30 November 2012

Swinging Doors : Love This!

 
 
.
oh la laaaaaaa i am sooooo in love to this kitchen design. its a perfecto! The floor plan is very similar to ours. Credit to Houzz.com yang selalu memberikan kehidupan saya di awang - awangan haha angan-angan setinggi langit memang seronok bukan? no worries, its already listed in my wish list for 2013 hahaha
.
.
.
ya, saya tahu siapa yang paling berbulu bila baca blog post ini - menteri kewangan a.k.a the hubs. ;p
.
.
.
oh anyways, lama sangat dah tidak meletakkan post berunsurkan seorang yang konon-kononnya adalah DIY-er or home designer wannabe itu. Bukankah every Friday adalah hari DIY saya? Sudah lupa? Fine, this is my comeback DIY post.  -_____- 
.
.
.
Hari ini tak nak cakap pasal floor plan or kitchen design tapi pasal the idea of having swinging doors in the house. Whoever made this door i call it practical and brilliant. No door knobs, save cost.. hehe
.
.
.
 
Ada dua tempat / bilik yang i can imagine where i can put the swinging door – laundry room and pantry. No need to set down that heavy laundry basket. heh
 
 

And i can see it give good flow throughout the kitchen. Love love love

 

Another example for installing swinging door in the kitchen which give your kitchen a restaurant style.

 

Red swinging door in a white kitchen. Bold enough for contemporary style. love

 

So, now i have to start to find a good one and CHEAP swinging doors for the home. CHEAP is always on top. :p Hopefully have one in Rawang. Harap-harap… 

 

daaa

 

p.s : me myself hate to see the dot dot between the paragraphs. i am so sorry. please don’t blame me. blame the windows live writer hahaha

21 November 2012

Sakit urat ~ Terkenang Varicose Vein dulu.

haih mentang-mentang umur makin naik, makin banyak pulak urat berselirat dalam badan. Dah 2 hari aku mc sejak semalam. Tak tahu apa punca, Isnin malam lepas maghrib tiba tiba sakit urat sampai duduk pun sakit, baring pun sakit, jalan pun tak selesa.


Malam tadi panggil tukang urut datang rumah. Halamak di punya sakit jangan cakap la. Rasanya baru 2-3 bulan je aku miss mengurut, alignment dah lari. Teruk betul. Urut punya urut jumpa pulak urat kat belakang lutut yang bersimpul. Tukang urut kata kalau tak diurut selalu akan ada potensi menjadi varicose vein. Dia tak katalah varicose vein. Dia kata urat timbul besar besar macam kaki makcik aku kat kampung - dia ni semua family aku dia urut. So, aku tahulah dia refers to varicose vein.Ya, siapa pernah baca cerita aku dan varicose vein ini masa previous pregnancy wallahh rasa macam tak nak pregnant lagi. Tapi varicose vein yang itu dah tak sakit lagi once i bersalin. Cuma yang tinggal sekarang urat yang timbul je.


Urat yang jumpa malam tadi adalah urat urat di kaki yang selalunya disebabkan oleh keturunan. Oleh kerana my keturunan ini glamer dengan urat bersimpul berselirat di kaki so aku memang sensitif dengan benda benda macam ni. Kalau kaki tu dah sedia cantik takpelah jugak boleh cover urat berselirat. Ini dahlah kaki tu katik. . haih jangan cari pasal dek non, suka-suka nak


Ok. daaaa

posted from Bloggeroid

20 November 2012

Ben. Terkini Masih Sensasi.

Masih ingat lagikah pada bapa ayam ku? Alah si Ben yang katik itu. Ya, dia masih hidup. Sihat walafiat, single and available. Kadang-kadang sedikit pelik akibat mempunyai bff seekor kucing. Bukan seekor malah berekor-ekor. Letih weh pantang nampak pintu rumah ternganga lalu masuk lenggang kangkung terus ke dapur.


Wajah Ben terkini.





Ya puan-puan, sila abaikan 1. Simen berkulat tiada rupa 2. Rumput panjang hutan belantara 3. Pokok bunga kertas ala-ala musim luruh 4. Dua gelung getah tempe merata-rata 4. Pasu bunga berkulat juga. Ini namanya tiada sentuhan kasih sayang.


Close up sedikit wajah si Ben.





Sedikit gemok semenjak tidak lagi cerewet pada makanan. Pernah hilang seminggu si Ben ni. Kami ingat dah jadi lauk mat pet sekali kau bila balik habis ekor dia botak kena cabut. Memang takde kerja betul dengan ayam ada hati nak mendera. Ingat dah cacat tak kan tumbuh ekor lagi. Sedih aku masa tu tengok ayam aku togel takde ekor. Yelah aku mana pernah bela ayam apatah lagi pengalaman ayam didera. Sedikit emo jugalah.


Sebenarnya ada jugalah senarai calon-calon pendera yang berpotensi sebab katanya marah rumah dia sejak akhir akhir ni ada pulak tahi ayam tapi malas la kitaorang nak layan. Janji ayam aku balik.


Last week, datang pulak idea nak belikan ayam betina spesis katik macam dia jugak dengan harapan ada perkembangan zuriat. Kesian ok tengok kawan dengan kucing hari-hari. Boleh mandul macam ni. Tengoklah kang kalau dah jumpa dan dah beli ayam betina tu aku update lagi.


Sekian, cerita ayam saya o_O


daaa

posted from Bloggeroid

14 November 2012

Esok Cuti Lagi. Kemas rumah?

Hari Isnin gebang sungguh mahu mengemas rumah and whatnot. Memang sudah ku agak kemas ke mana rumah ke mana. Benda lain jugak yang nak dibuat. Belum apa-apa, malam Isnin yang nak sambut diwali tu kemain lagi kami plan nak ke Pasar Awam Sg. Buloh, Kuala Selangor esok awal pagi. Siap kena warning dengan hubs kita mesti keluar awal macam nak pi kerja.


Hahahaha okeh gelak dulu.


Pagi apa jam 815 pagi pun masih menggoreng cekodok labu di dapur. Rawang ke Kuala Selangor? Semata - mata beli bahan basah? Ya, betul. Jangan konfius. Kami menggunakan highway LATAR and only takes 30 minit untuk sampai Kuala Selangor. Still jauh? Tapi pasar pagi dia heaven ok. Semua haiwan dari laut yang sungguh fresh. Rasa macam nak beli semua walaupun tahu entah bila la nak masak semua ini. Semalam ada orang jual telur ikan yang ai tak pernah nampak sebelum ni. Bukan telur ikan biasa. Ini telur sebijik sebijik macam telur ikan salmon tapi besor besor macam besor telur cicak? Tak tahu telur cicak besar mana? Alah tak dapek den nak nolong tu do. .


Memang sedikit geli tapi sebab perasaan ingin mencuba makanan eksotik lalu ku beli juga o_O. Ikan kembong semalam agak murah jugaklah rm6 sekilo. Ketam semalam pun murah jugak dalam rm16-18 sekilo ikut saiz. Paling tinggi hari tu pernah sampai rm26 sekilo. So, semalam memang memborong ketam sungguh. Udang pulak takde musim agaknya. Alahai kecik-kecik, bolehlah kalau nak buat sambal petai. Patutlah kat Tesco harga udang saiz xl sampai rm19.90 sekilo. Tengah takde musim la ni. ewah. . . dah rasa reporter pasar tani pulak gayanya.


Tapikan mahalnya ikan merah weh.. . biasa tak pernah beli sekor sekor. Selalu kalau beli cutlet 2 keping kat Tesco pun jatuh berapa ringgit je. Sekali kau beli sekor kecik semalam lepas timbang rm25 hengget katanya. Kecik je pon bukan besor mana, adalah besar sikit dua tapak tangan aku ni.


Cerita cerita tapi takde gambar memang tak syiok. Ada lah ambik gambar satu semalam, alih alih pagi ni cek balik eh dah takde. Keciwa betul. Ada la kot orang boikot ni kan.





Anak dara sorang ni memang kena bawak. Kalau tak dia akan buat onar di rumah :O


Balik dari pasar, operasi terus bermula. Maid tolong siang ketam dan aku dan anak dara siang siput sedut. Cakap kat hubs kalau nak tahu lalu ke tidak makan siput sedut, cuba siang sekali. Dapat pulak yang ada macam ulat sampah duduk dalam cengkerang kosong. hoh memang naik bulu betul.





Dia ni bukan tahu geli. Dia pi usung yang hidup-hidup takutkan adik-adik dia.


All in all walaupun tak dapat kemas rumah tapi dapat makan sedap sempena diwali. eh. . . hahaha ok ok takde kena mengena. Saja nak masak over sikit semalam sebab rasa macam dah lama tak masak sangat. Selalu cincai cincai saja. Alhamdulilllah lunch mengadap ketam goreng, ketam masak cili, siput sedut lemak labu, telur ikan masak lemak cili api dengan rumah yang bersepah.


Lepas lunch projek bersama mama nak pi tempah baju untuk kenduri kahwin hujung tahun ni. Setel tempah baju pi mengadap roti canai pulak kat mamak. Memang perut beruang betul. Nak buat macam mana. Sempat juga singgah ke Tesco cuci mata dan terjumpa ini di King's.





Sedap sangat weh. Alamak memang sedaplah. Sekarang tengah promo price rm12. I am a King's member so dapat rm10 for 6 mini cakes. Awaaaaayyy cheaper than normal price orang jual. Ada orang jual sampai rm2.50 satu dan tak selembut King's punya. Sampai rumah ai terus melantak sampai 4.



Petanda-petanda kegemokan telah tiba o_O


daaa

posted from Bloggeroid

12 November 2012

Selamat Pagi Isnin

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Source: thehomeschoolchick.com via Debbie on Pinterest

hahahaha

Semalam maid ambik cuti weekend.. ya Tuhan.. macam kan tak pernah maid ambik cuti keadaan aku punyalah tonggang terbalik. Kelam kabut Tuhan je yang tahu. Sampaikan kenduri kahwin sedara pun aku tak pi semalam. Aku dengan anak-anak jelah yang tak pergi. Hubs sorang-sorang pi makan nasi minyak. Boleyy gitu? Tak tahulah apa yang stress sangat padahal hari tu elok je sebulan full time ai dok kat rumah. Letih.. letih.. memang kena makan makjun kalau macan ni.

Minggu ni ada dua hari public holiday kan? Rasanya macam dah kena start kemas and categorize barang-barang kat rumah yang mana nak buang, yang mana nak simpan masuk dalam kotak dan yang mana nak guna tak payah masuk dalam kotak. Cakap kat hubs rasanya nak ambik gambar rumah papan ni buat kenang-kenangan sempena 6 tahun duduk kat rumah ni. ewahh.. syahdu pulak rasa. And have to publish in the blog too… hehehe

 

Cepat mana pun nak robohkan rumah ni , tetap kena tunggu lepas majlis kenduri kahwin adik selesai. Mintak sangat katanya roboh lepas kenduri sebab nanti keadaan rumah keliling mesti bersepah berhabuk. Sehari lepas kenduri pun takpelah asalkan lepas kenduri. So, nak tak nak lepas 30hb. Disember la jawabnya. Maknanya tahun depan jugaklah baru boleh start projek. Elok jugaklah kot sebab rumah sewa pun tak cari lagi. Ingatkan nak sewa kawasan satu kampung je sebab silap haribulan tempat letak barang je kot, tido masih kat rumah mak.

Apa nak buat eh untuk merayakan deepavali esok -

  1. Kemas rumah.
  2. Shoot gambar untuk mengenang masa lalu blogging porposes.
  3. eeerrrrrrrrrrrrrrr
  4. eh itu je kerrrrr
  5. Betul ke itu je nak buat esok
  6. Betul la tu kot.

ah kecoh la lu.

daaa

 

05 November 2012

Random Post ( 3 bulan? ) phewww!!

hmmmphh

 

hmmmmpphhhhhhh

 

hmmmmmmpppphhhhhhhhh

 

Tarik nafas dalam-dalam dan hembussss. ok sekarang baru boleh tulis. Lama betol ni nak cari mood tulis balik. Tak tahulah angin kus kus mana masuk badan lalu mogok menjengok blog sendiri. Kalau ada orang nak boikot aku, tulis macam-macam lepas tu publish dalam blog pun aku tak akan tahu. pc kat meja aku ni bukannya ada letak apa-apa password. hah! kantoi!!

 

Berapa bulan dah tak update? Macam-macam la jadi kat rumah tu. Kalau orang gemuk, sempatlah jadi kurus selim melim dengan syarat tak ambik SD2. Sepanjang tak update blog ni, sempatlah jugak aku tukar profession jadi fulltime mama selama sebulan. Maid aku balik kampung melepas rindu kat anak dia. Nasib datang balik kalau tidak memang aku dah tukar profession terus – ada jugak hati berharap tapi ishk takut pun ada. Komitmen tengah memuncak ni memang tak sempat la nak buat backup plan melainkan jiwa keras.

 

*******

 

Status pembinaan rumah idaman ( haahaha idaman sanggattt lah kan  ) sekarang nampaknya semakin ke penghujung. Berjaya juga  mengharung kerenah kelembapan arkitek dan kontraktor. Sampai satu tahap bila dah tak boleh sabar sangat dengan progress rumah ada jugak terpikir nak beli rumah developer sahaja, memandangkan kegedikkan untuk menggapai impian adalah mengatasi segala-galanya, maka terpaksa juga tempoh fasa-fasa kelembapan ini. Lagipun, sabar itu separuh daripada iman bukan?

 

Sekarang kami sedang mencari-cari dan menunggu offer – loan - yang terbaik daripada bank. Once dah settled, maka rumah papan yang kami tinggal anak beranak sekarang ini dan yang sungguh mempunyai nilai sentimental yang tinggi ini akan dirobohkan. Semalam, masa tengah kemas-kemas tepi almari dalam keadaan gelap gelita, tiba-tiba tangan aku terpegang rumah anai-anai penuh tepi dinding. adoiii gelinya Tuhan je yang tahu. Dah teruk sangat weh rumah ni. Sayang memang sayang tapi bila tengok benda-benda macam ni memang rasa nak runtuhkan sekarang jugak.

 

*********

 

Tak banyak perkembangan drastik yang berlaku. Biasa-biasa saja. Budak-budak pun dah nak habis penggal sekolah. Semuanya dah siap register untuk sesi persekolahan tahun 2013. Hazim kami pindahkan ke KEMAS daripada belajar di tadika belakang rumah tu. Bayor mahal-mahal tapi sedih nak cerita. Elok 10 kali ganda la belajar di KEMAS walaupun bayor RM25 je sebulan. Bayangkanlah kalau buku latihan Hazim yang kami beli untuk buat kat rumah pun kena pinjam dengan sekolah dia sebab nak copy bagi budak lain buat latihan kat sekolah. RM75 sebulan bayar memang untuk gaji cikgu dia le tu selama ni. Penat weh.

 

Balqis tahun depan Tahun 1. Sekarang ni, hari-hari buat exam untuk dia sebab bulan 12 nanti ada exam kat sekolah baru for streaming new student. So far, Balqis ni boleh tahan rajinnya. Baca dah pandai basic math campur tolak pun dah boleh buat.  Alhamdulillah rajin kemain. Tak payahlah disuruh sangat janji takde Ipad depan mata  -_____-

 

Anak dara yang no. 3 & no. 4, masing-masing kecik lagi. Tahun depan masih duduk di rumah. Tak lalu pulak umur 3 tahun dah nak hantar ke kindy. Kesian ke dia, dahlah hari-hari drama queen. Buat mengamuk kat kindy, satu hal la pulak.

 

****************

 

Hujung tahun ni adik-bongsu-sangat-manja akan kahwin. adoi rasa baru sangat cerita pasal hari konvo dia. Alih-alih nak kahwin dah adik aku tu. So, sekarang ni sibuk pulak nak buat apa patut untuk kenduri kahwin dia hujung tahun nanti. Hari Sabtu lepas sibuk la kami anak beranak pi cari baju kat jakel shah alam nak buat tempah. Elok pulak hari tu Birthday mama, terus bawak pi belanja makan sedap sikit. Kesian mama, hari tu dia tak berapa sihat, bila we all belanja makan, santai-santai lama sikit, baru la nampak ceria.

 

390103_528414900519806_1877901954_n[1]

 

Happy Birthday Mama!

 

 293843_528415190519777_448284437_n[1]

 

 

**********************

 

 

Embedded image permalink

 

New view from my work station. Ahkak dah pindah bangunan baru dek non. Takdelah baru sangat tapi tak pernah bagitau kira baru la tu kan.

 

daaa

 

Template by Best Web Hosting