Setelah kelebet-kelebet blog-blog orang selama berbulan-bulan dan dua hari stress kat ofis tak habis-habis, maka hari ini barulah tergerak jiwa raga nak up satu entry.
Latest news berkenaan rumah kami setelah berjaman adalah akhirnya dihantar juga ke majlis perbandaran selayang ( MPS ) untuk kelulusan. Berzaman hoii aku nak tunggu saat ini. Bayangkan dari bulan 10/11 tahun lepas 2011, sekarang dah bulan enam 2012. Dari aku belum beranak sampai anak dara kecik aku tu dah nak meniarap. Memang bertuah arkitek aku tu dapat client baik hati penuh kesabaran macam aku ni. Kalau ikut meroyan zaman muda dulu dah lama aku sumpah jadi batu. Gaya-gaya tenggang gitueww.. eh apa kaitan ntah.
Entahlah akhirnya aku tak boleh nak imagine apa bentuk rupa rumah aku tu akhirnya kang. Tiba-tiba kat dalam plan kat tingkat atas ada balkoni depan dan belakang rumah. Padahal tak pernah pulak la aku bagi arahan suruh tambah balkoni. Kemain lagi present kat kami minggu lepas yang design rumah tu dah siap-siap dia buatkan jenis expandable. So, next time katanya kalau nak buat renovation besarkan lagi rumah tak payah nak pening-pening cuma naikkan kan dinding je. hamboiii kemain lagi kannn.. hover betul dia ni. Rumah sebijik seketol ni pun tak nampak sebijik tiang pun lagi, dia dah siap berangan-angan aku nak buat renovation pulak. hover dari aku ni =p
Katanya kelulusan mps kurang daripada sebulan. Harap-harap la betul. Kalau mps pun meroyan jugak nak kena tunggu lagi setahun, tak tahulah aku nak kata apa dah.
Isu piling. Ingat tak entry yang soil inspection kata tanah rumah aku lembut giler. Engineer dah bagi report and depa kata tak payah buat piling hanya buat footing je. ya ampunnn.. sujud syukur non. Jimat kos aku kat piling. Tapi katanya footing pun banyak jugak. So, dari segi kos betul-betul tak tahulah jimat macam mana or sama saja bila dah footing banyak sangat.
-google-
Contoh piling rumah
-google-
Contoh footing rumah
Aku tak tahu sangatlah benda-benda ni tapi aku tanya jugaklah apa rupannya footing-footing ni. Kang sedap tekak aku je main cakap footing-footing tapi tah tahu apa rupanya. Yang aku tahu sangat kalau kos piling memang mahal.
Dan baru-baru ini tangki septik rumah aku ni dah penuh. Bukan setakat penuh tapi air kumbahan tu sampai naik balik ikut salur tandas dan mengalir dalam bilik air. Bau dia tak payah bayang la sedara sekalian, boleh pengsan 24 kali masa mandi. Lama tak lama ada la jugak sebulan kitaorang anak beranak merana dalam rumah tu. Memang satu itu jelah bilik air yang ada dalam rumah tu. Pengsan ke tak pengsan ke memang kepit hidung la dalam tu. Aku rasa inilah dugaan paling hazab sepanjang aku mengabdikan diri dalam rumah aku ini.
Apa yang nak aku sampaikan adalah entah siapalah yang bagi ajaran sesat kat kami yang upah IWK untuk sedut tangki septik adalah RM500.
Ulangan : RM500 hoii
Memang aku nak sumpah dia jadi taik. eh
Sebab bila satu hari aku dah tak tahan sangat, aku call IWK tanya charges untuk sedut tangki septik. Tahu dia kata berapa?
RM48 hengget.
Ulangan : RM48 henggettt!!
Sia-sia aku sedut bau taik sebulan.
0 comments:
Post a Comment