ni awal awal lagi dah ingatkan contractor buat apa yang patut sebelum buat rumah. Kalau tidak, menangis tak berlagu la jawabnya nanti.


daaa

posted from Bloggeroid

 

Template by Best Web Hosting