Lama tak post gambar anak-anak. Being me, aku kadang-kadang rasa 4 kids in this house still a small number. Tapi cepat-cepat rasa syukur bila memikirkan a few cousins yang susah dapat anak atau lepas dapat sorang susah betul nak tambah lagi. Biasalah kan mak kan dulu bercita-cita nak anak ramai. Tapi rezeki sampai sini sahaja and i redha. Kita pun tak tahu apa hikmah disebaliknya.
Biasa, kadang-kadang memang suka ter-emo hahaha
Well, here is a short updates of the kids.
- Balqis 6 y.o - dah tertanggal dua batang gigi susu dan dalam masa seminggu dah tumbuh gigi baru. Satu ok. Satu senget tak cukup space. gigi kekal? senget?? warghhhhh!! stressss!!!
- Hazzim 4 y.o - tak banyak ragam melainkan hari-hari makan aiskrim tanpa gagal. Samada beli masa balik sekolah atau pau nenek dia kat kedai runcit.
- Delisya 2 y.o - paling drama queen. SANGAT drama queen. Dia diaperless siang hari. Memang dah pandai pi toilet sendiri semua TAPI jangan kalau tengah buat perangai, memang kerja aku mengemop kencing dia jelah satu hari. Kalau tanya siapa tukar baju 10 kali sehari, memang dialah johan. Tau-tau je dah kuyup mandi air paip kat luar. Buas anak dara aku sorang ni. Tak padan dengan mintak shushu mama 24 jam. Mengalahkan adik dia.
- Adelia 6 bulan - tak ready nak bagi dia solid food. Alhamdulillah still exclusively breastfeeding. Hujung bulan ni masuk umur 7 bulan baru nak bagi makan. Anak dara kecik ni biasalah tak banyak ragam lagi dan dah cekap meniarap pusing-pusing dan rasanya ikut macam kakak-kakak dan abang dia skip merangkak – terus duduk dan jalan.
Precious
0 comments:
Post a Comment